Jumaat, 25 November 2016

Nystagmus Eyes

Assalammualaikum
dan 
apa khabar?

Nystagmus 

Pernah dengar istilah Nystagmus Eyes? 
secara mudahnya ia satu masalah penglihatan di mana mata hitam bergerak gerak tanpa boleh dikawal oleh seseorang. 

Ini ialah Iyad , anak kedua saya yang lahir pra matang 34 minggu..dengan masalah TOF 
Tracheo-Oesophageal Fistula, Oesophageal Atresia 

Nanti saya akan share apa itu TOF 
pada hari ini saya ingin bercerita tentang nystagmus....

Pada permulaannya saya tak begitu perasan mata anak saya..saya tahu ia bergerak gerak tp tak rasa pelik..mungkin kerna dia bayi premature.
sebenarnya itu satu kelainan..di mata anak mata Iyad tidak boleh fokus ke mata saya ..ia sentiasa bergerak gerak ...sehingga susah utk eye contact dengan Iyad semasa kecil,,tambah lagi bila time menyusu...kita tahi dia tengok kita tapi mata dia sentiasa bergerak gerak..dan saya persan iyad akan gerk gerakkan kepala utk lebih focus...
keadaan ini berterusan sehingga kini..namun apabila kami membawa iyad berjumpa pakar mata di Hospital Besar Melaka ..iyad didiagnos sebagai nystagmus Eyes horizontal..dan syukur iayad masih boleh melihat ..namun pandangannya agak kabur dia punya masalah rabun jauh dan silau yang tinggi sehingga 200 ke atas. 
Setelah menempah spek mata kha sutk iyad namun masih tidak dpt membantu. Doktor telah menasihatkan kami memohon kad OKU untuk Iyad sebagai kecacatan penglihatan. dan Iyad akan mendapat pendidikan khas masalah penglihatan.

Penerangan mengenai nystagmus dari




i bawah akan dibincangkan beberapa jenis nystagmus. Semoga para pembaca dapat memahami penerangan ini :)

1. Nystagmus yang terjadi dari mula kehidupan 

Selalunya kejadian ini terjadi akibat dari kehilangan penglihatan sejak lahir. Kajian menunjukkan terdapat seorang bayi akan terkena nystagmus dari 1000 kelahiran. Dalam 80-90% kes, ia adalah kesan dari kehilangan penglihatan akibat dari beberapa penyakit lain seperti albinism (albino), aniridia (ketiadaan iris), optic nerve hypoplasia, achromatopsia congenital cataracts, coloboma or retinopathy of prematurity (akibat dari kelahiran sebelum matang). 

Nystagmus selalunya akan muncul selepas 6-8 minggu kelahiran. Sebanyak 10-20% yang lain mungkin tidak berkait dengan kehilangan penglihatan akibat penyakit mata yang lain. Penemuan kepada keadaan ini sepatutnya mendapat perhatian segera dari ibu bapa dengan membawa anak kesayangan anda kepada optometris atau oftalmologis untuk pemeriksaan lanjut. 

2. Nystagmus yang terjadi kemudian (lama selepas kelahiran)
Jika anda perasan mata anak anda tidak bergerak-gerak selepas kelahiran tetapi lama selepas itu tiba-tiba matanya bergerak-gerak, maka ini adalah mungkin disebabkan neurological dysfunction (ketidakfungsian saraf) akibat dari kecederaan kepala, multiple sclerosis atau tumor otak. Pesakit yang mengalami keadaan ini bukan dari lahir akan rasa rimas dengan matanya yang bergerak-gerak ini. 

Keadaan ini dipanggil 'oscillopsia' di mana pesakit akan mengalami pening dan loya akibat dari pengalaman baru pergerakan mata yang tidak dapat dikawal ini. Keadaan ini juga memerlukan pemeriksaan lanjut dengan segera.

Perubatan & nystagmus

Nystagmus juga mungkin disebabkan oleh pemakanan ubat-ubatan seperti Dilantin & Phenobarbital dan ubat-ubatan yang digunakan untuk mengelakkan kejutan mungkin akan menyebabkan nystagmus. 

Naik turun penglihatan.

Pesakit nystagmus sering mengalami naikturun penglihatan mereka. Perubahan kelajuan nystagmus akan menyebabkan penurunan penglihatan dan ini mungkin disebabkan stress, arah penglihatan atau sekiranya sebelah mata ditutup. 

