Sabtu, 22 Julai 2017

Tracheo-Oesophageal Fistula (TOF) In Tracheo-Oesophageal Fistula (TOF) di Malaysia

IYAD SAKIT APA ?

Iyad ; Baby TOFS " born unable to swallow "

Post ini agak panjang. Maaf jika ada yang bosan membaca nya.

Soalan Iyad sakit apa? Membuka hati saya utk menulis dengan panjang lebar " iyad sakit apa.." sebab saya tak mampu menerangkan secara ringkas sebab cerita Iyad terlalu panjang.

Kelahiran Iyad.

Iyad lahir pada 28hb Julai 2011 di Hospital Melaka secara pembedahan pada usia 32 minggu dengan berat 1.55kg . Sejurus Iyad lahir iyad di masukkan ke dalam NICU untuk pemantauan. Syukur nilaian APGAR iyad mencapai bacaan 9/10.

Seperti kebiasaan baby premature akan dimasukkan tube ke dalam perut utk dimasukkan susu. Dalam kes Iyad, tube tidak dapat masuk, merujuk xray tube yg dimasukkan melingkar naik semula ke atas. Ini menunjukkan sesuatu.

Ahad, Iyad usia Iyad dua hari, Iyad di bawa ke institut Pediatrik HKL utk menjalani pembedahan membetulkan saluran pemakanan tersebut.

Doktor mengesahkan Iyad merupakan baby TOFs. Setiap 3000 bayi yg dilahirkan 1 baby tofs. Dan Iyad salah satunya.


Apa itu TOFS?

"Tracheo-Oesophageal Fistula (TOF) In Tracheo-Oesophageal Fistula (TOF), the bottom end of the baby's oesophagus is joined to its trachea (windpipe). Without surgical intervention, this causes air to pass from the windpipe to the foodpipe and stomach. It can also allow stomach acid to pass into the lungs."

Secara bahasa mudah nya,( dalam bahasa yg saya faham) baby tofs ini lahir dalam keadaan esofagus tidak bersambung dengan perut dan satu saluran yg sepatutnya tidak ada tapi ada bersambung ke trachea. Dan Iyad adalah TOFs type C



1 Ramadhan / 1 Ogos 2011

Seawal usia tiga hari, dengan berat 1.48kg Iyad telah menjalani operation membetulkan TOFs tersebut. Doktor memberitahu, kami beruntung kerana esofagus iyad yg tidak bersambung jarak yg sangat pendek utk disambungkan ke perut. Jika tidak keadaan makin sukar, dalam kes lain ada baby TOFs yg tidak boleh makan melalui mulut selama lamanya kerana jarak esofagus dan perut terlalu jauh.

Bila esofagus di tarik utk disambung maka keadaan esofagus iyad yg sememang nya dilahirkan tidak normal, akan menyebabkan ketidak seragaman sistem pergerakan makanan/ susu turun ke perut. Bila tersekat ( peristalsis yg tak sekata)menyebabkan susu melimpah dan masuk ke paru paru..ini satu sebab penyumbang kepada jangkitan kuman pada paru paru kepada Iyad . Sejak kecil hingga sekarang iyad pernah ditahan di hospital hanya disebabkan phenumonia sebanyak kurang lebih 7 atau 6 kali.

GERD

Dalam usia lebih kurang 6 bulan , Iyad di dapati mempunyai severe reflux,iaitu susu yang masuk ke perut naik ke atas semula sehingga menyebabkan pedih ulu hati. Dan reflux iyad sgt serius apa bila Iyad minum tak lama kemudian muntah dan susu akan melimpah keluar.. hampir semua susu yang iyad minum akan keluar semula. Untuk itu sekali lagi Iyad menjalan pembedahan iaitu,

Nissen fundoplication,

Di kawasan LES ( kefahaman saya yg "layman") akan dibalut 360 darjah supaya apa yg ada dalam perut tidak boleh naik ke atas semula. Setelah membuat operation ini sepatutnya seseorang itu tidak boleh burp ( sendawa) pun, apa yg turun boleh masuk yg dah masuk tak boleh keluar.

Kerana itu, Iyad cepat kenyang sebab perutnya lebih kecil dan cepat lapar.

Serentak dengan ini, gastrostomy tube telah dimasukkan ke dalam perut iyad utk memudahkan Iyad membesar. Susu dimasukkan direct terus ke perut. Ini memastikan agar tumbesaran Iyad tidak terganggu. Pemakanan melalui mulut diberhentikan seketika. Mula ibu dan ayah menyusukan Iyad melalui perut sehingga usia Iyad mencecah setahun lebih. Sehingga ini, tube masih ada diperut iyad walaupun tidak digunakan lagi.

