Rabu, 25 Mac 2020

Sambal Air Fryer

Resepi sambal terasi  Air Fryer

Terasi tu maksudnya apa ya? 
Maksudnya sambal cili.
Ada banyak resepi 
Tapi yg aku guna ni aku cilok versi sambal ayam penyet

Bahan bahan:
Cili padi hijau
Cili padi merah
Cili rawit( indon guna mmg pedas gila ) kat cameron aku penah jumpa.. cili paling pedas didunia namanya
Tomato
Belacan
Bawang merah 
Bawang putih
Gula 
Garam

Semua ni korang agak agak je nak banyak mana ...


ok korang goreng dalam air fryer macam tu semua ,kemudian blend masa blend tambah minyak masak ...kiranya minyak ganti air lah utk blend bahan bahan tu

kemudian terus masak atas dapor..masa ni tak perlu letak minyak lagi ..nnt minyak masa kita blend tu akan keluar..sdah nampak macam yg aku buat ni baru korang perasa kan dengan garam dan gula .
ini hasilnya

Ok bahan bahan ni korang masukkan dalam bekas , letak minyak masak dalam dua sudu, kemudian masukkan dlm airfryer aku buat dalam 15 minit 170



Selasa, 24 Mac 2020

Resepi kari Ayam Simple dan sedap

aku amik resepi ni dari azie kitchen .
korang google je resepi kari ayam for sure keluar blog azie kitchen
bahan dia pun mudah sangat
taklah yang susah nak sediakan





Step 1: tumis lah bahan bahan yg dihiris tu. bawang merah bawang putih dan halia, masukkan sekali kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
bila dah bawang tu semua masak..nak tahu masak pastikan dh coklat coklat sikit, naik bau harum ..baru masukkan rempah kali 10 sudu makan, masa masukkan kari tu tutup api dah gaul gaul baru masukkan air sedikit demi sedikit
Bila dah keluar minyak, baru masukkan ayam.. kasik ayam kecut dulu baru tambah air sedikit demi sedikit... 

Lepas tu baru masukkan santan, aku letak separuh cawan pastu tambah air separuh cawan lagi... taknak pelat sangat santannya... lepas tu korang letak garan gula dan cukup rasa maggie... dah siap! Cek ayam takut tak masak lagi ... biarkan lama sikit mendidih ... supaya ayam betul masak. Ada kentang lagi sedap... hihi... 


Isnin, 23 Mac 2020

KENANGAN PKP



alhamdulillah kita dah masuk hari ke 7 PKP, tak sangka kita menghadapi benda ini ....dalam masa tujuh hri ni dah 5 org meninggal dunia ...allahuakbar!

kami masih di sini, masuk dapur hari hari utk memasak makanan untuk keluarga, ada tugasan yaang belum siap maka wajib disiapkan sebelum pkp di tamatkan ...


untung banyak bila petia ais besar gedabak, boleh simpan banyak barang makanan dan aku peranju Anju atau zarina anjolie..betullah mak dia tykang masak nama Ani tuyang Ramsay belajar masak rendang..

menu hari ketjuh

actually sepanjang PKP berlangsung aku kat rumah mak mertua, tapi aku best je tolong masakkan menu ..antara yang aku masak bihun goreng, sayur taugeh tauhu, sup kaki ayam, spagheti carbonara, asam pedas ikan merah, kari ikan merah, apa lagi ekkk....garlic bread, kuah black pepper viral, banyak juga ek...aku masak ..lagi tak ingat apa....oo..nasi ayam masa mula mula sampai ... 

miracle in cell 7 

nasi goreng telur asin chinese style 

dalogna coffeee virall gak..hihi

oklah ..ada seminggu lagi tempoh kita nak berkuarantin dalam rumah ...nikmat hidup bebas yg Allah SWT tarik..banyakkan bersyukur wahai manusia 





WISHLIST 2020

benda yang aku nak list ni ..simple simple je..tak mahal pun ..tapi kena spend duit juga sebelum nak membeli tu 

1. La gourmet Galactic Non Stick 36cm 5ply Wok Induction

lawa tak ?
first time aku tengok kat IG yatie kitchen masak ..nampak selesa betul time dia masak guna periuk ni ..ofkos tak lekat yelah nak beli Le crueset tu mehei nak mampuih! ni baru 399 kalau tak silap aku ..

pastu aku nak beli dengan sudip dia sekali tak lah calar kuali aku ni ..nak masak senang tak lekat ..tu yg paling aku suka ..emmm...insya Allah gaji bulan depan kot aku beli wiiiii!

