Jumaat, 24 Februari 2017

Bermastautin di melaka.


Aku tinggal di melaka sejak posting pertama sebagai guru di SMK Datuk Bendahara Jasin. pada 4 September 2006.Aku menyewa di Taman Bahagia selama 4 bulan . bulan N0v aku angkut semua barang balik ke Klang. aku malas nak pikir pasal sekolah.tambah masa tu aku baru mengandungkan Imran..aku selesa di Klang.

Bulan 12 masa meeting pertama sekolah ..aku baru mencari rumah sewa. kali ini aku pindah dari taman bahagia ke taman maju...dulu di taman bahagia rumahnya beratap rendah ..siang sgt panas sampai tak boleh tidur sebab terlalu panas. Akhirnya 2007 kami mula tinggal di Taman Maju dengan sewa rm250. pada aku agak elok dan lebih besar dan selesa. disini lah kami mulakn hidup kami. bulan april imran lahir dan habis pantang aku pulang ke Jasin dengan anak dan suami ditemani atok suami lelaki.. Atok suami aku sgt sayang cucunya .Maka dia suka tinggal dengan kami ..dan akulah orang yang paling tidak selesa, tambah dia seorang lelaki. tidak lama kemudian suami pula pindah ke melaka apabila diterima masuk kerja kerajaan diskim yg berbeza dengan ku. Ya, suamiku seorang PTD. bermula dari situ kami tinggal bersama, tiada lagi episod suami ulang alik ke selangor.

Tapi dengan anak satu aku masih tak faham tanggungjawab isteri dan ibu. Aku sering bergaduh dengan suami yang selalu balik lewat kerja..sehingga 12 malam ..aku tak faham kerja apakah itu sampai balik pukul 4 pagi. aku jadik gila dengan keadaan suami yang asalnya selalu di sisi tiba tiba bertukar. makinlam makin sibuk dan seperti tiada masa untuk kami.

pertengah tahun 2009 kami beli rumah di Taman Tasik di ayer Keroh dan aku bertukar sekolah di SMK Buki baru.bermula dari 2010 hingga 2017 aku mengajar di situ. hampir tujuh tahun
dan aku tinggal di Melaka hampir 11 tahun .

Pada aku melaka sangat sesuai untuk kita tinggal. tidak jammed dan mudah kita nak access ke mana sahaja. bank myidn pun sekitar 2km radius adri rumah aku. Ramai rakan rakan aku yang tinggal di melaka terus menginap di sini kerana selesa tinggal di melaka. tempat makan pun banyak yang menarik. kalau nak bercuti dalam negeri pun macam macam tempat bleh pergi.

cuma yang agak kurang untuk kami ialah hospital islam dan sekolah islam. itu mungkin masih tidak banyak seperti di Bangi dan shah alam. tapi tiada apa yangmengurangkan rasa sayang aku di tempat kami tinggal.

Anak sulung aku bersekolah di tun SAS. Aku bngga dengan sekolah ini. sebab pada aku ia sebuah sekolah yang terbaik. iyad pula tadika di al baghdadi.takperlu risau di sini banyak tadika yang sesuai dari smart kid..little caliph dan brainy bunch semua ada .mampu atau tak mampu sahaja.

untuk sekolah rendah iyad akan sekolah di SRK Ayer keroh sebab iyad akan mausk Pendidikan Khas utk mata. Ihsan akan bersekolah di TUn SAS seperti Orked juga. Tadika Insya Allah seterusnya kan di al-Baghdadi dan transit di Teacher Eton di Taska mualimah.

Yuran Al-Baghdadi ialah RM 380 sehingga petang. selama ni pun bayar pengasuh utk dua orang anak rm550.Tahun depan iyad darjah satu tiada bayarn tadika tapi ganti taska transit. ihsan akan masuk al-baghdadi pula dan tinggallah orked sorang di rumah Cik Peah

kalau kalian kena bertukar ke melaka jangan susah hati
kalian pasti akan suka tinggal di melaka. Melaka ni kecil aje..kalau kena meeting peringkat negeri pun takde masalah. boleh drive sendiri. nak bercuti hujung minggu pun boleh .banyak tempat menarik di melaka dan ramai org suka tinggal di melaka setiap kali bercuti pasti nak jalan ke melaka,

namun kami pasti tidak akan tetap dan berpencen di melaka kerana kami bukan asal dari sini. Selamat tinggal Melaka....