Nystagmus Eyes.

Bola mata iyad akan sentiasa bergerak gerak tanpa henti. Utk itu iyad mendapat kad OKU- penglihatan terhad. Dan Iyad akan bersekolah di pendidikan khas- masalah penglihatan.

Inilah cerita " Iyad sakit apa " secara ringkas. Posting ini langsung tiada niat meraih simpati atau apa apa niat lain. Lebih sekadar berkongsi cerita mengenai Iyad.

Cukuplah sekadar ini. ☺️

Khamis, 20 Julai 2017

PESAKIT TOFS DI MALAYSIA .

Iyad masuk wad lagi. Entah kali ke berapa. yang pasti kali terakhir sebelum ini Jun 2016 . Sebelum abah meninggal dunia. admitted di Hospital Besar Ipoh. Sejak Iyad masuk wad aku tak dapat tidur nyenyak, skrg sudah 3 pagi aku masih segar lepas makan maggie aku menulis di sini.

Kali ini Iyad masuk lebih lama , esok masuk hari ke 8 iyad di wad. Iyad kena bronchitis ..selalunya phenumonia . Apapun x ray menunjukkan paru paru Iyad ada masalah. Kami tak boleh tinggalkan lagi nebulizer Iyad kaler biru dan oren utk preventive.

Alhamdulillah dari awal doktor membayangkan Iyad akan pulang dengan mesin oksigen. sebab spo2 iyad kurang dr 89. ini menunjukkan paru paru Iyad tidak cukup membekal kan oksigen ke seluruh badan.

aku tak rasa Iyad akan sebegitu teruk. Firasat aku menyatakan Iyad ok. akan sihat dan balik seperti biasa. Alhamdulillah sejak Rabu bacaa iyad mula meningkat ke 96 dan ke atas. ada kalanya mencecah 100% esok jumaat, iyad akan xray sekali lagi utk melihat keadaan paru parunya sebelum dan selepas pengambilan antibitics. Harap harap tidak lah ada perkara yang merunsingkan segala galnyabaik.

Apa masalah Iyad. Iyad merupakan baby TOF apa dia TOFS?
bahasa yang mudahnya bayi lahir tidak boleh menelan. kerana saluran pernafasan dan perut tidk bersambung. Ada banyak jenis TOFS dan iyad yang paling ringan.

Image result for tracheoesophageal fistula
source: Google 

dalam keadaan ini esofagus iyad takkan sama dengan kanak kanak lain. 

Related image
jenis jenis TOFS

operation membetulkan esofagus iyad telah dilakukan pada hari ketiga kelahiran. Prosesnya tidak terlalu mudah. Iyad mengalami stricher di esofagus dan perlu menjalani dilatation 

Image result for stricture dilation
dilatation .
apabila proses dilatation dilakukan baru iyad dapat minum seperti biasa. 

sekitar umur 6 bulan belum setahun. Iyad di dapati mengalami severe reflux. minum susu dan akan muntah selambah..sangat banyak. sesuatu operation perlu dilakukan lagi. supaya muntah yang teruk ini tidak menjejaskan pertumbuhan iyad dan tidak berlaku aspiration yng akan merosakkan paru paru Iyad. 

Nissen fundoplication , wrapped sebanyak 360 darjah dilakukan untuk menghalang GERD. Reflux yang naik makanan ke atas, Malangnya opertion ii gagal dan ia diakui oleh Doktor pakar yang melakukannya MR Azlan. 

Operation kedua yang Iyad jalani.

selepas operation ini, terus iyad di pasang gastronomy tube pada perut untuk diberi makan melalui tube direct masuk ke perut. dan esofagus direhatkan. makan dengan ini tidak akan menggangu pertumbuhan Iyad yang nak membesar . dan ibu akan memberi iyad minum susu melalui tube dengan sukatan 60ml setiap dua jam kemudian naik 120 setiap 2 jam ..dan sehingga iyad boleh di beri bubur halus yang diblend

kedudukan tube dalam pertu Iyad
kami perlu terima hakikat Iyad bayi yang stimewa. Persoalan Premature tidak lagi menjadi isu yang lebih besar dan lebih penting bagaimana nak membesar kan iyad yang masih kecil dengan pelbagai komplikasi.


saya ringkaskan kini Iyad sudah menjangkau usia 6 tahun. dengan pelbagai kesukaran iyad berjaya dibesarkan . doakan anak saya Iyad akan terus sihat.



