Isnin, 28 Ogos 2017

Kari Ikan Mudah, semudah ABC

Dulu masa awal awal kahwin aku mmg fail buat kari ni. Paling fail part maukkan santan terus tak jadi. sejak tu aku macam tawar hati nak masak kari. Gulai kari mmg jarang masuk dapur. 

Entah macam mana aku cuba buat kari tanpa santan . Jadilah pulak. Seingat aku ..aku belajar dengan Kak Aisyah isteri Abang Am. Resepi kari tanpa santan Tapi syaratnya kena buat sedikit pekat dr kari biasa baru sedap 

RESEPI KARI IKAN MUDAH 

Bahan bahan:

-ikan jenahak. saiz sederhana
-bwang besar sebiji
-bawang putih 4 ulas
-halia dalam 2 inci
-serbuk rempah kari
-sehelai daun kari
-air asam jawa
-bendi dan tomato (ikut selera nak banyak mana..)
-garam mengikut citarasa
-minyak untuk menumis

Cara memasaknya:

1. Bahan asas seperti bawang besar, bawang putih , halia dan daun kari. Aku gunakan ini sahaja. takde rempah rempah. dan takde juga banhan yang ditumbuk . semua nya aku hiris sahaja. dulu bila google resepi kena masuk halba campo biji sawi jadi rmehlah pulak. korang cuba buat macam ni ..Insya Allah sedap ! aku dh banyak kali masak macam ni ...siap jamu kawan dtg rumah ..


2. Aku gunakan rempah kari BABAS. rasanya lebih sedap. Mak aku pun gunakan yg ini. ingat sukatan repah kari ebih sedikit dari biasa.


3. Tumis bahan bahan tadi tu

-bwang besar sebiji
-bawang putih 4 ulas
-halia daam 2 inci
-sehelai daun kari

tumis dengan minyak masak .sehingga layu


4. Masukkan rempah kari . Dalam 5 sudu besar ...sebelum tu kecilkan api. pastikan rempah tu degoreng dengan minyak tanpa air. ksik koreng dala 2 minit baru masukkan sedikit air ..dikit dulu jangan tuang sekali banyak. Kacau sehingga keluar minyak seperti dalam gambar. bila dan keluar minyak masukkan ikan yang nak di masak. selalunya guna ikan jenahak atau ikan bawal.. mana mana pun boleh yg sesuai 


 5 Ikan ni masukkan dan air asam jawa dimasukan selepas tu . sukatan dalam satu mangkuk air satu sudu besar asam jawa. masukkan air HANYA sekadar tutup ikan tau . Sebab nnt air ika akan keluar. kalau nak tambah kuah .masukkan air asam jawa jangan masukkan air biasa,


6. masukkan bendi . tenggelammkan bendi dalam air. tutup tudung. biarkan kuah menggelegak dan bendi menjadi lembut. Masukkan garam secukup rasa. Apapun belajar masukan sedikit terlebih dahulu. baru Masukkan lagi. sedikit demi sedikit dan rasa.


Untuk lebih sedap . Waktu makan nnti tumbuk sambal belacan dan cicah ulam timun. 

Selamat mencuba.

maaf gambar kari dh siap tak sempat tangkap.

Beli Property di Melaka?

Assalammualaikum.
Rata-rata antara kita mesti nak memiliki kediaman sendiri Jika yang bekerja di Kuala Lumpur peluang untuk membeli rumah sendiri sangat terhad. sebab mahal dan kalau nak beli paling tidak rumah PRIMA. atau mana mana rumah apartment. harga 300k ke atas dikira murah dan boleh dibeli.. 

apa kata korang tukar selera beli rumah di Melaka? hahah mesti pelik kan tak de apa tiba tiba nak beli rumah di  Melaka. Tapi ada je kawan aku suami isteri kerja di KL tapi beli  rumah di Sg Petani kedah. alasan rumahnya murah dan harga masih reasonable. 

Baik jika kalian memikirkan lokasi . Melaka antara negari maju di Malaysia yan terletak ditengah antara Kuala Lumpur dan Johor ...tak lama lagi akan dijalankan rojek keretapi laju dari KL ke Singapore ini pasti akan menaikan lagi nilai harga property yg bakal di beli. 

Baik untuk harga 300K sudah boleh dapat rumah teres dua tingkat . Landed house dan leased hold. Rata rata rumah di area bandar bertaraf leased  hold bukan free hold. sebelum terlupa untuk yang lahir di Melaka layak memohon tanah MCL ..iaitu tanah rzeab negeri Melaka. Pasti harganya murah dan mampu milik. 

kalau untuk yang nak beli rumah single storey harga adalah lingkungan 250k ada juga yang murah dalam 200k. jika harga lingkungan 180k atau ke bawah selalunya lokasinya agak jauh dari Bandar Melaka. 




Ini dua perbandingan harga property yang berbeza. Maaf ! yang Country Villas tu kita ambli harga Bumiputra ya dalam RM 380k bukan RM450K itu harga non bumi tapi rumah yang sama. Harga untuk tahun 2017 ya

Jalan Gapam ni masih dekat dengan bandar. sekitar dalam 10km ke traffic light utama antara Seri Negeri dan Mydin MITC.


JIka nak beli rumah di Melaka. Saya sangat mencadangkan untuk beli di area Ayer Keroh berbanding Banda Hilir..kerana apa ? sebab lokasinya yg sangat strategik dan berhampiran dengan pintu masuk tol Ayer Keroh. Melaka ni kecil dan semua kawasab adalah bandar. Ia terdiri 4 daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin ,Alor Gajah dan Hang Tuah Jaya. Kalau Alor gajah tu area A Famosa Resort dan Melaka Premium outlet, Freepot . Dekat simpang Empat dan jauh dari bandar melaka dalam 22k dr Tol Ayer Keroh. 