2. aku nak beli almari TV ikea ..kalau boleh yg lekat kat dinding tu ..ni pun murah jugak ..ta tau bila dpt g ikea sebab kan sekarang musim covid 19..diam tak diam hari ni dah 14 org rakyat malaysia meninggal dunia kebanyakkan nya dr kluster tabligh tu... 


3. almari dapor

ok je ko boleh ubah ubahkan ikut kesesuain ..letak kat tepi boleh atau letak kat tengah ..kannn.
oklah cukup 3 dulu nnt kalau dh ada aku update ekk 

Ahad, 22 Mac 2020

BERITA COVID-19 TERKINI

Kenyataan Akhbar KPK 22 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 25 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 139 kes.
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 22 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 123 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,306 kes. Berdasarkan siasatan awal, daripada 123 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 74 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. 49 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.
Sehingga kini, seramai 46 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 22 memerlukan bantuan pernafasan.
22 Mac 2020 taburan kes
Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaru ini dan empat (4) pelaporan melalui siaran di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan malam tadi, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak sepuluh (10) kes:
  • Kes kematian ke-5 merupakan kes ke-1031, iaitu wanita warganegara Malaysia berumur 79 tahun. Beliau merupakan ibu kepada kes positif COVID-19 ke 1032 dan dirawat di sebuah fasiliti hospital swasta. Beliau disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-6 merupakan kes ke-1032, iaitu perempuan warganegara Malaysia berumur 40 tahun. Beliau merupakan anak kepada kes ke-1031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-7 merupakan kes ke-290, iaitu berumur lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan juga mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-8 merupakan kes ke-781 berumur 69 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Tumpat. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-9 merupakan kes ke-890 berumur 48 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara ke Turki. Beliau merupakan kakitangan KKM yang sebelum ini dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.
  • Kes kematian kesepuluh adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun daripada kluster tabligh, iaitu kes ke-259. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac 2020 setelah mengalami simptom pada 8/3/2020. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan setelah keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 4.05 petang, 22 Mac 2020.
KKM ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Adalah dimaklumkan bahawa sehingga 22 Mac 2020, bilangan anggota KKM yang telah menjalani saringan pengesanan COVID-19 adalah seramai 460 orang. Daripada jumlah tersebut, 270 adalah didapati negatif manakala baki 190 masih menunggu keputusan.
KKM juga ingin memaklumkan bahawa KKM prihatin terhadap kesihatan semua anggota KKM, termasuk juga aspek kesihatan mental. Di peringkat setiap fasiliti, KKM telah menyediakan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial untuk ahli keluarga dan mereka yang terkesan dari segi emosi akibat daripada kejadian COVID-19 ini.
WAKTU OPERASI FASILITI KESIHATAN PRIMER SEPANJANG TEMPOH SEKATAN PERJALANAN TERHAD
KKM ingin memaklumkan bahawa berikutan arahan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ia tidak menjejaskan pihak KKM dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat Malaysia. Justeru, dimaklumkan bermula 22 Mac 2020 (Ahad), waktu operasi bagi fasiliti kesihatan primer KKM adalah seperti berikut:
Fasiliti KesihatanWaktu Operasi
Klinik KesihatanTiada perubahan
Klinik Kesihatan Ibu dan AnakTiada perubahan
Klinik Desa:
·       Kedatangan lebih daripada 20 kes sehari
·       Kedatangan kurang daripada 20 kes sehari
 
·    Tiada perubahan

·    8.00 pagi – 1.00 tengahari
Klinik Komuniti9.00 pagi – 6.00 petang
Klinik Kesihatan UTCDitutup
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Mengambil kira situasi semasa, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar mengamalkan nasihat-nasihat kesihatan yang telah diberikan oleh pihak KKM. Setiap rakyat Malaysia boleh memainkan peranan dalam menangani penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Walaupun di rumah, orang ramai diminta untuk memastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang optimum dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Sekiranya tidak sihat, hubungi virtual health advisory dan ikuti sesi Webinar yang akan diadakan setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi melalui pautan berikut bagi mendapatkan khidmat rundingan:
Orang awam juga boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan, KKM. Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN 
22 Mac 2020 @ 5:00 petang
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 22 MAC 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES
PERLIS9
KEDAH52
PULAU PINANG58
PERAK66
SELANGOR309
NEGERI SEMBILAN78
MELAKA23
JOHOR145
PAHANG40
TERENGGANU32
KELANTAN63
SABAH158
SARAWAK76
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR183
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA9
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN5
JUMLAH KESELURUHAN1,306

