Jumaat, 14 Disember 2012

MY WISHLIST ( bawa aku ke sana...)

saya ada impian ..antaranya nak melancong ke tempat tempat ini..Ya Allah sampaikan aku ke sana....(TQ GOOGLE FOR THE NICE IMAGES)

1. MAKKAH MUKARRAMAH









2. MADINAH MUNAWWARAH





3. LONDON



4. PARIS



5. SWITZERLAND



6. ISTANBUL


AIR TANGAN IBU..TANDA IBU SAYANG SEMUA

Assalammualaikum...tetiba imran menyibuk kat sebelah..hahah..dia mula faham pasal blog dan dia pun nak ada blog sendiri ..imran ..imran..setakat ni imran baru masuk Iqra' 3 dan buku Marilah membaca anakku buku tujuh..imran kalau imran tahu ..ibu sangat bangga dengan imran..semoga imran jadi anak yang soleh..

hari ni ibu nak share 4 resepi yang ibu suka masak untuk semua..jom share..



Resepi Nasi Ayam (myresepi)- oleh : Nadia

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • [hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
Resepi Mee Udang ( http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com/2011/03/mee-udang-kuala-sepetang.html)

1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
1 kiub ayam knor* saya tambah
segenggam udang kering *saya tambah
2 biji telur * saya tambah

4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
fish cake* saya tambah
telur rebus * saya tambah 

Cara Membuatnya 
Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi .
Resepi Nasi Lemak 
sila rujuk blog mat gebu. 
Resepi Mushroom Soup 
sila rujuk tin campbell ..;D 
Masaklah demi  menambat hati keluarga..
 :D ...and publish!

My Family ...my heart

Kami cuma berempat ..ada ayah, ibu, imran dan iyad..i love my family so much...biar apa ujian yang datang semoga kami diberi kekuatan untuk terus bersama..kerana Allah SWT.

oh my diet!

sejak akhir akhir ni kenapalah aku ni dah tak semangat nak diet..Ya Allah...walaupun berat masih di tahap selamat namun memang merisaukan tambah pulak dah ade member nak chalenge diet heheh..nama di rahsiakan ..actually baguskan sebab kita akan lebih semangat..oh semangat datanglah padaku ..

tadi makan roti sandwich..erm..sebenarnya dulu ade makan sandwich telur rebus ni kat hotel seri malaysia masa hi tea ..sedapnye..yang pelik rasa initi telur tu sejuk je masuk mulut..hahah...pastu terus ingat jom lah buat bekpes esok sandwich telur rebus ..menu diet lah ni...hikhik....so lepas layan maharaja lawak dalam kul 12 tengah malam aku pun merebuslah telur..tetiba ada satu telur yang pecah..hahah..rebus telur pun fail ! apalagi terus google..


Petua merebus telur yang tak pecah:


1) didihkan air terlebih dahulu..aku tekan air panas coway senang cite


2) Masukkan cuka utk cepat matangkan cuka


3) masukkan garam


4) Rebus 15 minit


5) Jangan rendam telur lama dalam air bila dah masak.Angkat dan biarkan dia di atas penapis..


Perasan tak kalau orang buat telur rebus kenduri orang akan masukkan dalam plastik dan tembukkan lubang pada plastik sebabnya senang nak angkat banyak telur sekaligus dan telur dapat di kuarkan air rebusannya..faham ke ayat aku yang agak tunggang langgang..apepun rujuklah link ini.. http://www.petuatradisional.com/tips/petua-rebus-telur


Then nak share sikit resepi buat sandwich


SANDWICH TELUR REBUS 


4 keping roti putih
1 biji telur-direbus dan di lecek
3 sudu makan mayonis
1/2 sudu lada sulah
garam secukup rasa
daun salad/timun/tomato

Cara-caranya:


Gaul semua bahan iaitu telur,mayonis,lada dan garam.
Sapukan mentega pada roti.
Sapukan adunan telur tadi pada roti.
Susun salad,timun dan tomato.
Tutup dengan sekeping roti.
Akhir sekali,potong bentuk segitiga.