Ok nak beli di mana ? 

jika di Ayer Keroh ..Taman Tasik Utama adalah antara perumahan yg popular, selain itu ada Melaka Perdana . Jika jauh sedikit ke arah Jasin ada prumahan yg baru naik namanya Ambang Gapam.. rumah singe storey banglo harga bermula RM399..luas jugak tanahnya akan siap dijangka pada 2019. { Rumah gambar di atas}


ada juga taman gated and guarded di Country Villas bermula harga untuk bumiputra dalam RM368k dua tingkat lot tengah mengadap rumah ke rumah...jika mengadap pemandangan RM380k ini berhampiran Orna Golf , Harga yang dinyatakan adalah harga sekarang sebelum lesen perumahan dikeluarkan. Msti harga akan lebih mahal bila lesen telah dikeluarkan dan rumah hampir siap. Antara rumah yang termahal ialah Vista Kirana harga rumah mencecah RM800k mmg mahal...


Jika korang tak punya banyak masa, google lah property di Melaka. atau jika punya masa datang sendiri ke Melaka. sambil jalan sambil tu boleh tengok rumah yg sedang di bina di Melaka. Jika nak bergerak sudah ada ETS dari Pulau Sebang (melaka) ke Padang Besar (perlis). tak lama lagi mesti akan ditambah baikan lagi. 


Dari segi sekolah ada Sek Men Sains Mudzafar. MOZAC atau Sek Shahrifah Rodziah dan Sek Men Sultan Muhammad dua dua sekolah agama yang  amat baik di Melaka. Utk org kaya ada KYS iaitu Kolej Yayasan Saad ini merupakan sekolah swasta. Ada juga sekolah biasa yang baik iaitu SMK Bukit Baru. Iaitu skolah aku mengajar.hahah....utk MRSM ada .MRSM Bitara iaiti MRSM Tun Ghafar Baba di Jasin , MRSM Alor Gajah. 

Universiti pula adanya MMU, Utem ,UITM dan Kolej ISLAM Melaka. 

Jalan raya di Melaka jarang sangat jammed melainkan hujung minggu dan ketika hujan . tapi ada banyak jalan boleh kita guna utk elakkan jammed

Country Villas Melaka. masih banyak rumah sedang dibina dan bakal dibina . terbaru lot perniagaan.

Rumah tees dua tingkat masih dibawah RM400k

Mc Donald dekat je dengan rumah jika di TAMAN TASIK UTAMA


Kesimpulannya, utk beli property hari ini mmg mahal. kalau kita ambik kira lokasi dan kecerahan prospek yang dibeli. Jika beli di kawasan yang agak jauh dr bandar boleh dpt dengan harga yang lebih murah . 

Harap  membantu siapa yang sedang mencari property di Melaka. 

Jumaat, 25 Ogos 2017

Dosa suami kepada Isteri dan dosa isteri kepada suami

Apa yg korg faham dengan relationship goal? Bila org post gambar bercuti suami isteri ada org komen relationship goals πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» What the fish?
Yes! Siapa tak nak hidup disaluti kemewahan ...hidup bahagia ...suami isteri kerja dr rumah 😌, duit berkepuk kepuk...selang dua bulan je travel...makan sedap sedap....pakai baju lawa lawa... i means everything goes well... hobby pun buat benda yg sama2 minat... eh!mcm cakap pasal cik epal jeπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰ haha... lately aku mmg adore habiss kat Cik 🍎. Haha...budak lg kut baru 26... nko dulu 26 mcm mn ghupernyeπŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘

Entahlah pada aku .. kalau suami aku balik kerja awal dpt duduk rumah takde nk g main tennis sampai pukul 1 pg pun dah  capai relationship goals sgt! Ini bukannya kata benda benda besar... benda kecik pun boleh jd gaduh! Entahhapelah... aku selalu terfikir...dulu time bercinta elok aja...kita kata tak suka terus x buat ...skrg ni dah kawin 11 tahun tak boleh nk ckp apa...mcm mn kata kalau ada masalah communicates... jgn ckp pada kawan parent org lain tp ckp pd suami sendiri.! Dh kalau ckp pun takde perubahan ...

Teringat pulak ustaz cakap .." perempuan jika tidak diberi cukup kasih saysang jiwa nya berasa kosong dan mula nk kepada kehendak fizikal..." kereta baru baju baru...sgala bnda nak dibeli..dan dan nak makan kat luar ..bercuti dan lain lain...kalau lah org lelaki tahu hakikatnya prempuan cuma nak dihargai dan disayangi .lain lain dia boleh handle...

ye ke?

dan pulak ada jian sebelah rumah..hidup biasa aja...takde kereta..rumah pun papan .tapi suami sentiasa di rumah ...tolong isteri ....sentiasa ada di sisi isteri ..ko agak agak isteri dia jadi wanita paling bahagia tak?
Jawapannya tak! sebab isteri dia pula lihat yg sebaliknya. Biar lah suami balik lewat ..janji ada kereta, kaya..suami tak duduk selalu di rumah pun tak pe... janji duduk rumah batu..contoh..

Maksudnya di sini selagi  bergelar suami dan isteri selagi itulah segala kebaikan pasangan or kita nampak dan kebaikan pasangan kita, kita tak nampak . vice versa...itulah namnya kerja syaitan ..nak dicucuk cucuk supaya brcerai...


Jom kita tengok balik apa dosa isteri dan apa dosa suami. 

