Isnin, 11 Jun 2018

Baju Raya. ๐Ÿ‘—๐Ÿ‘—

Baju raya Jakel. Mahal ke? 

Ok ok aku nak cakap baju raya jakel sebenarnya harga Dia reasonable. Sebabbb. Ko beli kat kedai kedai biasa pun harga nya cecah ratus. RM120 ke RM150 ke atau ada RM80 tapi jahitan tak semenggah. 

Ok. Malam sabtu lepas aku sekeluarga g Jakel Melaka. Ada happy hours dia letak sepasang baju melayu lelaki tu RM100 je. Ala yg ada lambang W dan poket depan tu. 

Aku belikan anak anak baju melayu aoron aziz. Ikutkan saiz, paling murah RM39.90. Dan baju Ihsan dengan Iyad dalam RM49.90oklah dengan jahitan nya kemas. 

Bj melayu suami aku RM185 complete set siap samping dengan songkok. Tetiba suami aku nak samping mahal lah pulak . Ambiklah samping rege RM470. Adoii! 

Baju orked amik Lara punya design kot 90 . Yg ni mmg aku tutup mata je . Nak jalan ke kedai lain buang masa buang minyak buang tenaga last last patah balik ke situ. Amik jelah 

Dan tahun ni pun aku pakai baju Jakel. Gasaklah.. aku tutup mata gak. Yg sebenar nya aku dah taknak pikir 

Janji ada je. Tapi pandai pulak janji ada nko jakel puny๐Ÿ˜œ

Pastu semalam aku jalan dlm mydin aku tengok baju perempuan biasa biasa je dah RM139 pastu yg nampak elok sikit 190 ala hai .. mmg gitu rege nya gamaknya. Udhalah malas pikir. Mahal gila baju baju ni. 

Janji ada baju raya dan semua raya. 
Kasut bebudak ni aku tak sempat cari lagi. Ikutkan takpayah kasut baru pakai je apa yg ada. Kang makcik bawanh kepochi pulak.. hmm .. dibanding bandingkan anak anak kita dengan cucu dia. Aduh lemah aku ni. 


Org raya nak rapatkan hubungan ni menjauhkan hubungan dengan kata kata kau! Ko rasa? 



Ahad, 3 Jun 2018

Hina kah gemuk?

semua org gemuk akn mudah terasa bila  cakap perihal gemuk.tolong jgn pernah bergurau bab gemuk.

Ayat ..” sebab tu lah ko gemuk!” Tak sepatutnya keluar dr mulut seseorang. Ini merupakan satu penghinaan yg maha agung.

Betul ! Dengan kau bakar semangat dia dia akan terasa dan mula berdiet. Tapi ingat kata kata kau tu akan merubah hati dan perasaan seseorang. Kau dh lukakan hati org sedalam dalamnya.

Aku tak pernah rasa terhina sebegini. Terima kasih buat yg menghina aku. Akan ku ingat sampai aku mati.

Semoga Allah membalas setiap kata kata buruk kau kepada ku. 

Jumaat, 1 Jun 2018

Interior Design di Melaka๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ No contact๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Nak dekat raya ni macam-macam plan nak buat terutamanya nak deko rumah so aku dah bincang dengan suami aku, aku nak buat sikit renovation supaya rumah nampak cantik

Iya lah nak raya kan 

first aku nak buat wainscoating ..alah yang kotak-kotak dekat dinding English style tu so aku bajet benda ini tak mahal sangat sebab dia cuma pasang panel kayu saja bentuk empat segi

kedua aku plan nak pasang laminating floor aku buat dengan Encik Deris yang dulu buat rumah aku bajet dalam 3000 lah tak lah mahal sangat so aku harap dengan dua perkara yang aku buat ni akan memberi impak kepada rumah aku

aku nampak banyak orang deco rumah dia main lighting. Lighting tulah mempengaruhi rumah tu nmpk cantik...

ada satu benda lagi aku nak buat iaitu tempah langsir ini pun costly  juga okay nanti aku update perkembangannya bagai mn 

Ok utk rujukan korang . 

