Jumaat, 31 Januari 2020

Nervous ke anak masuk ASRAMA

kalau nak diikutkan aku taklah nerves mana ...
satu sebab sekolahnya dekat je ..kalau luar melaka mmg aku ada risau juga
kedua , ramai kawan kawan dia dalam tu ada 10 org student tun SAS di MOZAC
ketiga ..aku kenal guru BM kat situ Kak Dell..ada juga kawan aku suaminya warden asrama MOZAC

Bukan lah kita ni menyerah pada manusia nak jaga anak anak kita tapi ....kita rasa lega jika anak anak kita dikelilingi orang yang kita kenal..

nak masuk SBP ni kena sediakan banyak juga duit ..pendaftaran mencecah RM2300..belom masuk segala bagai keperluan dia ...

nasib baik banyak benda dah beli masa nak masuk Sultan Muhammad hari tu ..
tinggal nak beli beberapa barang sahaja ..antara nya ..baju melayu , baju lengan panjang putih, baju sukan kolar putih, songkok...

lain lain kena beli di koperasi termasuk baju batik. baju korporat, baju outing. banyak juga baju diorang ni....

nilah budak ynag nak masuk asrama tu 

nak daftar keluar sultan muhammad..

pasghah ...
hari tu masa cuti raya cina hari tu lepas kami ke Decalathon kami ke Sogo SHAH ALAM ..suami aku nk cari kasut tenis..kami makan kat Texas Chicken ..sedap juga ayam Texas ni ...
harga masih boleh doterima akal ... 

nagett sedap ..penuh rasa isi ayam

apatah ..rasa dia cam roti bantat ..tak jadi

aku suka KFC lagi 

ok ..ayam dia sedap

mmg tidak diragui ayamnya ..lazattt 

borong apatah sampai 800 ..pitam mak!

mmg makin lama kehendak dan keperluan makin meningkat ..
katil ko nak berquilt bagai ..pening aku ...

mmg jenis tak boleh ada duit ..

Ahad, 26 Januari 2020

Setia Avani Residence Sentul

Ni sebenarnya rumah kakak aku...best betul bila rumah banyak facilities macam ni ... ada swimming pool ada gym 
 Tapi kenalah bayar kos maintenance fees dalam 200 lebih ... aku jumpa kat mudah sewa rumah kat sini RM1700 ... no wonderlah . Paling best bawah dia banyak kedai siap ada family mart, nasi kukuh, kfc dominos sediakn duit aja...

Paling tidak kakak aku selesa ada rumah nak berehat setelah penat bekerja... kos makan dia paling murah aku rasa ... beli fresh milk pun tak sempat minum dh expired kelakarkan ... pastu kakak aku kata itu susu dia guna utk mandi.... hahah.... gila mandi pakai susu.... patut kulit mulus... kalau aku dh treban dh ... bahasa peghak maksudnya buang...



Swimming pool dia luas habis...

Kakak aku kurus je
Jadilah short vocation sebelum imran masuk asrama..

Decathlon Shah Alam: Syurga Barang sukan

Hari Isnin lepas kitorang ke Decathlon Shah Alam. Asal nak cari net tenis sebab suami aku nak coaching tenis anak dia alang alang tu terus membeli belah barang lain
Terus usha gambar jelah... 
Pembalut hadiah ni free kalau incase ko nak balut hadiah

Ruang menunggu ada jual kopi mesin 

So far sport shoes dia murah suami aku belikan aku kasut RM69

Penimbang ni pun Rm39 murah kot




Jam jam pun murah stopwatch dan boleh masuk dlm air




Budak budak suka banyak port sukan ..ni salah satu nya... ada ping pong, badminton, 
Aku paling suka area camping ada khemah ada peralatan nak camping lah ... nnt diorg dh besar boleh g camping...

Sabtu, 25 Januari 2020

Imran ke Mozac, Tahniah anakku!



Korang tahu sebenarnya aku macam dh tak tunggu SBP dapat ke tak dapat ke ..aku rasa macam dh ok aku hantar imran hari hari jam 6.40 pagi dan yang aku paling suka aku dapat sampai sekolah awal dr biasa. dalam jam 7.18 pagi aku dh sampai.