 ____________________________________________________________________________________________
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) 
SITUATION IN MALAYSIA
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
22 March 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 25 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 139 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well.
Current Situation of COVID-19 in Malaysia
22 March 2020, 12 pm – A total of 123 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 1,306 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Based on preliminary investigation, of these 123 additional confirmed cases, 74 cases are related to the Tablighgathering in Seri Petaling mosque. The remaining 49 cases were related to other clusters and investigations are still ongoing.
Currently, 46 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 22 cases are on ventilation support.
Regretfully, two (2) additional COVID-19 deaths were just reported to the National CPRC MOH today, in addition to the four (4) deaths that were notified through the Director General of Health Malaysia Facebook posting last night. Cumulatively, there are now ten (10) COVID-19 deaths in Malaysia:
  1. Death #5: Case 1,031 is a 79 year-old Malaysian woman, who was the mother for Case 1,032. She was admitted into a private hospital. She was pronounced dead on 18 March 2020.
  2. Death #6: Case 1,032 is a 40 year-old Malaysian woman, the daughter to Case 1,031. She was admitted into Sarawak General Hospital. She was pronounced dead on 21 March 2020.
  3. Death #7: Case 290 is a 57 year-old Malaysian man with a history of travelling to Vietnam and close contact of a confirmed COVID-19 case related to the Tabligh gathering cluster. He was admitted into Kuala Lumpur Hospital. He was pronounced dead on 21 March 2020.
  4. Deaths #8: Case 781 is a 69 year-old Malaysian man who was a Tabligh member and attended the Tabligh gathering in Seri Petaling mosque. He was admitted into Tumpat Hospital, Kelantan. He was pronounced dead on 21 March 2020.
  5. Deaths #9: Case 890 is a 48 year-old Malaysian man who has a history of travelling to Turkey. He is an MOH staff and was admitted into the ICU in Tuanku Fauziah Hospital, Kangar. He was pronounced dead on 22 March 2020.
  6. Death #10: Case 259 is a 74 year-old Malaysian man, related to the Tabligh gathering cluster. He was admitted into Pulau Pinang Hospital on 13 March 2020 after developing symptoms on 8 March 2020. He was confirmed with COVID-19 on 14 March 2020 and given ventilation support when his condition deteriorated. He was pronounced dead on 22 March 2020, at 4.05 pm.
MOH conveys condolences to all of their family members.
As of 22 March 2020, a total of 460 MOH healthcare workers (HCWs) have been tested for COVID-19. Of these, 270 HCWs were found to be negative, with the remaining 190 awaiting results.
MOH is deeply concerned on the wellbeing of all MOH HCW, including their mental health status. Therefore, at all levels of healthcare facilities, MOH has provided mental health services and psychosocial support to family members and those who are emotionally affected by the current COVID-19 situation.
Opening Times of Primary Healthcare Facilities During the period of Movement Control Order
MOH emphasises that despite the Movement Control Order, MOH will continue to deliver healthcare services to all Malaysians. Therefore, starting from 22 March 2020 (Sunday), the opening times of MOH primary healthcare facilities are as follows:
Healthcare FacilityOpening time
Health ClinicsNo change
Maternal and Child Health ClinicsNo change
Klinik Desa (Rural Health Clinics)
·        Attendances more than 20 patients per day
·        Attendances less than 20 patients per day
 
