Ahad, 21 Januari 2018

Al Azmi Garden; murah dan sedap.



Kebetulan kak azua dan che mad nak jaga mak di hospital. Aku san adila balik ke rumah kak azua di Bandar Baru Sentul. Aku lupa apa nama tempat rumah kakak aku , tapi setahu aku itu flat lama berdekatan dengan LRT Sentul Timur. 

Malam nnt abg abg aku akan sampai dari Perak. Esok doktor Jensen akan berjumpa dengan kami utk perbincangan. 

Maka, kami berdua berjalan kaki ke kedai paling hampir. Restoran Al Azmi Garden . 

Kami pilih set berdua. Pada kiraan aku murah. Bayangkan kami dapat makan berikut: nasi putih dua, sayur kailan ikan masin, daging masak merah, telur dadar dan tomyam campur. Termasuk desert pulut mangga kalau beli asing harga RM9. Dan pulut mangganya sangat sedap! Sumpah sedap... hahha! 

Total: RM 27.50 tidak termasuk air. 

Korang rasa murah ke tak? Dan yg paling best sedap! Kami makan berdua tak terabis. Air buah pun murah. Dalam RM2.50 je... 

Next time boleh makan kat sini lagi. Bawa hafidz. Dia mesti suka pulut mangga. 


Menu yg kami amik. 


Set pulut mangga yg sodap! 

Inilah kedai Al azmi garden. 

Kenangan bersama sama mendengar penerangan doktor. Kenapa kami nampak tenang? Sebab kami mmg telah tahu conditions mak sebelum kami bawa mak ke Hospital. Hanya Allah SWT yang mengetahui segala aturanNya. Kepada Allah kami bermohon petunjuk dan pertolongan. 



Sabtu, 20 Januari 2018

Mak dibawa balik ke Kuala Kangsar

Bawa balik atau duduk di Hospital ? 

Kematian adalah sesuatu yg pasti . Hari ini Doktor Jensen berjumpa kami aku , Che Mad dan Adila. Azua tiada dia kerja. 

Doktor telah memanggil semua adik beradik dan menerangkan pasal keadaan mak. Sekarang menjadi persoalan sama ada mak perlu dibawa balik atau stay di Hospital. Mmg dari segi onkology tiada rawatan apa apa. Tapi doktor beritahu doktor akan memberi keselesaan kepada mak. 

Sebagaimana yg kami sedia maklum. Sel kanser telah merebak ke otak . Mak sudah tidak alert dengan org sekeliling. Mak banyak tido dan tak sedar dengan apa yg ada disekelilingnya. Aku tahu . Tapi aku sendiri tak dpt bezakan sama ada mak tidur atau mak lemah sebab bila aku tengok mak sedang berdengkur. 

Tapi aku bersyukur selama mak di hospital aku dibantu oleh nurse mandikan mak. Dan segala urusan mak akan dibantu. Mak tak berak ada ubatnya. Mak tak bergerak ada fisioterapinya mak nak bantuan apa apa akan disediakan. Mmg tak dinafikan kita yg buat bukan nurse atau doktor. Tapi segala kemudahan disediakan oleh pihak hospital. Berbanding jika kita di rumah keperluan kesihatan mak amatlah terhad. Segala keperluan mak kita taktau hanya mampu rujuk azua. Azua mak ni  macam mana? Azuabmak begitu ? Semua atas azua.... baik. Kalau azua ada tiada masalah tapi akan timbul masalah bila itu takde ini takde. Berbanding di hospital Insya Allah semua ada. 

Dan keadaan akan lebih teruk jika azua masuk kerja. Azua mungkin boleh cuti seminggu kalau keadaan Mak stabil adakah azua akan cuti seperti dulu? Dan mak akan bergegas dibawa balik ke HKL semula? Ini kerja tak betul. Keadaan akan berulang semula. 


Jadinya kami bersetuju tidak membawa balik mak. 

Sabtu 20hb January 2017

Bila doktor lain tengok mak dengan keadaan emak yg terbaring . Dia minta mak di bawa balik sebab tiada apa yg hospital boleh lakukan, antibiotik pun dh selesai. 

Berbeza dengan doktor Jensen dia masih izinkan mak berada di HKL.Tapi doktor India perempuan tersebut menolak utk menerima mak di hospital. Maka kami terpaksa akur sekali lagi utk membawa mak pulang ke rumah. 