Tapi bila semalam aku check imran dapat SBP ..MOZAC pulak tu dekat dengan rumah aku ..aku rasa mmg rezeki dia. kebetulan ramai juga kawan imran sama sama di MOZAC antaaranya Ezz, Anas, Saiful, Hazim, Arif, Syafiqah dan yang terbaru dengarnya Salahudin pun dapat . 10 orang semua pelajar Tun SAS di MOZAC.Alhamdulilah..aku tepon mak Harith katanya Harith dpt MRSM ULUL ALBAB harith sama sekolah dengan Imran di SMA Sultan Muhammad...ramai pelajar Sultan Muhammad yang keluar sebab dapat SBP/ MRSM...

Sekarang aku dan suami kena borong barang barang untuk Imran nak masuk asrama ..kalau ikut senarai ada seluar slack kena beli, kain pelikat boleh guna iyad dan ihsan punya, baju melayu kena cuba sama ada boleh pakai lagi atau tak..

baldi gayung kena lah beli dan rak utk locker dia ..kena beli mangga dan kunci supaya barang tak hilang..kasut kena beli juga yang bertali dan kulit ..kasut sport imran dh ada..nak kena topup underware dan singlet...

**********
updated tadi suami belikan barang imran nak masuk MOZAC ..antaranya:

seluar slack RM69 x 2= 138
Kasut bertali : RM66
Stokin: RM17

Aku pulak sibuk membeli barang Akemi..

Bed Protector RM69.90 
Quilt king saiz RM179
Pillow 2 , satu RM35
Cadar Romance Anne Taylor RM168 850 thread cotton katanya harga happy hour ..

JUMLAH : RM 487 ...

Bantal ni promo 2 RM70 jadi satu 35 ..murah le tu 

ni untuk Imran 

ni pulak untuk mama papa dia hakhakhak....RM168 harga happy hour..

biaslah perempuan mengidam benda yang bukan bukan ...

nnt aku update cerita imran di Mozac..
doakan yg baik baik utk imran ...

tetiberrr

Jumaat, 17 Januari 2020

JENIS MANUSIA




Dalam hidup kita , kita akan jumpa pelbagai jenis manusia.
Namun kita harus pandai membawa diri dengan manusia manusia yang sebegini...kalau boleh as9ngkan lah diri dan jangan bergaul melebihi had dengan mereka.

mmg lumrah kehidupan bila org nak sesuatu pertolongan orang akan menghampiri kita buat baik dengan kita , jika kita tak diperlukan kita tak perlu berada di tempat org org ni tengah berbual. sebab apa..kadangkala org taknak kita tahu perkara yang mereka tahu .

aku faham maksud kawan baik ..gangs ..aku juga ada kawan baik dan gangs ..tapi sekiranya kita tahu menjaga hati org lain kita takkan sanggup nak buat org tu macam tu .

ada satu hari ..mereka bercakap cakap tentang satu isu ..aku sendiri tak faham isu apa ..namun bila perbualan tu pada aku agak kuat , macam bukan rahsia maka aku pun terdorronglah nak tahuapa kebenda yang mereka cakapkan .

disebabkan setiap yg lalu ditunggukan benda tersebut maka pada aku mungkin bukan rahsia..kebetulan aku pun kerap berbual bual dengan mereka hal anak anak..

jadi dengan rasa tak bersalah aku pun pergi ke tempat mereka berbual dan bertanya
" apa benda yang ditulis dalam fail tu kak kiah, nak tengok .." 

diorg diam sambil pandang aku . takde apa apa..