gambar dari petuatradisional.com


Ahad, 9 Disember 2012

Aku anak MALAYSIA


Aku sayangkan negara air tumpah darahku MALAYSIA...aku bangga menjadi rakyat MALAYSIA..dan aku bertuah dilahirkan di negara MALAYSIA yang serba sempurna bagiku ..dan aku marah orang yang tidak sayangkan negara..taksalah menyayangi negara sendiri ..mengikut hierarki yang sepatutnya..ALLAH SWT, RASULULLAH, SUAMI, IBUBAPA ,ANAK ANAK...dan negara...Rasulullah SAW juga amat merindui kota mekah apabila telah berhijrah ke MADINAH..itu menunjukkan RASULULLAH juga ada semangat cintakan tanah air...janganlah kita sibuk menanyakan kenapa kerajaan Malaysia tak buat itu ini ..sedangkan pernah kah kita persoalkan apa bakti kita pada negara...
Dibumi bertuah ini kita dilahirkan..disediakan klinik hospital utk kesihatan..disediakan sekolah yang baik..dari tadika ,sek rendah hinggalah sekolah menengah dan universiti kerajaan cuba memberikan yang terbaik pada rakyatnya...jgn bicara soal politik..tetapi pandanglag pemimpin yang berusaha keras demi kemajuan dan kemaslahatan rakyat..kalo siapa juga pemimpin yang berlaku adil wajib kita mentaatinya..aku malas bicara politik namun apa yang aku lihat pemerintah hari ini tidaklah sampai melarang kita melakukan amal ibadah..dibangunkan tabung haji lagi untuk membantu umat Islam menunaikan haji dan pelbagai prasarana dalam kita menjalankan tanggugjawab kita sebagai hamba Allah...memudahkan kita solat di mana mana..kita bebas menuntut ilmu di mana mana...kita boleh bersedekah ..di sediakan kemudahan tempat nak bayar zakat..cara hidup Islam perlahan lahan diperkenalkan..memang negara kita bukan Islam sepenuhnya..tetapi apasalahnya kalau kita menuju ke arah itu secara perlahan lahan ...kenapa kita sangat persoalkan perkara yang tidak dijalankan dari apa yang sedang diadakan....bukan kata kita akan berhenti di sini..pelbagai intsitusi sedang giat menjalankan dakwah memberi kefahaman kepada masyarakat umum mengenai Islam secara syumul..kini kita berbangga dengan adanya tokoh ilmuwan yang senang diikuti oleh rakyat seperti Ustaz Azhar Idrus, Syam Kamikaze..prof muhaya ...Ust Zahazan ,Dr Fadzilah Kamsah..dan orang orang ini amat dekat dengan rakyat utk menyampaikan dakwah Islam...beginilah ..ingin saya katakan bahawa...kalau benda baik yang kerajaan buat janganlah kita bangkang sebab perkara kebaikan itu adalah untuk rakyat ..dan jika ada kelemahan /penindasan maka gunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat..hargailah KEAMANAN yang kita ada...banyak negara yang hidup kucar kacir tidak seaman MALAYSIA...fahamilah keamanan ini satu nikmat ..bersyukurlah..jgn sam[pai Allah tarik keamanan ini..
Aku belum jalan jauh kenegara orang namun setelah menjejaki kaki ke Indonesia aku lihat MALAYSIA jauh lebih baik keadaannya dari sana..mungkin terlalu awal aku membuat perbandingan ..bukanlah indonesia tidak baik ..ada yang baiknya ..tetapi aku lihat Malaysia lebih baik..dari aspek yang berbeza beza....

1) Airport: Sebelum kita sampai ke sebuah negara kita akan melihat perkara perkara kecil yang menggambarkan negara tersebut..itu semua perspektif awal..or first impression...aku suka klia..pada aku ia canggioh dan sangat cantik..Tahniah buat tun Dr Mahathir atas adaya usahanya memberi idea membina KLIA ini..inilah antara gambaran awal pelancong atau orang luar pada negara kita... mungkin lapangan terbang Heatrow London ..lebih besar namun apa yang ada pada KLIA sudah cukup baik...

