Jumaat, 14 Ogos 2015

soalan KBAT SPM 2015

post  ini disebarkan melalui whats app...semoga beroleh manfaat. insya Allah. terima kasih yg sudi berkongsi.

alam semua. Sy dapat dr GPI Gombak Selangor. Harap ada manfaat dn pahala yg berterusan.

Aslkm rakan gpi
Berikut apa yg saya boleh kongsikan drpd bengkel kbat spm hari ini. Mohon pembetulan kiranya ada kesilapan. 😉

Cth soalan kbat spm bengkel 25.4.2015 - Aras kesukaran soalan spm 5.3.2
Aras kesukaran soalan pt3  3.4.3

Soalan kbat 4 markah....rubrik

Isi (1m)
Huraian(1m)
Penjelasan huraian (1m)
Rumusan (1m)
## calon tetap jawab dlm perenggan bukan dlm point
##kesimpulan tidak boleh ulang isi
##kesimpulan boleh bentuk cadangan

Soalan 1
Budaya masa kini meletakkan mas kahwin yg tinggi seolah-olah anak menjadi brg dagangan sedangkan hadis rasulullah menyebut semulia mulia perempuan adalah yang rendah mas kahwinnya.
Berdasarkan pernyataan di atas bagaimana mendidik masyarakat supaya mas kahwin bukan mengikut adat tetapi mengikut sunnah.

Soalan 2
A telah terlibat dalam kemalangan jalan raya menyebabkan dia dirawat di hospital. Kecederaannya serius sehingga tidak boleh bergerak sendiri.
Anda telah ditugaskan utk merawat A. Bagaimanakah anda menenangkan emosi A.                           (4 m)

Contoh jawapan
Saya akan menasihatkan A (isi)
supaya byk byk bersabar (huraian)

Saya akan berborak dgn A(isi)
Supaya dia rasa diambil peduli(huraian)
Kerana orang sakit sangat sensitif  (penjelasan huraian)
Oleh itu, sbg org islam kita jangan ada pilih kasih ant org sihat dgn sakit sebab semua org sama di sisi Allah (kesimpulan)



Soalan 3
A bertugas di Melaka. Beliau telah menerima surat supaya menjalankan tugas di Pulau Pinang selama 4 hari bermula hari isnin hingga khamis. A bertolak dari melaka jam 10 pagi. 6 jam kemudian dia telah singgah di kwsn r n r utk berehat
Berdasarkan situasi di atas, namakan ibadah solat yg boleh dilakukan oleh A.

Cth jaw
Menunaikan solat zohor secara sempurna (isi) /
Jamak takdim zohor asar (isi) kerana masih berada dlm waktu zohor (huraian)

Andaian untuk soalan kbat yg memerlukan 6 markah
...Guru boleh membina  soalan bertindih:
Contoh:
a. Pada pandangan anda kenapa berlaku demikian dan apakah cara mengatasinya.
b.........apakah akibat dan cara mengatasi

Andaian rubrik jika soalan kbat (6m)
a. Soalan tidak bertindih
1 isi
2 huraian
2 penjelasan huraian
1 kesimpulan

2 isi
2 huraian
1 penjelasan huraian
1 kesimpulan

Soalan 4
Trend masa kini anak -anak suka menghantar ibu bapa yg telah uzur ke rumah orang tua atau pusat penjagàan org tua.

Mengapakah situasi di atas boleh berlaku sedangkan mereka mengetahui kesan daripada perbuatan tersebut. (6m)

Rubrik
Anak anak sibuk bekerja (1m)
Kerana mencari nafkah utk keluarga (1 m)
Menyebabkan mrk tiada masa utk menguruskan keperluan harian ibu bapa (1m)
Dan khuatir ibu bapa terbiar tanpa pengawasan (1m)
Sebagai seorg anak kita semestinya bijak menguruskan masa antara keperluan harian dengan memenuhi tanggungjawab(1m) supaya tidak mendapat kemurkaan Allah (1m

Soalan 5
Orang yang mendapat hidayah Allah dapat dilihat melalui perlakuannya dalam kehidupan seharian.
Sejauh manakah penyataan di atas benar. Huraikan hujah anda berdasarkan pemerhatian anda dalam kehidupan bermasyarakat.