The Null Position

Pesakit nystagmus akan mendapati satu posisi unik kepalanya dan matanya yang akan mengurangkan kelajuan nystagmus dan untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Kedudukan inilah yang dipanggil null position. Kedudukan ini mungkin tidak sama pada setiap pesakit. 

Keseimbangan dan penglihatan binokular
Pesakit nystagmus selalu mengalami masalah keseimbangan dan selalunya akan gagal dalam menganggar kedalaman atau jarak. Nystagmus selalunya akan berkurang jika pesakit menumpu untuk membaca. Sesetengah pesakit akan diberi bantuan prisma untuk mengurangkan masalah nystagmus mereka. 

Pemeriksaan Pesakit Nystagmus
Pesakit nystagmus sewajarnya mendapatkan pemeriksaan mata dari pakar low vision untuk merawat keadaan mereka. Ujian ringkas seperti visual akuiti mungkin akan menjadikan penglihatan semakin teruk jika pesakit dalam keadaan tertekan atau mempunyai nystagmus yang tersembunyi.

Nystagmus & Kaca Mata

Lazimnya mereka yang mempunyai nystagmus akan menghadapi masalah astigmatisma. Walaubagaimanapun ia tidak mengurangkan masalah nystagmus. Kuasa prisma mungkin diberikan untuk mambantu pesakit mencapai Null position mereka. 

Kesimpulan

Nystagmus adalah satu masalah mata yang sangat kompleks untuk ditangani. Jumpalah pakar Low Vision untuk mendapatkan rawatan yang khusus.


Bagaimana anak saya melalui hari harinya?


Alhamdulillah baik..
cuma ada masalah pelajaran..sebab tak boleh melihat dengan jelas. 

continue


Rabu, 23 November 2016

Tadom Hill Resort...best ke?



Salam.
Impian utk ke Tadom Hill ni mmg dh tersimpan lama. Tambah2 bila tengok gambar dia yg awesome. 

So , setelah dirancang pada masa yg diizinkan maka berdua sahaja kami ke sana. 

Kos tak banyak tol rm20 lebih, minyak dan tiket masuk rm20 seorang. Kami bertolak dr Melaka exit di KLIA shah alam tu ..cari banting...tak sempat sampai banting dh nampak sign board Tadom Hill tepi jalan ..agak mudah nak cari, tambah sekarang dengan macam macam teknologi. Itu semua bukan alasan. 

Ok .kami asal cam nak tengok2 je...yelah dh jadi mak bapak budak ni mood huhahuha cam dh agak kurang. 

Sebenarnya, tempat ni kalau pergi berkawan kwn lagi seronok..macam macam boleh buat..mandi ..berakit...main pingpong ..bbq macam2 lagi lah...

Fasiliti agak sempurna..surau tandas semua ada  Cafe makan pun ada . Perasan ada set nasi goreng rm10...oklah tu..kami tak makan pun cuma minta air panas nak makan maggie cup ..tu pun kami beli kat Petronas...

Oklah..elok lyn grafik dari teks kan..hahah😂😂

Posing sikit dpn surau..

Cantik juga tmpatnya..sblm sampai ia Tadom ni Atas bukit ...rupanya tak...

Pondok pondok kecil untuk picnic

Mmg hijau betul air dia, sebelum kami mandi sempat tanya pengawal pantai ni .." eh dik ..ni tasik ke apa...?" panjang lebar budak tu menerang ..aku simpulkan begini ..tasik ni terbentuk dari air mata air yg keluar ..apabila bukit bata ni diletupkan yeke letup utk diambil batunya...senang cakap..tasik ni adalah terbentuk apabila ada air mata air. Airnya mcm tak sejuk...panas pun tidak..suam kot...tp mmg tak mengigil...airnya jernih..dan bersih.

Muka jual mahal taknk mandi..last last terjun juga

Org pergi sini pakai santai2 ni dh ghupe nk masuk kerja

Wefie..weeee.😍😍

Akhirnya...Tadom Hill Resort....

Itulah agak nya bukit batu yg diletupkan sehingga wujudnya mata air..

Cubaan mengoda si isteri terjun....mmg tak lah!

Husband ckp terjun ni dpt iphone...😏😏
Tau kita x berani buat...
Yeay ...

Cool kan?

The Hammock...

