Selasa, 30 Julai 2019

BAJU HARI KELUARGA AMAHAFIDZ

ok countdown beberapa hari imran nak exam dan beberaapa hari hak g Penang
so tahap excited gila nak bercuti

aku dh confirmkan bilik mengadap pool...budak tu pun dh markkan
baju utk liburan aku dh tempah kat Famsymall.com 

korang boleh tengok kat sini
aku amik yg tengah promo


so takde lah design canggih sangat satu keluarga aku spend dalam RM139 oklah postage percuma...
Aku amik yang ini 

ya Allah semoga seglanya berjalan dengan baik Aamin ...

hope to see this view from my window...






Isnin, 29 Julai 2019

PERCUBAAN UPSR

orang kata keputusan trial tak menggambarkan keputusan sebenar UPSR. oklah .

Aku takut nak membayangkan keputusan sebenar. Macam macam boleh jadi .
masa UPKK aku mmg tak expect langsung tertiba UPKK sebenar dapat 5A 1B

B Adab.

skrang UPSR pula
 markah UPSR Percubaan ialah

BM Penulisan A
Bm Pemahaman A
English Penulisan B
English Pemahaman B
Sains B
Maths B

2A 4 B

So keputusan sebenar belum tahu lagi ..







segala latihan tuisyen telah diikuti ..hanya terpulang pada imran utk menentukan usaha nya lagi masa menjawab nnt .

esok dia akan ke teknik menjawab SAINS semoga berjaya !


Sabtu, 27 Julai 2019

TAMAN TASIK UTAMA AYER KEROH

sayang memang lah sayang tapi akar dia dh masuk ke dalam rumah akibatnya merosakkan tiles sekarang ni pun akarnya dh masuk ke lomgkang . atas nasihat Napi tukang kebun maka kami pun matikan pokok bidara tersebut .

semoga pokok bidara tak merajuk dan marah kami . 

mesti dia sedih kan ..poko bidara tu terlalu rendang akibatnya ada lebah membuat sarang di atap rumah kami .

Napi kata rumah kami ada luck sebab tak semua binatang akan buat sarang dai pilih tempat dia nak buat sarang ni ..

tp katanya tak perlu buang sarang tu ..nnt lebah tu akan pindah sendiri ..

kalau dia buat sarang jenuh jugak 


sebelum pokok bidara dipotong 

pokok bidara kesayangan telah selamat dipotong 

nampak macam kami baru pindah ke taman tasik utama ..lapang je permandangan nya ... lebih kemas dan tenteram ..budak budak pun ada tempat bermain .

ni baru uruskan satu rumah sewa kalau dua tiga entah lah tak tahu nak buat macam mana ....

so total potong pokok bidara dan trim rumput pagar adalah RM700

lepas tu nak bayar Kabinet kitchen dalam RM2080

dan terakhir syiling bilik tak pasti lagi bajet berapa ..

ni pun dah cecah 3k kos nak baiki ..duit yang dpat baru 2.5K


Jumaat, 19 Julai 2019

RESEPI OREO CHEESE SIMPLE

korang pernah tak tengok video masakan hafiz alasmar 
ala yg caci maki tu ..
sedap muloot je panggil org celaka ..tapi kelakar lah !

oklah nak share resepi oreo cheese cake 

bahan utama:

biskut marie ( hancurkan )+ butter di cairkan buat base kek ...
letak dlm loyang dan tekan tekankan ..[ simpan dalam peti sejuk bukan bahagian beku ] 

seterusnya bahagian atas:
500g cream cheese
2kotak whipping cream jenama emborg
biskut oreo 
aku tambah beberapa sudu choclate delfi (atau nutella) utk bagi manis
takde gula digunakan 

step:
1. Pukul dengan mixer ( kalo takde pakai je blender pun boleh ) whipping krim agak dh menanduk cream tu ko masukkan cheese ..putaq lagi sampal cheese cream takde part yang berketul
masukkan delfi 2 sudu ..pukul lagi dengan mixer. 

patah - patahkan oreo kepada kepingan kecil dan gaulkan dlm aduan cheese tapi ..lepas tu tuangkan ats biskut yg kita padat padatkan dalam loyang . 

sejukkan dalam peti ais selama 4 jam ..bahagian chilled bukan bahagian beku tu ...

sedap dinikmati ketika sejuk cam makan aiskrim 

 oreo cheese  cake is doneee...!