Isnin, 17 Julai 2017

Petua Hotel Murah

Sumber Asal : Baca di sini....Sinilah


LELAKI INI BERKONGSI CARA DAPATKAN HOTEL LAST MINIT DENGAN HARGA MURAH

(UPDATE 21 MEI 2017, selepas setahun posting ini.

Point yg saya peroleh kira-kira RM6,000 yg saya gunakan utk menempah hotel secara PEECUMA utk bercuti dan urusan kerja.

Memang berbaloi-baloi!

-----

UPDATE 30 MEI 2016:
Selepas download tempoh hari, saya baru guna hari ini.

Memang murah!

Saya dapat harga hotel Tune Hotels di KB dgn harga hanya RM62, sedang harga paling murah di Trivago pun RM100 lebih.

Utk penggunaan seterusnya, saya boleh dpt free!

Jadi saya kongsikan kembali utk panduan rakan-rakan FB saya :)

---

Pagi ini saya terbaca tulisan ini di website Oh Media.

Dan saya mencubanya dan rasa berbaloi!

Berikut tulisan penuh dari website tersebut:-

Ketika bercuti, aspek penginapan antara perkara pertama yang difikirkan. Kini, Online Travel Agency (OTA) atau Hotel Booking Online (HBO) seperti Booking.com dan Agoda selalu jadi pilihan untuk membuat tempahan hotel.

Hakikatnya, bukan dua OTA itu sahaja yang anda boleh guna. Seorang pelayar Facebook, Mohd Atif yang gemar melancong berkongsi rahsia bagaimana dia kerap mendapat bilik penginapan hotel pada kadar yang murah. Bilik percuma untuk hotel 5 bintang pun ada. Jom kita baca perkongsian daripada beliau.
Apps 'Hotel Quickly' Jadikan Percutian Anda Jimat Dan Mudah
Sejak mengembara ke beberapa tempat selama beberapa tahun yang lalu, saya dikenalkan dengan satu aplikasi bernama 'Hotel Quickly' oleh seorang teman rapat. Dari situlah
permulaan saya sebagai 'hotel reviewer.'

Banyak penginapan saya book melalui aplikasi tersebut dan harga yang saya dapat amat memeranjatkan. Bayangkan, saya cuma membayar RM5 untuk menginap di hotel 4 bintang di Kuala lumpur. Saya juga pernah dapat harga RM30 untuk hotel 4 bintang dan RM80 untuk hotel bertaraf 5 bintang. Saya ada bukti menunjukkan foto-foto hotel yang saya dapat pada harga tersebut.

Bagi saya, berapa bintang tak kisah yang penting harga murah, hotel bersih dan selesa. Bagaimana nak dapatkan harga-harga hotel di Asia macam tu? Anda ikut langkah-langkah di bawah:

1. Muat turun aplikasi HOTEL QUICKLY pada telefon bimbit anda samada melalui Apple Store atau Google Play Store. Boleh juga klik link http://bit.ly/1ReECOn

2. Daftar akaun secara percuma guna akaun Facebook anda.

3. Selepas berjaya daftar, klik ikon 'TIGA LINE BERINGKAT' pada sebelah kiri atas skrin telefon anda.

4. Pergi ke KREDIT dan klik REDEEM VOUCHER.

5. Masukkan kod promosi "AMATX" dan klik REDEEM VOUCHER (hanya boleh ditebus dalam masa 24 jam selepas anda download aplikasi Hotel Quickly. Jadi, cepat-cepat redeem code ini walaupun anda belum set date untuk stay di hotel yang anda pilih selepas download. Jika tidak, rugi voucher RM40.

6. Selepas klik, anda akan dapat kredit percuma bernilai RM40.

7. Dari situ, anda akan dapat lihat harga-harga hotel selepas ditolak dengan diskaun voucher RM40.

8. Pastikan langkah-langkah di atas anda ikuti dengan betul untuk dapat voucher credit.

Walaupun anda tak tetapkan tarikh perjalanan lagi, nilai RM40 boleh terus redeem kerana nanti bila anda benar-benar nak book bilik, anda boleh pilih berapa banyak nak tolak daripada nilai RM40 tadi.

Camana nak dapat harga bilik super murah, bukan setakat voucher RM40?