Pelantar...dari sini pun boleh terjun.wajib pakai safety jacket..sbb air nya mmg dlm ..lgsg x dpt cecah kaki...

Kesimpulannya, tempat ni cantik dan menarik..jika pergi berkawan2 ramai2 lg happening..nk bw budak tak berani sebab airnya dalam...kami sempat berakit berdua tapi takde siapa nk ambik gambar..sian kan...

Jika nk datang, dtg awal..sekali mandi hanya di benarkan 300 org sebab jaket keselamatan pun x cukup...dia kawal jumlah pengunjung yg dtg supaya tidak terlalu sesak...untung kami pergi keadaan lengang..

Last Tadom Hill mission acomplished!

Ramly burger....restoran dan mart.

First time kami makan di Ramly..di RnR Seremban ..masa ondaway nak pergi Tadom Hill.

Oklah ..not bad..suka style macam ni.
Ada jual burger..oblong ..ada jugak lamb chop..chicken chop...dan lasagna..byk jugak menu dia  

Dari segi ID tip top..ada gaya cowboy sikit bila guna unsur kayu...dan dinding bata merah.

Overall..makanan dia saya bagi 3 and half star. saiz besar ..mmg tak mampu nak habiskan kalau sorg..suami suka sangat fries dia.

Next time kalau lalu r n r seremban boleh lah singgah. kita support bussiness bumiputra. insya Allah. Kompom Halal!





Lamb chop sedap ..juicy. 

The Ramly

LONGCHAMP LOVERS....lover ke?



Assalammualaikum..
dan 
hello semua!

sebenarnya ..saya bukan lah peminat, peminat handbag berjenama..
saya selalu beli handbag2 yang terjual di jusco dan Parkson ..paling heaven jika ke sogo..beg beg bonia yg diletakkan cantik2 di rak dipsplay ..hanya dicampak campak sahaja di sogo..3 rm90 brand? ada carlo rino ,sembonia, CR, dan lain lain lah..

saya ada satu beg bonia, suami beli masa nak dijadikan hantaran ..harganya rm 600..terkejut saya ..masa tu bukan saya yang pilih..tp mak mertua yg ajak suami beli barang kawin dan kami pergi bertiga ke SACC Mall shah alam ..masa tu 2006 ...jadi mak mertua yang pilih dan suruh suami belikan ..ikutkan rasa macam mahal gila handbag rm600...rm300 rasa cam ok lagi...

ok..sambung cerita..
so masa nak ke Paris tu ..adalah ricky2 handbag apa yg boleh dibeli buat kenang kenangan ..ada google LV ..mak aih! tak mampu den! purse je rm3k...handbag dia memang dalam 5k atau 6k tengok jenislah..aduh! bila pikir balik baik aku beli tiket ke istanbul atau ke Zurich..hahah...so masa tu lah sy jumpa longchamps...burbberry pun mahal..lain lain mmg tak berapa tau ..kita ni level middle class aja bukan orang ada ada..cam Dato Vida hihi

bila balik malaysia saya saja cari Instagramers  yg jual longchamps murah ! akhirnya jumpa ..hihi.....

instagram nya : 

longchamp_authenticlovers2



adik ni jual handbag neo small baru rm360 inc postage dan dust bag..ada satu insta ni jual ..beg yg sama cecah rm 400..dan paling tak tahan nak dust bag kena tambah rm 10..

kalau kita nak beli sendiri ke Paris mmg tak lah sama harga ...tapi dr ko nak bayar duit tiket flight bagai hat ni kira ok sgtlahkan ...hihi

saya ada dua beg  LC ni ..baru dua dh jadi lovers ekk...tapi kan kalo g solat masjid area shah alam makcik makcik situ pakai LC utk etak telekung je..stress mak!..hahah...

apapun beg LC ni mmg stylo plus tahan lasak ko! zip dia tali dia semua lah ..tapi ada satu ruang je..takde poket poket..kalau saya jenis suka campak barang satu tempat mmg sesuai sangatlah kan ...reward for yourself pakai barang branded ni ..tapi jangan sampai bergolok gadai sudahlah..

saya ada satu merah ( neo small) dan satu pink..(le pliage)

actually ni beg yang sama ek..cuma pantulan warna jadi kaler lain ...

lepas ni aim nak beli yang ni pula 
picture from tejara. 

tempat shopping di Paris..antaranya...tapi tak murah sgt di sini
jadilah bergambar depan LV ..nak masuk masuk dah ..tapi tak belilah ...