Sudah ketentuan Allah mak dibawa balik ke kampung. Allah yg maha Berkuasa mengatur setiap sesuatu perkara. Sebagai hamba Allah kita berdoa agar Allah mempermudahkan urusan emak. 

Masih berharap emak ada bersama kami. Namun sebagai hamba Allah kita kena akur bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Dan begitulah sunnahtullah. 

Masa 31 hb Disember Besday azua mak sempat ada. Begitu juga Besday aku pada 7hb Januari. Esok 21hb Januari Besday abg aku , Abang Cuah. Semoga mak sempat bersama Abg Cuah

11 daripada 12 beradik. Abg ajis tiada.


21hb Januari 2018 
12.40am

Aku masih di shah alam. Sementara 10 orang adik beradik di Kuala Kangsar. Hanya aku dan abang atan yg tak ada. 

Tadi kak nana bercakap dengan aku. Katanya mak nampak macam abah masa balik dulu. Mak nampak makin uzur. Anak kak nana yg bernama Aqilah dah tak nak tengok muka embah. Sebab muka embah dh lain . Dia takut. 

Adila anak Yeop mesej aku tanya di mana .. jadi tak balik? Aku beritahu aku balik esok pagi.. aku tak pasti apa yg akan berlaku. Adakah Mak akan menunggu aku? 


Rabu, 17 Januari 2018

GL untuk Goverment Servant! Penting ke???

***Ini gambar single bed yg mak dpt sebab guna GL. Dan untuk makluman kos bayaran wad inj walau pun first class PERCUMA ya..... dan kos rawatan mak sepanjang di HKL free sebab mak isteri penjawat awam . Abah pencen askar British army. So segala kemudahan pesara kerajaan (tentera) mak dapat. Tak harap anak anak! Cuma nya dpt mak dok first class kalau tak 3rd class itu aja! 

Baca sini : https://www.facebook.com/nur.w.zakaria/posts/10156153585084617



Kakitangan kerajaan yg bekerja utk kerajaan malaysia ni tolong amik berat anda semua layak utk mendapat rawatan secara PERCUMA selagi mana anda berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Kalau anda pencen pun kerajaan still tanggung segala kos anda di hospital KERAJAAN. 

Yang jadi hal bila anda lergi ke hospital swasta or private mmg kena bayar sendiri. 


*Sebelum korang perleceh service Hospital Kerajaan meh aku nak share kos kos yg kena bayar jika tak de GL. Kiranya besar kos yg kerajaan kena tanggung. 


*Ni pekeliling yang mengatakan apa yg kita boleh dpt dengan GL. Tambahan.. katakan lah hopsital kerajaan tak dpt sediakan perkara tersebut hanya ada di swasta. Maka kita boleh dpt treament di hospital swasta dan KERAJAAN akan TANGGUNG. Maksudnya kita boleh claim kemudian. Bayar dahulu. Tapi mesti ada surat sokongan doktor. Selalu nya ini jarang berlaku sebab hospital kerajaan lengkap. Kalau tak, kita ditransfer ke hospital kerajaan yg lain. Contoh incubator. Kerajaan akan support kalau takde kena masuk hospital lain contoh dr Melaka  ke Hospital Muar dan lan lain. Mahal incubator ni. Kalau di swasta satu malam sewa incubator mencecah ratusan ringgit. 

Aku tahu sebab masa Iyad ank no 2 aku nak lahir doktor baru tau siap siap, Hospital Melaka takde incubator so kena transfer ke Hospital Muar . 


*Ini pulak komen komen facebook pasal isu GL ni. Semua pun macam aku tertipu Mati mati ingat kena tolak duit sendiri bila pencen nnt. Itulah... bila takde ilmu ... 




** so nak habaq mai tak besar tara mana lah hang kalo takat  kasik surat GL hingaq macam  hang kena tanggung ribu ribu.. malu ooii! Its free okay! No Cost at ALL!!!! 

Meh ambik GL aku... 

Jangan pandang rendah ek... cer bayangkan admitted kt Institut Pediatrik kena buat operate kos pembedahan boleh mencecah ribuan ringgit malah belasan ribu jika di private hospital tapi kami mendapat percuma utk Iyad. 