" oh.." aku jadi malu sendiri dan aku sedar muka aku berubah dan aku pun balik ke meja aku sambung makan bihun. tak sangka sampa meja air mata aku menitis sebab aku sedih di layan sebegitu.

mungkin aku salah approach. aku tak sepatutnya terjah tanya macam tu .
sebab penilaian aku silap, aku ingat org baik dengan aku dan sudi berkongsi cerita dengan aku ..tapi sayang.. org tak anggap pun macam tu dengan aku ..

org tak sudi pun nak kongsi cerita dengan aku ..pada mereka aku orang asing .
bukan untuk kawan berkongsi cerita tapi hanya utk berleser leser..

jadi dengan hati yang terluka aku azam dalam diri utk tidak lagi menghampiri org org yang macam tu ..pada aku biarlah aku tak rugi ..kalau org layan aku buruk macam tu takpe..aku berkawan lah org yang sudi berkawan dengan aku ..
ramai yang buat aku mcm tu di tempat kerja.

aku pun tak tahu apa yang mereka tak suka sangat dengan aku .

aku cuba baik dengan semua org 

rupanya sikap aku yang baik dengan para pantadbir mungkin kurang di senangi oleh org lain .
hakikatnya bukan baik sgt ..tapi aku ada benda cerita yang sama ..tapi macam mana pun kena sedar dan aku kita bukan sesiapa ..maka sedar diri .

berkawan dengan semua org tak perlu baik sgt ..sebab org pun tak suka sangat kita !!

Khamis, 16 Januari 2020

Shopping di shoppe Januari






kau tak singgah mydin dan kau tak masuk jusco ..namun hari hari kau membeli barang .
hari hari berlaku traksaksi jual beli .

tapi apa yang aku beli ni utk kegunaan anak anak di sekolah juga sebenarnya. 
sebagai contoh lapik meja utk budak kelas, alat tulis utk aku mengajar, buku peter and jane utk anak anak di rumah, 

tapi aku adalah beli barang utk reward diri sendiri:

Longchamp dan baju kurung utk majlis rasmi di sekolah.{ RM320+RM129= RM449}

aku beli alat tulis dan marker pen whiteboard total RM50.29
aku order set buku Peter and Jane ni RM115..belum sampai lagi



aku beli lapik meja kelas ..satu RM4...utk 20 meja 
aku beli wayar charger dan plug ni apple brand katanya tak pasti ori atau tak RM49.90


aku beli baju kurung songket ni RM129 termasuk postage tapiu tak sempat dapat jutk pakai masa send off pengetuan Tn Malek 




aku beli handbag longchamp dari IG RM320




MENYAKITI DAN DI SAKITI




Lama aku tak bicara soal hati .
Kali ini Allah beri rasa disakiti jika selama ini aku menyakiti. 

*********************

Berhadapan dengan pelajar 5MM bukan suatu perkara yang mudah . Membentak kata kata kita adalah kepakaran mereka. Bila kita menyalin nota di hadapan kelas, mereka boleh membuat pilihan samada ingin menyalin atau tidak . Belajar bukan satu kewajipan namun pilihan ..pilihan utk mereka belajar atau tidak.

mereka juga bebas tidur bila sahaja masa yang mereka suka tanpa mengira siap guru yang masuk mengajar.

Untuk menarik minat mereka mendengar apa yang kita cakap suatu kejayaan yang besar .

Bertingkah kata antara guru dan pelajar adegan biasa. 
Lama kelamaan kita pulak  "terdidik" dengan cara mereka bercakap. 
Menjerit jerit dan ada masa macam org bodoh berbual. 

kebiasaanya nya begitulah , kita bercakap dengan audiens yang bercakap dengan kita .
sebagai contoh bila bercakap dengan budak kita ajuk cakap mereka dengan bahasa yang pelat. bukan kita bodoh namun supaya percakapan adalah dalam level yang sama.

kadangkala bercakap dengan tauke cina pun kita terikut ikut dengan dialek mereka.." banyak mahal wooo.."

kadangkala aku terfikir sendiri apakah kaedah yang paling sesuai untuk mereka duduk diam dan mendengar apa yang kita nak sampaikan . 

Jadi bila bercakap dengan pelajar tingkatan 5MM nada suara pun sama naik . Ganti nama pun dah tukar " aku kau.." 

" kau ingat kalau kau takde kelulusan orang nak amik kau bekerja"

ini adalah ayat ayat provokasi bila pelajar enggan memberi perhatian .
senang cakap sama naik je cikgu dan anak murid. sampai kan bila org dengar siapa cikgu siapa pulak pelajarnya .