Dosa istei kepada suami

1. Tidak bersyukur kebaikan suami
"Diperlihatkan Neraka kepadaku dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, mereka kufur.”
Para Shahabat bertanya: “Apakah disebabkan kufurnya mereka kepada Allah?”
Rasul menjawab: “(Tidak), mereka kufur kepada suaminya dan mereka kufur kepada kebaikan. Seandainya seorang suami dari kalian berbuat kebaikan kepada isterinya selama setahun, kemudian isterinya melihat sesuatu yang jelek pada diri suaminya, maka dia mengatakan, ‘Aku tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu sekalipun.’” 
Aduh! ni memang kita ada buat contoh dialog .." abang tak pernah pun tolong saya buat kerja rumah..." kalau dia ada tolong basuh botol susu kira adalah tolong ...
Tapikan sebab kerja rumah ni tak pernah habis dan kita keep doing perkara ni sampai mati ..mmg kita akan rasa lelah..sehinggalah anak anak besar dan mampu bantu kita.Mungkin waktu ni kita akan berasa sdikit lega. 
2. Tidak menghormati keluarga suami
Part ni pula kita biasa ambil kesempatan atas suai agar suami kita melebihan keluaga kita dr ibu bapanya . ini juga satu dosa. Yang sebainya kita galakkan suami berbuat baik pada ibu ayahnya dalam pada masa yg sama kepada ibu bapa kita juga. janganlah kita cucuk cucuk suami agar buat prkara yg berlawanan. 
Dalam sebuah hadits shahih, diriwayatkan bahwa Aisyah Ra bertanya kepada Rasulullah Saw, ”Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita?”
Rasulullah menjawab, “Suaminya” (apabila sudah menikah). Aisyah Ra bertanya lagi, ”Siapakah yang berhak terhadap seorang laki-laki?” Rasulullah menjawab, “Ibunya” (HR. Muslim)
3. Keluar rumah tanpa izin suami
yang ni kan selalunya suami zaman sekarang mmg memberi izin isteri nya keluar bkerja. cuma bila kita nak ke tempat lain dr kebiasaan kita pergi, kita bagitahu suami. selalu nya dia tak kesah pun tapi kita maklum ..jangan sampai dia dpt tahu dr org lain ..masak kita..contoh g jusco dengan kawan ke atau lain lain.
{Termasuk berpergian jauh tanpa ditemani oleh mahramnya. } yang ni kalau merujuk kepada kes aku Korea tak sama ..haha sebab aku pergi mmg dengan izinnya..kihkih
“Seorang wanita tidak boleh bepergian kecuali bersama mahram."
Hadits di atas menyangkut semua bentuk safar iaitu permusafiran. atau bahasa mudah travelling. Wallahu a’lam. (Syarh Muslim: 9/103, dengan sedikit perubahan)
4. Menolak ajakan suami berhubungan ( buat seks)
Rasulullah saw bersabda: “Apabila laki-laki mengajak istrinya ke tempat tidurnya kemudian ia menolak untuk datang lalu laki-laki itu tidur semalam dalam keadaan marah kepadanya, maka ia dilaknat oleh malaikat hingga subuh.” (HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim)

Kat sini memang PART yang sangat PENTING tapi bila anak dah empat kadangkala tak sempat juga tambah anak anak suka tidur lambat. macamana pun kena kita atasi sebelum tibul isu isu yg lain. isteri kenalah beli baju baju yang daring dan pakai depan suami ..mekap pakai inyak wangi brlipstik agar suami dpt lihat kecantikkan seorg isteri dan timbul mood yg baik.

ada org kata suami mmg nak isteri solehah tp bila atas katil suami nak isteri yg liar .eh! hahah maksudnya yg mampu mmenaikkan nafsunya. kalau ikt sunnah dalam selimut ambil wudhu baca doa dan mulakan dengan istimta' berpeluk peluk..buatlah bagaimana yg disukai suami selagi tidak melibatkan perkara haram seperti meliwat . 
5. Berhias bukan untuk suami
yang ni mmg dosa paling win kita buat. Bila nak pergi kerja cantik cantik balik umah biasa je..bedak pun tak pakai...hurrmmm..macam mn ni ek...
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu …” (QS. Al-Ahzaab: 33)
6. Mengungkit kebaikan dirinya terhadap suami
 ni pun kita ada cakap. Yelah dah penat sangat kan ..semua benda un ungkit lah apa lagi..Ya Allah banyak dosa isteri..πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“
{Tak sedikit istri yang mengungkit-ungkit kebaikan atau bahkan derajat dirinya di hadapan suaminya sehingga menyakiti dan merendahkan suaminya, hal ini merupakan perkara yang amat besar dosanya.}
Abu Dzar radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Ada tiga kelompok manusia dimana Allah tidak akan berbicara dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan untuk mereka adzab yang pedih.”
Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakannya sebanyak tiga kali.” Lalu Abu Dzar bertanya, “Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual. ” [HR. Muslim]
7. Membangkang terhadap suami (nusyuz)
Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Nusyuz adalah meninggalkan perintah suami, menentangnya dan membencinya” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 4: 24).
Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar” (QS. An Nisa’: 34).
8. Menggugat cerai tanpa alasan syarie
“Wanita mana saja yang meminta kepada suaminya untuk dicerai tanpa kondisi mendesak maka haram baginya bau syurga” (HR Abu Dawud no 2226, At-Turmudzi 1187).

contohnya bila bergaduh ..iseri akan cakap " ceraikan saya ..." suami mmg pantang dicabar. Makanya jangan pernah sekali terkeluar perkataan cerai bila bergaduh baik dr mulut suami atau isteri. bila dah kerap sangat main perkataan ni tu yg mudah je jatuh. gaduhah acamana sekali pun tapi elakkan lah sehinga bbercerai. Kasihan anak anak ..mereka masih kecil dan tak faham apa yg berlaku. Tapi jika sekianya terjadi. hadapi dengan tenan dan terima ia dr Allah swt dan merupakan takdir buat kita. ada banyak isu isu lain . semuanya kita kena buat mengikut hukum syarak dan apa penylesaian yg Allah beri bukan ikut suka hati kita 

kembali pada asal iaitu sabar dan solat. akan dtg penyelesaian dari Allah untuk kita. 

Dosa suami kepada isteri

1. Tidak mengajarkan ilmu agama pada isteri
kebanyakkan suami tak mengajar ilmu agama pada isteri. Ustaz bagitau kalau tak mampu ajar..gajikan guru untuk ajar isteri, Dan isteri tak berdosa jia keluar rumah unntuk belajar ilmu fardhu ain kerana hukunya WAJIB.
Suami yang memberi nafkah, membelikan rumah, kendaraan, memenuhi segala keprluan hidup mungkin ada banyak, namun berapa banyak yang ingat kewajibannya untuk mengajarkan ilmu agama pada isteri dan anak-anaknya?
At least suami ajak isteri bertadarus bersama. Boleh juga semak bacaan anak anak.