Laminating floor brand Robina 
Encik Deris +60 12-358 8649

Bajet Wainscoating Melaka
+60 12-620 7667

Kitchen Kabinet 
+60 16-665 5135


Harap membantu... ๐Ÿ˜

Khamis, 31 Mei 2018

Hutang

alhamdulillah dh selesai bayar membayar kewajipan bulan Mei. Tulah dlm rezeki kita ada rezeki org lain.

Apa yg kita bayar anggapkan sedekah kalau lebih, jangan pernah berkira. Insya Allah akan ditambah. Contohkan anak anak aku dua minggu directt tak g transit.. ikutkan lojiknya bayar jelah separuh. Dah dua minggu hantar dua minggu tak hantar. Tapi org taska tak kira macam tu. Dia mmg kira sebulan dia dpt berapa.

Aku pernah juga sound tadika anak aku sebab terlalu berkira. Ko baynagkan aku bayar 390 tiap tiap bulan utk sampai jam 6 ptg. Tapi almost every day except Thursday and Friday aku pick up dia jam 4 lebih or 3 lebih. Sebab aku rushing dari sekolab amik Iyad , amik Orked amik imran last amik Ihsan. So 3 hari aku amik awal belum jam 5 petang pun.

One day aku terlambat amik ihsan, lets say dia balik 6.15 aku terlajak 3 minit 6.18 ptg.. so sebab dh masuk overtime aku kena bayar 10

Wow !! Mmg aku bengang! Ko berkira sgt kenapa? Tigavminit je kot bukan 30 minit aku faham bussiness is bussiness to kan kita asa budi bicara. Ya Allah jgn lah kaunkira setiap sen tu .. takkan mampu . Malu kat tuhan tak pernah berkira pada kita. Tp aku tak nak gaduh last aku minta maaf juga!
Aku malas nak gaduh. Lantaklah ko buat macam tu kang adalah yg ko rugi. Aku tak doa tapi mohon kangan terllai berkira.


Okay!

Aku nak masuk cerita bab hutang pulak. Syukur ! Aku belum penah berhutang dengan kawan kawan aku. Tapi dengan suami mmg pernah lah. Dan aku tahu suami aku pun takde berhutang dengan kawan kawan . Mak ayah dia ada kot๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Kawan aku mengadu .. one of her bestfriend hutang tak nak bayar. Lepas ti. Yg kawan aku ni bengang bila kawan yg tak bayar tu berjalan merata dunia. Adoiii.. mmg makan dalam. Ko hutang org pastu ko jajja dlama IG ko travel sana sini dan ko makan macam macam ! Eh tak malu ke?

Adoii.. hutang kereta rumah tu kira standard utang lah. Yg paling bengang.. ko susah sebab org yg senang sebab tak bayar utang .. ermmmm.. aku? Mmg tak lah nak bagi org berhutang dengan aku. Aku bukan kedekut tapi aku malu nak minta duit aku balik.
Macam ni ada sorg kat sekolah dah beli minyak aku taknka bayar. Adoi! Kita pulak malu nak mintak.

Hmmm nasihat aku ada hutang wajib bayar! Wajib ok!  

Rabu, 30 Mei 2018

Hot tak laki awak dalam gambar ni?

Hot tak  laki awak dalam gamabar ni ?  


Hot tak laki awak dalam gambar ni?


Hot tak laki awak dalam gambar ni?

Hot tak laki awak dalam gambar ni?

13 Ramadhan 2018

hari ni aku balik rumah bagi Ihsan makan walaupun dia taknak makan dan tengok handphone. 

ada banyak cerita berlegar dalam kepala aku .


1. THE FAIZ ROSLAN 

IG pun dah tk aktif. aku pun tak tahu apa yg dia fikirkan. entah apa yg dia cari dan dia nak dlm hidup dia. mula mula buat video syantik versi porno ..launch pula 1 Ramadhan. Ya..ya ..ko skrg insta famous ..tapi apsal ko taknak guna kefamousan kau tu ke arah yg baik.hari ni semua org boleh famous. cuma kau pilih nak famous sebab baik atau jahat .dan yg terbaru dia buat video pasal dia mengaku tak puasa, dia tak puasa sebab tak solat. sebab tak solat dia tak puasa sebab dia tahu takde paha;a puasa kalau tak solat. masalahnya kenapa pilih tak puasa bila dia tak solat , pilihlah akukan solat sebab aku berpuasa..pening..pening..