..

Ahad, 14 Julai 2019

Istanbul Part 1

aku dah fikir fikir balik demi sbuah kepuasan ....aku decide nak travel back pack je ke Istanbul . berdua dengan suami 

atas carian aku aku jumpa tiket termurah 


  lepas tu aku baca byk je otel murah kat sana semalam tak sampai seratus pun ada..

makan lagi tak payah risau tak sampai 50 sehari oklah tu ...


baca blog orang utk dapat inspirasi 

paling untung sekarang currency Lira dan jatuh sikit ..duit kita lagi mahal ...

setelah kami kaji kaji maka suami aku pun bersetuju utk beli tiket ke ISTANBUL ..transil di AMS atau Amsterdam ..cuma aku baca flight ni poor riview..entah lah janji sampai..ada aku kesah ? hahha ....

adakah aku dapat beli tiket flight RM2341 departure 25 Nov hingga 2 Disember ?

Nantikan ....

doakan lah impian jadi kenyataan . ni aku nak fotostat soalan peperiksaan puler.. 

Pengalaman guna RedOne.

Akhirnya aku give up guna redone. Dh dlm sekelip mata aku dh daftar online line postpaid Celcom.

Semudah aBC.
Ko pergi laman web celcom terus daftar online.
Aku amik package 98 rm terus sebab aku malas nak pikir data kena topup every week. Kebetulan mmg aku selalu guna data masa dlm kelas ... so dengan plan ni aku dapat sebulan 20g every weekend dpat 20gig lagi. Oklah aku bayar redone ni pun tertiba RM165.57

Aku dh bayar bil redone. Malam ni juga aku dh order simkad baru. Harap everything going smoothly

Kajian Istanbul 1

TIPS TRAVEL DI ISTANBUL, TURKI.

Sebelum kami pulang ke Malaysia,kami sempat transit di Turki.

Negara cantik, bersih dan banyak menyimpan sejarah kegemilangan islam semasa pemerintahan zaman Uthmaniyah.

Kami kongsikan beberapa tips untuk mereka yang bakal travel ke Turki.

INFORMASI
1. Sebaiknya study dulu sejarah beberapa tempat wajib pergi:
- Topkapi palace
- Masjid biru
- Hagia sofya
- Hippodrome
- Basilica cistern
- Miniaturk
- Bosphorus Cruise Tour
- Galata Tower
- Dolmabahce palace
- Grand bazar/Spice bazar
2. Di airport boleh ke kaunter informasi minta peta,boleh plan jarak dan stesen tram dengan tempat yang nak dilawati.
3. Kalau tak sempat baca pasal sejarah,boleh cari private tour guide.

HOTEL
1. Pilih hotel di sekitar Sultan Ahmed. Jaraknya berjalan kaki sahaja ke Masjid biru, aya sophia, istana topkapi. Anda boleh solat subuh di Masjid biru. Memang best!
2. Sekurang² hotel menyediakan kemudahan paling asas sahaja (tuala, tandas, tempat mandi, TV) dan WiFi .Boleh baca feedback di tripadvisor hotel mana yang bagus.

DUIT
1. Tukar duit RM ke USD di Midvalley. Sampai turki, jangan tukar duit ke turkish lira di airport. Anda akan rate tukaran rendah. Sebaiknya survey rate di grand bazar. Rate lebih tinggi.
2. Aktifkan pengeluaran antarabangsa kad ATM Malaysia.Cas pengeluaran rm10.60 bergantung pada bank.Di airport istanbul ada ATM HSBC.RM5000 boleh dikeluarkan untuk sekali transaksi.