Padahal sudah menjadi kewajiban suami untuk memelihara diri dan keluarga yang dipimpinnya dari perihnya azab kubur dan siksa neraka.
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kepada mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” (QS. At-Tahrim:6)
2. Tidak merasa cemburu terhadap isteri
Istri jalan-jalan ke luar rumah, ke sana-ke mari dengan pria lain, membuka auratnya ke mana-mana namun suami tidak merasa cemburu. Ini adalah salah satu kesalahan fatal yang dilakukan oleh suami.
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat yaitu seseorang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” (H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674)
Dan ad-Dayyuts(dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga/istrinya.

macam kes ada org nak betulkan paip rumah selamba je suami suruh isteri tunggu rumah sedankan yang nak membetulkan tu laki laki...ramai lelaki yg tak ambik
berat pasal perkara ni dan di anggap isu remeh temeh. 

3. Tidak memberi 'wang belanja' @ nafkah untuk isteri
”Rasululluah bersabda: 'Seseorang cukup dipandang berdosa bila ia menelantarkan belanja orang yang menjadi tanggung jawabnya." (HR.Abu Dawud no.1442 CD, Muslim, Ahmad, dan Thabarani)
4. Membiarkan istri yang bekerja atau menafkahi diri suami dan juga menjadi suami yang dipimpin istri
Ada suami yang tidak hanya tidak menafkahi, tapi juga 'ongkang-ongkang kaki' saja dinafkahi istrinya yang bekerja siang-malam, padahal sang suami tidak punya alasan atau udzur syar'i yang membolehkannya tidak bekerja.
Mengenai hal ini, Rasulullah bersabda:
”Rasulullah saw.bersabda: ‘Tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita.’ “(HR.Ahmad n0.19612 CD, Bukhari,Tirmidzi,dan Nasa’i)
Hadits di atas termasuk juga seorang suami yang takut pada istrinya sehingga segala keputusan dan tindakannya disetir oleh sang istri.
5. Membenci istri sendiri
Kesalahan lain suami adalah membenci istri sendiri. Padahal Rasulullah telah mengingatkan:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meridhai akhlak lain darinya.” (H.R. Muslim)
6. Enggan membantu istri melakukan pekerjaan rumah
Tidak sedikit suami yang ogah membantu pekerjaan domestik rumah tangga, padahal Rasulullah sendiri telah mencontohkan untuk membantu istri dalam persoalan rumahan sekalipun.
“Beliau (Rasulullah) membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” (H.R. Bukhari)
7. Menyebarluaskan aib istrinya terutama persoalan ranjang atau (dalam kain ) pada teman-temannya
“Sesungguhnya di antara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahasia-rahasia isterinya.” (H.R. Muslim)
8. Berpoligami tanpa mengindahkan aturan dan ketentuan syariat
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinlah) seorang saja.” (Q.S An-Nisa: 3)
9. Ringan tangan memukul atau menyakiti tubuh isteri dan memburuk-burukkannya di hadapan orang lain
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkannya...” (H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani)
10. Bersikap baik pada orang lain, namun begitu buruk dan kasar perlakuannya pada isteri sendiri
Padahal yang paling berhak menilai seseorang itu baik atau buruk bukanlah orang lain, melainkan pasangan kita sendiri. 
“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” (H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani)

inilah antara dosa dosa suami dan isteri .


Sumber ummi- online di sini http://www.ummi-online.com/detailpost/10-dosa-yang-paling-banyak-dilakukan-suami-pada-istrihttp://www.ummi-online.com/detailpost/10-dosa-yang-paling-banyak-dilakukan-suami-pada-istri



Rabu, 23 Ogos 2017

Dr Vincent and Liu, Melaka.

Assalammualaikum. 
16hb Ogos tiba tiba ada spotting! aku ingat period .Selamba aku tak solat.. dia keluar kaler coklat...ada masa stop langsung tak keluar apa apa....tapi masuk hari kedua ketiaga aku rasa sesuatu. Ni tak macam period je. aku tekad mandi dan solat. Tak pasal pasal aku tinggal solat..aku pun pelik Eh! apsal tak darah lagi ni..asyik coklat coklat je...pastu 20hb aku test .bila check dua line tapi satu line kabur giler..

Aku ada pengalaman lalu masa imran kecik .second time ngandung macam ni jugak ..beza coklat coklat tu keluar berlarutan ..buat pregnancy test  mmg dua line satu kabur dan masa tu Dr Zanawati kat Taman Maju cakap ni tanda nak gugur..mmg betul tak lama kemudian aku turun period dan kluar macam isi ikan ...darah yg kita cuci ikan tu macam tulah ...atau lebih tepat 'alaqah ialah seperti daging yang di kunyah..hihi....

so kali ni aku pun agak mungkin nk gugur..masalahnya spotting tu hilang...dan aman dr apa apa jua discharge. aku pun dah start suruh suami beli acid folic. 

Rabu aku sekali lagi buat test. kali ni result yg keluar hanya satu line! Allah..bajet dah ngandung siap ngidam macam macam hahah...auta ja...sekali satu line pulak..bagitau suami dia pun dah macam frust hahah.....

disebabkan aku tak nak berteka teki aku decide nak jumpa doktor Vincent adn Liu je..actually klinik ni klinik pakar kedudukannya berhampuran Kings Hotel opposite Pantai Hospital. Doktor Vincent dan Doktor Liu dua dua doktor Hospital Pantai .Kalau kita jumpa dia time nak bersalin kita ke pantai sebab tiada tempat bersalin kat klinik ni..hanya utk monthly check up. Tapi dua dua adalah doktor pakar. 

