Jumaat, 12 Jun 2015

kuala terengganu here we come!!!!


assalammualaikum  guys!
hari ni seawal 730 pagi kami dah keluar rumah. Dengan berpandukan gps google  maps kami mencari arah ke kuala terengganu..sebenarnya  bukan niat bercuti sangat ..tapi teman ayah kursus di sana. so menyelam sambol minum air...hihi...

kami melalui jalan dalam dari arah ayer keroh ke duan tunggal dan ke hutan percha dan kami menemui gemenceh dan ambik gemas utk ke muadzam.Alhamdulillah  perjalanan  kali ini lebih teratur dan terancang bukan seperti  pengalaman kami ke temerloh yg memakan masa lebih lama..sepanjang perjalanan mata kami 'dijamu' denga pemandangan yg sgt indah ...empangan jus yg cantik dan ladang ladang kelapa sawit yg menghijau ...sempat jugak terangkan pada imran apa dia pokok kelapa sawit dan apa yg dihasilkan dari pokok kelapa sawit..dan masa tu ibu selitkan lah tazkirah  sikit tentang alam ciptaan Allah swt yg semuanya bermanfaat hatta bakteria dan tahi kuda..hihi...
ok..ok...dan mengarut dah...
jadi perjalanan kami dipermudahkan lebih kurang pukul 945 kami dah sampai persimpangan nak ke muadzam..kat sini lah kami berhenti makan pagi ...
warung makan yg ala ala ..'zombie kg pisang' 😆
kami makan nasik lemak ..dan ayam goreng . .total rm16..ngeh! 
direction dari taman tasik utama ke kuala terengganu  

tengok tu ..461km ..jauh tu...

ada 4 jam lagi...oh..jauhnya

pengalaman  melalui lebuhraya pantai timur...alhamdulillah  memang menjimatkan masa...bayang kan perjalanan yg sepatutnya 242km ..menjadi 182km ke kuala terengganu...

dan sebab kami menginap di prinzpark equestrian resort di kg ibai ..maka kami exit di ajil...jarak exit ajil dari lebuhraya pantai timur ke hitel tersebut ialah 66km.nasib baik kami tak teruskn perjalanan sehingga ke kuala terengganu ..sebab jarak nya banyak beza ..lebih kurang 20km ...

kami sampai ke resort pukul 3lebih ..cadangnya nak pergi pantai beli makanan ringan2 utk makan dalam bilik..tapi tengok laut punya pasal terus mandi...panas panas kami masuk laut..ya Allah mmg heaven sgt!!! air dia bersih  dan tak pedi pun muka bila mandi..dan tak bau hanyir laut sgt ..mmg menyeronokkan . ..nnt seblm balik melaka ..kamk mesti mandi lagi...

jom tengok  tengok gambar kami mandi laut...best!!



imran ngn iyad mula2 nak basuh tgn ..pastu terus basuh lain lain  😜😜

main simbah simbah dulu...

mula mula main pasir . ..pastu..ermm...😆😆

bajet cam travelog sangat..!!

tengok tu jernihnya air dia...

mmg lama dah teringin nak mandi kat laut di terengganu . .sebab lautnya bersih...😍😍

tengok tu ..tak sempat tukar  baju..

iyad dah takleh bukak mata pedih

mainlah pasir puas puas nak...

dah tak tengok orang kiri kanan...

pantai  yg berwarna biru..ini belum tioman lagi...

puasnye hati perjalanan sejauh 5 jam 30 minit

orked ngn ayah tak mandi....

tengok ibu pun excited..weeee

dah puas mandi kami naik..takut orked nangis nak susu pulak..bila dah selesai semua baru kami check in hotel. ..

esok update  lagi ..bye!

Rabu, 10 Jun 2015

coffeeology : my 20 cent thought !

semalam pergi  bukit beruang  nak keringkan  baju satu bakul..rugi je..letak rm4 sepatutnya utk 23kg ni letak satu bakul..heh....😆

sambil  tunggu baju siap ..kami makan kat coffeeology . .mmg dh lama aim nak makan sini..imran macam biasa . .tak suka. .tak suka...

1st impression  mmg terbaik..semua nampak perfecto..tapi syang kecundang di tengah jalan ..hahah...nak tahu apa...?