2) Bandar kuala lumpur jauh lebih cantik dari Jakarta

3) Orang Malaysia cantik dan ramah tamah..
aku sampai ke airport Jakarta ..aku tgk muka pegawai imegresen dia sombong dan bengis..taknak pun senyum..muka peg imegresen Malaysia baik..senyum dan ingin membantu..jadi kita ni kenalah jaga tatasusila kita kerana kita membawa nama ISLAM, MALAYSIA....

mungkin ini cuma penilaian awal ..janganlah pulak ada yang emotional marahkan aku...

so tgk gambar gambar ni ya...

Selesanya tido di KLIA




begini keadaan di luar lapangan terbang Indonesia


Walau bagaimanapun di dalam airport masih lagi ok..dan banyak restoran yang best...best.....







Sabtu, 8 Disember 2012

my family is my life

aku anak ke dua belas. Abahku MOHD ZABIDI seorang pesara ambulans..emakku ROKIAH HATI BT HARUN seorang surirumah. aku dibesarkan dalam keluarga yang sangat besar..pada malam ini keluarga sedang berkumpul di rumah abang cuah ku di ipoh..meraikan hari keluarga HJ MOHD ZABIDI. tapi malangnya aku tak dapat balik..hampir semua adik beradikku ada di sana ..pelbagai aktiviti di sediakan termasuklah solat berjemaah,tazkirah, dan gerai jualan..Ya Allah ! aku rasa sangat sedih tak dapat balik...semalam tiub perut iyad gastrostomi tiub tercabut ...baru dipasang semula semalam..condition iyad masih lagi belum pulih sepenuhnya...iyad kurang minum susu ..makan apatah lagi..mgkin sebab perut dia yang masih sakit..memandangkan keadaan iyad yang begitu aku tak berharap untuk berjalan jauh...harapnya akan datang aku dapat turut serta dalam aktiviti keluarga tanpa gagal...mesti mak sedih sebab aku tak dapat join sama ..suara mak pun slow sahaja ...aku rasa sangat sedih..aku sayang keluarga aku..kami semua bersatu ..silaturrahim yang kuat ini harap akan terus teguh selama-lamanya....Ya Allah sampaikan salam aku pada mereka

Khamis, 6 Disember 2012

scone pulak!

memang best bile kite ade mood memasak..hurm..lagi satu masakan mestilah yang disukai keluarga ..kadang kadang bila tak suka makan kita jadik frust sebab benda tak laku..actualy ni first time buat scone..tgk blog kak shahriah novelis remaja ..aka akak masterchef..hihi..mmg bestlah scone ni ..terutama kalau makan ngn butter dan jem strawberry..tingat panorama ladang teh yang indah menghijau..ewah!..ok so sape nak resepi mahaplah ..kita tak copy paste..internet lemau betul..sila google resepi scone ..mmg ini resepi yang kuar dulu..okey !

Rabu, 5 Disember 2012

durian crepe


 
 
 
 
 
 

sibuk orang cerita mengenai crepe..termasuk rakan rakan whats app yang menayang crepe memasing hihi..kat melaka ni manalah nak cari crepe bagai ...restaurant yg best pun kuranglah sangat ,tu yang aku sibuk belajar masak dari internet utk rasa makanan yang best best ,,hihi...berbalik pada crepe..kali pertama beli durian tak confident sangat nak buat ..kali kedua beli kuatkan azam buat crepe...alhamdulillah berjaya ! terima kasih kat kak ita yang sudi share resepi durian crepe yang sangat lazat!wallla..

CREPE

40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste

Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!

~ pengalaman saya buat sendiri kan ..ambik masa ,,jgn terus angkat nnt mentah ..tunggu sampai keliing dia kering ..automatik dia senang diangkat ..percayalah..crepe ni sangat lembut tau...
 resepi seterusnya sila layari blog kak ita sendiri di masam manis...







Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...