Rabu, 10 Jun 2015

KBAT: Pendidikan islam III ( contoh soalan KBAT)

BELAJAR MENJAWAB SOALAN  SECARA ONLINE DI SINI

CONTOH SOALAN KBAT BENGKEL PEMBINAAN ITEM KBAT PT3 DAERAH SEPANG-SMK DENGKIL (16 MAC 2015 )


KONSERT JELAJAH K-POP 2015
Tarikh : 21 Mac 2015
Masa : 9.00 malam
Tempat : Danga Bay, Johor Bahru

SOALAN 1

 Jamilah yang tinggal di Sepang merancang untuk menonton konsert tersebut. Semasa dalam perjalanan ke sana, Jamilah menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar. Berikan pendapat anda tentang solat Jamilah dalam situasi itu.

I - Tidak setuju / Tidak boleh / Tidak sah (1m)    
H - Solat jamak qasar tidak boleh dilaksanakan untuk tujuan maksiat. (1m)
HL - Solat jamak qasar dibolehkan bagi tujuan yang dibenarkan syarak contohnya untuk melawat orang sakit dan bercuti bersama keluarga. (1m)
K- Kesimpulannya, solat jamak dan qasar  boleh dilaksanakan untuk musafir yang tujuan baik sahaja. (1m)


SOALAN 2

Sejak zaman kanak-kanak lagi, Saidatina Aishah menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan.

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat mencontohi Saidatina Aisyah dalam memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?

I- Menuntut ilmu bersungguh-sungguh (1m)
H -  kerana Allah (1m)
HL - seperti ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah (1m)
K -  Kesimpulannya, kita hendaklah memberi sepenuh perhatian dalam menuntut ilmu agar kejayaan dapat dicapai.(1m)


Gambar Banjir  yang  melanda negeri Kelantan baru-baru ini

SOALAN 3

Rumah Ahmad dilanda banjir lumpur. Walaupun rumahnya musnah tetapi dia dapat menyelamatkan dirinya ke tempat yang lebih tinggi. Ahmad hanya menggunakan plastik khemah sebagai tempat berteduh. Berikan pendapat anda tentang kewajipan solat Ahmad dalam keadaan sedemikian.

I -Ahmad wajib menunaikan solatnya  (1m)
H -kerana lumpur tidak dikategorikan sebagai najis. (1m)
HL -Tambahan lagi solat adalah tiang agama. (1m)
K- Kesimpulannya kita wajib menyempurnakan  solat dan tidak boleh meninggalkannya walaupun dalam apa jua keadaan. (1m)


Pepatah:
“Ilmu yang idak diamalkan seperti pokok yang tidak berbuah”

SOALAN 4

Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi sekiranya situasi di atas berterusan?

I - Ramai orang yang berilmu  (1m)
H - Tetapi tidak dapat menghasilkan sesuatu dalam kehidupan seharian (1m)
HL - Akibatnya pelaburan pendidikan tidak menghasilkan faedah yang besar.(1m)
 K - Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dituntut agar menjadi muslim yang sejati dan disegani ramai. (1m)


SOALAN 5

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Solat berjamaah lebih afdal daripada solat berseorangan dengan 27 darjah. Namun, pada masa kini terdapat banyak masjid yang besar tetapi bilangan jemaahnya Semakin berkurangan.

Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.

I - Tidak tahu kelebihan solat berjemaah / leka urusan dunia / (1m)
H - Kerana kurang menghadiri majlis ilmu (1m)
HL - pelaksanaannya adalah tuntutan kewajipan fardhu kifayah. (1m)
K - Kesimpulannya, umat Islam digalakkan untuk melaksanakan solat berjemaah bagi mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda. (1m)


SOALAN 6:

Roslan ingin menunaikan solat zohor di surau sekolah. Setibanya di surau, beliau mendapati bahawa solat zohor sedang dilaksanakan secara berjamaah pada rakaat kedua.Bagaimanakah cara  sekiranya Roslan ingin menyertai jamaah tersebut?

I - Secara makmum masbuk (1m)
H - Iaitu dengan memulakan solat solat niat secara berjemaah. (1m)
HL -Kemudian terus masuk pada rakaat kedua. Sebelum salam Ahmad hendaklah bangun semula untuk  menambah satu rakaat.(1m)
K - Kesimpulannya, Roslan masih boleh menunaikan solat secara berjemaah walaupun terlewat. (1m)


SOALAN 7:

Masih ramai umat Islam yang hanya menakankan persiapan hari raya tetapi mengabaikan Solat Hari raya. Pada pandangan anda mengapakah situasi ini berlaku?

