Selasa, 31 Julai 2018

SUATU KAJIAN PERBANDINGAN : country villas resort vs Anjung Gapam

ASSALAMMUALAIKUM..maka setelah aku pergi kedua dua rumah ini kesimpulan yg aku boleh buat. 

mmg tak boleh nak compare sebab jenis rumah berbeza, tapi boleh kaji dr segi keluasan rumah yg berbeza dengan kadar pembelian beza 200k.yelah satu banglo satu teres takkan sama kan ..

tapi nilaian rumah ni agak mahal, tapi menang pada binaan rumah yg cantik..english style ..dan sebuah rumah takde share dinding.. 


anjung Gapam mmg cantik binaannya ..sebiji rumah harga permulaan single storey RM399,000, 1 1/2 tingkat  RM518,500 dan dua tingkat RM599 000. Kawan aku untung dapat 1 1/2 tingkat corner lot Rm507,000.

belakang tu rumah Phase 3 yang sedang dalam pembinaan tahun 2019 siap.  harga last year RM380,000 utk single storey terrace house. 

COUNTRY VILLAS RESORT
ANJUNG GAPAM 
Terrace house 11/2 storey bungalows
22x7050x80 (corner lot)
Built up : 2400 sq ftBuilt up: 2134 sq ft
Rm398,000RM507,000
4 bedroom + 4 baths + 2 living5 bedrooms + 3 baths + 2 living (loteng)
Gated and guardedNo Gated and guarded
facilities: Track jogging 1.8km, playground, futsal, basketball, No facilities


Ahad, 29 Julai 2018

Eco -shop.com.my: BERHANTU

Kesempatan berjalan ke Muar, aku ajak suami ke Eco. Dah lama dh nak pergi kedai ni . barang dia semua dua ringgit. tapi hati hatilah jugak ada benda tak sepatutnya dua ringgit..cam mahal pula. contoh cam air tin nescafe dan lainlain..so tak semua murahkan ..

so mreh aku nak buat review sikit. tadi aku dapat beli benda benda ni rege 74 ringgit , ko bayangkan lah  37 benda aku ambik:

1. pencuci lantai stain removal
2. pencuci stain removal
3. cuci mangkuk tandas
4. berus 2 satu jatuh rm1
5. sunplus cam klorok
6. cotton buds
7. cuci pinggan 
8. lapik kaki
9.lapikkaki
10.lapik kaki 
11. pen merah MgM 2 batang
12. pen merah lagi
13. pen hitam 
14. kaler sebekas
15. pencil sekotak
16. cepit rambut aka dinasor
17. mainan imran
18. mainan iyad
19. mainan ihsan 
20. mainan orked
21. penangkap ikan 
22. PENYODOK
23. tanah 
24. tanah
25 alatan nak menanam
27. bekas tanam pokok
28. biji benih bendi
29. benih cili
30. benih timun
31. benih kangkung
32. stokin hitam
33. stokin coklat
34. air mineral 4 botol 200ML
35. xxx
36.xxx
37.xxx


inilah kedai nya ...adoiii..asal sebab penyodok je.πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

muka orked nangis nak suh bukak mainan..

ok kaler ni warna dia tak kuat langsung ..so lain kali jangan beli ! membazir sajo...




pensil ni ok..td test mmg kuat dakwat dia macam pencil 2B je...pen merah pun ok ..standard lah brand tu kan ...pen hitam tu ada 5..so satu jatuh 40 sen satu ...sepeket 2ringgit..mmg ok..dakwat basah bukan ball pen 

 stokin tu pun ok ..tebal ..bukan jenis niis nampak kaki tu ..puas hati.. aku tertinggal tiga benda apa ekkk..ermmm...

ok lah ..bai !