2. Brother Ali Banat



Korang penah dgr nama dia? seorang milionaire kelahiran Sydney Australia. yg bila dia didiagnose cancer dia telah menginfak kan seluruh hartanya dan dia menubuhkan yayasan untuk umat Islam di Afrika yg kesusahan. dia membuang dunia daripada hidupnya.

Allahu...dia mempersiapkan dirinya utk mati, dan Allah SWT makbulkan doanya dia meninggal dunia dalam bulan Ramadhan yang mulia. dengan gembira dia bertemu tuhannya. Bagaimana kah kita? dapat kah kita mempersiapkan mati kita secantik Br Ali Banat?  semoga Allah menempatkan rohnya bersama hamba hamba Allah yang soleh.

lihat youtube kisah Ali Banat https://www.youtube.com/watch?v=gdFbYqB61Yw  


3. HANIS ZHALIKA



aku bukak ig pulak ...aku nampak Hanis zalikha tunjukkan tudung dia baru launch. KEKNIS. entah aku tak nampak mana cantiknya tudung dia ...entahlah kita hari ni lebih lihat pada brand drpd benda yang kita beli. teringat aku post FB pasal Vivy punya product katanya beli secara pukal dari Alibaba. tapi apa org kesah yg dia tahu dia nak brand Duck dan sebagainya!


aku terus terjah blos Hanis zaman dia tak pemes dulu. zaman hingusan . inibelogsaya. aku suka jugak baca blog dia bersahaja gaya ceritanya . aku ingat pasal dia belajar masa kat UITM segamat dan pasal family dia . sampai blog mak dia Nani rostam pun aku follow bila nak amsak nasik goreng ke masuk blog mak dia apa kejadah nya hahah... amazingkanhidup dia dari budak biasa yang suka tulis blog merebak rebak jadi retis dan kawin org kaya. ini cerita pasal Hanis zalikha lagi jangan salah topik. 

skrg hanis tu duduk satu kondo area Kg Baru boleh nampak ar balkoni dia dengan KLCC.. aku usha IG dia je.. allahu akbar kat bawah tu Orked menjerit jerit nangis!

entah lah siapa kita hari ini dan siapa kita lima tahun akan dtg itu ursan Allah SWT. berapa lama hayat kita dan apa kesudahan kita. 

aku cuma harap aku sentiasa melakukan apa yg Allah suruh hidup dlm surroundingyg Allah redha ..aku tak harap kehidupan yg super duper mewah terlalu mewah . cukup seadanya dan aku mampu melakukan kebaikan kepada ramai org

tahun 2018 merupakan tahun pertama aku berpuasa tanpa mak dan abah. Allah dah amik semula nikmat kasih syang ibu bapa yg aku dapat. aku dapat merasainya sehingga umur aku 35 tahun . untung kakak sulung aku dia rasa hidup dengan maka abh sehingga umurnya menjejak 56 tahun dan ayah mertua aku dapat hidup dengan mak dia sehingga umurnya mencecah 62 tahun 

Nenek suami aku sebaya Abah..lebih kurang. dia elok sihat dan tak nyanyuk.Tun Dr M pun mentadbir Malaysia ketika umur 92 tahun . Allahu Akbar..ini semua urusan Allah SWT

oklah cukup itu yg aku nak luahkan 

Pengajarannya: bersyukurlah dengan apa yg kamu ada hari ini. ucapkan syukur dengan sekecil kecil nikmat walaupun hanya dapat menghela nafas ..itulah nikmat yang teragung sebelum kita melepaskan nafas yang terakhir. 


SEMOGA RAMADHAN INI MEMBERIKAN KITA SERIBU RAHMAT.



Isnin, 28 Mei 2018

Oh my cabinet kitchen !

Susah jugak deal dengan suami yg tak nak dgr pendapat isteri jadilah macam ni.

Dapur aku yg cenonet. 

