Jumaat, 29 Mei 2015

alhamdulillah

assalammualaikum  semalam hari pertama bekerja  selepas 3 bulan bercuti.

ada banyak kerja yang perlu  diselesaikan. sama  ada suka atau tidak tugas itu perlu diselesaikan semasa cuti sekolah.

bersyukurlah di samping dpt bercuti bersama keluarga  kerja menanda kertas peperiksaan perlu diselesaikan

nak share stories pasal tudung  nealofar celop.harga murah dan kualiti superb .
beli kat mana? kat mydin mall mitc...harga satu rm25 ringgit .saya beli dua. bersama inner dia ...rm5 .
best kan.

tapi tudung neelofar ni tak berapa tutup di belakang walaupun depan boleh dilabuhkn...

jom tengok  muka pakai tudung  nelofar

Jumaat, 22 Mei 2015

madinah

setenang tenang tempat di dunia ada lah bumi madinah. ya aku mengakui nya .benar ....keadaan sangat mendamaikan ...dan walaupun kali pertama sampai di bumi madinah ...percayalah..kalian rasa seperti  balik kampung ...tempat kita..dan tidak kekok walaupun baru sampai sehari...

aku sampai  di madinah dalam waktu maghrib..perasaan sayu mula dirasai sejak penerbangan dari mesir ke madinah...gelak ketawa usik mengusik bagaikan terhenti tatkala kami menuju  ke madinah...hati  mula fokus kembali ..kembali pada niat asal bermusafir...utk beribadah...

bila bas bergerak menuju ke hotel ..hati mula tenang ..dan gelojak nak pergi masjid nabawi mula terasa..makin hampir makin berdebar..makin tak keruan...bila bas masuk ke kawasan bangunan bangunan  hotel ..mata mula mencari mana masjid nabawi ..mana maqam rasulullah ..dan kami tiba di hotel sewaktu azan isyak sedang dilaungkan...kelihatan org ramai berpusu pusu berjalan menuju ke masjid..sampai di hotel..kami lekas lekas naik ke hotel bersihkan  badan dan bersiap sedia utk solat di masjid nabawi..aku dan kak na serta beberapa org jemaah perempuan pergi bersama..kami jalan laju ..laju sebab tak sabar naknjejak kaki ke masjid nabawi..tempat yg aku idam.idam.kan nak sampai..bayang sejak sekolah tendah aku sering dengar abah bercerita tentang mekah ..madinah..raudhah...segala galanya ..dan malam ini tubuh badan ini akan merasai sendiri pengalaman sebenar..kami sampai di hadapan masjid..masya Allah cantiknya ...sungguh bercahaya...kami masuk ke masjid yg mula lengang sebab org sudah selesai solat isyak ..dan masing masing mahu pulang ke hotel..namun masih ada se bahagian  ramai solat ..membaca quran dan sebagainya. ...di luar masjid nabawi jugak ramai org yg solat mahupun duduk berehat bersama keluarga...

aku solat jamak takhir ..di dalam masjid nabawi

aku masih ingat sewaktu kali pertama  baca doa dalam masjid aku menitiskan airmata perasaan yg sukar digambarkan ..berjaya menjejakkan kaki ke maajid nabawi...allahu akbar..

pada malam itu juga aku mahu ke raudhah . .taman syurga ...aku tak tahu bagaimana rupa raudhah cuma yg aku tahu ..kena berebut masuk ke raudhah..dan bila dah masuk raudhah doa sebanyak banyaknya...solat sunatv..dan lamakan pada bahagian sujud ..berdoalah ..nescaya Allah swt akan makbulkan . ..

kami menunggu..semua jemaah perempuan di kumpulkan mengikut  bangsa..org malaysia dan indonesia di letakkan sekali...kami dudk dalam.kumpulan  kami...kami dpt lihat jemaah dari turki..jemaah dr negara negara luar..mereka semua kelihatan agak agresif  utk masuk ke raudhah.
aku sabar..biar lama mana pun asal dpt masuk ke raudhah malam ini aku sanggup tunggu...aku menjenguk jenguk mana raudha ..kat mana raudhah...besar mana kawasan raudhah itu..satu demi satu kumpulan di lepas kan ke raudha..dan aku boleh katakan kami kumpulan yg terakhir dibenarkan masuk raudhah...org bangsa melayu lemah lembut dan sentiasa sabar ..kami tidak mahu berebut2 walaupun hakikatnya hati ni bagaikan ditarik  tarik ...sampai ada seorg mutawifah dr turki dtg ke kumpulan kami dan bertanya ni jemaah dari mana ..sabarnya mereka..malaysia baguss...!!

bila pengawal wanita  yang berjubah hitam dan berpurdah itu berkata ...masuk maka meluru kami semua ke dalam ..raudhah ...kami berlari...kami lihat ramai wanita sedang berdoa menangis..keadaan huruhara  masing2 tolak menolak..ya Allah.