(DAH TAHU KE KENAPA AKU KATA BERHANTUπŸ‘»πŸ‘»πŸ‘»πŸ‘»πŸ‘»)

XOXO

Breakfast di Muar: Renney's Satay

Assalammualaikum..mmg dekat je dr Melaka nak breakfast kat Muar tu ..kalau kadar bawak biasa sejam sampai..kalau laju 1/2 jam sampai. oklah bukan buat selalu pun .tapi berbali gak sebab makanan dia sedap. 

nak breafst area muar pergi Renney Restoran. betul betul kat area bandor Muar tu. 

menu utama satay, ada nasi lemak ayam, mee rebus, me bandung, soto, lontong, ada macammacam..kedai renney ni takde roti bakar selalu ada roti bakar. 


Harga satay dia 80 sen satu tak kira ayam , daging atau perut. semua rege sama. bilo ko dtg dia terus letak set nasi impit dengan kuah kacang .. tak yah kata order ke tak order ke mmg dia kan letak ..pastu dia hantar set satay pulak ..nnt time nak bayar dia kan kira berapalidi satay yang ko dh makan .. tadi kitorang keje RM122 sebab satay je 80 cucuk ...😹😹

kuah satay dia sangat sedap ..mmg lain dr yg lain 

satay dia pun lembut dan juicy je ,mmg tak sia sialah perjalanan kitorg ke Muar tu 

nampak tu ..sekejap je licin tu mangkuk ke dua. 

ni mee rebus ..sedap pekat dan ummp! 

mee bandung ni kuah dia ada cair sikit ..so better order Mee rebus 

Peminat telur rebus 

ni nama kedai .korang waze je nnt 

80 cucuk selesai ..hahah...

oklah Plan Bfast di Muar tercapai! next time jalan jalan ke tempat lain pulak ..ok ..BYE


ID Showhouse Anjung Gapam, Melaka by Konzept ID Sdn. Bhd.


Salam sejahtera. Straight to the point,
lepas kami breakfast di Muar kami ke Eco. Nnt aku upkan satu post pasal Eco RM2 ni. kami balik ke Melaka dan ondaway balik kami singgah ke showhouse Anjung Gapam. Aku mmg nak tengok sangat rumah ni tapi mengenangkan kami sendiri dah beli rumah jadik cam sakit hati pulak tengok rumah ni. hahah..lainlah kalau belum ada rumah. Oklah.

so rumah ni ada tiga type: 
salah satunya ialah :
French-European Village inspired Luxury Bungalow 🏑
✨BRITTANY - 1 1/2 Storey Bungalow✨

⭐Rm534,500.00⭐
5 Beds + 3 Baths + 2 Living
Land size 50' x 80'
Built up 2,134sq.ft.

rumah aku : 4 beds + 4 baths + 2 living

Accessibility 
15 min to Multi Media University
15 min to Ayer Keroh Tol
15 min to AEON
10 min to MITC
8 min to Mydin Market
5 min to Jasin Town

πŸŽ‰πŸŽ‰Special Promotion πŸŽ‰πŸŽ‰
- 3% Rebate
- Free SPA Legal Fee
- Free MOT

1 ½ Storey Bungalow 
Land Size 50’ x 80’
Built Up 2,134sq.ft ( rumah aku 2400sq.ft)

SPA Price Rm534,500.00
Rebate 3% (RM16,035.00)
Nett Price Rm518,465.00  (rumah aku RM398,000)

Down Payment 7% Rm37,415.00

🏑 Show house is ready for viewing, kindly call for appointment 🏑

http://AGElaine.wasap.my
Or call Elaine 0172795028

*******************************
Oklah aku tak nak cerita pasal rumah sebab pada aku rumah dia mmg sesuai dengan harga ..bungalow kan mana nak sama dengan terrace house cuma keluasan rumah kecik sedikit...selebihnya saiz tanah, kiri kanan mmg space buat garden kalau nak extend pun boleh

so mmg besar ni ko beli besar nilah ko dapat.

keluasan ikut kaki dalam 2134sqf.

tambahan pula lot yang ada ni non bumiputra. bumiputra punya dah habis. 

so kalau korang nak tahu lanjut call Elaine tu. 