1. coffee mmg tip top ..i sukeee coffee cenggini..😁😁😁

tapi dengan harga rm8 lebih satu cup ni agak mahal ..baik minum  Starbucks ..😛

susun atur perabot g santai..cam suh duduk lama lama je kat  sini..😉

tu tempat bancuh kopi...kopi dia sedap lah ...!

ni dia ..coffeeology . .cam best je nama dia.

muka mak ngn iyad..budget neelopa lah tew!!

the another  one..ihsan..ramai pulak peminat  nk dokong dia..

juice mango  dia mmg out..sebab bukan pure mango..tapi dia guna kordial ..so lain kali xpayah order.

2. makanan dia ..ya ampun ..enggak enak dong!.gue yg kelaparan ini ..terkebil2..nak ngabihkan grilled chicken...mushroom soup dan chicken wing. ..maybe bukan rezeki kami nak jamah makanan dia yg enak..maybe next time dtg order lain ek..

3. staff dia mmg friendly, senyum je...meja sepah pun its ok..haha..

4.harga dia reasonable  lah. ..semua yg kitorg makan dalam rm 64 lebih ..tak ingat berapa  lebih nya . ..memandangkan tak boleh guna kad debit terpaksa aku menapak g kereta amik duit..buat  malu je.. 60 hinggit pun nak swipe kad..eh! dik ..ni akak guna debit kad tau ..bukan kredit kad.. ( itu aku cakap dalam hati!)

4. kalau nak discussion  ke ..sembang lama lama ke..mmg selesa lah ..tapi kalau utk kenyang dan murah baik order nasi lauk tomyam kat depan umah aku baru rm 15 semua sendawa besar..hahha..ok next time kita review tempat makan lain pula.

cuma peringatan jika kita makan sesuatu makanan tidak  enak. .tinggalkan jgn maki rezeki Allah bagi kan ..eh ! tadi aku ada hina ek.jap..scroll balik check..opss..aku cuma cakap kurang enak. 

cop! cop! ..tapi korg pergilah dulu ..sebab menu utama dia nasi lemak msti sedap kan ..sebab masa kami nak ordertd semua dah habih... ( ok i dh backup ! )

okk..da...nak sambung tanda exam paper.



thank you for reading my blog!

hi there!

my statistic show that some of my reader are from united state...if you're  one of them. .please write your comment. i like to know who you are and how can you fine my blog.

actually ,  this blog are created  just to memorize  all the moment that i have in my life. it's  about me and my family....

i love traveling , cooking and of course  writing . i love coffee and i have a dream to have my own bookstore  cafe ...ok .til we meet again and bye!



KBAT : Pendidikan islam IV

Teknik Penyoalan yang berkesan. Jom kita tengok bagaimana teknik penyoalan boleh membantu pembelajaran secara KBAT.

Teknik Penyoalan KBAT

Teknik penyoalan yang berkesan merangsang pembelajaran secara KBAT

Tujuan Menyoal
1. menilai pengetahuan sedia ada
2. menimbulkan minat
3. membina pemahaman yang mendalam
4. membina idealisme, sikap dan penghargaan
5. memantapkan pembelajaran
6. merangsang pemikiran kritis
7. mentaksir pembelajaran dan perkembangan murid
8. menjelaskan pemikiran
9. mencari sebab atau penjelasan
10. meneroka pandangan alternatif
11. menguji implikasi dan akibat

Ciri-ciri soalan yang berkesan
1. Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dinyatakan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindakbalas)
5. Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada soalan yang berikutnya dan mencungkil secara mendalam)
6. Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian yang mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai aras dan berbeza-beza)

Memperkembangkan Kemahiran Menyoal Dalam Kalangan Pelajar
1. Guru perlu mengelakkan banyak bertanya soalan
2. Guru perlu mengalakkan murid bertanya lebih banyak soalan secara lisan dan bertulis
3. Guru perlu menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa berbincang
4. Guru perlu menerima soalan yang diajukan
5. Guru perlu memberikan masa untuk membuat soalan susulan kepada murid
6. Guru perlu mengumpul, membincang, membina dan mengkategorikan soalan murid

Contoh Soalan Untuk  Menjelaskan Pemikiran
1. Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ... ?
2. Apakah yang anda maksudkan dengan ... ?
3. Bolehkah anda memberi saya satu contoh ... ?
4. Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain?
5. Bolehkah anda menunjukkan cara ... ?