Ko rasa? ๐Ÿค”๐Ÿค”

Nampak hasil kerja nya ๐Ÿ˜ค๐Ÿ˜ค

Inilah jadinya bila buat dengan kawansendiri..๐Ÿคฆ๐Ÿผ‍♀️๐Ÿคฆ๐Ÿผ‍♀️๐Ÿคฆ๐Ÿผ‍♀️ Sebenarnya dari awal lagi aku dh tak setuju. Tapi dia buat keputusan drastik bagi kawan dia 4k utk buat kc. Ya Allah! Mmg aku speechless lah. Dia kata kita kena support kontraktor melayu. Ni lah kerja kontraktor Melayu. Aku bukan nak kuruk. Aku pun melayu. Tapi mmg org melayu kalau buat keja pembinaan mmg macam ni jadinya. Mmg boleh kira dengan jari berapa org yg buat elok.

Ni dh masuk 13 Ramadhan janji siap sebelum ramadhan . Sekarang apa cerita? Nak marah pun kawan suami.. tapi takkan lah benda simple macam ni tak boleh buat. Masa pilih jenis tiles pun dh tak sehaluan. Dia pergi pilih yg berbelang belang hitam putih. Lepas tu eletrik buat sukahati je... pastu kata takpe nnt dlm kabinet tak nampak. Suami aku pun macam tak ikhlas keluar duit pastu pakai taram je. Banyak kali aku pesan bagi aku duit nnt aku carikan kontraktor yg elok. Aku bajet nak amik tokey cina yg buat sama macam rumah sebelah ni. 6k je dia kira semua sekali. Yg kawan suami aku ni pun amik bukan murah sgt. 5500 juga .


Ni skrg tengok jelah dapur macam tu. Rumah lama dulu aku amik Mr Tan . Dia buat mmg  laju. Tak sampai sebulan siap semua. Atas bawah 15kaki masa tu dalam 7k mmg murah lah.

Skrg 2018 bawah saja 6k .

Entahlah aku malas nak komen benda dh jadi kira hadap ajelah kan ... kita jenis bukan banyak duit. Jadi kalau boleh tak nak kena keluar duit dua tiga kali. 

Sabtu, 26 Mei 2018

induction cooker elok ke?

Pengalaman aku pakai induction cooker ni since 2009 masa pindah rumah ke Taman Tasik. Aku masak semua benda . sambal tumis lah nasik goreng segala makanan lah..aku pelik bila org kata masak guna induction ni tak sama sedapnya kalau guna api ...eh! aku masak masa open house elok je korang taram ..semua masakan aku tak guna api..hihi..



ni brand Arrezzo yg aku guna..banyak org kata product ni tipu..scam..tapi alhamdulillah aku pakai ok..9 tahun dah sejak 2009

kadang kadang ko boleh jadikan meja ..hahah

aku satu yg paling best TAK PAYAH BELI GAS..kat kampung kalau tengah masak je gas abis..bosan betul...kena tunggu org hantar gas bagai..gas pun bukan murah satu tong 35 ringgit..sejak aku pakai dpur induction mmg tak beli gas lah..elektic? tak delah mahal sangat macam guna econ..

kedua NAK BERSIHKAN MUDAH. kan dia rata je so korang lap jelah tal payah nak angkat tungku semua..

dari segi safety mmg tip top...takde kes terlupa tutup gas..sebab dua auto of ..kalau panas sgt tapi takde aktiviti menggoreng dia terus off

contoh lah ko dah panaskan kuali tetiba terlupa..dia takkan meletop sebab terlalu panas dia terus off...
ada timer ..nak masak telur set je 5 minit..dah cukup masa dia pun akan off.

yg aku beli ni jenis induction so dia cuma detect stainless steel sahaja ..kaca semua tak detect ..so dia tak boleh panaskan lah

jenuh pulak nak beli stainless steel ekk..kan ikea berlambak

so ..apa yg tak best nya pulak?

hah..ni aku paling tak suka time dlm pantang.nk panaskn tungku ..mmg problem..last last aku pakai tungku elektrik ja..

kedua ..corning ware tak dpt guna...