Untuk dapat seperti saya pernah dapat satu bilik hotel 4
bintang pada RM5 itu, kena buat kerja sikit. Tapi mudah sahaja iaitu dengan sistem point collection.

Share KOD PROMOSI yang Hotel Quickly beri kepada anda itu kepada rakan-rakan, ahli keluarga atau saudara-mara anda apabila mereka menginap di hotel serata Asia (termasuk Australia). Apabila anda share kredit RM40 yang anda dapat pada awalnya tadi kepada seorang rakan contohnya, anda akan dapat pulangan RM5 apabila mereka tekan butang REDEEM dan RM40 jika mereka terus tempah hotel dengan kredit anda.

Jadi, bayangkan anda plan nak duduk hotel pada harga RM150. Sementara DUA kawan anda dah tempah hotel guna Promo Code anda. Maknanya, anda akan dapat kredit RM80 (RM40 X2). So, hotel yang anda nak stay tadi harganya sudah jadi (150-80) bersamaan RM70 sahaja.

Lebih daripada separuh harga diskaun yang anda dapat daripada apa yang orang lain bayar. Itu kalau hotel harga 150. Kalau harga 100, anda cuma bayar RM20 sahaja untuk satu malam!
Peringatan!

Perlu diingatkan, aplikasi ini untuk anda yang suka book hotel pada saat akhir. Itu fasal boleh dapat harga yang 'menggila murah' seperti itu. Pasti ada yang tanya, kalau hotel di luar negara macam mana? Takkan nak tunggu 7 hari sebelum tiba baru nak buat tempahan saat akhir? Buatnya habis bilik?

Mengikut cara Mohamad Atif, ada jalan yang mudah. Buat back up plan dengan tempah bilik yang sama di Agoda atau Booking.com dengan memilih syarat "Tempahan Boleh Dibatalkan Sebelum Ketibaan Tanpa Sebarang Caj." jadi, apabila anda berjaya dapat harga murah dengan Hotel Quickly pada saat akhir, anda boleh batalkan tempahan di dua laman yang dinyatakan sebelumnya dan kekal dengan Hotel Quickly.

Mudah kan?

Kredit: Mohamad Atif











Penyakit gatal: krim apa yg paling sesuai?

Sumber : Facebook

Baca di sini


Saya kongsi kan secara mudah, tentang jenis jenis ubat krim yang anda biasa dapat kalau jumpa doktor / pergi farmasi.

Secara jujurnya, jangan sewenang wenang nya pergi beli di farmasi sebarang jenis krim.Dapat kan nasihat doktor. Anda wajib tahu apa yang anda sapu di kulit anda. Anda ada tanggungjawab/ amanah atas tubuh badan yg Allah pinjamkan ini.

Saya bahagikan krim kepada 6 jenis utk mudah faham:

1- STEROID CREAM
2- ANTI FUNGAL CREAM
3- ANTIBIOTIC CREAM
4- COMBINATION OF CREAM
5- ANTI VIRAL CREAM
6- MOISTURIZING CREAM

Krim krim ini pulak sebenarnya di sediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan ( preparation). Kita panggil " krim", tapi ada beberapa persediaan " krim" ini, iaitu:

1- OINTMENT : ianya oil based. Sebab ia asas minyak, maka ia melekat lebih bagus( lama) pada kulit, dan lebih kuat kesan nya pada kulit ( more potent). Kita gunakan "krim" jenis ointment ini pada kawasan kulit yg dah menebal & kasar sebab kesan selalu garu & bergesel ( lichenified skin area). Rujuk gambar utk faham kulit yg sudah lichenfied.

2- CREAM : ianya water based. Sebab ia asas air, ia kurang potent berbanding ointment. Kita sapu cream ini di kawasan yg less lichenified / kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.

3- LOTION / GEL :  Kita sapu krim asas lotion / gel ini pada kawasan yg berbulu , juga dikawasan lipatan ( intertriginious area) spt kawasan ketiak , kelengkang, kawasan anus ke kemaluan, di bawah lipatan breast.

Jadi, bila dapat "krim", tengok persediaan nya, adakah ianya cream? ointment ? lotion?

Next kita kenali pula jenis jenis krim itu, macam yg saya tulis kat atas, ada 6 jenis...

1) STEROID CREAM
Secara umum nya digunakan utk merawat keradangan ( inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal utk merawat eczema.