Panduan penskoran
I - Kurang penghayatan agama(1m)
H - Kerana menganggap ibadat sunat tidak penting (1m)
HL - Sedangkan amalan sunat dapat menampung kecacatan amalan fardhu (1m)

I - Tidak tahu cara mengerjakannya
H - Kerana tidak mengambil berat semasa diajar di sekolah
HL - Tambahan lagi solat hari raya hanya ditunaikan sekali dalam setahun

K - Kesimpulannya, kita hendaklah menunaikan solat sunat hari raya kerana ianya  menanbah pahala yang akan menjadi bekalan kita di akhirat kelak (1m)


SOALAN 8:

Negara Islam yang pertama di Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW menjadi kuat dengan sokongan golongan Muhajirin, Ansar dan Yahudi.

Sebagai anggota masyarakat, bagaimanakah kita boleh menyumbang ke arah kekuatan dan kejayaan masyarakat majmuk di Malaysia?

Panduan penskoran
-Menghormati adat dan budaya kaum lain. (1m)
H-Untuk mengekalkan persefahaman antara kaum. (1m)
HL-Seterusnya semua rancangan pembangunan dapat dijalankan dengan jayanya. (1m)
K-Kesimpulannya, jika kita sentiasa bersatu-padu masyarakat akan menjadi kuat. (1m)


SOALAN 9:

Faiz mengalami kemalangan jalan raya ketika menaiki motorsikal dan menyebabkan kaki kanannya patah. Sebagai seorang muslim, beliau tetap wajib menunaikan solatnya.

Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah beliau boleh melakukan solat dengan sempurna?

Panduan penskoran
I - Menunaikan solat secara duduk ataupun berlunjur (1m)
H- Mengikut rukhsoh yang telahpun disyariatkan. (1m)
HL-Terdapat rukhsoh solat yang diberikan  ketika sakit bertujuan meringankan beban hambaNya. (1m)
K-Kesimpulannya,  solat wajib ditunaikan mengikut kemampuan seseorang hambanya pada ketika sakit. (1m)


SOALAN 10:

Terdapat ramai pelajar pada hari ini yang tidak menggunakan nikmat pancaindera kurniaan Allah SWT dengan sebaik-baiknya walaupun dijanjikan balasan buruk kepada mereka.
Sebagai seorang rakan, bagaimanakah cara anda untuk membetulkan situasi di atas dalam kalangan rakan sebaya di sekolah?

Panduan penskoran
I - Menasihati mereka (1m)
H - Agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. (1m)
HL - Seperti menggunakan akal untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT. (1m)
K - Kesimpulannya,  orang yang bersyukur dengan nikmat Allah SWT akan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. (1m)


Terima kasih kepada guru-guru terlibat.

Di sini telah dimurnikan dan jika masih ada kekurangan harap dimaafkan

baca juga Tips Mudah KBAT
baca di sini juga KBAT SPM dan PT3
# post ini bukan karangan sy tetapi post yg telah disebarkan melalui whatssapp...harap maklum. 

70 ulasan:

  1. Balasan
    1. Boleh bagi satu contoh soalan kbat tentang hari akhirat

      Padam
    2. Aslm ..sapa yng hntr contoh kbat ni....bolehkh tolong buat yng full sebab otak sya ni sush nk paham

      Padam
  2. Terima kasih..mohon copy untuk dijadikan rujukan..

    BalasPadam
  3. silakan .perkongsian yg hanya dipnjgkn oleh sy ke web.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah....dapat juga belajar soalan KBAT

    BalasPadam
  5. Harap saya berjaya dalam pt3 melalui pendedahan ini

    BalasPadam
  6. Harap apa yg sy bc ni dpt dijadikan panduan. Doakan sy berjaya

    BalasPadam
  7. Esok PT3 subjek agama Islam. Alhamdulilah, dpt jgak blajar soalan kbat saat2 akhir. Syukran (⌒▽⌒)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah tq banyak2

    BalasPadam
  9. Boleh sertakan dgn jwapannye skli?

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah , senang ba sudah . . Dulu rasa susah sebab Tda tau . skg tau sudah . hahaha

    BalasPadam
  11. bagusnya bahan ni...smg beroleh pahala drNya

    BalasPadam
  12. asslm, ade x soalan kbat tajuk syurga ganjaran kebaikan(tingkatan 3)...nice blog.hrp bleh tmbah lagi soalan kbat nie ...nice job =)
    -wani ,smk taman tasik ,taiping

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum.. 😊 Ustzah sy guna I-JACK.. I-isu
    J-jwpan
    A-alsan
    C-contoh
    K-kesimpuln
    Lbih kurng same je dngn yg puan ajr dlm entri ni 👆

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum.. �� Ustzah sy guna I-JACK.. I-isu
    J-jwpan
    A-alsan
    C-contoh
    K-kesimpuln
    Lbih kurng same je dngn yg puan ajr dlm entri ni ��

    BalasPadam
  15. Soalan ni sume senang
    Budak tadika pun boleh jawab

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita tak boleh cakap macam tu,walaupun soalan nya dianggap senang tetapi ini semua adalah ilmu pengetahuan yg sangat berguna untuk kita sebagai seorang muslim,jnganlah kita riak dengan menganggap soalan soalan ini sangat senang,soalan soalan ini boleh dijadikan ilmu untuk sesiapa sahaja bukan hanya untuk pelajar yg mengambil PT3 sahaja,saya harap awak tak tersinggung dengan kata kata saya ini,saya hanya memberi nasihat untuk kebaikan bersama,semua manusia tidak sempurna,apa yg baik itu datang dari allah dan yg tdak baik itu dtg dari diri saya sendiri,syukran wallahua'lam..ASSALAMUALAIKUM

      Padam
    2. kita tak boleh cakap macam tu,walaupun soalan nya dianggap senang tetapi ini semua adalah ilmu pengetahuan yg sangat berguna untuk kita sebagai seorang muslim,jnganlah kita riak dengan menganggap soalan soalan ini sangat senang,soalan soalan ini boleh dijadikan ilmu untuk sesiapa sahaja bukan hanya untuk pelajar yg mengambil PT3 sahaja,saya harap awak tak tersinggung dengan kata kata saya ini,saya hanya memberi nasihat untuk kebaikan bersama,semua manusia tidak sempurna,apa yg baik itu datang dari allah dan yg tdak baik itu dtg dari diri saya sendiri,syukran wallahua'lam..ASSALAMUALAIKUM

      Padam
    3. Cuba bagi kat budak tadika dan lihat hasilnyer.

      Padam
  16. mintak izin nk copy

    BalasPadam
  17. ntah..bagi saya soalan ini berguna untuk pelaja2 yg sedang menduduki pt3 . walaupun agak senang, tetapi bagi saya amat berguna bagi pelajar yang belum mahir , dan memberikn saya cara untuk mendptkn 4 markah dngn senang, maafkn saya kalau tersinggung , tetapi saya hanya menyatakn pendapat saya sebagai seorg pelajar. assalamualaikum.....

    BalasPadam
  18. saya amat gembira sambil terkijut lalu terkintut

    BalasPadam
  19. Saya harap ,saya boleh score A dlm mata pelajaran pendidikan islam pada pt3 2017................

    BalasPadam
  20. mohon share..jazaakillah

    BalasPadam
  21. Baru ah aq faham canne nk wat soalan kbat.
    Kekadang dah buat betol tapi ni baru saya faham.
    Tq sesangat terima kasih.
    Saya copy blog ni tau nk bagi kat rakan2 saya.

    BalasPadam
  22. Syukran...smg mendapat barakah daripada Allah in sya Allah

    BalasPadam
  23. Terima kasih... ianya amat membantu... saya sungguh tertarik

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah baru faham sikit Cameron nk jwb soalan KBAT

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah baru faham sikit Cameron nk jwb soalan KBAT

    BalasPadam
  26. Terima kasih... blog ni bayak membantu semoga yang memberi ilmu ini diberi ganjaran di dunia mahupun di akhirat doakan kan saya semua A. Amin

    BalasPadam
  27. ada soalan yg lebih susuh tak...sbb sye mahu bt
    ini no.fon sye 0177873970

    BalasPadam
  28. Terima kasih... Doakan sye berjaya dlm pt3 ��

    BalasPadam
  29. Trina kasih atas perkongsian ilmu..semuga mendpt rahmat Allah

    BalasPadam
  30. Saya ingin copy catatan untuk kegunaan rujukan pembelajaran saya .

    BalasPadam
  31. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini,Ustazah .Alhamdulillah akhirnya saya tahu macam mana nak memantapkan soalan bahagian KBAT ni.

    BalasPadam
  32. Doakan anak saya berjaya pt3..amin

    BalasPadam
  33. syukran , terima kasih banyk2 saya sangat faham sekrg

    BalasPadam
  34. maaf...saya nk tnya...apa maksud I, K dn sebagainya pada jawapan ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. I maksudnya Isi
      H , huraian
      HL huraian lengkap dan K kesimpulan.

      Padam
  35. Bagi satu contoh soalan kbat tentang hari akhirat

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum........ Boleh bagi satu contoh soalan kbat tentang hari kiamat

    BalasPadam
  37. boleh bagi satu contoh soalan kbat tentang aktiviti yang menggiatkan dakwah di sekolah?

    BalasPadam
  38. bole bagi soalan tentang dalil kewujudan allah

    BalasPadam
  39. Shukran,mohon share..Jazaakallah khairaljazak

    BalasPadam

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...