Sabtu, 18 September 2021

Kereta Terjerlus di Pantai Kuala Linggi

Banyak orang kata kenangan buruk mematangkan fikiran ..tadi kami ke pantai di Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi di Melaka. Cadangnya nak ke Umang umang Resort ..tapi kami terjumpa satu area yang tak takde orang maka kami parking dan ingat nak mandi di sini sahaja ....

apatah tersilap langkah, suami aku lajak ke tepi hampir ke pantai..tiba tiba tayar nya terjerlus ..dan tak boleh keluar..😟😟😟
suami cuba tekan minyak ..malangnya tayarnya hanya berpusing tapi tak bergerak dan makin mengambus pasir masuk lebih dalam ..aku jadi panik...

ada satu kereta merah masuk ..keluar 3 orang perempuan bersama anak kecil dan seorang pakcik..yang aku kira umurnya sekitar 68 atau 70 tahun ..mungkin lebih muda. Hero kami hari ini...

dia bermurah hati membantu kami mengeluarkan tayar kereta stavic yang terjerlus masuk .... Sebelum itu ada dua orang pemuda yang kami temui awal sebelum kereta merah itu datang....

setelah hampir 20 minit mencuba ..wanita berbaju merah itu menghubungi seorang lagi lelaki ..boleh jadi abang atau suaminya . lelaki itu akhirnya sampai dengan membaca beberapa peralatan dan kepingan papan kecil dan besar...

sebelum tu kami dah cuba letakkan kayu di tayar tapi tayar masih tak bergerak dan berpusing sahaja ..bau getah terbakar mula sampai ke hidung kami ...

Aduh! aku rasa menyesal pulak bersetuju dtg utk bawa budak budak mandi laut . Mereka sudah terjun ke laut di temani imran .

selepas mencuba beberapa kali reverse dan tolak kereta tapi kereta enggan bergerak ...mereka cuba pula gunakan jack ..untuk meninggikan tayar kereta dan meletakkan benda lain di bawah kereta. disini baru aku tahu ...kayu tak boleh ..yang paling boleh grid tayar tu adalah batu ..so apa yang menyebabkan tayar tu akhirnya boleh bergerak?

pakcik meletakkan kayu kayu yang di susun melintang ..diataskayu tersebut diletakkan bata...tujuan agar batu tersebut tidak tengelam dalam pasir ditahan oleh kayu tersebut .

kedua dua tayar di jack dan dibuat begitu .
setelah itu tayar dijatuhkan semula keatas batu ..sekarang tayar tidak lagi menyentuh pasir tapi ada atas batu ..

suami cuba mengeerakkan tayar ke belakang ...reverse ..sambil ditolak dr arah depan orang 4 orang lelaki dewasa...Alhamdulillah akhirnya tayar terkeluar dari pasir tersebut alhamdulillah ..hampair 1 jam 30 minit kami berusaha mengeluarkan kereta terjerlus di dalam pasir .

alhamdulillah ...sempat kami hulurkan sedikit sumbangan buat pakcik yang telah membantu kami mengeluarkan tayar kereta tersebut alhamdulillah ..

satu yang aku syukur kejadian tu berlaku jam 5 petang bukan jam 7 malam..jika jam 7 petang menghala ke malam macam mana?

mesti lagi sulit ..siapa yang nak bantu kami...😭😭😭

di bawah gambar gambar selepas kejadian itu berlaku ...tapi sejujurnya di situ kot*r nyesal juga aku bersetuju bawa budak mandi disitu ..

imran 

terima kasih iphone 11 gambar pun clear no...






kuih seri muka durian yang dh terbuang lepas sampai rumah ....


 pesanan aku : 

- jangan panik
- jangan tekan minyak ..tekan perlahan je ..nnt tayar masuk lagi ke dalam..
- gunakan jack tinggikan tayar dan masukkan benda yang boleh grip tayar ..sebaiknya guna kan bata ..bukan kayu ...kalau naik kereta 4wd tak yah risau ..at least tayar depan pusing ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...