Bagaimana nak tahu steroid cream? Perhatikan nama saintifik cream itu ( bukan brand name). Nama saintifik nya berakhir dengan " SONE". Contoh:
- Hydrocortisone - Clobetasone - Mometasone - Fluticasone - Betamethasone.

Krim steroid ini ada kelas nya. Kelas satu paling kurang power, dan makin tinggi kelas, makin power ( potent) lah ia. Rujuk gambar utk kenali kelas2 krim steroid ini. Tak boleh semberono korang tepek steroid krim tanpa tahu kelas. Sebabnya? Utk kelas yg potency tinggi, tak sesuai di sapu di kawasan yg sensitif seperti kulit muka /kawasan kulit yg dah menipis. Nanti kuli dpt komplikasi.

Krim krim steroid juga secara umumnya tak boleh di sapu secara berterusan utk terlalu lama. Lama tu maksudnya > 2 weeks. Utk kes kes allergic /eczema yang kronik, doktor mungkin start kan rawatan steroid cream/ ointment guna yg kelas paling potent utk 5 hari, kemudia di ikuti dgn yg less potent utk seminggu berikutnya.

Apa komplikasi tepek steroid cream terlalu lama( prolonged used on skin)? Antaranya kulit akan menipis, rosak ( atrophy), kulit hilang pigmen ( hypopigmentation), kulit itu jadi alah pula pada krim yg disapu ( allergic reaction ), meninggikan risiko jangkitan ( infection),  dan kalau di sapu di kawasan yg besar, ada risiko sapuan krim steroid luaran itu di serap dlm badan ( systemic absorption ).

2) ANTI FUNGAL CREAM
Kita gunakan utk rawat jangkitan fungus ( kulat). Jangkitan kulat ni org Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat.

Bagaimana nak kenal anti fungal cream? Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan "ZOLE".  Contoh:
- Miconazole - Clotrimazole - Econazole - Ketoconazole - Fluconazole
Dan ada satu jenis anti fungal krim yg nama saintifiknya Terbinafine ( brand name Lamisil)

Rujuk gambar utk tengok contoh2 anti fungal yg biasa di pasaran Malaysia.

3) ANTIBIOTIC CREAM
Kita gunakan utk rawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria, dan pelbagai rupanya. So biar lah kerja men diagnosed itu doktor yg buat. Penat dia belajar, korang takyah susah payah main agak2 tengok imej Google :P  Bukan apa, skin condition ni perlukan ilmu + latihan mata yg tajam. Doktor yg berpengalaman sendiri kadangkala buat silap masa diagnose.

Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakkan nya berakhir dengan " IN"
Contohnya:
- Gentamicin - Fucidin - Neomycin - Mupirocin

4) COMBINATION OF CREAM
Krim dalam jenis ke empat ini, ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yg biasa kita jumpa:

- Steroid cream + antibiotic cream
- Antifungal cream + steroid cream.

Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini?
Or sometimes, ada yg 3 in 1 ( kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal). * Rujuk gambar utk contoh.

Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap ( fungal infection). Kita garu dan garu, punya syiok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dlm kes ini kita guna krim anti fungal + antibiotic /steroid.

Ataupun kita ada eczema yg kronik. Garu punya garu sampai luka ----  lepas tu infected. So kita kena sapu krim steroid + antibiotic.

5) ANTI VIRAL CREAM
Krim jenis ni utk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua dua penyakit ni disebabkan jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti virus pun perlu.
Sebab jarang krim ini di gunakan secara meluas ( berbanding 4 jenis krim di atas), maka saya tak menulis dgn lanjut tentang krim anti virus ini.

6) MOISTURIZING CREAM
Ok, krim ini sangat sangat penting. Walaupun ianya hanyalah krim pelembab, namun ia memainkan peranan penting dalam rawatan.

Contoh paling klasik ialah pesakit chronic eczema. Kulit pesakit eczema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid. Kulit yg kering = gatal. Jadinya, perlu sapu krim pelembab setiap hari. Krim pelembab boleh di sapu setiap hari utk tempoh yg lama, Insya Allah no problem ( tak macam krim steroid). Kita sarankan utk mereka yg ada eczema, sapu lah krim pelembab setiap malam sebelum tidur.  Boleh juga di campur dgn steroid cream dlm nisbah tertentu ( 50 % - 50% , 60% - 40 % , etc etc) bergantung pada rawatan doktor.