Kemudian, bersalin. Kos bersalin mahal sebenarnya. Apatah lagi kalau kena operate. So dengan GL ni percuma. Jadi kena bawa surat GL ni dari majikan masing masing dan sah hanya untuk tempoh 3 bulan. Dulu takde HRMIS mmg kena tunjuk GL tak tunjuk kena bayar. Aku dulu bodoh! Ingat kena bayar gak masa pencen so aku pun tak berapa kisah GL ni... tapi SILAP! Dengan GL mmg percuma dan tak effect langsung bayaran pencen kita takde kena mengena. 


Ni nak tambah lagi kalau ko g hospital kerajaan yg canggih macam Putrajaya, Sungai Buloh, Pusat Perubatan Universiti Malaya, HUKM pun percuma! Termasuk IJN . Diulangi IJN ok! Kalau tak ko bayar lah semalam beribu ribu.  Wad lagi , consultation doktor lagi, dan lain lain. Kalau kena operate pun kerajaan tanggung ! In case ada benda benda yg tak kerajaan tanggung dia akan cakap pada kau dulu. Mampu tak ko bayar ? Bukan main masuk je.....

So ! Untung sebenarnya kakitangan kerajaan ni... cuma org tak tahan nak  QUENE utk dpt rawatan dengan pakar. Yelah satu Malaysia pergi governments Hospital kot sebab murah berbanding Hospital swasta. Dan sah sah lah kakitangan kerajaan pun pergi hospital kerajaan sebab percuma. 

Aku nak share posting pasal ni dlm fb. Org yg pakar dalam bab persaraan bercakap... 

Adui. Aku ingatkan dah selesai dah hal bodoh ni, rupanya ada lagi yang membuat onar ya.
Final words dari aku: Guna GL time dalam perkhidmatan, TAK DIPOTONG DARI FAEDAH PERSARAAN! Xde relation langsung dua2 perkara ini.
Sape yang buat dakyah ni, mai berdiskusi dengan aku. Kalau sudi la berdiskusi dengan org yang setahun jagung dlm perkhidmatan awam ni, x lama pun aku keje kat Bahagian Pasca, dalam 7 tahun je. Tu pun buat operasi kelulusan persaraan dan pembangunan dasar je.
Yang buat dakyah tu mungkin anggap aku x layak pun berdiskusi dengan diorang sebab diorang lagi hebat agaknya. Xpelah, sekurang kurangnya kalau ada yang nak berdiskusi, aku bukan cakap kosong. Aku akan sandar kepada Akta Pencen 1980, Perintah Am Bab F, Pekeliling Perkhidmatan 4/2003 dan Pekeliling Perkhidmatan 21/2009.
Oh ye: kenapa aku bising dalam fb? Bukan ada kesan pada aku pun? Sebab aku kesian kepada 1.4 juta penjawat awam, 700 000 pesara dan penerima pencen dan pegawai2 yang menuruskan persaraan. X pasal2 kene tipu bodoh2 utk sesetengah pihak punya keuntungan, dan sebilangan penjawat awam x pasal2 kene luang masa menjawab soalan bodoh ni.
Bagi sesetengah orang, benda ni kecik je, x perlu remehkan. Tapi bagi kami yang berkhidmat TIDAK! Beribu panggilan kami terima pasal isu ini dan beribu yang terkena dengan orang yang ingin membuat untung dengan menyebar maklumat palsu.
So this is my effort. Please orang di luar sana, kalau nak jual produk ke ape, silakan. Tapi tolong gunakan fakta yang betul. Jangan nak lepas tangan "saya copy and paste je". Copy and paste ni la yang jadi sebahagian FITNAH. 
So please read, investigate and ask before spreading anything!
untuk lebih kepastian baca pekeliling di bawah ini ..lebih tepat dan sohih.


Terima kasih sudi membaca . 

Contoh lain nak tambah dialisis..mmg banyak pakai duit .sekali dialisis rm250 seminggu dua kali ..kalau sebulan? mmg kos rawat buat pinggang ni besar . Ya Allah ..ujian semua ni ..

jadi samalah kita jaga kesihatan tubuh badan kita 
jg makan, jaga berat badan. exercise dan jaga emosi supaya jgn marah marah dan stress.

sekarang dh ada sistem hrmis. sistem tu kumpulkan maklumat kakitangan awam .so dia boleh trace kita ..tak payah lagi bawak GL. Gl tu Guanrantee Letter. 

apa apa info sila pm sis!