ketiga ....itu je kot...org dtg umah tak pandai guna....haaha..mak aku paling bising dia kata "tak paham aku nak masak takde api"hahah

masa ku gun aritu brand tak femes pon ..Arrezzo .korang penah dengar ?dia jual area mydin cam gores dan menanglah..suami aku bayar 3k dpt 3 benda...induction cooker, set cookware dan microwave oven...sampai skrg elok lagi tiga tiga...dan nak masuk 10 tahun..sapur tu satu tungku ada masak lambat pans tu jelah ..lain lain ok..periuk kuala dia tebal dan berat..mmg brand bagus..pemegang dia tak panas kalau kita masak takpayah guna kain nak pegang telinga dia ..part ni aku paling suka ...

oklah ..memandankan dapor arrezzo aku ni aku nak letak kat homestay ..maka kami laki bini perhilah cari dapur baru..

mahal jugak rupanya ...elba dua ribu lebih..midea dah brand cina lah katanya ..last last kitorg decide amik je Faber ..germany katanya rege dalam RM 980..satu ceramic satu induction...boleh lah aku masak pakai corning ware...

so belum guna tak dapat nak bagitau elok atau tak benda ni ..ok ..itu je bye


Jap jap ..aku nak tambah sikit..korang jangan buat big mistake...mesti ukur dapur tu besar mana baru buat kabinet kitchen ..naya tau dah buat lobang tapi dapur tak muat nak masuk...hahah..ini paling penting..elok tau ukur dapur  built in sebelum buat table top ok? 

tu je ..janganlah cemas sngat ! hihi






Jumaat, 25 Mei 2018

Urusan HONDA selesai. SYUKUR

korang ingin lagi plan aku nak beli kereta HONDA city? ermmm ok..baru hari ni jadik! aku akhirnya beli di Melaka. Silap aku deal dengan salesman luar melaka . susah,,,

aku beli kat Semabok..ala company HONDA yg bebetul sebelah TOYOTA tu...aku mmg direct je pergi..sebab dah tahu jalan cerita kan ..

aku masuk dengan suami cakap . "Nak beli Honda City...'" eh eh senang je ko dh macam nak beli nasi kerabu kan bazar Ramadhan.

aku cuma nak tahu berapa interest dai boleh bagi dan berapa rebate aku dapat . utk makluman korang siapa yg beli sekarang sehingga 31 Mei akan dapat rebate GST dan Promo Ramadhan dalam 8k..bergantung lah ..tadi aku dapat 9K ..

so korang bayangkan lah korang beli kereta dapat 9k. tolak downpaymet 10% dari rebate yg korang dpt tu ..so tadi aku submit loan dalam 69k sahaja ...dan aku punya bayaran bulanan dengan interest 2.6% maybank adalah RM 788. aku mmg dah kira aku mampu beli kereta monhtly rendah dalam rate tu je.

aku pikir gak alang alang amik kereta baik amik Civic. Tapi entahlah ..ukur baju di badan sendiri lah. sebab Civic monthly dalam rm1170..wah mahai tu

so mmg org kaya jelah pakai Civic. kalau aku tolak Myvi mungkin boleh pakai civic.. hurmmm.oklah ukur baju di badan sendiri. jangan di badan org ok...

ramai je cikgu sekolah aku pakai City antaranya yang aku perasan..kak zaitty, Kalsom, kak JJ, suami kak Zana, lagi siapa ekkk....HRV pun cantik gak nampak sporty. yg pakai civic baru cikgu Tan loo sin tapi aku rasa cam bontot dia kecik siktlah ..nak simpan barang cam tak banyak!

oklah tu aku tak perlu bayar downpayment dpt sebijik keta.. kalau tak aku kena ada atleast 8k nak bawa keluar Honda City satu.

isi perbualan dengan salesman Faizul

aku tak tahulah sejauh mana aku untung atau rugi. tapi semoga ada manfaat aku beli kereta ni...

aku sayang myvi .harap suami aku dpt jaga myvi baik baik...dan imran dpt guna bila dah naik form 5 nnt.. Insya Allah






Cadar Kaison VS IKEA

Orang perempuan kan ..cadar pun boleh jadik posting. Aku mmg peminat cadar...suka tengok cadar tukar tukar. Ermmmm....