~yang penting aku nak share pasal interior design dia yg cantik gila.~


rumah dua tingkat tu ID dia je cost 300k so ko bayangkanlah boleh dapat sebijik lagi rumah .aduh! tapi mmg sangat sangat cantik. lama dah aku nak rumah macam tu.sob sob

so aku ricky2 lah tanya buat dengan siapa ? 
dia kata dengan Konzept ID Kota Laksamana. nnt aku google. 

meh kita tengok ID dia yang kebabom tu..



ni dapur dia cantik sangat, table top pakai marble mahal tau ..almari dia pakai kayu solid nyatuh gamaknya.


katil pun cantik versi SSF ni aku agak. Cadar pytih mmg santek kan suci je




ini ruang menonton di sebelah atas rumah yg dua tingkat. cantik je ...


master bedroom 




meja belaja built in 


katil bujang dan wallpaper menaikkan rona english style...lantai kayu baru kena ..langsir warna coklat nampak mewah 


kerusi dia je beratus sehhh!


ok ..aku suka style lampu tergantung dia ..mmmg rustic habis! bunga tu pun cantik..ni bilik master rumah setingkat setengah

https://www.facebook.com/Konzept-ID-Sdn-Bhd-1426657474016384/


ada kerusi dekat tingkat.




ni pun cantik ...kalau tengok rumah yg tiada ID lapang aje.. cam tak caya je boleh letak meja makan dengan kerusi ruang tamu


set ni tak mahal sangat ..still mampu milik aku rasa 


ruang family belah atas rumah 1 tgkat setengah..






cantik buat macam ni ..kalau petang kita turunkan bidai elok jugak ..redup sikit







oklah sebenarnya kami tengok rumah ni utk Mahirah.Last last tak jadi pun sebab harga dia mahal sangat.  1/2 juta kot rege rumah dia. 


kalau buat ID English style mmg cun habislah .. tapi setakat macam deko umah aku tak jadik cun jugak beli rumah mahal mahal, kot mana pun mmg main duit. ada duit macam macam 
boleh buat. yg penting ongkosnya! 


########

apapun buat pertimbangan sewajarnya sebelum membeli rumah 😘😘

Jumaat, 27 Julai 2018

Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Islam

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
aku selalu tayangkan video ni menerusi youtube untuk menceritakan kisah Rasulullah SAW.
Memang sesuai di tayangkan pada pelajar utk lebih memahami tajuk sirah dan tokoh tokoh bagi silibus Tingkatan 1-3.

https://www.youtube.com/watch?v=lwkNaoVh-vA&t=2663s

ada banyak video tapi ni yang paling clear dan cantik gambarnya.

selain itu untk mengajar tajuk tajuk tokoh seperti Saidatina Khadijah RA boleh gunakan lagu nasyid sebagai set induksi .

nasyid INTEAM Sit Khadijah https://www.youtube.com/watch?v=MZ0pKGklfO0

nasyid Sumayyah Hijaz https://www.youtube.com/watch?v=GFKrK_fXadU

lakonan semula kisah Sumayyah https://www.youtube.com/watch?v=Y22tdY4vLNc

Nanti saya akan berkongsi lagi. 

Khamis, 26 Julai 2018

my mac book Air 13'

sibuk nak cari casingbagai..amboi kemain lagi
masa bukak email nampak mesej ni dari switch,

"dear Jamaliah, this is your suitable laptop. please buy it! this is yours..im waiting for being one of your pets. pick up me soon, hugs xoxo"

kah kah ! tinggi tak imaginasi aku. btw aku baru beli women love semalam. dan hari ni sampai! 
aku teragak agak pulak nak makan ..macam mana ekk..

sapa pernah makan women love sila share testimoni korang kat sini...

otak aku ni dok fikir pasal kerja kerja yg aku perlu selesaikan ..dan beberapa project so mmg kena all out! 

dalam pada tu aku nak share satu gambar yg aku jumpa dalam google..serius cantik..tp ada copyright . macam mana tu? hmmmm...

oklah aku takde point pun nak cakap just update what happen today, dan aku dalam plan nak beli package travel ke turki 3799 harap ada kosng cuti sekolah ni... ok doakan . 