Isnin, 15 Januari 2018

Kesakitan dan kematian

Kesakitan dan Kematian. 

Dua perkara manusia paling benci namun itu yg bakal kita lalui. 

Pengalaman melihat sendiri abah menghadapi sakit dan kematian yg kian hampir , buat aku lebih faham betapa pentingnya persediaan kita terhadap perkara ini.

Tahun ini genap usia ku 35 tahun. Aku taknak berpaling lagi aku nak mulakan rutin harian seperti abah. Aku mahu berehat di alam barzakh ku. Ya Allah! Jadikan aku hambamu yg taat dlm beribadah. Subhanallah.. 

Terlalu banyak leka kita dengan kehidupan sehingga kita lupa alam akhirat yg bakal kita lalui. Yg menakut tiada EDD. Kita semua adalah unexpected person . Tapi apa boleh kita buat hanya, bersedia. 

Banyakkan bersedekah, biar papa dengan sedekah agar jadi penahan kita dr bahan api neraka. 

Banyakkan baca alquran. Lakukan solat solat sunat. Patuhi perintah Allah Rasul dan suami. 

Didik anak dengan amanah. Bekerjalah sebagai medan ibadah. 

Menjaga tutur kata jangan mengumpat jangan mengata. Semua akan dibalas walaupun sebesar zarah. 

Abah aku anggap ahli ibadah. Apa yg buat aku kata begitu? 

Abah mulakan rutin hariannya dengan qiamulail seawal jam 5 pagi. Pergi ke masjid solat berjamaah dan dengar kuliah subuh balik sambung baca alquran sehingga waktu breakfast. Abah makan,m. sebelum ke pasar, abah solat sunat dhuha. Abah pergi pasar beli barang mak nak masak dan abah balik rehat sementara menunggu zohor. 

Abah ke masjid dengan jubah putih dengan bau minyak atar yg kuat. Abah pergi 30 minit awal. Abah buat solat solat sunat. 

Balik makan tengahari abah berehat menonton tv.pukul 4 abah dah bergegas ke masjid semula. Menanti waktu asar dan buat amalan amalan sunat. Solat sunat wuduk pun abah buat. 

Setiap kali waktu solat abah masukkan seringgit dlm tabung masjid. 

Balik asar , minum petang. Masa ni kami berbual bual dengan abah. Abh suka menonton berita dan dokumentari. Kadangkala abah ada juga tengok drama. Abah menonton dlm bilik sendiri .Tak payah berebut remote tv dengan cucu . 

 Pukul 7 abah ke masjid utk solat maghrib. Selalunya abah tak balik sampai isyak. Menginjak jam 9 baru abah balik. Makan malam dan abah berehat. 

Sebelum tidur abah akan solat sunat witir. Dan sambung bacaan alquran.  Begitulah rutin harian abah. 

Sambil menonton abah tak berhenti zikir. Abah kata jadikan helaian nafas kita dengan menyebut kalimah Allah. Sematkan Allah dlm hati. Jika diamalkan kita akan sentiasa berzikir. Walaupun mulut tak berzikir hati sentiasa berzikir.

Rutin ini abah lakukan setiap hari walaupun dimana jua dan bila bila masa sejak abah pencen tahun 1995. Aku dlm darjah 6. 

Sehingga abah meninggal 2016. Hampir 21 tahun abah menjalani rutin nya. Tidak termasuk jumaat ada solat sunat tasbih . Tidak lupa bacaan surah al mulk setiap malam. 

Ingat lagi masa abah sakit tak dpt ke masjid abah sedih. Sedih tak dapat jalani rutin hariannya. Abah sedih.. abah masih lagi rasa banyak kurang amalan nya. Sedangkan kami rasa abah dh bebetul all out utk saat kematiannya. 

Abh meninggal menanggung kesakitan. Aku tahu sakit abah penghapus dosa dosa lampau. Allah SWT nak abah mengadapnya dalam keadaan betul betul bersih. 