Contoh Soalan Untuk Mencari Sebab atau Penjelasan
1. Mengapa anda terfikir bahawa ... ?
2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?
3. Apakah sebab-sebab anda ... ?
4. Apakah bukti yang kita ada untuk ... ?
5. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?

Contoh Soalan Untuk Meneroka Pandangan Alternatif
1. Bolehkah anda menyatakan pandangan anda dengan cara lain ... ?
2. Adakah terdapat pandangan orang lain ... ?
3. Bagaimana sekiranya ada orang lain mengesyorkan bahawa ... ?
4. Apa yang perlu kita tahu sekiranya ... ?

Contoh Soalan Untuk Menguji Implikasi dan Akibat
1. Apakah susulan daripada pernyataan anda ... ?
2. Apakah pernyataan anda selaras dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini ... ?
3. Apakah akibat sekiranya ... ?
4. Adakah terdapat peraturan untuk ... ?
5. Bagaimana anda dapat memastikan .... sama ada benar atau tidak?

Amalan baik untuk guru dalam menyoal
1. Soalan dirancang
2. Logik dan berurutan
3. Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan
4. Seimbang antara fakta dan pemikiran
5. Memberi masa kepada murid untuk berfikir
6. Tidak berulang
7. Ditanya dalam nada perbualan
8. Direkabentuk untuk mendapatkan maklumbalas yang berterusan

Semoga perkongsian ini memberikan guru input berguna dalam memperbaiki pdp ke arah lebih berunsurkan KBAT dengan cara menambahbaik dari segi teknik penyoalan. Selamat maju jaya!

KBAT: Pendidikan islam III ( contoh soalan KBAT)

BELAJAR MENJAWAB SOALAN  SECARA ONLINE DI SINI

CONTOH SOALAN KBAT BENGKEL PEMBINAAN ITEM KBAT PT3 DAERAH SEPANG-SMK DENGKIL (16 MAC 2015 )


KONSERT JELAJAH K-POP 2015
Tarikh : 21 Mac 2015
Masa : 9.00 malam
Tempat : Danga Bay, Johor Bahru

SOALAN 1

 Jamilah yang tinggal di Sepang merancang untuk menonton konsert tersebut. Semasa dalam perjalanan ke sana, Jamilah menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar. Berikan pendapat anda tentang solat Jamilah dalam situasi itu.

I - Tidak setuju / Tidak boleh / Tidak sah (1m)    
H - Solat jamak qasar tidak boleh dilaksanakan untuk tujuan maksiat. (1m)
HL - Solat jamak qasar dibolehkan bagi tujuan yang dibenarkan syarak contohnya untuk melawat orang sakit dan bercuti bersama keluarga. (1m)
K- Kesimpulannya, solat jamak dan qasar  boleh dilaksanakan untuk musafir yang tujuan baik sahaja. (1m)


SOALAN 2

Sejak zaman kanak-kanak lagi, Saidatina Aishah menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan.

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat mencontohi Saidatina Aisyah dalam memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?

I- Menuntut ilmu bersungguh-sungguh (1m)
H -  kerana Allah (1m)
HL - seperti ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah (1m)
K -  Kesimpulannya, kita hendaklah memberi sepenuh perhatian dalam menuntut ilmu agar kejayaan dapat dicapai.(1m)


Gambar Banjir  yang  melanda negeri Kelantan baru-baru ini

SOALAN 3

Rumah Ahmad dilanda banjir lumpur. Walaupun rumahnya musnah tetapi dia dapat menyelamatkan dirinya ke tempat yang lebih tinggi. Ahmad hanya menggunakan plastik khemah sebagai tempat berteduh. Berikan pendapat anda tentang kewajipan solat Ahmad dalam keadaan sedemikian.

I -Ahmad wajib menunaikan solatnya  (1m)
H -kerana lumpur tidak dikategorikan sebagai najis. (1m)
HL -Tambahan lagi solat adalah tiang agama. (1m)
K- Kesimpulannya kita wajib menyempurnakan  solat dan tidak boleh meninggalkannya walaupun dalam apa jua keadaan. (1m)


Pepatah:
“Ilmu yang idak diamalkan seperti pokok yang tidak berbuah”

SOALAN 4

Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi sekiranya situasi di atas berterusan?