Nasib bai time aku sampai pukul 1130 pagi mmg tengah lengah gila. actually korang kena dtg buat appoiment kalau main redah mmg bahaya. At least telefon dulu..bukan apa kalau time ramai orang 15 orang baru turn korang jumpa doktor...

ok! aku jumpa dan explain pada doktor kes aku..siap tunjuk gambar result  masa buat pertama kali pregnancy test tu yg dua line tapi kabur..doktor tengok je terus dia kata confirm mengandung! 99%.hahah..aku gelak leps tu tanya apsal pagi tadi satu lain ..dia kata mungkin air kencing aku cair dan tak pekat ..menyebabkan result tu negative. tp antara dua tu dia kata dia positive. bila kau suggest nak sca n. Doktor kata tak prlu sebab terlalu kecik dan takkan nampak. Eloklah ..taklah doktor ni mementingkan keuntungan semata mata ..dan dia advise aku untuk ami dupaston utk kuatkan rahim. 

fuh!! berdebar betul rasanya. doktor kata kalau nak buat lagi tunggu 7 hari dr tarikh lewat period dan scan lagi tiga minggu. maksudnya masa tu mgkin usia kandungan dalam 8 atau 9 minggu. 

dan aku sendiri pun tak pasti samada aku mengandung atau tidak. aku berdoa jika iya semoga anak dalam rahim ku ini membesar dengan sihat. dan aku selamat melahirkan baby ini Aamin..

nervous juga .. tapi bila dah mengandung kali ke lima .( eh! ya ke?) hahah aku rasa lebih steady sebab kita boleh  bersedia dengan apa apa bakal yg berlaku dengan pengalaman yg kita ada  ..sebagai contoh kalau ada jaga elok elok kalu tak pun takp ..ada rezeki lagi nnt...aku doakan hanya yang terbaik dr Allah SWT.

So take note guys:

1. Kalau period lambat tunggu atleast 10 atau 7 hari period lewat dr tarikh biasa datang baru buat pregnancy test.
2. Line dua sama ada kabur atau jelas menunjukkan kebarangkalian mengandung ada lah YES. Sebab dia detect hormones HCG yg ada dalam badan.. kabur sebab hormon belum kuat dalam badan tapi dh ada. Ada juga kes kes tertentu dah ada tapi jika tak kuat akan gugur sebagai darah period. Sebab tu doktor akan nasihatkan makan ubat kuatkan rahim duphaston. Kalau ragu ragu jumpa doktor this is the best solution.
3. Doa baik baik Insya Allah .. dipermudahkan Allah SWT. Boleh start folic acid utk trimester pertama penting utk saraf baby. Yg nak mengandung pun elok amik .. as supplement.
4. Takes time to reveal. Just wait and dua.

Kos semua RM108 ubat dan consultation

aku punya strip no 1 dalam group positive test


Sabtu, 19 Ogos 2017

Homestay dan kos pengurusan

kita bukan sahaja kena kira kos keuntungan malah lebih penting lagi kos Operasi.

1. Kos bayar balik rumah :
2. Kos utiliti ( air , api, internet, astro) :
3. Kos dobi cadar dan tuala
4. Kos bersihkan rumah
5. Potong runput

Kalau kita sewakan kita tak perlu tanggung kos kos ini.

Kalau buat 🏑 kita boleh jana pendapatan sehingga 3k lebih sebulan bergantung berapa ramai yg booking. Selepas tu kita upah org utk bersihkan rumah. Penting tu itk memastikan kebersihan homestay terjamin. Nnt kang kelaut.

So jika dh pening pening sangat kau sewakan jelah rumah tu bulan bulan 1100 kira lump sum sekali perabot dan kemudahan yg ditinggalkan. Dpt lah modal bulan bulan 1k nak beli barang utk rumah baru.! Kalau dh ok nnt ko simpan duit hasil sewa rumah tu .. beli rumah lain  sewakan lagi itu jelah ... mana tau akan dtg aset kau dh juta juta hahhaah... berangan berangan...

Semuanya mesti ada perancangan dan jgn sesekali membazir. Hidup kena berjimat cermat agar ada simpanan di kemudian hari.

Ok πŸ‘ŒπŸ» jumpa lagi. Siapa ada pengalaman menguruskan homestay boleh share dengan saya. 

PORT MAKAN DI TAMAN TASIK UTAMA


memang menjadikan area homestay kami ni PORT PALING BEST nak makan...dan semuanya sedap..sama ada menu goeng goreng atau seafood seperti tomyam, baba nyonya , western dan sebagainya. 

Kita pergi satu persatu:

DAPOQ MAMU RECO



hat ni paaling baik! menu menu yg disediakan adalah dari Penang. Dahulu kedai ini dikenali dengan nama "Penang Pot Cafe" tapi sekarang dah tukaq Dapoq Mamu Reco. 

Apa yang bestnya makanan di sini. No satu yg paling win ialah NASI GORENG AeYAM PPC ( penang pot cafe), selain itu char ku tiaw ,ikan bawal goreng dan nasi putih, laksa utafra, nasi goreng pelbagai jenis, mi goreng mamak dan menu goreng yang lain. Tapi kalau nak makanaTom Yam jgn maai sini sebab tadak juai! air dia pun sdap..kedai ni interior design dia biasa biasa aja..tak menarik pun ..tapi sebab kesedapan masakannya tu yg selalu full house..dan servis agak lambat skit..tapi pueh hatilah bila makan sedap! hohoho

RESTORAN SRI BAYU

as usual ni restoran kelantan pattani...mnu yg kita biasa makan sperti nasi utih lauk tomyam, kangkung goreng belacan, burung puyuh goreng dan lain lain mmg ada dan win! paling best dia punya nasi kerabu . ada jugak kerabu mangga dan mi celop ala thai tu...mmg sedap maakan dia...

CHAQ CORNER


Chaq corner ni mmg dah viral dalam facebook ari tu sebab char kuew tiaw dia awesome! tapi aku selalu makan Dim Sum dia ..kedai ni mmg happening dan selalu je ramai org. ada jugak chicken chop kalau korang nak. ok dan sedap paling best pekerja pekerja dia solat hokey!

JUST NICE CAFE

yang ni hipstercafe, kedai dia deko mmg cantik menu pun not bad tapi agak mahal! aku pernah kena nasi ayam dia harga cam KLIA paling tak tahan air dia pun mahal .so oleh lah nak cuba,Rata rata yg dtg makan org luar. kami yg dok area situ tak makan sangat sebab harga nya yg agak mahal.tp kalau nak makan kami suggest nasi putih asam pedas claypot mmg sedap dan dimsum serta sotong kangkung

MALIM IKAN BAKAR

Restoran ni mmg seantero dunia mmg tau sedap. Mahal sdikit tetapi berbaloi dengan masakannya yg awesome. mmg rasa air tangan mak kita . menu memang banyak. Org dtg sini selalunya lunch .Malam dia tutup..dulu bukak.. ada jugak ikan bakar.tapi style melaka ikan tu salut sambal dan makan dengan kuah kicap.. kami belah utara suka ikan bakar dengan air asam .

sebenarnya ada banyak lagi port makan area rumah kami ni je..termasuk yg jauh sedikit ada CIBIUK, ada Anjung Batu, Restoran Naiman, Untuk breakfast makan di kedai Ustaz iaitu IDA MURNI, ada juga AIDA RICH ..popular gak ni tapi level hipste cam JUST NICE CAFE lepastu ada Nasi AMbeng MAMA dan dua buah kdai mamak. kedai mamak ni kami belum pernah masu lagi ..hahah

dan berita bai untu korang semua ...lokasi kedai kedai ni mmg dekat gila dengan homestaay, jaalan kaki tak sampai 10 minit. Dekat sangat dan memang banyak pilihan .Nak makan MC Donald drive thru pun ado dekat je...ok 

okay?