Jumaat, 17 Februari 2017

acah acah autumn



best betul dapat jalan berdua masa ni..ini aeon yg baru di shah alam tahun 2016.
kami berbuka di shah alam dan berjalan berdua sementara anak anak dengan opahnya..

dapat lah beli baju raya suami dan baju raya anak anak...
masa berbuka org terlalu ramai ..kami makan ringan2..lepas tu baru kami makan lobster..sedap jugak


bila tengok gambar ni baru perasan Ya Allah semangatnya..bilalah nak kurus
suami dh kurus pun.makan 3 kali sehari dan tidak minum air manis..hanya minum green tea sahaja..dan main tennis


Japan street

murahkan ?..kainnya pula berkualiti. 

berbuka puasa di luar mall

menu korean food



sekarang masuklah waktu maghrib..yuk makan

charge henpon sementara tunggu suami fitting baju

Add captiosandal idaman clarks

tak sabar bertemu ramadhan semula..Ya Allah panjangkan umur ku sehingga Ramadhan seterusnya pada tahun ini 2017 ..aamin..

Khamis, 16 Februari 2017

Buatlah kerja sehabis baik!

Melalui hari hari di sekolah takkan pernah selesai tugasannya. Terlalu padat dengan pelbagai agenda.

21 Feb : tarikh akhir hantar kertas soalan, jsu dan skema upp 1
22 Feb : pertandingan MTQ peringkat sekolah sediakan fail utk para hakim
25 Feb : merentas desa
28 Feb : ujian upp1/ besday orked 2 years

1 Mac: tanda kertas exam
6 Mac : Last key in markah
Kwapm 17hb feb hingga tarikh luput 21 hb mac tutup

Kemaskini vlog frog. Buat soalan latihan utk form 1,2,3

Aku mohon pertolongan Allah agar urusan kerja ini selesai dn dipermudahkan Allah swt.




Ahad, 12 Februari 2017

Korea..mungkin kah kita bertemu


perancangan demi perancangan ..akhirnya tiket telah dibeli...dan Allah tentukan aku akan bersama Rabia ke Korea..teman baik walaupun kami tidak kerap bersama ..kerana aku di melaka dan rabia kerj di KL..

tiket yang ditempah berharga Rm1100 lebih..tidak sampai 1200 dan kami macam kebiasaan org lakukan tak ambik lugagage tapi ambik makan ..apalah nikmatnya berjalan kalau tak dpt makan makan...

aku book hotel yg agak sederhana dan murah ..berharga RM199 utk dua malam dua org..murah habis ni..dan bila aku jenguk harga hotel di website nya ..harga menjangkau rm139 seorg satu malam..refer sini www.hostelkorea.com .wow..ini sudah banyak murah...dan aku book hauendae Hostel di Busan ..satu malam ..The May Hotel pada malam yg akhir..bajet kami hanya sorang rm217 untuk 4 malam di Seoul .

Nak dikatakan beruntung masih terlalu awal..sebab kami belum melihat sendiri bagaimana bilik tersebut..

seperti kebiasaan aku book menerusi Traveloka..dengan menggunakan kupon dan satu bilik satu ID..supaya dapat banyak diskaun ..

bayang kan hotel pertama : dpat diskaun rm50
hotel kedua : rm40
dan hotel ketiga dalam : 30

sini sahaja dh jimat hampir rm 120

oklah ..dan yang paling aku excited bila ..aku akan ebrjumpa cik sakura di bumi Korea! yeay..

hahah..terima kasih ummu hani sudi balas mesej aku .dan berjanji nak jumpa aku..so aku plan nak bagi ummu ikan bilis dan beberapa rencah masakan melayu serta belacan..tp tak pasti muat atau tak luagege aku tu

punya nak sangat g korea..aku sanggup bayar walaupun harga tiket 2k ..hhaha..seb baaik Rabia pandai godek dpt harga lagi murah



dengan ini aku umumkan kos asas flight dan hotel seorg ke korea ialah.....RM 1387 yeay!


bye!