Rubrik
 benar / betul (1m)
sentiasa bercakap benar (1m)
agar tidak menimbulkan perselisihan(1m)
Oleh itu kita hendaklah mengamalkan nilai - nilai murni dalam kehidupan  agar hidup aman damai. (1m)

Soalan 6
Kebelakangan ini ajaran syiah telah menular dalam masyarakat. Ramalkan keadaan masyarakat akan datang jika umat islam tidak peka terhadap situasi tersebut

Soalan 7
Remaja hari ini sering terlibat dgn budaya asing spt k pop.  Situasi ini menimbulkan kebimbangan masyarakat.
Bagaimanakah anda dapat menyedarkan rakan anda yg terlibat dengan budaya negatif tersebut.

Soalan 8
Terdpt segelintir remaja islam yg tidak segan silu memuat naik gambar yg tidak sopan dalam laman sosial.  Bagaimanakah cara mendidik remaja ini supaya takut melakukan perkara di atas.

Soalan 9
Berdasarkan keratan gambar di atas, sejauh manakah perbuatan tersebut boleh mencemarkan imej negara. Berikan hujah anda

Soalan 10
Antara usaha kerajaan membenteras ajaran sesat adalah melalui penerbitan akhbar kepada org ramai. Sejauh manakah peranan media massa dalam membenteras ajaran sesat yg berleluasa di Malaysia. Berikan pandangan anda.

Teknik Soalan KBAT PENDIDIKAN ISLAM

Teknik Penyoalan yang berkesan. Jom kita tengok bagaimana teknik penyoalan boleh membantu pembelajaran secara KBAT.

Teknik Penyoalan KBAT

Teknik penyoalan yang berkesan merangsang pembelajaran secara KBAT

Tujuan Menyoal
1. menilai pengetahuan sedia ada
2. menimbulkan minat
3. membina pemahaman yang mendalam
4. membina idealisme, sikap dan penghargaan
5. memantapkan pembelajaran
6. merangsang pemikiran kritis
7. mentaksir pembelajaran dan perkembangan murid
8. menjelaskan pemikiran
9. mencari sebab atau penjelasan
10. meneroka pandangan alternatif
11. menguji implikasi dan akibat

Ciri-ciri soalan yang berkesan
1. Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dinyatakan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindakbalas)
5. Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada soalan yang berikutnya dan mencungkil secara mendalam)
6. Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian yang mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai aras dan berbeza-beza)

Memperkembangkan Kemahiran Menyoal Dalam Kalangan Pelajar
1. Guru perlu mengelakkan banyak bertanya soalan
2. Guru perlu mengalakkan murid bertanya lebih banyak soalan secara lisan dan bertulis
3. Guru perlu menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa berbincang
4. Guru perlu menerima soalan yang diajukan
5. Guru perlu memberikan masa untuk membuat soalan susulan kepada murid
6. Guru perlu mengumpul, membincang, membina dan mengkategorikan soalan murid

Contoh Soalan Untuk  Menjelaskan Pemikiran
1. Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ... ?
2. Apakah yang anda maksudkan dengan ... ?
3. Bolehkah anda memberi saya satu contoh ... ?
4. Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain?
5. Bolehkah anda menunjukkan cara ... ?

Contoh Soalan Untuk Mencari Sebab atau Penjelasan
1. Mengapa anda terfikir bahawa ... ?
2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?
3. Apakah sebab-sebab anda ... ?
4. Apakah bukti yang kita ada untuk ... ?
5. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?

Contoh Soalan Untuk Meneroka Pandangan Alternatif
1. Bolehkah anda menyatakan pandangan anda dengan cara lain ... ?
2. Adakah terdapat pandangan orang lain ... ?
3. Bagaimana sekiranya ada orang lain mengesyorkan bahawa ... ?
4. Apa yang perlu kita tahu sekiranya ... ?