INTERNET
1. Boleh beli simkad dengan pakej internet 10GB lebih kurang 140-150TL. Nak jimat,boleh share dengan kawan buat hotspot.
2. Jika anda drive di turki,waze dan google map sangat penting.Yang lebih penting sambungan internet.Salah satu caranya adalah dengan menyewa data/pelan internet di Turki. Buat sewaan portable device di Rent ‘n Connect. Sewaan begini berbaloi jika anda travel 1 minggu atau lebih.Caj sewaan data lebih kurang RM23 sehari(selepas diskaun), tanpa had (unlimited).
3. Tapi jika tak memandu,tak perlu beli simkad dan portable device.Memadai internet di hotel dan kedai makanan.

MAKANAN TURKI
1. Makanan turki berasaskan roti,keju,buah,sayur segar,kebab.Makanan agar tawar dan tak pedas.Jadi ,kalau nak best bawa sos cili,nak jimat bawa maggie..haha
2. Antara makanan menarik di turki yang patut anda cuba seperti :
- Doner kebap(kebab turki)
- Yumurta(telur dimasak dgn sosej,pastrami dan daging bakar)
- Menemen(telur di masak dgn tomato dan dicampur daging)
- Baklava(manisan turki)
- Kunefe(manisan ditengah ada cheese)
- Kumpir(kentang panggang digaul dgn cheese)
- Lokma(digoreng dan dicelup dgn gula)
- Pide(pizza turki yg dibuat dgn roti pita dan topping dgn daging)
3. Jika mahu masuk ke restoran, masuklah ke restoran yang ada tanda harga di menu mereka. Baru tak kena ‘sembelih’ dan kita pun boleh agak berapa harga makanan yang bakal dibayar.
4. Tapi ada kedai makanan malaysia di istanbul.Restoran Nur Muhammad.Boleh makan di kedai atau boleh delivery.Harga berpatutan dan makanan sedap.

PENGANGKUTAN
1. Tram.Anda hanya perlu beli istanbul kart,8TL di stesen tram di tingkat bawah airport atau kedai runcit di stesen tram.1 kad boleh guna untuk semua orang.Hanya anda perlu topup.Topup di mesin topup di stesen tram.Harga 2.6TL/person tak kira anda berhenti stesen jauh atau dekat.Kanak² bawah 12 tahun free.
2. Uber.Harga paling reasonable dan mudah dapat.Cuma masalahnya tiap kali nak ambil uber,perlu ada internet.Kami buat muka tak malu pinjam internet orang turki,minta buat personal hotspot..hehe
3. Teksi.Pasti teksi yang anda naiki bermeter.Kalau tak,kemungkinan untuk kena ketuk memang tinggi.
4. Shuttle van.Dapatkan nombor driver shuttle van di airport.Kalau nak shuttle van,minta tolong receptionist tolong orderkan pun boleh.

SHOPPING
1. Tawar menawar harga adalah budaya di Turki. Jadi jangan malu nak tawar harga,anda boleh tawar hingga 60% dari harga asal.
2. Yang best,rate turkish lira dan RM tak jauh beza.Jadi kita boleh compare dengan harga di Malaysia samada berbaloi atau tidak untuk beli.Barangan kulit di turki memang berkualiti dan cantik,yang lagi penting harga lebih murah.
3. Grand Bazar memang tumpuan pelancong yang datang dengan pakej pelancongan dan tour guide.Kalau boleh elakkan membeli-belah di sini kerana harganya lebih mahal.Pilihan lain shopping di Spice Bazar dan kedai-kedai di luar dan agak jauh sedikit daripada Grand Bazar.Survey harga dulu sebelum beli.

