Khamis, 29 November 2018

Tips And Trick To Singapore

alhamdulillah aku dh selamat sampai ke rumah .

So aku nak share apa yg boleh kalian jadikan panduan:

1. Pergilah ke Singapore dengan menaiki kereta/ pengangkutan darat . Jauh lebih murah ! bas pun boleh masuk Singapore. Aku pergi hari tu naik van senanglah masuk terus sampai ke hotel. 

2. Pasport- WAJIB ada dan isi white card visa masuk ke Singapore ni pun wajib isi. lepas tu yg dia potong dua tinggalkan dalam pasport WAJIB ada bila nak balik Malaysia nanti

3. Wang . SGD semua darab tiga .senang kira ! dolar singapore bersamaan RM3 . dan semua harga barang di sana sama harga dengan malaysia. tapi jangan convertkan .senang cakap ko beli teh ais kat sini 1.80 kan ?samalah sana pun 1.80 tapi dlm dolar. ko beli roti Gardenia RM2.80 samalah sana pun SGD2.80 . tapi hakikatnya mahal tiga kali ganda. makanan pun sama. kuih dia yg ala lopis tiga segi tu harganya SGD1.20. ( RM3.60 seketul!) 

4. Penginapan aku hari tu di Furama City Centre. Memang tengah Chinatown. bersambung jejantas dengan Chinatown Point dan dekat dengan People Park. Dekat jugak dengan Park Royal on Pickering dan dekat jugak dengan Clarke Mall. 

5. Makanan halal utama ialah Mc Donald dan KFC sebab ownernya ialah company dari Malaysia. dan macam aku cerita pasal Warung Aneka Rasa di Chinatown .Banyak pilihan dan rasanya sedap hari last kami makan nasi campur total SGD 20. termasuk air. Banyak je makanan halal instant dalam 7 elevan. ada pelbagai sandwich dan kopi. dan halal serta sedap. 

Btw aku nak tanya, kalau no pork, no lard tu halal ke?jawapan aku tak halal. pertama cara penyediaannya . ayam tu sembelih tak ? jadi apsal dengan mudah je no pork no lard ko kirakan halal. aku pun tak faham bila org orang yang langsung tak mementingkan halal haram makanan ni. pelik! lepas tu ada yang tanya TEXAS chicken tu boleh makan tak? aku nak tanya ayam dia sembelih ikut Islam tak.

itulah bila iman tak de di dada. maka apalah nilai halal dan haram bagi seseorang.

6. Lupa! masuk ikut Tuas lebih dekat dari masuk Woodland. Kebanyakan orang masuk ikut Woodlands.

7.apa yang wajib korang lawat kat Singpore? 

Merlion Park
Gardens by the bay
pulau sentosa
masjid sultan ( bugis street, arab street, orchard road aku tak pergi so tak tahu) 
chinatown
banyak lagi sebenarnya aku yg tak sempat jalan jauh.

tapi yang nak tengok pokok besar tu aku dh tengoklah kiranya ..Supergrove  Tree tu di Gardens by teh bay. Promenade aku pun dah sampai, esplanade tu macam istana budayalah . ada persembahan bagai. 

Marina Bay sand Hotel bercahaya di waktu malam


the Esplanade

Esplanade berbentuk durian di waktu malam kelihatan lebih indah 

mercu kejayaan singapore di gambarkan dengan pembangunan yg sangat pesat

senja di Singapore



Merlion Park


Kopi 7 elevan 

sandwich Prawn

duduk sambil tengok musical 

view dari bilik hotel kami

supertree grove




garden by the sand


singapore River


mural di sekitar Singapore riverside







aquarium di Singapore

USS tahun lepas dah masuk


last picture..bye bye Singapore..



singapore sebuha negara yang sangat bersih maju dan mahal. segalanya di darab tiga. utk merasa berjalan ke negeri orang silakan.. namun indah singapore hati ku tetap di Malaysia takkan kurang walaupun sedikit . 

i love my malaysia . dan sentiasa rasa bertuah lahir sebagai rakyat Malaysia Insya Allah 

Selasa, 27 November 2018

Makanan Halal di Chinatown, Singapore 2018.

Chinatown ni mmg berada di tengah Singapore. Paling susah nak cari menu halal. pilihan yg ada ialah Mc D dan KFC . Chinatown MRT opposite dengan People Park Complex .ada satu Warung Aneka Rasa , Muslim Nasi Padang yang sangat sedap masakan nya dan harga yang reasonable jugak. 

Aku beli makanan tiap tiap hari kat situ selama 5 hari 4 malam. wah ! lama tu. kami jumpa kedai ni hari kedua. Waktu tu aku dan suami jalan jalan nak belikan breakfast anak. ikutkan suami aku dapat breakfast sorang makan kat Tiffany Cafe dan bila aku check Tiffany Cafe tu halal dan certificate halal so boleh lah makan semua yg ada kan .Tapi suami aku cakap takkan dia nak makan sedap sedap korang tak makan, dan aku fikir kalau dh dapat makan sedap sedap kenapa taknak makan.pastu dia kata "ama pergilah .." pastu aku kata dia bagi utk abang peserta kursus bukan ama. " eh! last last sehari pun takde siapa turun makan kat bawah tu. pastu aku kata rugilah tak dpt makan kat hotel tu free je kut "

dilema..korang rasa camne?hahah dah lepas pun .