NANTIKAN BILA BOLEH START BOOK !

Jumaat, 18 Ogos 2017

Country Villas Resort, Melaka😍

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam.
Segalanya dengan izin Allah SWT jua

Masih ingat posting kami berkenaaan rumah baru?

Baca di sini Rumah baru vs rumah lama

setelah menimbang tara semua keadaan dan mendapat restu ibu dan bapa mertua suami maka kami bersetuju untuk meneruskan pembelian rumah kedua di Country Villas Resort 

sebeum kita bincang point utk mengukuhkan pembelian rumah mari kita lihat balik step by step nak beli rumah

1. Bayar booking fees. Deposit ni akan dikembalikan apabila kita dapat kunci rumah nanti.

2. Isi permohonan LPPSA online. ini akan di lakukan oleh suami. Jika kira secara kalkulator bayaran bulanan rumah ialah RM 2053 sebulan. kalau tolak rumah sekarang bermaksud berlaku pertambahan RM1100 dalam perbelanjaan utk RUMAH

3. Kos guaman ditanggung oleh pemaju. Stamp duti ASALnya percuma tapi sayang sebab masa beli rumah dulu letak nama bersama maka terlepas peluang rumah pertama utk free stamp
Duti. melayang RM5k ...gedebuk gedebak kena ketepikan hampir RM 12k hanyab kos  utk perjanjian lawyer dan stamp duty.

4. Dapat kunci mulalah nak merancang pasang lampu kipas dan lampu.

Setakat ini dahulu perkara yg perlu difikirkan kalau ada jumpa port nak beli lampu dan kipas murah bagitau ya...

MEMORI BERGAMBAR

maka pada 18hb Ogos 2017 bersamaan 28 Zulkaedah 1439H kami membayar deposit rumah tersebut
Muhamad Shahrul Hafidz menanda tangani

rumah kedua no 61 

yeay ! dah kurus boleh melompat .ngehngeh

posing sebelum ada resident lain

Kesimpulannya kita bersyukur dengan segala rezeki kurniaan Allah SWT.. Segala yang berlaku dengan izinNya. semoga dipermudahkan . Aamin...



Selasa, 15 Ogos 2017

tips Mudah KBAT

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yg singgah di blog saya.

Sedikit perkongsian utk score A dalam Pendidikan islam 

Ikuti langkah langkah ini. 

1. Kata Kunci

Setiap soalan mempunyai kata kunci. Kata kunci ini perlu di highlight kerana iabmerupakan KEHENDAK SOALAN. Kesilapan pelajar memahami kehendak soalan akan menyebabkan pelajar tersasar dari memberi jawapan yg tepat. Kenal pasti 5 kata kunci ini .

1- Definisi/ Maksud
2- Faktor / Sebab
3- Hikmah/ Fadhilat/ Kelebihan baik
4- Kesan / Impak/ implikasi
5-Langkah langkah/ Usaha 

2. Payung jawapan. 

Setiap kata kunci ada isi yg boleh kita gunakan.

sebagai contoh:

DEFINISI / MAKSUD/ PENGERTIAN

- gunakan teknik What, why, when, who , where and how. 

Sebagai contoh. Nyatakan pengertian solat sunat Aidilfitri

(what) solat sunat (when )yang ditunaikan pada pagi 1 syawal (when) 

disini calon boleh mendapat sekurang kurangnya 2 markah !

FAKTOR / SEBAB

- lemah iman
-kurangnya pengetahuan agama/ pendidikan Islam
-pengaruh rakan sebaya
-anasir barat/ pengaruh buruk media sosial
-kurangnya penghayatan Islam dalam kehidupan
-dorongan hawa nafsu
-hasutan syaitan 

HIKMAH/ KELEBIHAN

-mendapat pahala/keberkatan hidup/ mendapat rahmat Allah
-dihormati masyarakat/disukai masyarakat/ disayangi/ dipandang mulia
-dikurniakan nikmat 
-dimasukkan ke dalam syurga
-dikurniakan hidayah
-diluaskan rezeki/ di beri perlindungan Allah

;;to be continued;;



Rumah Baru vs rumah lama

keputusan membeli rumah bukan satu keputusan yang mudah. segala buruk baiknya peru diambil kira. Lokasi, harga ,jenis rumah, leased hold atau freehold dan property developer semua di ambil kira.

RUMAH PERTAMA

Rumah pertama kami beli di Taman Tasik Melaka MITC berhampiran pusat bandarAyer Keroh.Lokasinya sangat strategik berada berhampira pusat membeli belah di MYDIN Mitc, MITC, Mc Donald, SMK Ayer Keroh , SK Tun SAS, Sekolah Agama JAIM Melaka, Masjid AL-Alami, MIBC Pusat Bowling, Planetariu, Kota Fesyen MITC dan segalanya berpusat dalam satu kawasan. Rumah teres berkeluasan binaan 22x70 dan mempunyai laman di kanan dikenali dengan Odd lot bukan Corner Lot. Kami beli ada tahun 2009 dengan harga RM 183k aku mmg ingat sebab ia harta pertama kami. Alhamdulillah sekarang kami telah menginap hampir 8 tahun dan segala galanya teratur. Tadika atauntaska bersepah banyaknya antaranya Little Caliph, Brainy Brunch, Al-Baghdadi Learning Centre dan maca macam..segalanya ada di sekitar rumah kami dalam radius 5km. 