BUDAYA ORANG TURKI
1. Orang turki peramah.Jika kita minta pertolongan,seboleh mungkin mereka tolong.
2. Bahasa utama,bahasa turki.Kurang yang boleh berbahasa inggeris kecuali di tempat tumpuan pelancong.Yang menarik,selain bahasa turki,mereka boleh bahasa arab.
3. Mereka suka jamu tetamu dengan teh tak kira sama ada di rumah mahupun di pejabat, termasuk sewaktu beli tiket bas. Teh di sebut cay (chai) di Turki.
4. Cara nak panggil orang Turki dengan gaya berbudi bahasa dan mengikut budaya mereka adalah dengan sebut nama di ikuti sebutan ‘bhai’ di belakang. Contohnya Yusof Bhai, Ahmed bhai.
5. Bagi perempuan pula sebut nama dan diikuti kata nama Hanum di belakang. Contoh Fathimah Hanum, Ameenah Hanum. Lebih kurang macam budaya kita juga bila nak tunjuk hormat kepada orang, kita panggil abang atau akak di depan nama. Cuma mereka terbalik letak panggilan hormat di belakang.
6. Antara perkataan paling kerap diucap pada kita semasa di Turki adalah efendim (bermaksud tuan atau encik). Ia akan diucapkan oleh pelayan, penyambut tetamu, peniaga di kedai dan bazar, pemandu bas, driver teksi. Ia adalah panggilan tanda hormat kepada orang yang tidak dikenali.
7. Orang Turki amat pentingkan kebersihan.Jangan buang sampah merata.Jangan berkaki ayam ketika ambil wuduk.

JANGAN BUAT DI TURKI
1. Jangan kutuk Ataturk di tempat awam.Turki ada undang-undang bagi sesiapa yang kutuk Kamal Ataturk, boleh dipenjarakan.
2. Jangan lupa semak bayaran baki jika beli di kedai-kedai.Kemungkinan duit baki anda tak cukup.
3. Jangan guna ‘the power of hand’ jika mahu melintas jalan di Turki.Melintas bila tiba waktu melintas.
4. Jangan ikut jika ada orang ajak minum.Teknik scammer ini ramai dah yang kena.Alik² anda yang kena bayar bil,boleh cecah ribuan turkish lira.
5. Jangan layan jika ada orang asing minta tengok bentuk duit Malaysia.Silap haribulan duit anda hilang tanpa sedar.
6. Jangan buka makanan Malaysia di dalam pengangkutan awam.Orang Turki sensitif bau2 makanan asia.
7. Jangan datang lewat ke airport.Kadang² ada pemeriksaan polis airport dan anda kemungkinan terlepas flight.

Kalau anda pernah ke Turki atau tinggal di Turki,mesti lebih banyak pengalaman.Boleh sama² share tip travel anda juga di ruangan komen.

Jika bermanfaat, silakan share😊

Terima kasih!


Oh ya,kalau berminat untuk photoshoot dan videografi untuk majlis perkahwinan dan majlis keraian,boleh pm Shaera Majid and team.

Highly recommended!

Hasil memang superb!

Ahmad Samhan Awang

#diariturki
#istanbul
#rezekiAllah

Resepi Ayam "Air Fryer"

ini rupa ayam yg aku bakar dengan air fryer elok juicy nye weh ..

sumber resepi facebook.
AYAM BAKAR MADU MAYONIS
Bahan-bahan:
8-10 ketul kepak ayam
4cm halia - parut
4 ulas bawang putih - parut
1 sudu besar madu - leh add
1 sudu besar gula perang - hana x ltk tp lebihkan madu
1 sudu kecil blackpepper
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 ½ sudu besar mayonis
Butter@minyak zaitun@minyak masak
garam
Cara:
●Basuh bersih kepak ayam. Ketepikan.
●Gaul kepak ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun@butter. Perap 4jam atau lebih. Seeloknyer semalaman.
●Panaskan oven suhu 180. Panaskan dulu airfryer baru masukkan ayam . sy buat 15minit one side dan 15 minit another side.
●Susun kepak ayam dan renjis2kan dengan minyak zaitun atau letak sedikit butter di atas ayam.