Akhir sekali nak beli handbag yang branded ni elok lah kalau kenal mana yg original mana yang fake...
sayangkan bayar ribu ribu sekali dapat yang fake atau gred AAA..kuali memang sebijik sebotollah cam ori..


LONGCHAMP ORIGINAL OR FAKE LE PLIAGE

atau

LONGCHAMP LE PLIAGE NEO 
dan pastikan beg tersebut mmg ada di website Longchamp yang official. 

harap membantu anda ! 

bye!
WASALAM 




Selasa, 22 November 2016

AVANI SEPANG GOLD COAST PART 2

Berbasikal keliling resort....


Apa aktiviti menarik di Avani Sepang ni?


okay ...paling utama mestilah berbasikal round satu Avani ..best tau!..masa kami cycling berdua hari tu anak anak kami letak di Avani Kids room..siap ada penjaga lagi..hihi..kejap je bukan lama pun..nak bersenam pun ada gym ..dan ada swiming pool as usual....

melihat anak anak bermain di pantai....
Mula mula main pasir je..
Last last mandi..airnya tak lah jernih sangat..boleh lah nak mandi
Pada petang tu, kami bawa anak anak mandi di laut ada private beach Avani..ada buai ..ada tempat baring2..dan ada org jaga ..utk bagi tuala bila habis mandi..mmg takde org lain mandi ..hanya kami anak beranak je...malam tu ada kawan yg duduk area sepang datang ziarah kami ..memandangkan bilik kami dekat je dgn lobby ..so kami bawa diorg masuk tengok bilik....

Cadangnya malam tersebut nak makan order dari bilik je..tapi tengok diorg serve arak sekali langsung tak jadi..last last suami keluar ke luar Avani ada restoran seafood..so dia beli dan kami makan dalam bilik..

Malam ..bila air surut ..memang surut betul ..nampak ada orang berjalan kaki cari ketam...bawa torch light ..terkejut jugak ..rasa macam ke tengah laut..tapi ada orang jalan-jalan ....

esoknya kami bangun tido dan pergi breakfast ...

ok.
Nampak tak objek yg sayup sayup warna pink tu...hahah.
Sebelum nak check out..tertiba Orked buat hal ..dia pergi campak kasut dia ke bawah.....uwa..dah lah kasut Clarks..nangis mak...nasib baik air surut..sebab sayang kan kasut tu suami berjala dari tepi pantai sampailah bawah bilik nak amik kasut..hahah

Nasib baik bilik kami tak ketengah laut ..kalau tak mmg tak dapat balik lah...

itulah cerita kami sekeluarga bercuti ke Avani Sepang...

amacam..ok?
Sebenarnya berbaloi juga kita spend di hotel 5 star ni..satu cantikkk dan kedua ada kelainanya...

other attraction 
selepas ni saya nak bercuti ke Pulau Langkawi dan Penang ......

Malaysia the best ever place for us, Absolutely!







bye bye Avani

Langkawi dan Teknik hotel murah!



Cuti sekolah mestilah dinantikan oleh semua orang ..di mana sahaja di Malaysia cuti sekolah bermula pada akhir November dan sebulan dalam bulan Disember...pada masa inilah sumua orang mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga..
Namun begitu, kebiasaannya pada masa inilah sekali perkara akan naik harga dari tiket penerbangan . hotel , makanan dan barang barangan ...jadi untuklah kalau kita boleh bercuti pada bukan masa cuti sekolah ...terutama utk percutian keluar negara ...kerana itu saya suka sarankan utk kita pergi bercuti apabila negeri kita sahaja yang bercuti seperti pada Hari Wilayah dan Hari Kelahiran TYT Negeri Melaka..seperti yang kami lakukan pada trip ke Avani Gold Coast hari tu..klik sini 

okay, 
so pada cuti sekolah Disember 2016, saya dan keluarga bersama emak saya dan kakak dan suami akan ke Pulau Langkawi..yeya! 

ini adalah kali ketiga kami ke sini.. sebelum ini masa honeymoon 2006, naik flight kali pertama utk imran pada 2010 dan kali ini Insya Allah 2016...

org kata apa barang ke Langkawi....yelah kalau pikir2 balik kos nak ke Bandung atau Krabi dah lebih kurang sama macam nak ke langkawi..
tapi, apa yang berbeza kali ini kami akan membawa kereta kami ke pulau langkawi..dengan Roro ferry...