Iya bukan secara tak sengaja aku ada menyakiti hati mereka tanpa aku sedar .

tapi bagaimana pula bila kita tersakiti dengan suatu yang benar org perkatakan tentang kita .

sama bukan?

sakit hati dan timbul rasa benci. perasaan benci ini menjauhkan. bukan mendekatkan 
walaupun apa jua matlamat yang kita nak capai ..cara yang menyakiti tidka menghalal kan perbuatan kita .

ya mereka buat dosa namun siapa kita yang mahu menghukum mereka. didik lah mereka dengan kasih sayang ..

********************

" ustazah pun tak pakai stokin ...hah nampak ni ..cikgu jasmani pun pakai stokin ..cikgu matematik tak pakai stokin ..ustazah ape benda macam ni .."

muka aku berubah . maruah aku jatuh . rasa pijar bagaikan dicampak cili ke muka .

betul aku tak pakai stokin tapi aku pakai kasut yang bertutup penuh. mungkin sebab aku tak labuh kan kain tersingkap bila berjalan .

" orang bukan islam ..cikgu cina pun pakai stokin ..ustazah tak pakai stokin ..!!"

fuh!! ...

mmg betul tersentap ke hati sampai hati aku berkata aku takkan maafkan org yang cakap begitu pada aku .

aku hampir terkena haritu ..tapi masa yang dia cakap tu aku pakai stokin .
aku akui ada masanya aku malas nak pakai stokin sebab berfikiran dah pakai kasut tutup. iya aku salah ..aku tak septutnya tak pakai stokin . tapi bukan sewenangnya kau nak malukan aku sebegitu . itu aku tak boleh terima 

apa yang aku dapat ialah kau benci aku ..bukan kau ikhlas ,menegur sangat apa yang kau cakapkan ..

::::::::::::
dah berkali kali juga aku terkena ..dan kali ni aku takkan berdiam diri . aku pula yang aku bersuara. 



Selasa, 14 Januari 2020

Semak Keputusan Rayuan Ke SMKA, SABK, KAA, KRK Sekolah Kawalan Melaka

HLP oh HLP part 2

aku masih lagi menunggu saat saat mengisi borang HLP. Aku belum nampak lagi kesusahannya .Namun aku nak cakap..kalau dh diterima masuk U tu maksudnya 40 % kesusahan aku menjadi mudah

ada beberapa part aku kena buat . 
satu isi online borang HLP, 
kedua sediakan dokumen dokumen yang nak disertakan 
ketiga, mengadap pengetua utk kali pertama sebab utk makluman korang sekolah aku baru je terima pengetua baru perempuan , namanya Puan Norafzan

aku perlu mendapatkan sokongan beliau dan beliau mesti membantu aku membuat ulasan yang kebabom utk menyokong permohonan aku ni .
kalau tak dapat HLP aku tak pasti sama ada aku akan proceed atau hold

kalau dapat cuti tanpa biasiswa mungkin aku boleh fikirkn .
yang penting aku nak sambung belajar dengan tenang fokus tanpa aku memberatkan kepala aku utk memikirkan dua benda. 
aku bukan nak lari dari tugas , namun jika dengan ini aku bisa memperbaiki potensi diri aku maka aku berani sahut cabaran tersebut . pada aku kita perlu berani utk mengorak langkah ke peringkatyg lebih baik . 
tak semua org nak benda ni .sebab iai menyusahkan dan kita seolah olah keluar dr zon selesa kita,

dah 14 tahun aku berkhidmat aku rasa aku boleh meyumbangkan sesuatu yang lebih baik dari ini. 
aku yakin dengan kemampuan diri aku utk menghasilkan sesuatu yang baik 

alu tak dilahirkn utk hanya menjadi cikgu, paling tidak aku nak masuk ke pentadbiran aku nak melihat bagaimana aku dapat membantu guru melaksanakn tugas dengan lebih baik .