Insya Allah sihat 

Sabtu, 13 Julai 2019

Kek Nutella Cheese Mudah






alhamdulillah 

14Hb Julai Genaplah umur suami ku 36 tahun 

tiada istimewa melainkan sebiji kek Nutella Cheese yg aku buatkan ...


Base: macam biasa apa apa biskut + butter (dicairkan) mampatkan dlm loyang.

Resepi kek: 

1 +1/2 kotak whipping cream 
( 1/2 kotak lagi nak buat topping dia) 
500g cream cheese 
Nutella( ikut nak manis mana) 

** semua di atas di pukul dengan mixer. Mula mula whipping cream + nutella dah sebati baru masukkan cream cheese.. pukul sehingga sebati. 

Sejukkan selama empat jam. 

1/2 kotak whipping cream panaskan atas dapor campur coklat masakan( bar atau serbuk) utk buat topping. 


Tuang atas kek bila dh sejuk.

resepi asal :zmila_thai



SEBELUM vs SELEPAS


Sebenarnya post nak mohon doa dan motivasi kawan kawan. 
Tinggi 158cm
Berat terkini 66.5kg [ ada masa naik jugak 67kg😔]
Secara ringkasnya , berat saya turun ikut fasa:
Fasa satu:
nak pecahkan angka tujuh ke angka enam sangat sangat susah. 
Tapi yg sy perasan bila saya start bawa bekal ke tempat kerja, portion nasi kurangkan . Makan ni je masa kat sekolah. Balik makan sekali lagi makan malam portion nasi kurang kan ... 
Buat macam ni ada penurunan dari 73 ke 69kg
Fasa kedua:
Puasa bulan ramadhan.
Masa ni byk turun sebab hanya makan sekali sehari. Elakkan makan masa sahur. Tp ada masa mkn juga. 
Sekarang aim 66kg nak ke 62kg ( berat normal)
Tapi masih belum berjaya. 
Tapi percayalah kurangkan portion makan boleh turunkan berat badan. Slowly but surely.
Doakan sy utk terus turun. Taknak gemuk lagi. Skrg ni pun kalau tengok depan depan masih gemuk sikit sebab BMI belum normal. 
Tq🥰

minggu depan ISNIN aku akan start puasa. Insya Allah . puasa isnin khamis dan hari hari putih . 

seterusnya follow diet ni 



Istanbul , Aku Datang!

Masih ingat kisah Lisa Surihani dan Beto ?
aku mmg minat cerita ni..tengok ulang ualng pun tak pe...yg paling aku suka sebab scenery yang sgt cantikk di Istanbul

Ya Allah dh lama aku teringat nk ke Turki ni sebelum pergi banyak sejarah Turki yang aku dh baca .
tentang Konstantinople ibu kota tamadun Org Kristian 

Rasulullah bersabda, Konstantinopel benar-benar akan ditaklukkan. Sebaik-baik amir (khalifah) adalah amir (khalifah) yang memimpin penaklukkannya dan sebaik-baik tentara adalah tentara yang menaklukkannya.” 
(HR Bukhari, Ahmad, dan Al-Hakim).

kali ni insya Allah jadik! aku akan bayar deposit 500 sorang ada baki 2838. settlekan bayaran baki sebelum 45 hari maksudnya dalam bulan 10. 

aku ni dalam 25 Okt hingga 29 Okt aku akan ke Surabaya naik Gunung Bromo. Ni rombongan sekolah . Harap masa ni berat badan aku dah masuk 62 kg . berat normal. kang sampai sana nak makan macam macam lagi ..

so kat sini aku kena spend dalam 500 kos baki tour dan bawak dalam 1.5k utk belanja di sana. 


so jika diizinkan tahun ni aku akan ke Surabaya dan Turki. semoga dipermudahkan.

so berapa duit kena simpan ni ?