Krim pelembab yg bagus antara nya brand Cetaphil. Cetaphil ini juga ada dlm bentuk mandian. Cakap pasal mandi, utk org yg kulitnya ada eczema / sensitive skin, hati hati guna sabun mandi yg berubat ...contohnya Dettol...Protex..sebab chemical dari sabun2 ini boleh membuang lapisan minyak & lemak pada kulit, so end up kulit akan kering.  So guna kan mandian yg ada moisturizer macam Cetaphil, or Dove. Utk kulit yg super sensitive juga, kita advised utk jangan lap badan terlalu kuat dgn towel. Tinggalkan sikit basah2 / kelembapan pada kawasan kulit terlibat, dan lepas tu sapu krim pelembab utk maintain kelembapan area tu.

=============================================

So, please kenal krim yg anda gunakan. Jangan kenal krim based on color. Contohnya " saya nak krim warna putih tu ". Hampir semua krim warna putih! Ataupun beli krim yg di re-pack TIADA LABEL. Zaman dulu ya doktor /farmasi re-pack krim dalam bekas bulat leper. Zaman la ni, make sure beli krim yg dalam bentuk tiub macam ubat gigi tu. Kalau di re-pack sekalipun, ada berhak tahu kandungan krim itu ( mesti ada label).
Jangan main hantam sapu krim orang lain kat badan anda. Orang tu " serasi " sapu krim tu, awak pun tepek kat badan awak. Padahal orang tu ada eczema, tapi awak ada kurap. Again, jangan berguru dgn Google image semata mata.








Nasihat Dr Abd Rahim : Kepentingan Ubat Cacing

ILMU KESIHATAN. Artikel 274 .
Betul ke klu suka tonggek atau gatal lubang dubur...ada CACING? Betul ke mkn ubat cacing waktu BULAN TURUN?...."

"Doc ada apa benda bergerak2 di dubur anak saya? Doc pun cek....masyallah cacing terkodek2....apa lagi doc kapit dgn forsep & tarik keluar....hi hi hi..panjang mcm "mee". Ibu nya rasa geli & termuntah2. Pernah kes seorg kanak2 gatal punggung..doc touch...tu dia cacing kerawit ramainya keliling lubang jubur berdisco!!...hi hi hi.

A.Doc nak bagi info hal cacing untuk rakan fb doc:
1. Jangkitan cacing berlaku drp pencemaran tanah yg tercemar dgn telur cacing. Telur ni mencemarkan tanaman & tangan anda. Tangan & makanan yg X dibersihkan menyebabkan telur cacing dimakan & larva menetas dlm usus anda.
2.Ingat cacing hidup dlm badan semua manusia...kanak2 atau anda yg dewasa yg rendah immune & kebersihan x dijaga.
3.Ubat cacing diambil setiap 6 bulan selepas anak 1thn 6 bln. Ubat Albendazole/Mebendazole yg hapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Ia halang penyerapan gula pd cacing & cacing kehilangan tenaga & KO.
4.Cacing bkn dlm usus saja. Tpi boleh merayap ke - mata, hati, paru-paru, hati, gallbladder & salur darah.
5.Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan anda spt kucing /anjing & lain2 binatang peliharaan..

B.Tanda-tanda anda ada infeksi cacing:-
* Keluar cacing drp lubang najis, atau nampak cacing pd najis.
* Gatal  dubur.
* Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia - kurang darah krn ada cacing yg hisap darah anda.
* Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan wlpun selera makan adak
* Menggisir gigi ketika tidur malam.
* Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asthma sbb cacing di paru2.

C. Cara-cara elak jangkitan cacing.
* Amalkan kebersihan diri & rumah - cuci tangan sebelum & selepas makan.
* Cuci tangan selepas keluar tandas. Ingat basuh tangan sebelum mkn.!!
* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda.
* Pakai kasut bila keluar rumah sbb ada cacing blh masuk menerusi kulit anda.
* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dgn teliti terutama yg dimakan mentah.
* Makan ubat cacing setiap 6 bulan.
* Wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang mkn ubat cacing !

D.Kesan sampingan infeksi cacing.
1. Perut tersumbat dgn cacing. Tak blh berak. Muntah x henti. Perut kembung.Operate buangkan cacing tu.
2. Larva cacing boleh pi ke paru-paru & anda batuk serta lelah.
3. Cacing yg banyak pd usus besar dan rektum  boleh akibat usus terkeluar dr lubang dubur.
4.Ada cacing hisap darah kita mcm dracula & menyebabkan kita kekurangan darah atau anemia. Anemia ganggu tumbesaran kanak-kanak & kegagalan jantung.