Ya Allah.. tadi masa ke cafe bila aku terlihat susuk tubuh berjubah memakai baju blazer hitam dan berkopiah putih , aku ingat abah. 

Abah melintasi nya sambil mata curi curi pandang nak melihat wajahnya. Adakah seiras abah. 

Ya Allah damilah abah ku di sana. 
Ya Allah ringankan kesakitan dan ketidakselesaan ibu ku . 
Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani ku masa aku kecil. 

Tiada mampu aku lakukan melainkan membantu ibu yg ada dan mendoakan kesejahteraan abah di sana. 

Abah dah melalui fasa sakaratul maut, dan akan dtang bahagian kita . Bersediakah kita? 

Atuk meninggal pun sangat damai . Dalam bulan syaaban sebelum Ramadhan. Masa tu kami di Mekah. Hampir terjelepuk Hafidz di pintu bilik air bila tiba tiba dia ketuk pintu surh aku keluar dan menangis “ Ama.. atok dah takde...Abang nak balik Malaysia hari ni” 

Aku tenangkan Hafidz. Itu agak mustahil. Flight kami esok . Pagi ini subuh terakhir kami di Mekah. 

Atuk sepanjang duduk dengan kami , mulutnya asyik membaca alquran, dia kurang bercakap. Atok suka berkebun. Makan minumnya dia selesa sediakn sendiri. Benarlah! Atuk org tua yg paling senang diuruskan . 

Kita bakal menginjak usia tua. Kita bakal menghadapi kematian. Di hadapan kita pelbagai pengajaran Allh berikan . Adakah kita tidak mahu mengambil iktibar.








Rabu, 3 Januari 2018

USS , Singapore Done Successfully!

Kami keluar dari bilik jam 8.00 pagi ... kami menaiki grab ke CIQ JB atau JB Sentral dengan bayaran RM 11 . Kami telah bersarapan siap siap di bilik anak anak makan roti dan nutella. Kami mmg berhasrat masuk ke Singapore bukan pada awal pagi kerana itu waktu puncak dan jalan pasti jammed teruk. Jadi kami masuk area jam 9 pagi berharap keadaan kurang sesak. 
Tiba di CIQ masih awal dan tak banyak kedai yg buka. Keadaan juga tidak terlalu sesak. Selepas tukar duit di sini kami beli jajan seperti roti dan air kotak. Sebab tahu sangat makan kat sana pasti mahal. 

 Satu yg aku agak kesal bila Orked potong rambut jadi tak berapa comel muka dia masa bercuti ke USS ni next time aku takkan pukul rambut dia pendek sebegini. Inikan hari hari aku doakan ceoatlah rambutnya panjang semula... mmg pening pikir vara nak bawa anak jalan tambah empat org bukan senang. Macam biasa yg paling mengada ngadavIyad. Masa kat imegresen dia menangis menjerit jerit sebab ayahnya cubit mengada sangat. Aku mmg stress budak jerit jerit ni. Ya allah ! Rasa nak kutinggalkan je.  


Berjalan dalam ni mmg agak jauh tapi hadap jelah kan dah nak sangat g Singapore. Kalau tak ko duduk dalam otel mandi bathtub senyap senyap. Lama juga urusan cop passport tapi tak selamat proses cop passport di Singapore... mmg hampir sejam kami kt kaunter kastam sana. Dahlan ketat amik gambar kena tangkap. Fuhh! Nasib baik aku tak buat benda gila tu. 

Ini lah bangunan nak cop passports  sebelum ke Singapore 

Ini bas yg kami naiki . Bas ni murah kami bayar rm8 seorang direct ke USS. Sampai sampai naik escalators terus jumpa USS mmg murah dan mudah. 

Gambar sempat aku snap dalam perjalanan ke USS . Yangvaku perasan Singapore ni beraih . Bersih sangat nak jumpa sampah pun susah. Kiranya berkaya lah government dia didik rakyatnya. Org merokok pun susah nak jumpa kira dia mmg jagalah. 

Ni escalators yg naik tu terus jumpa USS . Kami tak sempat nak jalan jalan kentempat lain . Mmg masa sangat terhad. Sampai dalam jam 11 lebih terus masuk USS. 

Nak amik gambar kenangan pun susah. Perkataan universal tu tak berapa nampak. Mmg syoknhabis bila dah ambik gambar depan globe ni. Trademark tu ! Kalau dtg sini tak amik gambar macam tak sah gitu! 