1. 500 baki tour Surabaya
2.1000 belanja di Surabaya
3. 3000 baki bayar utk ke Turki
4. 2000 belanja di Turki.

total kena simpan: RM 6,000- 7,000. 



ok.mana nak dapat duit ni?
mestilah dengan cara menyimpan . bila dh tahu macam ni kita mesti menyimpan supaya boleh berjalan.

ok
ok...

bulan 8- 11 ada penyewa rumah, felo utem. kalau ikut kiraan masa ni ada 4k keuntungan sewa rumah .

dalam bulan 9 duit tusiyen imran takde so boleh aku guna duit tu utk simpan .dan ada kenaikkan gaji bulan 10 dalam 250. so ada tambah 500

dalam kira kiraan aku insya allah ada. tahun depan aku lagi seronok imran dan sekolah menengah, Iyad, Ihsan dan Orked satu sekolah. transit satu tempat 700 je.

so aku dh banyak jimat utk tahun 2020. maka aku boleh simpan banyak lagi duit dan boleh simpan.

rezeki milik Allah kepada Allah juga lah kita memohon rezeki . oklah ! semoga ada rezeki kita akan dtg ...amiin...




Jumaat, 12 Julai 2019

Cara cara Refund Barang LAZADA

Jangan pernah takut return barang Lazada. 
Ok, tajuk mesti gempak! 
Biasa kita, bila beli barang Lazada tak elok, terus redho. Anggap nasib kita, sapa suh beli barang online. 
Opss!
Nanti dulu. 
Benda boleh bincang. 
Tengok balik klause kita beli tu ada tak “15 days return”? 
Kalau ada dan barang yg kita beli tu tak menepati pun ciri ciri yg dia iklan kan maka hak kita utk dpt balik duit kita. 
Jgn pasghah dulu...
Ikhtiar sikit je..
Ok cerita aku macam ni.aku beli LCD projektor ni konon konon nak bawa masuk kelas lah mengajar guna LCD. Senang kan .. dpt tayang nota video dsbg nya. 
Tapikan benda murah tak boleh nak salahkan dia juga. Cuma nya iklan jgn gempak sgt. Last last tidak seperti yg digambarkan . Langsung tak nampak tulisan. Frust betul. 
Oklah malas nak story panjang, ni cara cara nak pulang barang lazada. 




Ok ni step nak return barang: 
1. Cari button return. Dalam apps lazada.
2. Isikan alasan kenapa nak return. Pastu ada tulis komen sikit.ceritalah apa masalah benda yg kita beli tu
3. Pilih drop off. Pastu dia tanya nak guna Poslaju atau Ninja Van. Aku pilih poslaju.
Pastu
4. Print Label Return ( WAJIB ada 4 salinan) semua ni kena buat kat komputer lah. Bukak webpage lazada. 
Pastu korg pergi poslaju. Tak semua pejabat pos ada perkhidmatan ni kena tengok mana pej pos yg ada PosLaju. 
Sampai kaunter cakap “ saya nak return barang Lazada” dia akan bagi satu surat. Isi macam yg dia ajar. 
Lupa pulak nak cakap, jangan buang invois dalam kotak barang kita beli. Letak balik elok elok. Apa benda dlm kotak tu pulang semula sebagaimana kita dpt. 
Utk makluman , semua free. Penghantaran barang kita ke Lazada Warehouse pun free lazada tanggung. 
Lepas dh pos barang, kita akan dpt tracking number barang yg kita pos . Boleh check dh sampai ke belum ke tangan lazada. 
Tunggu email dr Lazada. 
Macam kes aku , pos balik 7hb .. 11hb lazada terima dan kata refund process completed. 
Lazada setuju pulangkan semua kos barang termasuk harga pos. 
Ok tu je nak share.. lepas ni jangan takut kalau nak pulangkan barang yg kita rasa tertipu pada lazada. Cuma pastikan ada terma “15 Days Return”.