skrang ni bukan masalah dasar .dasar pelan pembangunan pendidikan bukan satu kajian yang sia sia . namun bagaimana pelaksanaan nya . jika kelemahan pada guru bagaimana kita nak membantu meningkatkan kemajuan guru 
aku lihat guru perlu membuat tafaquh fid din berkaitan topik topik tertentu untuk meningkatkan tahap kefahaman guru terhadap sesuatu tajuk .

namun atas ilmu aku yang tidak sebesar mana aku rasa dh tiba masanya aku menuntut ilmu semula . kadang kala kita ada idea namun tanpa ilmu pengetahuan idea kita akan dianggap sia sia siapalah kita ?

maka untuk meningkatkan profesion keguru ..memnyumbangkan idea utk pendidikan ..di sahaja di sekolah , aku perlu belajar kembali . utk memastikan apa yang aku tahu itu adakah benar sebegitu atau pun hanya omong omong kosong .

baiklah cukup sekadar ini .

aku mula merasakan peluang aku ada namun usaha aku kena kuat agar mencapau kejayaan usaha lagi .banyakkan membaca fahamkan pelan pembangunan dengan teliti, baca lagi falsafah pendidikan ISlam .

bukan sebab nak interview namun sebagai guru pendidikan Islam aku kena tahu ..sebab falsafah pendidikan yang aku aku bawa. 

Jumaat, 10 Januari 2020

LC Neo Navy Blue



oklah!
memandangkan ramai gak yang singgah blog aku baca pasal longchamp ni aku nak share satu lagihandbg longchamp yg baru aku dapat tadi 

aku mmg suka yang Neo sebab dia lebih smart ....aku pernah beli yang kaler maroon dan kali ni aku beli navy blue..sejak 2018 kut aku teringin baru sekarang aku dapat..alhamdulillah!



beg longchamp kaler maroon...akhirnya aku buang beg ni masa di Surabaya sebab dh koyak zip nya..so aku guna sejak 2016 kot sampai 2019...
korang perasan tak warna dia lain 

hat ni nampak biru lain kan 

aku pernah baca yang beg Lc ni warna dia berubah bila ko amik gambar cahaya atau tanpa cahaya...


oklah aku beli kat IG Terhani Longchamp..aku dh tak beli dari Tejara .....terpulanglah korang nak beli kat mana..

tapi aku beli dengan harga RM320 tambah postage Rm10. dapat paper bag, dust bag dan kad warranty...

so far aku puas hati ...


oklah aku nka update putih menang sebagai juara Maharaja Lawak Mega ..sebab aku rasa org bersimpati dengan idea yang mereka ketengahkan pasal arwah anak seorg peserta puteh tu ..


Khamis, 9 Januari 2020

HLP oh HLP

hadiah latihan persekutuan KPM ,
aku tertiba jadi buntu patah semangat dan ada sedikit ragu ragu ..nak teruskan atau berada di zon selesa mengajar seperti biasa.

kenapa aku cari penyakit utk menyesakkan dada aku dengan menyambung belajar dan memohon hlp . bukan kah lebih baik ko pergi balik sekolah seperti biasa ..apa yg mampu ko buat ?

aku melihat pelajar 5MM aku sebagai sasaran. latar belakang mereka ..apa yang aku mampu berikan kepada mereka utk aku membentu mereka menjadi seorang Muslim yang mampu melaksanakan tuntutan fardhu kifayah.

persoalan yang berlegar di kepala aku ..adakah" kandungan kurikulum pendidikan islam mampu membentuk kemenjadian sebagai seorang Muslim" dan utk menilai keberkesanan kurikulum pendidikan islam ni rasanya teralu awal sebab KSSm Pendidikan Islam ini baru bermula ..dan batch pertama KSSM ni baru berumur 16 tahun . maka belum dapat dipastikan sejauh mana keberkesanan pendidikan islam .

jadi apa lagi yang boleh aku kaji ?

"Pembudayaan nilai nilai Islam di sekolah menyumbang kepada kemenjadian pelajar"

apa nilai nilai Islam yang perlu dibudayakan disekolah?