ok berbalik pada cerita aku terjumpa kedai ni .Kedai ni tukang masak dia Melayu Singapore dan bukan org indon. dan masakan dia kiranya masakan asli melayu Singapore lah . Punyalah sedap !rupanya menu dia ikut hari . Macam hari Rabu dia punya menu nasi berinani . Ada beriani kambing ayam masak merah harga sebungkus nasi SGD5.50. oklah pejam mata! air dia punya rege sama cam Malaysia lah tapiiiii jangan convert.hahah...

so hari pertama aku beli nasi lemak dengan lauk ayam goreng. air teh tarik. mabeles! pastu tapau mi goreng utk bebudak ni nak support lagi beli roti dengan kaya .siap stock makan pagi. tengah hari kita fikir lain . 






ini kedai nya selang sebuah ada kedai muslim gak jual roti canai...tengah hari ramai sangat orang ...penuh! cina melayu india suka makan situ





mi goreng yang aku tapau utk budak budak dalam bilik 
kami makan nasi lemak dengan ayam goreng SGD6, jejantas belakang tu menghala ke mall ..
HARI KEDUA

Kami dah aim dh nak breakfast situkan . So hari kedua kami rasa Lontong dia dengan nescafe tarik! mabeles gak. Budak budak aku tapaukan nasi goreng, Ya ampun punyalah sedap nasi goreng dia !

tengahari aku g nak beli lauk tengah hari so aku pilih nasi, ikan sambal dengan telor dadar kena SGD5.90. Sambal belacan dia sumpah sedap!

pastu lah Pakcik tu muka eksyen time dia offer, " Nak sambal belacan tak?" 

seterusnya kami makan lontong dengan nescafe tarik..total SGD5.50 kot ..lupa plak


cari Chinatown Station ni ...pastu naik jejantas nak ke Furama Hotel ..berdekatan dengan ATM UOB ada kedai makan tu tingkat atas...


ni menu lauk makan tengah hari, ikan sahaja SGD3.20 total aku bayar dalam SGD5.90

HARI KETIGA


ok hari ketiga suami aku amik kentang goreng gaul sambal paru goreng dengan apatah..aku amik kuewtiaw. aku nak order nasi goreng dia kata hari ni nasi goreng takde

ok hari ni suami aku tak join kelas dia demam teruk. pastu aku lepak bilik suamia kata pergilah bawak diorg jalan jalan esok dh nak balik, rygi beli Singapore card tu kalau tak pakai. 

so aku pun pergilah . sebelum tu aku sempat beli Beriani kambing dengan beriani ayam masak merah dengan teh ais dua. 

Mabeleskan nasi beriani dia ..




Punyalah beratur manusia nak makan sini. Cina pun ramai tau!

HARI TERAKHIR

kami tak turun beli breakfast siap siap sebab nak makan lunch kat sana terus. kami semua makan kat kedai tu kali terakhir. 




oklah itu sahaja yg aku nak share. kalau korang duduk area China town boleh cari kedai tu .

caranya:

korang cari MRT station Chinatown yg bersebelahan Chinatown Point. korang akan perasan keluar dri MRT ni nampak Mc D. 

Jejantas yang menghubungkan Chinatown Point dengan Furama City Centre.

pandangan luar MRT China Point. 

bangunan belkang yg tinggi tulah Furama Hotel City Centre, bumbung merah tu bangunan kedai Aneka yg aku cerita 

pandangan berhadapan kedai makan ni 

MRT Chinatown 

Turun tangga MRT Chinatown.

Dari MRT Chinatown korang mesti EXIT Chinatown Point. Jangan exit belah lain confirm tak jumpa.oklah itu sahaja harap membantu korang utk cari makanan halal ...

Wasalam


Isnin, 26 November 2018

Palm Garden, IOI Mall Putrajaya.

Sebenarnya kau rasa sedikit bersalah sebab ikut suami aku ke Palm Garden ni .Entah lah mungkin pengalaman aku berkursus buat aku lebih faham samda aku patut ikut atau tidak. 
dia ada dua antara suami aku datang sebagai peserta atau sebagai tetamu jemputan . so kalau ikutkan suami aku mmg layak duduk bilik seorang . maka kami ni menumpang jelah bilik seorang nya tu. bab makan pula mmg suami aku bayar utk kami makan .jadinya tak de isu makan free di sini ,aku taknaklah org salah anggap dengan ingat aku dan anak anak aku makan percuma masa ke Palm Garden hari tu . 

oklah ..kita layan jelah gambar hotel ni .Palm garden ni dekat gila dengan IOI mall. rate dia 4 bintang .


Hotel ni agak lama.



penuh unsur rumah melayu..tampak mewah 

kami bawak hand luaggage je

anak dara di tepi tingkap

tenang kan...

bilik yang sangat luas...

dan cantik....



breakfast time




swimming pool time


tapi kami balik awal. jam 10 lebih kami dh gerak balik ke Melaka. oklah ..Happy Holiday semua.

happy dpt bw balik vacum baru ...
Duronic brand harga RM 198 beli kat FB: BMUK ..sedut bukan main kuat . Air pun dia boleh sedut dr karpet yg aku basuh ms tu karper tu x betul2 kering. sekali sedut tertarik sekali air dr karpet tu...

mmg powerlah...!

nnt aku buat review pasal carpet tu ok.



Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...