·    No change

·    8.00 am – 1.00 pm
Community Clinics9.00 am – 6.00 pm
UTC Health ClinicsClosed
Health Advisory on COVID-19
Based on the current situation, MOH advises the public to always practice the various health advisories issued by MOH. Every Malaysian have an important role to play in reducing the spread of COVID-19 infection in the country. While staying at home, the public must also practice good self-care and maintain a healthy lifestyle to ensure optimum health both physically and mentally.
If unwell, please contact the Virtual Health Advisory for advice, and join the webinar session that is held daily starting at 9:00 am via the following link:
The public can also contact the National CPRC MOH hotline. Further information on the COVID-19 situation in Malaysia is also available through the National CPRC MOH Telegram channel https://t.me/cprckkm .
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.
Thank you.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
22 March 2020 @ 5.00 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 22 March 2020, 12 pm)
StateNo. of Cases
Perlis9
Kedah52
Pulau Pinang58
Perak66
Selangor309
Negeri Sembilan78
Melaka23
Johor145
Pahang40
Terengganu32
Kelantan63
Sabah158
Sarawak76
WP Kuala Lumpur183
WP Putrajaya9
WP Labuan5
Total1,306

MINDA BOLEH DI KAWAL

Dulu aku tak sangka minda kita sebenarnya boleh dikawal,diacu dan dibentuk. Namun bila aku dh dewasa aku faham dan setuju.

Apa sahaja yang kita dimomokkan setiap hari kita aku letak dalam kepala kita dan itu yang akan kita pegang . 

apa sahaja kalau hari hari kita dicakapkan perkara tersebut dia akan tertanam dalam diri .
maka sebaiknya kita berhenti dengan perkara yang tak elok ..sebab lama lama akan berbekas di hati .

aku bagi satu example.

katakan ko jumpa seseorang , dan orang tu hari hari akan cerita kan keburukan si B, walaupun ko tak kenal si B tak semena mena ko akn rasa benci pada si B ..kerana hari hari ko dimomokkan utk benda si B . macam nilah gamaknya askar kena touture hari hari ..maka itulah yang dia pegang sampai bila bila..

seorang mak tak boleh momokkan satu perkara buruk pada anak lama kelamaan itu yang dia akan ingat dan kenang.

hmmmm....bahaya kan . 

lebuhraya utara selatan ketika kawalan pergerakan tiada langsung kereta.. jalan clear sahaja ...
lagi satu aku nak pesan macam mana kalau nak tahu kita ni ada penyakit hati 
atau lebih tepat dengki .

bila kita nak nikmat seseorang hilang padanya, atau mudah nak ingat SMS, susah tengok orang senang, senang tengok orang susah! KALAU ADA PERASAAN MACAM NI MAKSUDNYA KITA ADA PERASAAN DENGKI HATI...

hati hati ...

Sabtu, 21 Mac 2020

Banker Food di Malaysia

hi chols! hari ni sudah masuk hari ke 4 kita berkuarantin di rumah. 

Akibat wabak COVID-19 yang semakin mengganas kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan KAWALAN PERGERAKAN bermula pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Tak lagi masuk tempoh darurat sebab pada pandangan aku kalau isytihar darurat akan beri impak pada ekonomi Malaysia so kerajaan declare Kawalan pergerakan hampir sama cam darurat sebabnya esok Ahad 22 mac 2020 askar akan ambik alih tugas polis mengawal pergerakan rakyat.

Ada lah story sikit korang nak share kat anak cucu ...masa tahun  2020 tu berlaku kawalan pergerakan ..masa tu semua org tak boleh keluar rumah ..

tapi zaman tu kami tak takut ..masih ada benda nak makan , ada televisyen nak tengok..lainlah zaman jepun ..semua org takut askar jepun bunuh dan rogol..allahu ...kita menghampiri kiamat .

baiklah aku nak share apa bend akorang boleh beli masa kuarantin , ni based pengalaman aku tengok mak mertua aku beli barang kat bilion . punya lah banyak barang dia beli harus 800 ringgit habis gamaknya ..yelah mak mertua teman pencen timbalan pengarah  kastam perak ..gamaknya ler...

ni senarai yg aku rasakan patut beli :

Bahan BasahBahan runcitToiletriesPleasure
Ikan Cili keringClorox 2 botol besarCoffee 3 in 1
AyamGula /garam/ cukup rasashampooKeropok mak nenek
udang/ sotongLada hitam Lifebouy Maggie
Fish cake/fishballTelur 2 papanKleen max muzic