Ni imran yg tangkap oklah ... 

Tengok macam macam aksi bila bergambar . Dh lah nak sampai bukan main susah alih alih amik gambar macam ni rupanya. 

Besar gila tak terhabis kalau pusing satu hari. Tapi aku dh tak dtg kut. Tunggu anak anak besar lepaskan je . Time tu mungkin diorg dh form form gamaknya. Tak lah mak ayah kena seret lagi tangan . Boleh beratur nak main apa yg dia suka. Ibu dh banyak korang sekali kira dh ok lah kan .. 

Cuaca sedang elok. Walaupun ada hujan sekejap. Tapiblepas tu panas balik. 

Beratur pun panjang. Ok cerita tiket ni kami beli di klook. Com. Satu family dlm RM856.oklah.. lebihbmurah dari beli dengan ejen. 


Masuk masuk terus jumpa lorong kedai kedai cenderamata. Mmg semua bangunan cantik cantik sampai tak tertangkap semua gambar. Tengah tengah jalan dtg watak watak disney . Ala org yg tinggi tinggi tu .. seronok budak budak tu. 


Orked awal awal lagi ayahnya dah kendong. ...sukalah dia dapat tengok dari tempat yg tinggi... tengok gelagat diorg seronok habis! 


Gambar kenangan satu keluarga. Frust orked berambut oendek. Hilang langsung  ayunya. Gambar ni ada sorg Indonesian yg tolong amikkan. Lepas ni bolehbkita berjalan ke Osaka pulak. Yo yo jelah! 

Antara taman taman yg ada dlm USS ni. Semua anya seronok... ada show, ada games , tapi nak beratur bukan main panjang. Sampai 80 minit pun ada. Dh malam baru kejap sikit beratur. 

Ihsan bergambar depan minion. 


Show yg bpertama. Macam ni dh biasa tengok masa pergi Hello Kitty pun ada. 

Water cooler ni disediakan di setiap tandas. So bawa je botol air masak nanti boleh refil. 

Bergambar family lagi di Elmo world. 

Ni pulak pertunjukkan tentang sound effect. Seronok jugak. Real... kitavmerasai pengalaman seperti berada dlm ributvtaufan.. dengan bunyi dan effect yg mendebarkan wajib masuk ya! 

Keluar je jumpa ni. So amik gambar sekeping. 

Sebelum jalan jalan lagi kitavamik gambar. Posing posingvjugak tapi matavmilau je cari anak. Yelah dh ramai org takut je hilang. 

Tq imran, jadi photographyer 


Org org ni tengok duduk nak tengok persembahan Marylin Monroe..kitorg tengok kejap je. Takde feel. Kau kalau nak betul betul duduk tengok show tu takkan sempat lah. 


Persembahaan ni di area Hollywood. 


Kawasan Transformers ni mmg kami tak masuk sebab org ramai sangat. 

Ni lah rollercoaster yg aplong win. Mmg ramai. Dan kebetulan imran taknak naik dia takut. Aku mmg taklah nak naik benda benda ni....llepastu kami jumpa Oasis terus kami makan tengah hari. Mahal jangan cakaplah. Satu set nasi 15 dolar Singapore.. bayarjelah dh dtg tempat macam ni .. mmg itulah kos yg kena bayar. 




Akhirnya ayah dan imran naik dlm mummia ni. Kami tak masuk kami jalan ke far far away. 

Langit gelap macam hari nak ribut. Kalau hujan mmg tak dpt main outdoor dapat main indoor je. 


Turn aku bawa Iyad Ihsan dan Orked jalannjalan . Susahnya berjalan dengan bawak beg. Yg eloknya amiknlocker sebab bila main yg rollercoaster tu mmg tak holeh bawa tepon ke purse tu yg leceh. Satu halnpulaknko jadi tukang jaga barang. Dh lah time tu suami aku habis batery lagi susah. Kena tunggu dia kat kedai makan supaya bertemu. 



Dalam far far away ni kami tengok cerita Shrek ala yg kerusi  goyang goyang  tu... 

Cantik area Far Far way ni ... castle dia lawoo! 

Uncle Hindustani pulak tolong amik gambar. 


Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...