Contoh Soalan Untuk Menguji Implikasi dan Akibat
1. Apakah susulan daripada pernyataan anda ... ?
2. Apakah pernyataan anda selaras dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini ... ?
3. Apakah akibat sekiranya ... ?
4. Adakah terdapat peraturan untuk ... ?
5. Bagaimana anda dapat memastikan .... sama ada benar atau tidak?

Amalan baik untuk guru dalam menyoal
1. Soalan dirancang
2. Logik dan berurutan
3. Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan
4. Seimbang antara fakta dan pemikiran
5. Memberi masa kepada murid untuk berfikir
6. Tidak berulang
7. Ditanya dalam nada perbualan
8. Direkabentuk untuk mendapatkan maklumbalas yang berterusan

Semoga perkongsian ini memberikan guru input berguna dalam memperbaiki pdp ke arah lebih berunsurkan KBAT dengan cara menambahbaik dari segi teknik penyoalan. Selamat maju jaya!

memahami soalan KBAT PT3

Assalammualaikum  semua. ..pada asalnya saya menyimpan bahan KBAT  pendidikan Islam di blog adalah utk simpanan sendiri pada masa akan datang. ..namun tidak disangka bulan lepas views  post kbat melonjak naik sehingga reviews  blog sayabulan lepas mencecah 1000 lebih ia di paparkan . ..iyalah ..musim percubaan pt3 ..semua pelajar mencari kaedah  menjawab pt3...terus terang saya cakap itu vukan tulisan saya sebaliknya  perkongsian dr rakan rakan group  whats app yg saya panjangkan . ..

di sini saya sertakan link utk memahami kehendak sesuatu soalan KBAT

http://spi.jpnns.gov.my/Pendidikan%20Islam%20Menengah/1.kata%20kunci%20dan%20latihan%20%20PT3.pdf

nanti saya perjelaskan ..
utk semua calon pt3 good luck!



Selasa, 11 Ogos 2015

teknik menjawab soalan KBAT

assalammualaikum  
kbat tingkatan 5 

soalan yg ditanyakan adalah mengkehendaki pelajar berfikir dengan pengetahuan  sedia ada pd pelajar.


format wajib: 

1. isi utama : 1m
2. huraian : 1m
3. huraian lengkap : 1m
4. penutu/kesimpuan:1m

TOTAL : 4M

CONTOH  SOALAN :

Pada pandangan anda, apakah penyebab peningkatan  kes ponteng di sekolah?

Jawapan: 

pada pandangan saya, penyebab peningkatan kes ponteng di sekolah ialah pengaruh rakan sebaya (isi 1m) yang negatif ( huraian 1m)seperti tidak minat belajar, atau suka melepak di siber kafe ( huraian  lengkap 1m) .oleh itu, kita mestilah memilih rakan yg baik supaya kita tidak  terlibat dgn gejala  ponteng sekolah. ( kesimpulan  1m)


kelemahan pelajar selalunya pada kekurangan ilmu, atau maklumat atau tidak tahu membuat ayat lengkap menyebabkan  jawapan pelajar tergantung.

namun saya suka ingatkan , jgn sesekali meninggalkan 4 m ini kerana merugikan  cyba jawab dgn jawapan kamu sendiri idea sendiri . .paling tidak pemeriksa akn memberi satu atau dua markah.tidak mengapa..

masalah kbat paling merunsingkan pljr di kelas hujung tambahan  mereka kurang kemahiran membina ayat . .kadangkala mereka th jawapan tetapi  susah menterjemahkan  nya dlm bentuk ayat. 

 di bawah contoh  jawapan kbat spm perkongsian  rakan what apps dr johor. 

terima kasih . 

koleksi2 soalan kbat utk pt3 bakal menyusul... 







Khamis, 6 Ogos 2015

rancangan pengajaran harian Pendidikan Islam

alhamdulillah . .terjumpa satu web panitia pendidikan islam seluruh  mrsm...

ada rph setiap tingkatan dengan lengkap ...so kita tak payah nak pikir terus copy
sila click di sini..

nnt update lagi

tentang plc.

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...