Jgn pandang acuh tak acuh..Bahaya tak  cacing ni ??

Nak habak ni...Petua Tok nek kata:
Jangan mkn kelapa..nanti cacing dlm perut. Nak bunuh cacing :
1.Makan buah tomato mentah atau
Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
2.Minum air kelapa.Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
3.Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu.

Ada soalan, silakan. Insyallah lapang doc jwpkan.

Drp Dr Abdul Rahim.
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.
04-6444181.


Rabu, 12 Julai 2017

Korea Santorini @ Gamcheon Village di Busan


Hari kedua di Busan 


Kami bangun awal. Perancangannya nak jalan pusing pusing Busan. Bila mendengar gadis korea "receptionist" di Haundae Inn macam takde pass melawat busan hari ini. Maka kami plan utk berjalan sendiri. Malam tadi lagi Rabia dh check train station yg kami patut berhenti dan apa tempat menarik di situ. 

okay aku jump ke Gamcheon Culture Village. Perkampungan ni mmg di jadikan tempat perlancongan ibaratnya Kampung Mortem di Melaka. Bangunannya asalnya adalah rumah rumah setinggan yang di cat seperti Santorini akhirnya menjadi medan tarikan pelancong. Pandai orang Korea ni 😍

Masa di sini kami sempat membeli poskad utk dikirim kan kepada keluarga dan teman teman baik. Hahah...nak dijadikan cerita kami bertembung dengan dua org gadis Indonesia yang bernama Rinitta dan Linnda yg sedang menuntut di Busan Universiti. Akhirnya mereka berdua sudi menemani kami jalan jalan di sekitar Busan hinggalah malam..kami meninggalkan bandar Busan maghrib dan naik train balik ke Haundae utk amik beg dan kami terus ke The May Hotel esoknya kami balik ke Malaysia. 

Disini aku mula menyedari beberapa kelemahan sepatutnya kita bawa je bag supaya tak perlu berulang alik.. itulah gunannya bawa beg pack sahaja dan tinggalkan di man mana peti simpanan barang supaya bila nak balik ke hotel baru tak perlu nak balik hotel yg sebelumnya. Dari awal lagi aku cakap aku pilih [ilih hotel sebab nak murah dan aku yg cover cot accomodation so memang lah aku nak yg mjurah 

jadi rungutan pulak bila macam tu.. yelah asalnya plan aku dan Rabia bila ada kawan yg nak ikut maka aku ok je..tapi bila ko dh setuju nak ikut maka ikut sahajalah , sebelum tu aku dh pesan kalau nak duduk hotel lain pun silakan .."saya pilih hotel ni sebab nak murah " 

oklah bend apun dah berlalu tinggal jadi kenangan ..

aku rasa pilihan aku utk duduk di May agak tepat sebab kami dapat sampai awal di airport Busan dan dapat check in dengan senang hatinya. ko nak cakap apa aku tak kisah janji kita tak terlepas flight okey!

Busan cantik, masih banyak lagi yang nak aku terokai ...
ada lagi masa kita berjumapa Busan 

makanan ini halal diperbuat dari ikan ..rasanya macam fish cake yang dimakan dengan sup. 

Perjalanan di Busan 

Pasar di Busan 

Bersama Linnda mahasiswa Indonesia 

Add caption

berjalan jalan di dalam Pasar



Musim bunga baru nak mula 


Pilihan poskad yang ada 

FM yang comel 




rak di belakan itu adalah tempat poskad yang ingin di postkan


Korea Day 1 

Plan tempat menginap di Korea 

~XOXO~




Selasa, 11 Julai 2017

IMPIAN JULI : Travel lagi?

Hutang 

Korang tak tahu betapa hati aku ni bagaikan di "geli-geli"untuk terbang lagi mengembara. Ikutkan aku takdelah spsifik location nak pergi dekat dekat pun ok..tp sebab aku ada komitmen yg penting dan sgt sgt perlu diselesaikan kepada suami ku aku tangguhkan dulu plan nak travel. ikutkan kalau dpt pergi bali ke Lombok tak pun Yogjakarta pun aku dh habis hati dah....

so ..biarlah rahsia apa yg menyebabkan aku punyai komimen pada suami aku dari segi kewangan ..aku dh kira monthly kalau aku bayar dalam rm500 sebulan dalam tempoh 30 bulan selesai ..mak aihh lamanya gilalah nak bayar 15k ..gulp! gilalah dua tahun 6 bulan aku kena bayar..ayark!