Rupa rupanya kalau beli cadar mesti kena hamparkan baru nampak ke cantik kan nya. Tengok koleksi  cadar  yg aku beli ri Kaison . Warna nya agak pastel . Aku suka sebenarnya. Tapi bila compare baru aku  perasan cadar Ikea jauh lebih berkualiti dari cadar Kaison.

Pertama bab jahitan. Jahitan Ikea jauh lebih kemas dan kuat.

Cadar Kaison ...cantik dan actually dalam gambar nampak lagi cantik 

Yg kedua bab warna. Warna ikea lebih kuat dan jelas . Nampak cantik dan tidak pudar. Sebenarnya aku beli cadar ini nak pasang kat homestay tapi aku try test kat rumah sendiri dulu.

cadar IKEA ni mmg lama dah aku idam...harga seratus lebih ..yg peliknya dekat kaison pun ada sejibik coraknya
Masa tu baru perasan perbezaan nya.

Harga ... utk Kaison queen harganya dalam RM62.50 lebih kurang. Kalau IKEA promo boleh dpt juga harga tu.. RM70 lebih pun dapat. 
cadar bujang ikea lebih kuat colournya
ada lagi contog cadar Kaison yang aku dah beli . 
corak ni aku rasa cantik tapi bila dah pasang nampak so ...so jelah ...

hat ni agak ok pada aku...


ok...kesimpulannya aku rasa antara cadar IKEA dan KAISON aku pilih KAISON. Tapi ada lah pro and contra nya..apapun kain IKEA mmg jauh lebih tebal berbanding KAIsON ..kan lagi satu antara pilihan yg best AKEMI lah tapi susah nak  dpt murah...

aku suka jugak cadar yg jenis patchwork tu ..yg takkan terkedut. senang jaga.. kalau kita pasang mmg dia terletak je ala ala comforter..hat ni pun best jugak..kalau kat GM Klang dapat RM90 kot kalau pandai bodek..

korang pulak beli cadar kat mana..? kalau korang level Vivy sila jangan komen hahaha..buat malu ajo!

Khamis, 24 Mei 2018

Bukan senang jadi Vivy Yusof



Semua org kenal Vivy. Satu Malaysia kenal dia. Pengasa Fashion Valet dan tudung jenama duck dan ada benda benda lain lagi under Duck yg terbaru alat mekap. 

Aku follow gak Vivy ni kat Instagram. As usual lah , dia ni kiranya talented gifted apa nak lagi... semua yg perempuan nak dia ada. Dia ada anak anak yg comel suami yg kaya tapi kurnag hensem sikit pada mata aku lah.. dia sendiri mmg cantik kurus bijak dan humble... ermmm... pada aku dia boleh dijadikan idola utk wanita berjaya. Mungkin dia boleh aku bariskan seperti Dr Halina Isteri sheikh Muszhapar. 

Tapi dlm pada tu, rupanya tak senang jugak jadi Vivy ni. Aish... 

Pelik kan ... apa masalahnya. Kita tak kenal pun dia secara personally pastu suka hatibkita nak pung pang pung pang bash dia!eh! ....nampaknya di situ siapa yg bermasalah ni. 

Ok ok... terlupa nak bgtau apa isunya. Si Vivy ni di interview pasal pregnancy dia kali ketiga dia alah teruk. So dia macam menyerulah org perempuan walaupun alah kita kena tetap competent dlm bekerja. Yg perempuan lain bash sebab kata senanglah ko org kaya ... bla bla bla... ada benarnya, tapi kita tak boleh lah nak bash dia macam tu sampai dia rasa stress dia ibarat kena bully cyber ... kesian tau! 

Macam nilah ... mgkin yg kita lihat sisi dia yg bahagia.. kita tak tau sisi dia yg duka. So kita bersangka baik ajalah. Lagipun perkara yg dia cakap tu tak lah salah. Cuma kita tak suka. Eh ! Aku ok je... cuma nya mungkin org yg tak suka tu dia jeles atau dengki dengan kedudukan Vivy . Itu lah kot puncanya. 

Boleh tak kita sebagai netizen baca dan diam je. Apsal nak komen atau kutuk gila gila. Aish... pelik lah .. pastu rasa best pulak ekk dpt bash org ... ermmm

Dunno to say! 






Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...