Khamis, 2 Februari 2017

REFUNDABLE , TRAVELOKA

cerita beli tiket ke seoul pada 2ohb mac akn datang ke Seoul terpaksa di refundable atas jadual penerbangan yg agak rugi hanya dapat dua malam di seoul...

nak cerita , memang kita akan dapat refund tersebut tapi jumlahnya berkurangan dari apa yg kita bayar..asalnya nak murah beli tiket harga 900 return flight seorang so dua tiket jadik rm1900 lebih kurang tak cecah 2k

tapi setelah refund dapat pulang 1340 sahaja! short sehingga 600
redhaaaa jelah ..mmg salah mak booking tergesa gesa sampai tak perhatikan jadual flight sbnrnya..

sebb nak pergi sgt sgt,,,maka terus godek airasia go...tarikh yang sama booking sekali dengan hotel sorg jatuh rm1900..perghh...mmg rugi...tp atas dasar nak rasa sgt pergi korea takpelah``harga termasuk guest house 4 malam ..harap plan yg ni betul -betul jadikk jgn terbengkalai lagi..kali ni dh masuk 3 x plan tak jadi..1 amsterdam 2 korea ni kali ketiga ..mmg belum booking ..nak tanya kesanggupan mak mertua tolong jaga aanak dalam 5 hari..masalah jugak mak mertua masih kerja ...adik ipar tunggu posting doktor,,kalau susah sgt hantar je balik kuala kejap..nnt dtg amik...

so! skrg tegh tungguh meseg suami dia nak pergi ke tak...harap nak lah..kita pakat belanja dia tiket flight..sampai sana cuma bayar t money sahaja dan makan..itu pun kalau tak kita masak je....

sekrang ni asyik pikir nak berjalan je kerja nye
adoii....memang ada menyimpan tapi pikir nak jalan dan simpan utk pergi haji,....kalau tiap tiap bulan simpan 2k setahun ada 24k..banyak tu ..dua tahun ada 48k ..tiga tahun ada 60k

wah ini sudah masyukk! nak main asb kang mahai bayar interest pulak ..baik simpan sendiri lagi banyak untung tapi lambatlah sikit....

so kesimpulannya beli tiket jgn nak murah sgt tak kemana gunung di kejar ! ambik kau!

Rabu, 1 Februari 2017

House management! Suri rumah tangga

Sejak dh mampu masak setiap hari di rumah rasa lebih gembira sebab dpt melaksanakan kerja rumah sendiri.
Makin lama makin cekap nak buat kerj dgn anak 4. Bekerja mmg bukan alasan sebaliknya satu cabaran.

Bagaimana nk masak setiap hari?

Sampai rumah sekrg lebih awal sejak sistem pendidikan kssm mula diperkenalkan ...220 petang tamt sessi dan men rendah tamt pda 1.50 petang.

Jadi saya boleh sampai ke rumah lebih awal dlm pukul 3. Sampai rumah makn berehat dn keluarkn lauk.

Sebaiknya mask sebelum keluar ambik anak balik sekolah agama.

Iyad balik 530..imran 6.15 orked dn ihsan antara masa tu...jadik jalan terbaik keluar 545 amik orked ihsan ..iyad dan terakhir imran. Sampai rumah jam 645.

Hidang makanan makan sebolehnya sblm maghrib lepas maghrib boleh mengaji sementara menunggu isyak.

Bangun pg jam 5.30 iron bj solat dan masak. 6.45 keluar rumah dan hantar imran.

Sampai di sekolah jam 7.20 pagi. Agak awal...

Apa pnting dlm urusan ni?

1. Menu masakan penting kena rancang agar bahan masakan boleh dibeli dn tidak membazir.

2. Buat menu seminggu dan tampl.

3. Basuh kain 3hari sekali. Baju anak topup semasa lipat baju packingkan sekali.

Bahan makanan yg wajib ada:

Roti canai segera
Pau segera
Roti gardenia
Sosej
Telur
Spaghetti
Ayam
Buah
Susu segar
Cendawan butang
Rempah kari

Menu boleh pusing2 tkut ank bosan..

Roti mmg utk brekfast mudah.
Boleh masak roti telur,sandwich,piza roti dan lain2.

Harap dpt membantu.
Skrg sedng memikirkan supplement yg baik utk anak anak...supaya anak anak sihat dan kuat.

"Anak hasil lukisan ibunya?"




Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...