Cili keringDaia 4 peketFresh milk

Tepung gandum 4 peketSunlight 2 botolSusu coklat/strawberry
Sayur Rempah kari daging/ikan Ubat gigiBiskut bagai
brokoliSardin 5 tinBerus gigiRoti 
terungSpagheti Pisau cukurMilo/ nescafe 
Bendi Prego sosCuci mukaBurger 
Cili padi/ cili merahYis 2 peket Pad sosej
Saladkicap/sos cili sos tomato


timunbihun


tomatomee/kuewtiaw


Buahbwang merah/bawang putih. halia


manggaMinyak masak 


tembikaiKicap manis masin


pisangberas



kentang/lobak merah




so lepas ni kena susun barang makanan supaya nampak makanan apa yg ada apa yg tiada ..kang beli banyak stok buat apa ..bahaya kan ..kut kut expired .

oklah harap membantu kalian ...
jap aku nak try shopping online kat tesco 


Jumaat, 13 Mac 2020

TIPS RUMAHTANGGA 1

Aku tak pasti bagaimana suami isteri lain membahagikan tanggungjawab dalam rumah.Tapi apa yang aku yakin dan pasti selalunya yang berlaku suami isteri akan berkongsi perbelanjaan rumah.

Isteri bayar rumah, suami bayar kereta
isteri bayar taska anak, suami beli barang dapor,
kiranya sebolehnya suami nak isteri support perbelanjaan rumah tangga sama 
kalau tidak " buat apa kerja?"

Buat apa kerja kalau taknak support suami.
Duduklah di rumah buat tugasan suri rumah . suami yang akan bayar segala galanya.

Aku tak setuju. sebab pada aku kalau seorang perempuan jadi surirumah stress dia lebih tinggi dari dia bekerja.

jika dia bekerja sekurang kurangnya dia ada duit sendiri , kalau apa keperluan dia tak cukup dia akan guna duit dia sendiri utk beli .

dan utk pengetahuan korang kerja rumah lah kerja yang paling stressfull dalam dunia sebab dia tak pernah selesai..bagaiman cekapnya kita lakukannya 

dan bila ko mengadap kerja yang takpenah ada endingnya ko rasa macam kerja ko sia ..sia..dh basuh baju septutnya dh takde baju ...selagi hidup selagi tulah ada baju .

Kedua, perempuan macam mana sekalipun dia tetap nak suami bantu dia buat kerja rumah .

korang tengok situasi ni.
1. isteri bekerja : Mestilah suami kena tolong buat kerja rumah yelah dua dua bekerja .

2. Isteri surirumah : " awk ni tolong lah saya buat ..hari hari asyik sy kena buat ..."
                              Suami cakap,," awaklah buat ..kan awak tak keje ..awak suri rumah..."
last last apa jadi isteri tetap kena buat kerja rumah .

ok.

kerja vs tak kerja.

Kerja:

ko boleh " lari " seketika dr environtment rumah yang tak pernah selesai. masuk ke duania lain iaitu pejabat dan kalau macam aku sekolah 

makan . hah! atleast sehari korang dapat makan dengan kwn kawan,,...air nak minum order je , makan lepas tu tinggalkan ..ala macam suami korang selalu buat kat rumah ..heaven apa!

dapat gaji ! yahoo..lepas ko dh bayar apa "portion" ko patut bayar adalah baki sikit utk k beli sepasang baju Hasnuri tak pun Sabella ..itu pun yang rege Rm50 selai ko pilih ..Chop! janji baju baru ..ada ko kesah.

SURIRUMAH:

ko akan buat rutin yang sama ..selamanya ..cuti atau hari bekerja.
tp lately aku tengok surirumah lagi heaven ..boleh lepak lepak chill dengan kawan okeys!

Makan, anak dh tidur atau semua pergi sekolah time tulah ko lepak ngan kawan akwan jiran tetangga . kalau aku, aku takde jiran .semua keje gamaknya .

Duit,
suami bagi duit elaun gamaknya . macam kawan aku M suami dia bagi sebulan 3k pandai pandailha ko ..beli lauk dan utk diri sendiri.

Ada juga kawan aku F, suri rumah tapi bergaya beg LV coach bagai . aku agak ni level datin . aku yang keje pun belum mampu pakai LV 


entah lah :

tapi aku nak ajar tips 

macam ni 

" kalau kau nak isteri pemurah , ko kena pemurah juga menyumbang tenaga"

apa key word rumahtangga bahagia?

Saling melengkapi antara satu sama lain .

salin bertolak ansur .