Hormat menghormati
Kasih sayang

atau kita kata " Pembudayaan program Islam di sekolah menyumbang kepda kemenjadian pelajar"

aku belum lagi memastikan aku dapat buat proposal atau tidak.
orang kata lepas dapat surat interview baru buat proposal. makanya aku ni tengah menunggu mengisi borang HLP yang akan di iklankan esok hari 10 Januari 2020.

aku akan isi ..bila aku melihat jauh kedepan , aku nampak setakat jumpa pengetua aku ada banyak checkpoint lain yang lebih penting dan bahaya dari berjumpa dengan pengetua sekolah

aku kena mengadap 3 penemuduga utk memastikan aku berjaya .

aku kena ada satu proposal yang sangat kukuh kenapa aku nak kaji benda tu penting sangat ke aku kaji benda tu kepada masyarakat malaysia.

apa yang menyebabkan kerajaan kena taja aku

makanya aku pun masih mencari cari jawpaan yang sesuai utk persoalan ini .kena lah aku mulakan membaca ..literature review utk mencari jawpaan kenapa dan bagaimana ?

doakan aku
xoxo!
assalammulaikum!

Selamat Hari Lahir Ama ke 37 tahun!

Alhamdulillah telah masuk umur ku 37 tahun .3 tahun lagi menginjak ke usia 40 tahun .

pada mulanya aku ingat tiada apa yang istimewa pada usia hari jadi kali ini..rupanya ada hadiah istimewa utk aku ..rupanya ada..alhamdulillah !

lama dah aku teringin nak benda ni tak sngka dapat jua akhirnya ..so sejak aku ada jam ni dah setiap malam aku cycling 30 minit ..jadilah merangsang agar terus sihat ...

ini pulak jam tangan huawei adiah utk imran ..

nampa tua sangat ke aku di usia 37 tahun ...insya allah panjang umur semasa aku berumur 39 tahun aku dapat DG48..doakan aku dapat selesaikan MASTER aku sebelum 
terlalu banyak anugerah yang Allah SWT kurniakan utk aku. walaupun Allah SWt uji aku aku tetap sayang Allah SWT. Aku rasa nikmat kurniaan Allah swt sentiasa melimpahi hidupku ..ucapan alhamdulillah tak cukup utk aku zahirkan betapa aku bersyukur ats semua kurniaan Allah SWT pada aku .


Semoga semakin bertambah usia ini semakin bertambah jualah amal ibadah ku kepada Allah SWT. aku nak cipta seberapa banyak hubungan kebaikan antara org sekeliling aku . 

aku rasa aku kena ubah beberapa sikap aku yang kurang disukai oleh org lain tanpa aku sendiri sedar.

Iya, mungkin kita rasa tak de apa.apa..tapi bagi org lain itu tak baik. maka banyakberfikir kurangkan bercakap. dan sentiasa ingat tak semua benda kita tahu , kita betul..sentiasa merendah diri ..jangan tunjuk pandai dalam apa apa jua perkara 

lebih kan kasih sayang dari kemarahan. terlalu banyak perkara yang hendak diperbaiki . supaya tiada nya kita nnt akan dikenang sebagai sebuah kenangan yang indah bukan kenangan yang menyakitkan ..

begitulah resam hidup di dunia ini...

buat baik pada semua namun jika tiada kebaikan yang kita terima maka redha .

buat suami ku, terima kasih atas segalanya .aku ucapkan .terima kasih ats segala pengorbanan dan penat lelah dalam mencari rezeki mencukupkan keperluan keluarga ini. terimakasih ada kala rajin membantu
terima kasih sudi menjadi pendengar kala rasa sakit bergumpal di hati.

benar nak membahagiakan anak anak dan isteri perlu modal. terima kasih sudi keluarkan modal utk kegembiraan kami.

walau pun ada yang tak seia mahupun sekata terima kasih kekal masih di sisi. 

terima kasih anak anak, terima kasih adik beradik,terima kasih sahabat sekerja
terima kaish tidak terhingga buat arwah mak dan abah. semoga Allah membalas segala jasa baik kalian terhadap kami anak anak mu..ya Allah Ampunkan lah doa mak dan abah ...aaminn....

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...