boleh baca di sini https://www.lazada.com.my/helpcenter/returns/?spm=a2o4k.myreturn.footer_top.5.be4549fbZ1uTA8#answer-faq-return-ans

Khamis, 11 Julai 2019

REFUND LAZADA





alhamdulillah Lazada akan refund setuju duit full. total semua sekali 

aku beli LCD mini ni26 Jun masa ni aku baru je dpt duit gaji..
lepas tu aku tunggu lama jugak dalam 8hb aku terima LCD tu ..

aku cuba macam ok ..masa tu kat rumah aku tutup semua lampu

esoh Isnin aku bawa g sekolah ..cuba tayang dalam surau .blur langsung tak boleh baca 
selasa aku cuba lagi ....bila aku rasa fail mmg fail benda ni ..so aku decide nak return.

selasa aku g pej pos..dan hari ni lega ! dalam masa dua hari dpt reply dr Lazada aku dapat refund full...lega...sebab aku dapat balik duit aku RM314. nnt dia akan kreditkan dalam akaun bank.

benda ni mmg lajuu je berlaku ..aku nak pesan lenkali beli barang yang ada return 15 hari . bagus ..atleast jadi apa apa boleh return dan dpt duit balik
sebelum ni aku kena tipu dengan mop ..dpt terus rosak kemudian dia pos mop baru

yg ni dia bagi baru pun aku taknak.

UPDATED:
Sebaiknya jika beli barang dengan lazada pulangkan melalui lazada jangan direct pda seller. sebab apa apa lazada yang akan bertangungjawab 

yg saya faham, lazada takkan release payment selagi pelanggan tak tick order received. maksudnya duit masih ada pada lazada. sebab tu kalau kta minta refund mmg lazada boleh bagi kita refund. dengan syarat ikut peraturan yang lazda telah tetapkan .

Selasa, 9 Julai 2019

Fellow Utem vs imam

tajuk gempak kan?

Hahah..

Aku cuma nak cerita ada seorg En ni nak sewakan rumah aku utk fellow UTEM  dan dlm masa yg sama ada pulak Imam Masjid call nak sewa rumah jugak.

Alhamdulillah lega aku dengar imam dan lecturer

Dua dua profession yg baik.

Aku sedang menunggu UTEM utk buat surat tawaran. Aku akan bincang semula bagaimana rumah yg dia inginkan .. jika dengan kemudahan apa yg ada aku takkan naikkan sewa. Cukup 1k

Tapi kalau nak sediakan lebih facilities seperti mesin basuh, kenalah kita bincang harga yg lain .

alhamdulillah jika merek setuju nak sewa kontrak sehingga November empat bulan dapatlah aku 4 ribu .

rezeki jugak kan ...

kalau Utem sanggup sambung kontrak aku boleh hias dan mark upkan sewa sehingga 1200
amacam untung tak ?
kenangan di depan rumah ....

Pulangkan barang lazada.

Hari ni aku tekad pulangkan barang lazada. Asalnya aku hanya fikir nak tuan kedai pulangkan LCD yg baru . Sekali bila dia kata boleh return apa lagi Aku pun return lah cepat cepat.nasib baik sgt aku punya barang ni ada 15 hari pemulangan . Kalau tak burn duit aku. 314 banyak tu kot

Aku google cara pulangkan barang lazada. Tekan return pastu berilah alasan .
Dan tak lama lepas tu lazada kata dh terima permohonan return kita.

Kena print return label 4 salinan. Aku print kt kerani sekolah tumpang kejap.
Ni aku ada kat Poslaju Bukit Baru. Banyak tu duit aku 300 kalau dpt balik.

Yelah aku beli dgn tujuan bantu pengajaran aku. Sekali barang aku beli indah khabar dr rupa . Ko rasa?
Aku terpaksa pulangkan semula sebab aku nak beli lain. Sebab aku mmg nak guna Lcd dlm kelas senang aku nak tayang nota pada pelajar.