Rabu, 25 Julai 2018

RAIHAN JALALUDIN BLOG THE BEST BLOG TEACHER 2018

FIRST OF ALL..nak ucapkan tahniah pada Cikgu Raihan atas effort dia post pasal bahan bahan pengajaran has utk cikgu menambah baikkan hal hal kerja kami..
suka sangta
harap menjadi sedekah amal jariah utk dia kelak..aku pun nak tiru gak macam dia tapi cam amazing sgt je dia ...

oklah so nak share apa bahan yg aku paling suka dalam blog dia

ni link blog dia ..

1. pasal bina e-book sendiri http://www.raihanjalaludin.com/2018/02/6-langkah-penghasilan-e-book-mudah.html

2. cara menhasilkan cover yang cantik..http://www.raihanjalaludin.com/2018/02/cara-menghasilkan-poster-cover-depan.html ini sangat bermanfaat utk guru guru yang nak buat buku program atau apa apa slide

cukup dua dulu lepas ni share lagi .

aku tengah cari idea utk buat Patrol Denggi peringakt sekolah ni

SHOPPING BARANG UK




sekarang dh mudah nak beli barang UK order dari malaysia . korang mesti tanya nak order kat mana kan?'
aku baru order barang Uk dr http://www.bmukshopper.com

nama owner dia Kak su. aku cuma kenal dia dr Facebook je..Barangmurahukdotcom

semua barang Uk ada antaranya iron philips yang beli beribu tu dr amway
tapi akak ni jual baru 4 ,5 ratus.

entah macam mana aku jumpa vacum harga RM198. tapi self pick up kat shah alam. aku dh order dh pun. tunggu nak dapat je. tak tahu bile boleh dpt.

kalau korang nak order barang aku ajar:

1. sign in kat http://www.bmukshopper.com. lepas tu masukkan order pada "place order". tapi penting kena tahu code barang yang nak dibeli.code barang sila rujuk kat iklan jualan tu. macam vacum aku BMUK000314 kan keluar lah Vacum tu. aku saje google amazon. mmg bagus review org pasal vacum ni. so tunggu jelahkan

2. bayar secara online . kemudian masukkan maklumat pembayaran tu dr bank mana berapa dan bila tarikh bank in duit.

3. tunggu reply dr BMUK tu.

ni order pertama aku. kalau ok lepas ni boleh lah aku oorder pinggan mangkuk pulak ..kannnn hihi

nama vacum Duronic VC7/BK Upright stick Vacum Cleaner. 

Patrol Denggi Peringkat Kebangsaan 2018

ringkas cerita sekolah aku terpilih untuk pertandingan peringkat kebangsaan

Apa patrol Denggi ni?

oklah aku terangkan bahasa mudah. mereka emnjadi duta kecil kerajaan nak didik masyarakat agar memahami bagaimana penyakit denggi merebak maka kita tahu membasmi nyamuk denggi

aku tengok banyak sekolah yang join. ada 4 perkara yang di nilai

1: seni persembahan
2: sosial media
3: komuniti program
4: kuiz utk melihat sejauh mana pemahaman pelajar dan ibu bapa terhadap program patrol denggi ini


ok entah macam mana aku termasuk dalam kumpulan yg akan merangka program utk patrol denggi peringkat kebangsaan ni,aku kena buat bahagian social med.


so PLAN 1 JUMPA ZAHIRAH RATU INSTA SEKOLAH AKU. 