Mungkin ada yang kali pertama dengar. 
ok..sebenarnya sejak 2012 kalau tak silap kita dah boleh bawa kereta sendiri ke Langkawi..jadi tak pperlu menyewa kereta lagi..tapi kos nak bawa kereta tu yang kena tanggung..

1. Pengangkutan 

kalau naik roro ferry ni kena tengok kereta jenis apa dan berapa cc..utk mpv 3000cc maca kereta kami dalam rm340 termasuk driver..driver tak pperlu bayar..utk penumpang lain dan rm26 pergi balik sama tambang naik ferry ..rm18 utk dewasa...tapi naik dari Kuala Perlis...dan kena check in 2 jam awal..utk urusan bawa masuk kereta,,,

Untung ke bawa kereta ..baik sewakereta kat sana...
soalan ini banyak faktor lai kena fikirkan ..kalau pergi kejap baik sewa kereta..tapi klu 4 hari utung jugak bawa kereta..yg best nya nnt kalau pindah barang yang kita beli takdelah kes tertinggal barang kan..oklah nak cakap banyak pun belum ada pengalaman ..so far kami nak ke langkawi ni ..saing dengan dua kawan lagi dengan cara yang berbeza..

kawan A : naik flight ,satu family rm500, bayar parking kereta di airport subang, sewa kereta axia dalam rm60 sehari
kawan B: Naik ferry biasa, bayar parking kereta di jeti, sea kereta di langkawi amik kereta kenari dalam rm70 sehari...
KAMI: naik roro..tambang ferry + bawa kereta (total 5 dewasa dan 3 kanak-kanak) rm540, parking kat jeti rm0, sewa kereta rm0...

so macam nampak adaa keuntungan sedikit di situ ..hahah..

ok..nak rujuk hal ferry roro ni sila klik di sini......



2. Penginapan

ok.Part ni mmg my favorite lah..suka sangat carik carik hotel..so macam biasa saya akan gunakan traveloka...MESTI downloads app dia ..kalau book di web site tak sama price seperti di apps..(for android) mmg banyak beza ..saya dah banyak kali guna traveloka..harga dia jauh beza dengan yang lain seperti bookin.com, trivago, agoda dan lain lain ....

ok jom tengok eksperiment di bawah ...


harga di trivago Rm 260

harga di Traveloka utk carian yang sama rm202..ini belum diskaun lagi..

okay...nak beri tahu utk tempoh dari 22hb nov hingga 28nov 2016 guna coupun "FUNSTAY" akan dapat diskaun rm100 ringgit..so bayangkan lah harga bilik yang anda boleh dapat....(
setelah dikaji pengurangan rm100 bukan pada semua keadaan..)

tapi memandangkan kami pergi 3 malam kalau satu malam rm200 dah jadi rm600 kat hotel sahaja rugi tu...ok nak story sikit coupun tu hanya boleh redeem sekali sahaja..

ok katakan lah saya nak tidur 3 malam nak guna coupon tu sekali macam rugi sebab cth di bawah:

book 3 malam rm 606, guna coupon sekali dapat less rm100 jadi rm506
kalau nak untung lebih cuba buat begini..kalau jadiklah..

1 malam harga hotel rm 214, guna kupon dapat rm150
malam kedua , rm214 guna apps phone suami ,guna kupon dapat rm150
malam ketiga guna tepon anak , guna kupon dapat rm 150...
so TOTAL: RM 450.

jadik, RM506 -RM450= beza RM56. 

*** setelah saya cuba sendiri..harga 1 malam rm214 selepas guna kupon hanya less menjadi RM150 bukan RM114...maaf atas kesulitan 

ini namanya teknik try and error..tapi yang saya perasan harga bilik satu malam dan tiga malam ada beza..cth book 3 malam sekali gus rm202 di Bayview Langkawi, kalau satu malam harganya jadi rm214.56. 