aku jadi bingung ...kami berada dalam kelompok manusia  ada yang berdoa ada yg tolak .
aku tanya " mana raudhahnya .." pengawal wanita menjerit jerit mengawal jemaah , aku pegi padanya ..
" ya ukhti...aina raudhah?" soal ku sedikit menjerit kerana keadaan agak bising  dengan tangisan bacaan doa , tolak menolak yg bercampur aduk...aku tgk kak na menangis...suasana disitu aku rasa kan agak dingin . ..dan berbau sgt wangi...perempuan  arab itu memandang aku pelik..." anti fil raudhah...!" katanya sambil membuat isyarat tangan berdoa..otak aku menangkap ..doa..doa...kamu dh dalam raudhah...seorg perempuan turki yg lihat aku bingung2 menerangkan ..dlm isyarat yg aku faham..." lihat karpet ..karpet warna hijau tanda kamu berada di dalam raudhah....subhanallah ..aku dh ada di dalam tanna syurga . .ya Allah ..aku berjaya masuk ke raudhah...aku cuba menenangkan diriku jiwa ku . .dlm.keadaan org tolak menolak ...terlalu padat sukar digambarkan..ruangan karpet  tidak besar mana utk menampung jemaah yg 5 kali ganda ramai...

Aku menunggu org di hadapan  ku solat ..dgn sabr..selepas dia solat aku pula solat ..aku pelik kenapa jiwa aku kosong..aku tak rasa apa apa.
kerasnya hati aku ..kotornya hati aku ..sedangkan aku pernah  mendengar sekeras keras hati manusia tatkala di raudhah jatuh juga air matanya...hati berkata kata ...ya Allah ampun kan dosa ku ..ya Allah...terima  lah aku sebagai tetamu ..mu...ya rasulullah  aku menziarahi mu...perlahan lahan aku merasakan sesuatu dan aku terua berdoa.berdoa  dan berdoa...sehingga aku mwnitiskan air mata .....aku rasa aku diberikan masa yg sangat lama di dalam raudhah..bayangkan aku masih sempat membuka telepon dan membacakan doa yg dikirim satu per satu . .dlm pada  itu badan  aku ditolak tolak...oleh orang silih berganti...setelah aku merasa puas baru aku ajak kak na keluar dan aku tekad esok aku mahu masuk lagi dan solat dihadapan sekali betul betul mengadam maqam rasulullah ....

Sedikit bingkisan gambar mengenai madinah al munawwarah

langit menuju madinah

suasana tika menuju ke madinah



member arab...
 jika sampai di madinah ..elok lah membeli belah di sini  berbanding makkah..kerana di makkah sudah tiada kedai kedai seperti ini lagi..kebanyakan  di dalam outlet  shopping mall..atau mgkin kami yang belum jumpa..yelah baru sekali sampai . ..

sampai di airport madinah

airport di madinah tidak  sebesar airport klia...

jualan sekitar luar masjid
 terdapat jualan sebegini  di sepanjang jalan hendak menuju ke masjid...


permandangan ketika berjalan kaki dr hotel  ke masjid nabawi..
kita akan rasa sangat senang bila berada di madinah meskipun baru pertama kaki menjejakinya

menu stew daging ...

dalam penerbangan ke madinah.
next entry..muzium nama nama Allah...

malam itu selipar aku hilang dan aku langsung tak kisah sebab ada yang lebih gembira berlaku dalam hidup ku

aku dibelanja abg usop suami kak na selipar baru yg dibeli diluar masjidil haram.

Mesir : bumi anbiyak...part 1

assalammualaikum . .mood writing sudah sampai ...hihu..

kami sampai di mesir pagi ..dlm pukul..8 lebih  jika ..menghirup udara mesir...sungguh  mengujakan..dlm hati terfikir...sampai juga aku di bumi mesir yg ramai kawan kawan menimba ilmu di sini..

bila kami sampai je ..kami di sambut oleh tourist guide ..yang fasih jugak berbahasa melayu ..masa tu aku dh mula happpyy ..dan masih ingat anak..sikit2
di lobby hotel kami 
kami tida terus ke hotel sebaliknya ke tasik fayum..kisahnya tasik ni menenggelam semua harta qarun..seingatnya qarun ni hidup pada zaman nabi musa AS. ..setelah pergi ke tasik qayyum kami ke restoran makan dan balik bilik . ..masa ni sibuk nak yuna wifi  hotel  nak viber ngn imran..

capture wajib nak tengok berapa jauh lagi nak sampai...

ini lah antara keadaan di bumi giza...tempat firaun hahha...agak yelah..

tol mesir..hurmmm....

cantikkan...