Selasa, 24 Julai 2018

ujian Allah SWT

Seorang sahabat di sekolah yg berusia sekitar 45 tahun berkongsi cerita tentang suami nya yang sedang sakit kanser tahap 4. katanya kanser suaminya telah merabak ke hati. masalah di hati seknya bukan setempat tapi bertitik titik banyak tempat. 

aku meraup muka susah nak meluahkan. tapi jauh disudut hati aku sesungguhnya kanser satu penyakit yang sangat menakutkan . bukan persoalan keturunan malah sesiapa sahaja boleh kena penyakit ini. Allahu Akbar..bersyukur kalian masih sihat hari ini dan tidak sakit apa apa. 

aku cukup takut mengenang kembali kesakitan ibu ku. terlalu berat kesakitan yang dia tanggung. apa lagi yg boleh dikatakan ..

kawan aku katanya suami nya kena menghadapi kimo seumur hidup. apa yg aku boleh katakan ? apa lagi yg aku boleh komen . dalam erti kata lain ..suaminya takkan boleh sihat sepenuhnya .kesihatan nya bergantung sejauh mana badannya bertindak blas pada rawtan kimo yg dia akan jalani. 

suami nya cukup positive. suaminya menyibukkan diri dengan pekerjaan nya. tidak memberatkan fikiran dengan penyakit yg dihadapinya. 

ya Allah aku diam . aku takut nak cakap." Kak..jagalah suami akak..kita tak tahu berapa lama masa yang kita ada bersamanya..buatlah apa yg akak nak buat bila bersamanya. masa ni masa utk menikmati hidup berdua sepuas puasnya. jangan fikir berapa lama masa yang ada apa yang akan jadi akan datang..pedulikan ..teruskan hidup dan nikmati hidup itu selagi boleh.."

bersama Wak Azua ..kakak aku yang paling berjasa menjaga mak dan abah sewaktu sakit. 


itu sahaja yang aku boleh katakan. 

agak bahaya bila dah sampai stage hati. aku tak tahu bagaimana nak komen . aku pun bukan doktor. cuma bila kita sakit kita rasa kita sangat hampir dengan kematian kita. walaupun hakikatnya kematian boleh tiba samada dia sihat mahupu. dia sakit.

adakala kita rasa beruntung sakit dan tahu bila mati berbanding tiba tiba mati mengejut. tapi ada masanya bila kita tahu kita kan mati kita akan jadi semakin takut.

hidup ini sungguh misteri. segalanay telah tertulis namun sebagai hamba Allah kita mesti bergantung pada Allah SWT selepas kita dan berikhtiar dalam semua perkara. 

ya Allah Ampunkan dosa dosa kami Ya Allah 
Ya Allah..ampunkanlah dosa dosa kamiya Allah 
tolong lah kami Ya Allah...

aku tahu rasa nya sangat perit.sebab aku pernah melalui fasa ini. semua kalian kalian kuat mengharungi ujian ini. 

marilah kita raptkan diri pada Allah SWt dan bersedia bertemu Pencipta kita yakni Allah SWT. 

Isnin, 23 Julai 2018

surat untuk starla



Ku tuliskan kenangan tentang
Caraku menemukan dirimu
Tentang apa yang membuatku mudah
Berikan hatiku padamu


Takkan habis sejuta lagu
Untuk menceritakan cantikmu
'kan teramat panjang puisi
'tuk menyuratkan cinta ini

Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan
Sisa cintaku hanya untukmu

Aku pernah berpikir tentang
Hidupku tanpa ada dirimu
Dapatkah lebih indah dari
Yang ku jalani sampai kini


Aku selalu bermimpi tentang
Indah hari tua bersamamu
Tetap cantik rambut panjangmu
Meskipun nanti tak hitam lagi

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan sisa hidupku
Hanya untukmu

Dan telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu
Untukmu, hidup dan matiku

Bila musim berganti
Sampai waktu terhenti
Walau dunia membenci
Ku kan tetap di sini

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan sisa hidupku
Hanya untukmu


Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu

Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu









Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...