I - Ramai orang yang berilmu  (1m)
H - Tetapi tidak dapat menghasilkan sesuatu dalam kehidupan seharian (1m)
HL - Akibatnya pelaburan pendidikan tidak menghasilkan faedah yang besar.(1m)
 K - Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dituntut agar menjadi muslim yang sejati dan disegani ramai. (1m)


SOALAN 5

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Solat berjamaah lebih afdal daripada solat berseorangan dengan 27 darjah. Namun, pada masa kini terdapat banyak masjid yang besar tetapi bilangan jemaahnya Semakin berkurangan.

Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.

I - Tidak tahu kelebihan solat berjemaah / leka urusan dunia / (1m)
H - Kerana kurang menghadiri majlis ilmu (1m)
HL - pelaksanaannya adalah tuntutan kewajipan fardhu kifayah. (1m)
K - Kesimpulannya, umat Islam digalakkan untuk melaksanakan solat berjemaah bagi mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda. (1m)


SOALAN 6:

Roslan ingin menunaikan solat zohor di surau sekolah. Setibanya di surau, beliau mendapati bahawa solat zohor sedang dilaksanakan secara berjamaah pada rakaat kedua.Bagaimanakah cara  sekiranya Roslan ingin menyertai jamaah tersebut?

I - Secara makmum masbuk (1m)
H - Iaitu dengan memulakan solat solat niat secara berjemaah. (1m)
HL -Kemudian terus masuk pada rakaat kedua. Sebelum salam Ahmad hendaklah bangun semula untuk  menambah satu rakaat.(1m)
K - Kesimpulannya, Roslan masih boleh menunaikan solat secara berjemaah walaupun terlewat. (1m)


SOALAN 7:

Masih ramai umat Islam yang hanya menakankan persiapan hari raya tetapi mengabaikan Solat Hari raya. Pada pandangan anda mengapakah situasi ini berlaku?

Panduan penskoran
I - Kurang penghayatan agama(1m)
H - Kerana menganggap ibadat sunat tidak penting (1m)
HL - Sedangkan amalan sunat dapat menampung kecacatan amalan fardhu (1m)

I - Tidak tahu cara mengerjakannya
H - Kerana tidak mengambil berat semasa diajar di sekolah
HL - Tambahan lagi solat hari raya hanya ditunaikan sekali dalam setahun

K - Kesimpulannya, kita hendaklah menunaikan solat sunat hari raya kerana ianya  menanbah pahala yang akan menjadi bekalan kita di akhirat kelak (1m)


SOALAN 8:

Negara Islam yang pertama di Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW menjadi kuat dengan sokongan golongan Muhajirin, Ansar dan Yahudi.

Sebagai anggota masyarakat, bagaimanakah kita boleh menyumbang ke arah kekuatan dan kejayaan masyarakat majmuk di Malaysia?

Panduan penskoran
-Menghormati adat dan budaya kaum lain. (1m)
H-Untuk mengekalkan persefahaman antara kaum. (1m)
HL-Seterusnya semua rancangan pembangunan dapat dijalankan dengan jayanya. (1m)
K-Kesimpulannya, jika kita sentiasa bersatu-padu masyarakat akan menjadi kuat. (1m)


SOALAN 9:

Faiz mengalami kemalangan jalan raya ketika menaiki motorsikal dan menyebabkan kaki kanannya patah. Sebagai seorang muslim, beliau tetap wajib menunaikan solatnya.

Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah beliau boleh melakukan solat dengan sempurna?

Panduan penskoran
I - Menunaikan solat secara duduk ataupun berlunjur (1m)
H- Mengikut rukhsoh yang telahpun disyariatkan. (1m)
HL-Terdapat rukhsoh solat yang diberikan  ketika sakit bertujuan meringankan beban hambaNya. (1m)
K-Kesimpulannya,  solat wajib ditunaikan mengikut kemampuan seseorang hambanya pada ketika sakit. (1m)


SOALAN 10:

Terdapat ramai pelajar pada hari ini yang tidak menggunakan nikmat pancaindera kurniaan Allah SWT dengan sebaik-baiknya walaupun dijanjikan balasan buruk kepada mereka.
Sebagai seorang rakan, bagaimanakah cara anda untuk membetulkan situasi di atas dalam kalangan rakan sebaya di sekolah?

Panduan penskoran
I - Menasihati mereka (1m)
H - Agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. (1m)
HL - Seperti menggunakan akal untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT. (1m)
K - Kesimpulannya,  orang yang bersyukur dengan nikmat Allah SWT akan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. (1m)


Terima kasih kepada guru-guru terlibat.