so aku kira kira ..tahun ni aku main kutu RM 200 (tahun ni aku tak main ) + RM250 (kenaikan gaji tahunan) aku ada RM450 aku cuma Rm50 je dan aku boleh berbelanja macam biasa. ok setuju!

so aku tgk rata rata org ada side income..aku pun rasa aku perlu ada side income..aku akan jual benda yg org nak ..hahah...tapi taknak pegang barang lah amik secara dropship. kalo nak beli barang ke \medan risiko juga kalau barang kita amik tak laku ..hurrrm....

sebab itulah aku kemaskini blog aku ni ..manatau boleh dapat income ratus sebulan hahah jadiklah pasif income kan, sapa nak bagi..

Travel

Bulan september mak mertua nak ke Canada.Jauh ooo..aku tak dapat lajh kemana sebab sapa nak tolong jaga anak anak aku ..hurmm boleh je kalau nak ke Perth tiket MAS return dalam RM1004 je

tapi dalam fikiran aku nak ke Turki Turki turki ..hahah ..ko dah kenapa?

Mungkin bukan tahun ni .Barangkali tahun hadapan takat asean tu ada cita cita lagi hahah
ko tengok ...

aku pun tak pastilah aku akan berjalan dgn kawan lagi atau tak..macam susah je yelah tak sekepala kan ..nnt gaduh pulak ...tapi dengan kawan satu sekolah tak kut ..pengalaman pahit ! hahah ..sebab aku muda korang tak kenal aku jgn perlekeh aku ..aku ni mmg semula jadik ada gila gilanya..bila org pandang slack kat aku geram lah jugak ! so memang taklah kan ``

ok..jadik setakat ni aku belum nak menggoogle pasal perth atau istanbul ..tp aku cuba pujuk dia utk short vacay ke Yogjakarta ..hahah ..wish me luck ..ok ?

Mak Sakit

Sabtu lepas aku ziarah emak di Bangi rumah Abg Am. Sedih ..mak makin kurus dan aku rasa sgt sebak melihat keadaan mak. " Ya Allah Ampunkanlah dosa mak.." aku mohon ya Allah . Kasihanilah ibuku ..aku tak tahu berapa lama mak mampu tahna . Kini emak sudah menjalani kimo kedua ada lagi empat. kimo ketiga akan di buat pada 19hb Julai. Dalam proses ini hanya emak yg boleh terus lakukan atau mahu berhenti. Ya Allah beratnya Ujian Engkau pada ibuku ..Ampunkan Ibuku ..dulu aku melihat bagaiman peritnya abah menanggung kesakitan dan bila abah menutupkan mata ..mukanya berseri dan tersenyum menandakan berakhirlah sudah penderitaan nya di dunia. Aku terfikir bagaimana kah alam barzakh itu.. adakah lebih baik dr alam dunia.. semoga roh abah tennag di sana . 

Sejak emak dah sakit aku perhatikan emak takkan tinggalkan waktu solat melainkan emak benar benar tak larat..dan emak akan cuba qadha bila mak rasa sihat. Aku nak berbakti pada emak selagi aku mampu sebab itu aku sanggup lakukan kan perkara dalam perenggan satu. Demi Mak..sebab apa lagi yg aku mampu buat ..aku tak mampu tanggung sakit emak..aku hanya mampu melihat emak menanggung kesakitan . Syukur dengan pembedahan tersebut emak boleh kencing dan tiada masalah. keadaan mak lebih baik dr sebelumnya selepas emak menjalani kimo yang pertama . 

jika aku bicarakan tentang emak seluruh jiwa aku luruh hancur dan sedih ...namun aku manusia biasa yg tidak seharusnya terus menrus sedih dengan sebuah ujian...semoga kesakitan emak akan menghapuskan segala dosa dosa emak kepada Allah SWT

berjalan ke IOI Mall Putrajaya 


Mak cuba memberikan senyuman nya 

aku belikan bantal ikea untuk mak peluk 

3 syawal kami beraya dengan Mak di HKL 



4 anak lelaki mak .Yeop takde. 

mak solat selepas siangnya emak menjalankan kimo. esoknya hari terakhir puasa 

Abah

Al fatiha buat Mohd Zabidi Bin Zamburi .Ama sayang abh ..semoga Allah tempatkan abha di tempat yang aman dan selamat.

Abah baik baik saja kan ?





cukup di sini. 😭😭



Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...