dari jauh nampak kubah masjid yg cantik..

masjid pertama kami lawati..dan menunaikan solat zohor..

perjalanan menempuh  padaang pasir nak ke  tasik fayum

masjid sahabat nabi..

sudut pandang luar  airport..

selfie . .alamak tembamnya

snap berdua ..nak hantar ke imran..

first day teruja..lama lama..nak nasik lemak..

bayangkan 3 hari  menu sama..

hari pertama : ke maqam imam syafie..rahimahullah..

wah! gen2..

ondaway nak ke pyramid . .



menjejakkan kaki ke bumi makkah dan madinah PARt 1

syukur ya Allah ..kau berikan kami kesempatan menunaikan umrah di baitullah dan menziarahi kekasihmu Nabi muhammad.nikmat mana lagi yg mahu kami dustakan...dan plus menziarahi mesir dan bandar iskandariah...

hebatkan?

dulu masa zaman sekolah sebok kawan nak sambung bljr ke mesir..ada apa dengan mesir...aku na ke mesir..tobat lahum...hahah..abah takkan izinkan ..sek menengah pun belakang rumah apatah lagi nak ke mesih universiti Al Azhar...hihi akhirnya aku cuma ke um.
baik kesempatan menunaikan umrah..dengan pakej harga lebih kurang 6k lebih kami dapat 3 benda menziarahi  mesir tengok piramid..madinah dan mekah utk menunaikan umrah ..tq ya Allah. alhamdulillah . .subhanallah .terima kasih ya Allah.

aku boleh bahagikan cerita kami kepada 3 bahagian ..sebelum ..semasa ...dan selepas...

sebelum.adalah frasa yg paling mengujikan kami...kami tahu kami berisiko jalan jauh dengan anak2 yg masih kecil  kami tinggalkan ..bayangkan ihsan waktu itu berumur lapan bulan dan masih menyusu ..manakala iyad masih follow up hospital. jadi dengan azam yg sgt tekad kami tinggalkan merek..kerana niat aku mengunjungi baitullah terlalu tinggi. dan antara yg kuat mendorong aku juga ialah sahabat karib ku dunia  akhirat kak na..rohana mat lodin. kak na ..ajak ..jomlah ama..kita pergi umrah sama..kak na ajak abang kak na...kak na mendaftar di andalusia...dan tanya ama.dah daftar? aku mendaftar .tapi masih pikir boleh ke pergi ni? plan asal nak bawak ihsan ..namun masa cucuk vaksin cw8 doctor wahida advise tak payah lah bawa baby ..sian kecik lagi...dah lah masa tu sibuk wabak mers cov..mmg sungguh ujian..
kemudian dalam 2 minggu nak pwrgi kalau tak silap ...pembantu rumah buat hal nak bunuh diri kelar pergelangan tangan ..ya Allah mmg ujian ...tapi dpt handle..masa tu dh telepon pihak travel agency kalau tak jadik macam.mana ...duit dh bayar penuh . ..dan beberapa hari nak pergi kalau tak silap hari rabu...sabtu minggu tersebut dh nak bertolak...atok jatuh bilik air...ya Allah ..ingat lagi macam mana aku dan pembantu rumah mengangkat atok dr bilik air ke bilik..tak sangka itu asbab atok pergi..akan ada satu entry utk atok insya Allah.
semua itu adalah dugaan..dan apa bila dalam kaalterbang ..aku peluk tangan hafidz ..dan cakap ..abang banyaknye dugaan nak sampai ke mekah ni...ingat lagi sampai hari nak fly aku gaduh ngn hafidz ..sebab aku risau tertinggal flight. sebelum naik kapal terbang tak makan pun ...cuma sempat solat ..dan berjumpa dengan abang am kak aisyah dan kak azua..diorg beri nasihat ...masa tu entah lah hati ni rasa tak tentu hala...

perjalanan yg sangat jauh ...kami transit di bangkok sekejap sebelum.ke mesir dengan Egypt Airways . ..seronok naik kapal terbang ni ..besar..yelah org baru beberapa kali naik kapal terbang jakun lah sikit kan...yg part paling  best. .ada bacaan doa semasa nak berlepas ..bab ni mmg tabik spring!!..dan makanan dia pun sdp..aku ni yg alah sejuk bila lama lama dlm econ mulalah...rasa macam nak pengsan ..tak boleh bernafas takde udara segar..hah
posing sebelum berlepas..

kak na dan abg  usop...my beloved friend

layan frozen dalam flight...dengan  desert  yang so yummy!

dalam kapal terbang...

keciknya ihsan...kena tinggal dah...


bangkok airport...

posing dulu..masa ni tak happy  lagi asyik ingat anak..

menanti masuk waktu subuh..dah subuh ni..nak masuk mesir dh nih...

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...