Di sini telah dimurnikan dan jika masih ada kekurangan harap dimaafkan

baca juga Tips Mudah KBAT
baca di sini juga KBAT SPM dan PT3
# post ini bukan karangan sy tetapi post yg telah disebarkan melalui whatssapp...harap maklum. 

KBAT: pendidikan islam II

Slot perkongsian Puan Zubaidah & Puan Razmawati
Sektor Pembinaan, LPM KPM . 27 Mei 2015, Rabu , 230 ptg-430 ptg

1. KBAT vs HOTS
Kemahiran berfikir aras tinggi, manakala hots adalah HIGHER order tthinking skills.

2. KBAT : bagaimana murid boleh mengaplikasi pengetahuan dalam situasi yang baru.
Menguji pengetahuan: Apa nama ibu negeri Sarawak? Pengetahuan: apa yg mereka boleh recall,  apa yg telah dipelajari, tak perlu fikir.
KBAT : bukan item pengetahuan & kefahaman; bukan rutin; bukan template.

3. KBAT bagi LP berfokus kpd pemikiran aras tinggi seperti berikut :
Mengaplikasi : kebolehan menggunakan pengetahuan utk menghasilkan sesuatu yg baru seperti menjalankan eksperimen atau membuat binaan.

Menganalisis: mencerakinkan atau menstrukturkan maklumat ke dalam bhg yg lebih  kecil, menentukan bagaimana bhg struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan antara satu sama lain.

Menilai: membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui memeriksa dan mengkritik.

Mencipta : menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu, menyusun, menjana, merancang atau menghasilkan semula elemen ke dlm corak dan struktur yg baharu.

4. KBAT
Dilihat sbg proses kitaran dari KBAR (aras rendah) ke KBAT (aras tinggi)
Konsep KBAT telah memasukkan ciri2 berfikir secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif.
Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberi penjelasan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks yg diperlukan.

5.  Five main characters of a good HOTS question can be identified in standards of international organizations: stimulus; multiple layers of thoughts; unfamiliar contexts; real-life situation; non repetitive.

6. Buku teks bukan rujukan utama LP; rujukan LP adalah silibus, akan tanya apa2 yg ada kaitan dgn silibus walaupun tiada dlm buku teks.

7. Ditentukan berdasarkan 3 aspek : peringkat pengetahuan atau kemahiran (level of knowledge or skills) Kelaziman (familiarity) kerencaman (complexity)

Aras pengetahuan atau kemahiran  (asas/ basic) ➡️(lanjutan/ advance)
Kelaziman (lazim/familiar )➡️ (baharu/new)
Kerencaman(ringkas/simple)➡️(complex/ rencam)

8. KBAT
i. Menggunakan stimulus secara ekstensif utk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritikal memberi maklumat secukupnya kpd murid utk menjana idea

ii, Mempelbagaikan penggunaan kata tugas utk menguji pelbagai aras pemikiran kognitif mengundang pelbagai bentuk respon,

iii.Berdasarkan konteks baharu yg bukan lazim. Menggunakan situasi di luar bilik darjah. Menggalakkan murid berfikir lebih mendalam dan bukan sekadar mengingat semula apa yg dipelajari dlm bilik darjah.

Iv. Berdasarkan situasi sebenar dlm kehidupan harian. Mendorong murid menggunakan basil pembelajaran dari pelbagai discipline ilmu utk menyelesaikan masalah kehidupan harian.

v. Menggunakan item tidak berulang, item berbeza setiap tahun; menggunakan bahan yg melangkaui bahan buku teks, buku kerja, buku latihan dll.

9. Jenis-jenis Item: TIGA jenis item :
i. Item aneka pilihan (MCQ)
ii. Item berstruktur atau item respon terhad :
Berlandaskan stimulus/ sumber; konsep; prinsip sesuatu; tema; konsep besar yg diutarakan.
iii. Item respons terbuka : lebih luas dari struktur / esei

10. LANGKAH PEMBINAAN  ITEM:
10.1 Tentukan konstruk, konteks & aras kesukaran
10.2 Tentukan jenis item
10.3 Rancang penggunaan stimulus yg berkaitan dgn konteks utk mengukur konstruk. ( stimulus tak boleh saja2, ianya mestilah mencetus sesuatu)
10.4 Tentukan jenis evidens ( fakta, konsep, generalisasi, keupayaan menilai dan rasional)
10.5 Tulis  Item
10.6 Tulis peraturan pemarkahan/ rubric
10.7 Menilai item menggunkan prinsip 9 poin

11. Peraturan pemarkahan:
Pemberian markah sepadan dhn konstruk  yg ditaksir dan tugasan yg dilaksana calon; pemberian markah adil kpd calon; Pemarkahan antara pemeriksa terselaras; Kebolehpercayaan skor yg tinggi.