RUMAH KEDUA

Insya Allah dalam masa terdekat kami bakal membeli rumah kedua. Lokasi sedikit jauh dr rumah sekarang lebih kurang 10 km dan semestinya jauh dari segala prasarana yang kami sebutkan sebentar tadi. Jadi apa pula keistimewaan rumah ini?

- gated dan guarded 24 hours
- privacy dan keselamatan terjamin 
- dua tingkat / double storey 22x70 no space for gardening
- permandangan cantik sebab ia dijaga rapi bukan seperti taman sekarang.

here we go! The Country Villas


(Gambar ruang tamu dan ruang makan : sumber facebook Anis AR Interior design )




Rumah baru yg ada balkoni di master bedroom dan view rumah permandangan yang sgt cantik! sumpah!😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

Fasa 1 -rm 398k rumah siap sepenuhnya jika setuju loan lepas boleh terus duduk! ko rasa ?

Dari jauh: rumah fasa 1 berhadapan padang dan ada taman permainan, padang basket ball, trek jogging dan tandas awam. Tapak masjid disediakn pemaju dan dana diuruskan sendiri oleh persatuan penduduk. 

Entrance yang gah ! cantik kot 

Bilik anak teruna ..ni angan angan sahaja!

Ruang yamu cadangan. Ya Allah izinkan lah ia berlaku padaku. sekali dalam seumur hidup aku Makbulkan ya Allah 

so kami ada dua option:

1. beli rumah yang telah siap RM398,000 atauRM2100 sebulan 
2. tunggu lagi dua tahun RM380,000 tak kena bayar , bayar selepas dapat kunci.

Fuhhhh! nervous menulis ni. terbayangkan betapa gemiranya dapat rumah baru. Yang sangat cantik!

DOAKU:

" YA ALLAH, AKU TIDAK TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK KLUARGA KU. NAMUN AKU MOHON KEPADAMU KURNIAKAN SESUATU YANG TERBAIK UTK KU PADA MASA KINI DAN PADA MASA AKAN DATANG. AKU TERINGIN MENGINAP DI SINI. BIAR 2 TAHUN BIAR BEBERAPA TAHUN ..JIKA BAIK BAGI KU DAN KELUARGAKU DAN AGAMAKU MAKA IZINKAN LAH YA ALLAH DAN PERMUDAHKAN URUSAN KAMI INI. YA ALLAH AMPUNKAN DOSA KU. AKU BERGANTUNG KEPADA KEBIJAKSANAAN MU DAN KELUASAN ILMU MU. TAKDIRKANLAH SESUATU YANG BAIK BAGIKU"

Esok hari penentuan 16 Ogos 2017. Sama ada kami akan membeli rumah tersebut atau tidak. Jika kalian baca post ini doakan sesuatu yg baik untuk aku sekeluarga. 

terima kasih , jumpa lagi.



-

Rabu, 9 Ogos 2017

Emas pandora oh! Pandora

Dua tiga hari ni otak asyik nak pandora je... sekejap pikir pandora sekejap pikir pandora .. trend kot! Jadi aku pun sebelum g tengok emas .. singgah Ar Rahnu nk tahu nilaian emas kat tangan aku ni...
Paling dekat nak tengok kat Ar Rahnu Yapiem. Tapi satu perkara aku tak suka Ar Rahnu ni ialah perangai staff nya yg sombong.. macam lah yg dtg ni mengemis sgt.. walaupun mmg kami ni nak pinjam duit .. tapi kami cagar guna emas tau bukan pinjam koosng... lagi pun ko bagi kami pinjam ada interest jugak tu hah! Upah simpan sehari seringgit ... ikut berat barang... sian aku tgk bro ni bila dia tak faham kenapa barang kemas dia tukar surat harga pinjaman pun berubah... so kena lah belajar dulu sebelum pergi ar rahnu ni.... ok!

Aku saja nak usha berapa nilaian emas kat tangan aku sekarang .. setelah ditimbang harga emas aku dalam rm 8 ribu lebih wah! Banyak tu dan aku layak pinjam 5k lebih 65% banyak jugak tu tapi bila pikir harga upah simpan yg besar aku tak jadi tapi dpt tahu harga nilaian emas aku skrg.....

Lepas tu aku ke kedai emas nak tengok emas corak pandora... ala yg bangle ada charms tu tengok harga gelang dalam RM2.5 harga emas dia amik 1g : RM189 tengok tu nilaian 1 gram mahal banget! Ingat zaman 2007 aku beli gelang emas guna duit akad nikah rm 80 segram ... beza sepuluh tahun banyak betul beza nya.... so kalau nak menyimpan emas mmg cara yg terbaik .. kalau terdesak pun ada juga duit kita boleh dpt bukan dr pinjam along semata hahahha πŸ˜–πŸ˜–πŸ˜–

Tapi sebelum membeli kena risik harga di tempat lain .. macam aritu di Melaka kedai emas dlm mydin harga 188 di kuala kangsar boleh dpt 175 lebih kurang takde gat lagi ... jadi kita kena mengkaji dulu sebelum membeli

Oklah! Sila belajar di web zulkifli.com perihal emas Mohd zulkifli 

Selasa, 8 Ogos 2017

Review CheGo Aeon Bandaraya Kota Laksamana Melaka

minggu lepas Rabia dtg melaka.. kami decide nak makan kedai makanan korean . Maka kami masuk ke Chego di Aeon Bandaraya Melaka.

Alhamdulillah mmg kedai nispt sijil halal Jakim aku tengok dia display belakang kaunter pembayaran.
Ini Rabia kawan aku yg sama sama ke Korea buan Mac lepas. Dia lawyer dan ada firm sendiri kalau nak ambik khidmat guaman boleh contact Rabia. 
So bila dah tengok menu aku nak makan ikan makerel bakar. Dan aku request jugak nak mamakan toppoki. Air aku order air teh hijau dia . 

 Ini menu Rabia order. Dia makan kimbap daging . Aku tak suka sgt sebab bau daging dia yg sangat kuat

Ini toppoki. Dia campo dengan suun dan sosej. Sedap jugak 

Hah ni order aku . Side dish dia dalam 6.60 dan ikan tu mahal dalam 16rm sup dan buat seta kimchi adalah side dish. Nasi 3 ringgit kot. 