RISIKONYA`; malam pertama dapat book...takut malam berikutnya bilik habis..so..kalau nak untung kena buat serentaklah on the spot book utk setiap malam...

korang ni faham tak?

hahah...

tapi at the end ..saya book hotel lain walaupun cam rugi je..hahah..tadi kira Bayview 4 star, free breakfast lagi, guest 2, superior room,hill view semalam rm202( jika book 3 malam sekali gus) total guna kaedah 3 phone. 
RM450

yang saya book,

Malibest, satu bilik 4 orang utk 3 malam RM347...hotel 2 bintang no breakfast, tapi betul2 depan pantai chenang dan keluar bilik pijak pasir..yeke?

oklah ..biasalah semua benda kita nak untong tapi tak semestinya dapat untong...

apapun rezeki kan....

so as conclusion kami akan menginap di Malibest Resort ..baca review semua kata baguskan tapi harap dpt imagine hotel 2 star or 3 star takkan sama ngan 4 star..kan...

cukup sampai sini..nnt kita borak lagi ..next entry 

APA NAK BUAT DI LANGKAWI
 dan 
MAKAN KAT MANA?


nah ..nak tengok macam mana MALIBEST RESORT





gambar sumber: malibest..

so doakan percutian saya sekeluarga baik baik aja...








Ahad, 20 November 2016

Read this important message`


SEKOLAH RENDAH TERBAIK DI MELAKA

Tahun depan 2017 ramai ibu bapa mula sibuk nak menghantar anak sekolah rendah darjah satu..
di melaka tak banyak sekolah swasta..ada satu ..yg Islamik namnya i musleh ..di Melaka Perdana ..

antara sekolah kebangsaan yang agak popular ialah SK Datuk Palembang dan SK Tun SAS Taman Tasik Utama...

kemasyuran sekolah ini biasanya diukur drpd keputusan upsar...

sebagai seorang ibu anak saya belajar di SK Tun SAS..memang tak dinafikan budak budak nya sangat pandai..mereka sentiasa berlumba lumba utk keputusan yg cemerlang ..mendapat straight A dalam semua subjek hanya akan dapat no 17 ke ats..rata rata murid straight A dengan markah perfect 90 keatas..mmg excellent!

keistimewaan sekolah ini antaranya ialah sekolah baru ...belum sampai 10 tahun beroperasi..bangunan baru mestilah cantik dan selesa...di samping itu dalam kelas ada di sediakan peti utk pelajar2 menyimpan buku..pelajar perlu menyewa utk satu penggal..

byk kebaikkannya ..antaranya anak tak perlu bawa buku yang banyak kesekolah dan tidak perlu mengemas beg utk jadual keesokkan harinya...

biasanya sekolah pagi msti hendak digandingkan dgn sek agama..jika di taman tasik uatam ayer keroh sekolah agamannya di surau Taman Tasik Ayer Keroh ..bersebelahan bukan belajar kat surau...banyak perkhidmatan transit di sediakan ..cuma ahai atau murah sahaja..

tahun 2016  anak anak saya telah transit di Taska Mualimah ..dengan bayaran rm43o usia anak 9 tahun dan 5 tahun termasuk penghataran pergi sekolah agama dan balik sekolah dan taska..

tahun ini memandangkan anak yg berusia 5 tahun perlukan pemerhatian khusus ,maka kami bercadang menghantarnye ke smart learning private..one to one  ..harapnya Iyad boleh membaca sebelum masuk darjah 1 2018..

ada juga cadangan ke sekolah cina ..tetapi masih belum buat kajian di mana yang sesuai dan bagaimana urusan makn minumnya nnt ...

semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak anaknya..
ini bukan sahaja bergantung pada usia ..malah kemampuan ibu bapa utk menyediakan yg terbaik utk anak juga menjadi satu perkara penting..

bersekolah di sekolah swasta dan kerajaan pasti jauh beza..pertama yuran ..sekolah harian tiada yuran bulanan yg dikenakan ..berbanding sekolah swast bayaran yang dikenakan anatar rm 450 hingg rm550 ..berdasarkan sekolah tersebut..

di Kl banyak sekolah swasta islamic..antara ya Adni..Setia budi (under UIA)dan banyak lagi termsuk sekolah international school

setakat ini saya berpuas hati dengan pendidikan yang anak saya perolehi di SK TUN SAS..jika di tidak dpt keputusan baik ..pada saya itu kerana usaha nya yang masih belum all oit ..guru2dah berikan yang terbaik..

peringatan ..ada sahaja sijil alhir boleh teruskan daftar anak sekolah rendah dengan sijil lahir....selalunya sek rendah ditempatkan mengikut  alamat rumah ....

cukup sekadar itu 
jumpa lagi 

AVANI GOLD COAST SEPANG, BERBALOI KAH?






cool and cozy?