12. Kata tugas : menentukan bentuk jawapan, mencerminkan kerencaman konstruk yg ditaksir, memberi panduan ttg pemberian markah yg wajar.

13. SPM 2015 : 30% soalan berunsur KBAT

Selasa, 9 Jun 2015

KBAT pendidikan islam tingkatan 1: rasionalkah?


assalammualaikum

sebuah lontaran idea.

rasionalkah kemahiran berfikir aras tinggi utk pelajar tingkatan 1 yang belum matang berfikir. bandingkan jawapan pelajar dan skema yg sepatutnya.pada pandangan peribadi sy..bukan pelajar tidak bijak ..namun kematangan  akal pelajar yg terbatas menyebabkan dia tidak dpt menjawab soalan sebegini.
soalan tentang apa yg tersirat ..mmg susab utk pelajar jawab ..org dewasa pun tercungap2 nak kasi jawapan apatah lagi pelajar 13 tahun 


saya cakap pelajar ini bijak sebab dia nampak apa kepentingan mandi ..tapi bila soalan tentang rohani mencergaskan minda ..pelajar tidak boleh  connect,  mgkin aspek kurang pembacaan yang kurang kemampuan berfikir.

dalam usia 13 tahun ini saya rasa amat perlu  pelajar ditetapkan asas pendidikan islam seperti  ilmu akidah dan ibadah fardhu ain. persiapkan keteguhan akidah yg mantap dan istiqamahkan pelajar  menunaikan solat 5 waktu.

jika kita asyik mengejar kbag kbat akhirnya  pelajar tak faham dan langsung tidak berminat dengan pendidikan islam. 

nak berfikir seperti  soalan ni ..eloklah kalau pelajar universiti  sahaja yg jawab ..bukan budak 13 tahun ..yan masih tak tahu lagi cara beristinjak yg betul. 

sebagai ibu bapa. .cuba bayangkan bebanan anak anak kita tanggung dengan sistem.pendidikan  yang tersangat tinggi. 

rasa seperti nak buat home schooling  je utk anak saya ...biar tak belajar ilmu buku pandai pandai ..tapi cukup ilmu  agamadan ilmu berhidup itu lebih baik. 

mohon pihak pendidikan malaysia memandang serius soal kurikulum pendidikan hari ini yg saya fkir sgt membebankan pelajar  dan ibubapa...



 

Ahad, 7 Jun 2015

apa yang lainnya KSL Resort , johor bahru.

assalammualaikum . ..entry ni entry lama yg di beri nafas baru..kami bercuti ke johor  cuti dis tahun lepas..masa tu ibu  masih mengandungkan  orked..
ayah tempah hotel melalui agoda.com..studio apartment ..oklah..dan sgt selesa utk  kami...yg bestnye resort ni ..dalam mall..so ..kalau nak g shopping tak yah susah2..sebab dalam satu building ..macam cititel kat mid valley atau sunway pyramid


sebelum kami ke johor  kami ke genting highlands  sebab ayah ada kursus di sana ..merasalah ibu duduk awana genting  highlands . ..

kami sampai sampai je johor terus carikk zz sup yg femes tu..malangnya tak jumpa yg bawah pokok besar sebaliknya kat bando..jenuh jugak pusing2 baru jumpa..

sup dia sedap tapi sebab sejuk terus out..yelah ..sup yg sedapnya bila  dimakan panas2...tapi sebab ada goreng pisang yg menepati selera ibh so ..ibu ok je...ayah asyik asyik tanya ..." karang kita naķ makan kat mana ni.." " lepas ni nak g mana..." sebab mmg ibu yg rajin baca blog blog orang apa best dan apa yg tak best...

kami check in hotel..dan sebab kitorang  duduk yg jenis studio apartment . .dia jauh sikit tak betul2 bawah mall...masa nk  daftar hotel tu ..ayah ngamuk sebab ada Singaporean  ni tetiba potong quene dan sombong pulak tu ..aish! ayah jarang marah sbnarnya tapi sebab org tu arrogant  sgt kut..