Ini interior design dia. Cantik teringat Korea . 

Pada aku makan kat sini boleh tahan sedap nya dan rasa ikan bakar yg aku makan tu sebijik rasa ikan di Korea. So kalau korg teringin sngat makan je kat sini. Tapi pada aku makanan korea ni mahal sikit. Satu kepala korg bajet rm50. Mahal kan? Mel sepupu Rabia order nasi goreng kimchi tapi aku tak recommends sebab rasa dia macam nasi goreng kampung . Hahha... apa ke korea nya gitu... 
ada satu lagi kedal korean nama Mr Dakgalbi baru nak bukak tapi belum bukak .. next time kita review Dakgalbi pulak ya....

Cara cepat nak kurus

ada macam macam versi diet dan program. Tp satu pun tak menjadi. Kena buat sesuatu sebab berat dah naik 20kg adoiii...
berat sekarang dalam 69 kalau tak diet mmg boleh up sampai 75z suamasi diet tak minum air manis je boleh turun 10 kg. Bila lah nak buat macam tu...

Jaga pemakanan
Senaman
Mind set

Tapi yg paling susah mind set . Asyik nak makan je... kalau puasa sennag sikit nak kurus ..macam macam ilmu di timba dari atkins dan kira kalori ... susah juga nak kurus.. badan org dh bersalin dengan anak dar ni beza sikit... anak dara ada juga posture yg dh bersalin ni pinggang pun tak nampak.. sebenarnya bukan nak tuurn banyak pun 5 kg pun dah πŸ‘ŒπŸ» tapi itulah ...

Kenali masalah;

Suka minum air manis
Malas bersenam
Kurang minum air masak
Mudah putus asa

So mari kita cuba lagi utk terus sihat

Yg terbaru;

Minum air πŸ‹ panas
Minum air 🍡
Minum air herba senseng
Makan nasi sikit lauk dan sayur banyak
Jadikan buah sebagai snack
Sit up 100 kali sehari
Lompat setenlat 200 kali sehari
Squats 100 kali sehari
Minum kopi kurang gula sekali sehari..
Doa pada Allah nak kurus dan sihat hari hari...


Ahad, 6 Ogos 2017

Review Haval H1 2017

Assalammualaikum
Jumaat lepas aku ke Bangi untuk menziarahi mak di rumah Abg Am. Sebelum balik aku menemani nya untuk membeli kereta HAVAL

Aku pernah tengok Haval ni dalam facebook bila Che Ta dipilih sebagai duta. Dia dihadiahkan Haval H2 . Maka aku tengok Haval yang harga permulaan 56k. Wah! manyak murah dah macam harga myvi tapi dapat SUV..huish! kagum seketika 
Haval H1 Bravo pandangan depan 

pandangan sisi..

Di sini review saya :

1. Rekabentuk 

Rekabentuk memang menarik. macam Range Rover. mmg sporty habis. so mmg dia win di sini. aku pun kali pertama kali tengok terus tertarik. 1-0

2. Asal Usul kereta

Untuk makluman ini kereta buatan negara China -Great Wall .Jadik kta malaysian kalau dengar china macam susah nak accept sebab tau produk negara china' macam kurang berkualiti Tapi nnt dulu. Kilang pemasngannya di Gurun dan enjin menngunakan teknologi Germany. so kat sini aku cam boleh terima lagi. seba tak semua produk cina out. sebagai contoh xiomi phone. dan ada barang barang branded kilangnya di china sebab tenaga kerja yang murah. seperti handbang Longchamp dan iphone ..so jangan mudah pandang serong!1-1

3. Enjin VVT 

Enjin VVT tapi part sini mmg aku out sikit dia guna AMT. yg aku faham dia auto campur manual mula mula aku tak paham lepas test drive baru faham ..actually dia mmg MANUAL bukan AUTO. Gear letak kiri kanan ..tapi part nak reverse ko tak letak kat R. sebaliknya etakkan gear ke belakang. so macam bawa kereta manual. dan tauke tu pun bagitau dia sebenanya mmg kereta manual. Aduh! ni mmg pening..aku dah selesa bawa auto tertiba nak tukar manual..mmg taklah! so kat sini point JANGAN beli meningkat. 1-2 dua untuk jangan beli 

4. keluasan 

Masa test drive tadi. suami aku bawak..dan aku duduk sebelah belakang dengan anak anak..pergh mmg terkepit. sebab rekabentuk dia menyempit. Luas lagi space MYVi aku dari Haval ni. kat situ dah mmg aku tak berapa minat. selesa lagi ruang letak kaki myvi dari haval. mmg sempit dan kerusi tak boleh sandar.

5. Absorber keras

ini komen suami aku bukan aku sebab dia yang bawa bukan aku.. dia kata macam ada delay sikit gear satu ke gear berikutnya. tak berapa smooth lah.walaupun salesman tu kata enjin ni sama macam vios ..dan mmg diakui oleh tauke tu ..dari haval H1 baik angkat H2

rasa nya itu sahaja yg aku nak share..

abang aku mmg dh beli ..dia ambik Haval H1 yang premium ..leather seat, ada camera reverse dan ada navigatitor utk GPS dan Touch N go holder,maksudnya lebih kepada aksesori. 

kalau nak beli kereta lain type tengok apa beza ..kalau hanya sekadar aksesories tak payah bazirkan duit  amik je yang basic.. so taukey tu cakap macam ni..

"kalau u nak beli Haval H1 baik u ambik Haval Bravo sahaja..sebab kalau u ambik Premium  dan Elite bezanya pada aksesories sahaj ..tapi dah beza belas ribu.. dari rm55k dengan 74k banyak beza tu.."

kesimpulannya ..aku pu tak jadi beli walaupun point bawah ni agak menarik:

-7 tahun warranty tanpa limited mileage..so sepanjang 7 tahun tu kalau rosak ko hantar je servis
- FREE insurance
- 3 month no payment

dan beberapa kelebihan lain...

so ini sahaja yang aku nak share.. sorry HAVAL kita tidak berjodoh !


Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...