Assalamualaikum...


&
Hello semua!


Maldives?

 hahah ..actually ini lah Gold Coast Sepang...tak sangka cantik bukan ?
that amazing of Malaysia..kalau boleh tiap tiap bulan nak vocation macam ni..boleh?

Btw, semalam di Avani ni dapat RM350 di traveloka
 ( TRAVELOKA lagi..) ikutkan rate biasa dalam rm400 lebih ..sila gunakan teknik hotel murah di sini

Tapi nak bagi tips..kita dh duduk hotel mahal mahal ni ..penuhkan activities di sini lah ..jalan rayau rayau ..hihi..makan malam pun kami tapau makan dalam bilik sambil angin kuat memukul muka kami...hahah gaya novel sgt!


cafe makan....tak sempat makan ..(sebenarnya tak yakin ..sebab ada serve arak..)

Ok ..

kami book pada 14 hb Oct masa ni Birthday TYT Melaka jadi ..Melaka je cuti ..kami bertolak 7.30 pagi dan just nice sampai 12.30 tgh hari....tolak berhenti makan semua  ...ikutkan check in pukul 3 tapi kami bernasib baik dpt check in pukul 1..yeeha!



Memang inilah pandangan yg memukau mata kami....
cantik kan..waktu tu air surut...
sampai sampai terus ambik gambar banyak banyak ..cuaca pulak cam nak hujan ..angin bertiup kuat sangat ...rasa macam atas awan ...berterbangan ..hihi





"orked..orked..depa tangan..macam fly kan..." 
muka imran yg excited..basikal basikal tersebut adalah PERCUMA okey..sesiapa sahaja boleh naik ..dan park semula di tempat basikal di sediakan,,,,
aksi budak kecik..yg happy 
masih menunggu utk check in..


okay, masa nak check in perlu bayar deposit..dan deposit akan dapat semula masa nak check out..standard lah kan...

kami kena naik buggy utk ke bilik..kalau ikutkan bilik kami tak jauh sangat ..tapi sebab dah ada buggy kami naik jelah ..kan nak bawak beg lagi..ada jugak baca review kat facebook komen macam macam ..kata 

"hotel ni tak layak dapat 5 bintang".. 
 "the worst ever hotel"..
"tak cukup buggy check in kena tunggul sampai pukul 5 "


Alhamdulillah ..masa kami pergi ok aja..taklah ada apa apa perkara yg bikin sentap!hahah...semua kita nak yg baik baik maka kita doa jelah yang baik baik...

ikutkan frust jugak..sebab masa pergi Iyad demam dan badan naik gegata..macam manalah nak bercuti kalau anak sakitkan...jenuhlah mak dia lumurkan bedak sejuk dan bagi makan ubt..asyik cakap.."iyad kan kuat.."  "iyad kan kuat"
mak dia pulak yg cuak...

nasib baiklah semuanya ok ....





gigih abam ni turukan palstik takut kami kena hujan ..kebetulan Iyad demam jadi kena extra caution 


Kad bilik dan voucher breakfast


Biik bilik yg kami lawat....
swimming pool..wajin pakai swimming suit ...tak boleh main redah je ..haha


inilah bilik kami ..kami ambik yang paling murah superior room..with free breakfast. bilik dai besar dan selesalah kan ..5 star kot! lantai dia kayu macam ni ..sejuk je bila pijak...

memukau lah mata memandangkan ...katil dia agak besar...

wah...bagai memanggil mangil katil yang empuk ni ...nikmat dunia! tidur...
bilik air dia ada part yang transparent tapi boleh tutup dengan bidai langsir..menghadap ke laut ...

bathroom...
part ni mmmg saya paling suka..balkoni yang menghadap ke laut.angin nya kuat dan menenagkan ..kami berpicnic satu family makan kat luar best sangat!!!
Tangga ni utk jemuran....
so activiti kami hari pertama cuma duduk dalam bilik ..makan kfc..petang nnt nak mandi laut dan tengok sunset..yeay







caption dari bilik kami ...seperti yg saya bayangkan ...cantik! good Morning AVANI.....

duduk duduk di luar ni sambil minum kopi ..memang perfecto! lah....

sini dia website Avani Sepang Goldcoast....boleh survey survey ok?


so..berbaloi tak...

and the answer is 

YES, exactly!

Jumpa nanti di ....

 AVANI PART 2



Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...