Harap aku dpt balik duit aku tak kisah lah bulan sept sekali pun. Sebab lazada kata barang aku under promotion lagi bulan Sept baru dpt refund.

Dan nasib baik jugak invoice dia aku tak buang lagi. Tulah lain kali jaga resit invoices semua penting  bila
Gambar yg dijanjikan hakikatnya tak de pun macam tu blir gila... sampai sakit mata nak baca 


Masa aku beli aku tak berapa perasan 15 days return ni ... nasib baik ada benda ni .. paling elok kalau ada warranty 1 tahhn ... masaklah diorg 

Bye bye LED Projector kita tiada jodoh.
Alhamdulillah sebelum jam 4 petang urusan aku di Pejabat Pos Bukit Baru selesai. Lepas ni kita akan track order no barang yg aku pos. pastikan dia sampai ke Warehouse dengan selamat. Kemudian aku agak dlm bulan 9 Lazada akan refund duit pada aku.

Aku tak kisah lambat. Janji dapat.

Oklah aku nak update pasal berat badan aku. Balik sekolah tadi berat aku 66.5kg. Aku baru lepas minum less sugar satu cawan dan roti inti telor sosej sekeping.

Malam ni aku nak g gym bakar kalori dlm 500 kalori . Harap ada hasilnya. #Roadto62kg pray for  Ama

Ama! 

Isnin, 8 Julai 2019

Mampu atau tidak mampu?

Aku sengaja berkeras letakkan harga deposit 1+ 1 + 250. Sebab apa aku nak tengok sejauhbmana komitmwn mereka boleh bayar. Kalau deposit tak mampu apatah lagi nak bayar harga sewa rumah.

Dia kata dua kawan dh kerja. 4 org belajar. Jadi aku cadangkan mereka bayar ikut keplaa. Agar yak menyusahkan kawan mereka yg dh kerja.

Aku nak tengok sama ada diorg mampu atau tak letak deposit.
Dia kt 6 org. Aku tengok kalau dia boleh bayar harga ni. Bulan kedua aku cuma charge mereka RM900


Tp tengok kadar kemampuan mereka mereka ...

Budak budak ni kena latih agar tahu bertanggungjawab .
Kalau dr remaja dh diberi amanah dan tanggungjawab maka jangan lah di sia sia kan .

Nnt nak kawin kena fikir tanggungjawab ini semua.


Aku harap diorg betul betul boleh sewa rumah aku elok elok.

Semua bertanggungjawab atas rumah yg mereka diami ini.

Bukan rumah aku.. tapi suatu hari nnt aku akan buat sudut beginj 🥰🥰

Ahad, 7 Julai 2019

Perlu ke agent nak sewakan rumah

aku tak faham dah beberapa orang ejen call aku nak carikan org untuk sewa rumah. 
masalahnya apsal lah yg nak menyewa taknak direct dengan aku ..
yg pi call agent nak buat apa.
baru lah aku faham agent ni berfungsi bagaimana 

pertama , dia akan dapat kan kita customer pastu dia akan pastika org tu sewa rumah dengan kita dan kita kena bayar dia deposit satu bulan sewa rumah kita 
sebagai contoh aku kena bayar 1k utk rumah aku tu pada dia .
awatlah nak p bayaq dia 
kita buat iklan sendiri pastu kita boleh buat aggrement sendiri 
awat nak p bayaq 1k kat dia

dia pun tak kesah tara mana kalau penyewa tak bayaq sewa kat kita nanti 

tu yang aku berkeras tak nak pakai agent 
mampuihlah ..aku boleh cari penyewa sendiri 
toksah dok hingaq...

aku dh edit buh lagu ni ,

aku pun dh buh hat ni ..bagitau nak renovate siap ...

uamh aku dengan MC d dalam 2km jah ! 

kalau hangpa kenal mana mana org nak sewa umah di melaka area ayer keroh habaq mai naaa!!

ok wasalam!

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...