Bangun pagi, siapkan anak,mandikan anak, bagi breakfast, hantar anak ke sekolah, amik anak, masak ( potong beli sahaja jk tak larat) kalau tak kau juga yang mengemas, menyapu, basuh kain jemur kain ( skip aku pakai dryer) , lipat kain, iron baju suami dan baju anak anak, 

benda ni kau repeat lah sampai ko tua .

ko pikirlah kaedah macam mana janji ko buat semua benda ni without fail.

aku kagum juga dengan kawan aku ..selamba je dia ...dia kata bfast dia masak, dia akan bangun jam 5 pg, malam turn suami dia masak ...urmm! 

satu kes;
"saya tak basuh kain akak , basuh kain semua kerja suami saya ..kerja saya lipat kain .."

eh ! boleh bahagi bahagi ek !!

ada satu kes ,
dia buat semua kerja rumah , tapi satu sen pun gaji dia dia tak bagi . dia kata kalau nak bahagi duit boleh ..bahagi sama kerja rumah ..erhmmmmmmm.....

ni paling ideal kot;

dia bahagi dua semua gaji dia dan suami .maksudnya bayar sama banyak , dan kerja rumah pun buat sama sama .

suami dia kerja kilang, so bila suami dia ada kat rumah suami dialah tolong masak. dia kata suami dia tak pernah marah kalau dia taknak masak ..sebab faham letih .

so ko nak macam mana ?

********************************************************************************************************************

so beginilah ek ..ada org dapat suami keje bagus , tapi taknak bantu isteri :

" macam nilah aku dh belikan kan rumah ..(dia bayar bulan2) maka ko lah kena kemas rumah, bulan bulan aku dh bayar 2k lebih, takkan aku juga yang nak kena menyapu mengemop, aku dah belikan ko dryer na mudahkan ko , kolah yang basuh baju dh tak payah jemur..kan aku dh belikan dryer....aku taknak makan malam , ko pandai pandailah cari makan, apa anak ko nak makan ko ibu kolah sediakn ...duit? ko kan keje ..duit gaji ko nak guna utk apa ?"

berbanding suami yang tak keje bagus;

duit selalu tak cukup, serba serbi kurang, tapi suami rajin, dia banyak bantu isteri... cakap kerja apa dia tak tolong, air isteri pun dia buatkan . tapi yelah suami keja biasa biasa. talde pangkat pun .

********************************************************************************************************************

kawan,
selagi kita kan dunia ni .takde satu pun yang sempurna

kau takkan berpuashati dengan isteri kau,kau takkan pernah berpuas hati dengan suami kau.

mmg lumrahnya begitu.

apa kau mampu buat?

berdoalah agar ko senang melakukan kerja rumah . sedangkan Saidatina Fatimah pun mengadu pad Rasulullah SAW nak kan pembantu buat kerja rumah. cerita ni Rasulullah SAw dah ceritakan . apa jawpan Nabi, " Fatimah amalkan zikir ni subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahu Akbar 33x"

berlapang dadalah jika suami taknak bantu.

itu urusan dia dengan Allah SWT. bereskan uruskan kami sendiri, jika tidak kamu yang tak settle.

bergembira lah dengan nikmat Allah, sabar dengan ujian Allah SWT. smaping itu doa agar terbuka pintu hati .


ALLAH SWT AKAN UJI SESEORANG PADA TITIK DIA YANG PALING LEMAH.

Aku lebih mengingatkan diri sendiri dari orang lain . bila macam ni aku mudah ingat mak . Mak pun banyak ujian ..mak selalu mengadu. Aku pun tak faham sgt masa tu...sebab situasi berbeza. tapi skrg aku dh faham apa yang mak rasa.

patutlah mak mengadu macam tu . 

kesian mak .Ujian mak terlalu berat .

pagi tadi aku mengangis dalam perjalanan ke sekolah . aku terlalu rindu pada mak dan abah . dan aku sangat sangat harap ALLAH ampunkan mereka. mereka takde peluang lagi buat amal. Hanya ada doa ANAK yang soleh, makbulkan lah ya Allah .

pesan aku,

sayang isteri , bantu dia. dia senang dia akan senang kepdamu..bermanis muka dan lebih senyum dan manja . Kamu mahu lihat senyuman dibibirnya ?
bantu dia ...bantu dia agar dia gembira .kamu pasti turut bahagia . 





Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...