masuk bilik ..menjerit lah kitorang yeay best nye...
malam tu kitorang keluar cari menu makan malam spesial ..makan makanan laut kat mana ntah ..ibu kurang ingat ..yg ibu ingat mahal...ermm...tapi udang dia pun besar2...

esok kitorang  g bfast kat kacang pool yg femes jugak tu ..suami artis terkenal ..wan maimunah..oklah ..sedap..tapi ibu cakap ibu takkan dtg johor balik semata mata nak carik kacang pool..hihi . ..yelah lain org lain tekaknya...( tp second time mkn ms SDSI di melaka..sedaplah pula rasanya. So wajib pergi!)

balik hotel . .kitorg g mandi ..tapi ibu tak ikut ..tido kat hotel ngn ihsan..

lepas diorg dh mandi lama lama...balik hotel tido..ibu pulak keluar jalan jalan ngn imran..best tau..! siap makan berdua kat chicken  rice shop..kalau bawak semua huru haralah..

malam tu baru kitorang jalan sama sama..konon nak cari baju sekolah imran..tapi tak jadi ..hah dalam tu ada tesco senang lah kalau nak beli apa apa..sebenarnya kalau nak masak dalam bilik pun ok sebab semua peralatan lengkap siap ada dapor lagi..kat rumah  pun malas masak..tetiba bercuti nak masak..haish..

jenuh kitorang pusing pusing nak makan apa..last last kitorang kfc je ..malam.tu ada bola sepak .malaysia lawan singapore kot.

esok nye kami akan check out dan ke puteri harbour utk ke bob the builder town...hello kitty...dan macam macam.lagi..nasib baik tak ke legoland sebab hari hujan...
dua katil kelamin ..besar. .mmg muat sgt utk kami lima beranak...tengok tu siap ada dapur utk panaskan lauk...kalau rajin masak masak pun sedap!

balkoni yg mengadap ke singapura...

ada swimming  pool yang luas ..
mmg best mengeliling apartment  tu
sampai hujung boleh tengok  bawah bangunan...

next time datang nak request  duduk sini pulak..jenguk je jumpa pool...harga ayah cakap sama..tapi masa kami dtg dah full...

tengok view pool dia ..cantikkan...tak sempat nak mandi kat sini...

siap ada playground ...tapi masa ni basah so x boleh main..


sauna...ibu action je tu

mmg cun...

belakang sana ada dinosour theme park utk mandi mandi....percuma bg yg menginap di KSL.



jangan risau makanannya halal utk bfast..tapi kami tak sempat makan kat sini  

trademark  hotel ni...

tgk imran . .getik betoi tengok  dia posing..

pintu masuk 

breakfast hari terakhir...

kesimpulannya memang seronok bercuti ke jb ni ..dah bertambah maju ..tapi kami tak sempat merasa pisang gorèng  mawar yg popular tu...next time ayah janji nak.bawa pergi legoland pula ..insya Allah. .ok bye!


Mana nak makan di Johor? Klik sini

Terima kasih!

Dara lamb burger, shah alam: 1st impression.

untunglah. ...tangan angkat separas bahu.duduk shah alam mmg syurga shopping dan makan..cakap apa sahaja ..semua ada di shah alam...paling best dekat dgn rumah mak mertua . .hihi...

so ..hari ni nak review pasal satu restoran  yg agak urban...the dara lamb. macam biasa interior  mesti kena gempa baru hati tertawan nak masuk...

Dara lamb burger

menu yg paling famous " lamb glam" set rm10.90 

doodles  yang cantik

cantikkan..

yang ni tester yang nak cuba rasa.
lamb glam

teh tarik

western macammana ..tetap teh tarik

muka pueh hati

renewing ourselves  konon ..nak suh datang lagi lew tew...

sebab sedap  ..kita tapau bawak balik dan nampak tu ..teh tarik pun langsai!

reviews:

patties dia mmg sedap ..juicy dan daging dia lembut ...terasa rempah ratusnya menyelinap dalam setiap gigitan ..nyummm...

rotinya segar dan salad nya segar ..dan crunchy . .
dan teh tarik dia mmg sedap ..just nice tak  terlalu manis...

so kita bagi 4 bintang setengah!

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...