Isnin, 3 Disember 2018

IF dan cut sugar.

hari ni aku sambung lagi IF. aku rasa aku start hari Jumaat 1/12/2018 aku last makan jam 10.30 malam dan jam 2.30 petang start makan.sabtu aku berjaya gak IF tapi aku skip 2 jam...so aku buat 14: 10, so Ahad aku dapat buat 16:8 tapi aku bukak awal sejam .hahahsebab masa tu dh sampai RNR utk bfast. orang lain tak tahu aku berIF ni. diam diam aku je. so kalau aku makan pun takde hallah kan .bukan org tahu. tapi ahad ada banyak cheat, aku amik nescafe tarik kurang manis dengan nasi lemak, time suami aku makan beriani kmbing aku tak order. tumpang tumpang je dia makan.tumpang pun bersudu gaklah. cuma tak makan pinggan sendiri lah. 

pastu aku g hentam Dolly DImsum plak, minum cappucino.Lengkap penderitaan gue.hahha...pastu last take meal mealsjam 5.30 pm kat dolly aku dh tak makan sampai esok paginya. 15:7 aku start breakfast jam 830 pagi.

so hari ni au berjaya minum kopi tanpa gula. kalau panas sedap jugak. tapi kalau sejuk thumbs down. aku rasa gula ni buat kita craving. 

ok! so esok aku ingat nak puasa tak asik sibuk nak makan je..pelik aku. aku buat macam ni atleast 12:12 baru makan. cuba no sugar. nak cepat count calorie lah.

exercise? ni lemah betul. aku mampu sit up jelah lepas solat. 

kenapa nak kurus sangat ni?
nak sihat ke nak cantik?
dua dua nak ..boleh ?

aku start diet ni berat aku 74kg. kalau dapat masuk angka 6 pun dh happy sgt ! aku tak minta banyak dapat 62 pun jadiklah . syukur ya Allah .
suka pakai black dan cardigan nak cover lah tu

Ahad, 2 Disember 2018

Review Dolly Dimsum 2018



Memang first time aku mkn kt sini. aku mmg suka dimsum ni tp biasalah dimsum ni kan mahal ,so tak bolehlah makan selalu selalu.

kali ni aku cuba makan di Dim Sum Dolly di Avenue K. Tempatnya cantik. Tak jemu mata memandang.

oklah total aku makan semua ni dalam RM74 . oklah taklah sampai ratus ratus lagi. kan..


capucino iced dalam RM8

yg bulat bulat tu tak berapa best ,yg steam tu best


sauce dia 

suami aku minum tea.Seteko baru RM4

very nice view

Putri Orked

Egg Salted pau..sedaplah ..manis manis masin
menunggu untuk dapat kerusi 



pau egg salted 





yang ni dua dua sedap. suami aku nak makan dua dua sayur pastu aku tegur " abang nak rasa jugak 😌😌😌

yang ni pun sedap



hampir licin semua benda.


makan benda mahal mahal ni bukan hari hari bila bila masa teringin boleh lah cuba .sebelum ni aku pernah makan kat Thai Authentic. Aku harap impian aku nka makan di Burger and lobster termakbul amin...

Sabtu, 1 Disember 2018

2019

Diam tak diam dh berakhir 2018 ada bersisa beberapa hari. 

taklama lagi kita akan ke 2019.dan selepas itu 2020.

Apa yg berlaku paling besar dalam 2018 ini pada aku?

1. Mak telah meningkan kami buat selama -lamanya. 

setelah mak sakit sejak Dec 2017 akhirnya mak meninggal dunia pada 15 Feb 2018. mak sakit . aku rasa sedih bila mengenangkan kisah mak. abah dh meninggal 2016 yg lalu. 

2. Suami aku membeli rumah di Country Villa Resorts. 

3. Aku membeli kereta Honda City, Mac Book. 

4. Suami aku dinaikkan pangkat. 

5. aku bercuti ke Vietnam dan Singapore kali kedua

6. BN kalah pilihanraya .Pakatan Harapan telah memerintah Malaysia. 

Subhanallah Hebatnya perjalanan yg Allah SWT berikan pada ku. aku bersyukur ats nikmat yang diberi dan aku redha atas pemergian Emak.

selain itu, sahabat aku Kak Rozila suaminya meninggal dunia En Burairah. kisah yg cukup memberikan iktibar. Allahu Akbar...


jalani lah hidup ini dengan sebaik baiknya. Ingat Allah SWT dalam setiap perbuatan. Allah SWT berikan kita peluang hidup utk buat kebaikan bukan kejahatan. banyakkan amal ibadah. 

Semoga Allah SWT mentakdirkan sesuatu yg naik utkku .Aamin.

Shopping baju di Shoppe


Assalammualaikum semua
Sis nak tanya kalau RM52.37 selalu dapat baju berapa helai? 
Mesti satu. Kalau branded punya tak lepas pun kan? 
Ok.
Sis nak share. Dekat shoppee sis dapat 6 item tau😘😘
Dan kualiti baju baju dia not bad! Selesa dan tak panas . Selalu nak beli mesti takut kan, takut barang tak elok dan last last rugi sebab tak dpt pakai. 
Tapi yg ni ok. Lepas ni nak beli jeans dia pula.
jom tengok apa yg dapat.
RM4.97 selai beli dua 
RM10.60 sen selai ..jarang sikit. tapi budak pakai boleh lah kut

ni semua yg sis beli 
baju sejuk sepasang RM18 

total RM52.37 dapat 10% lagi 
tapi ada orang kata lepas basuh dia mengecut so tak tahu kita basuh dan tengok ok ke tak ok .Rasanya ok. Ok jumpa lagi bye!



Khamis, 29 November 2018

Tips And Trick To Singapore

alhamdulillah aku dh selamat sampai ke rumah .

So aku nak share apa yg boleh kalian jadikan panduan:

1. Pergilah ke Singapore dengan menaiki kereta/ pengangkutan darat . Jauh lebih murah ! bas pun boleh masuk Singapore. Aku pergi hari tu naik van senanglah masuk terus sampai ke hotel. 

2. Pasport- WAJIB ada dan isi white card visa masuk ke Singapore ni pun wajib isi. lepas tu yg dia potong dua tinggalkan dalam pasport WAJIB ada bila nak balik Malaysia nanti

3. Wang . SGD semua darab tiga .senang kira ! dolar singapore bersamaan RM3 . dan semua harga barang di sana sama harga dengan malaysia. tapi jangan convertkan .senang cakap ko beli teh ais kat sini 1.80 kan ?samalah sana pun 1.80 tapi dlm dolar. ko beli roti Gardenia RM2.80 samalah sana pun SGD2.80 . tapi hakikatnya mahal tiga kali ganda. makanan pun sama. kuih dia yg ala lopis tiga segi tu harganya SGD1.20. ( RM3.60 seketul!) 

4. Penginapan aku hari tu di Furama City Centre. Memang tengah Chinatown. bersambung jejantas dengan Chinatown Point dan dekat dengan People Park. Dekat jugak dengan Park Royal on Pickering dan dekat jugak dengan Clarke Mall. 

5. Makanan halal utama ialah Mc Donald dan KFC sebab ownernya ialah company dari Malaysia. dan macam aku cerita pasal Warung Aneka Rasa di Chinatown .Banyak pilihan dan rasanya sedap hari last kami makan nasi campur total SGD 20. termasuk air. Banyak je makanan halal instant dalam 7 elevan. ada pelbagai sandwich dan kopi. dan halal serta sedap. 

Btw aku nak tanya, kalau no pork, no lard tu halal ke?jawapan aku tak halal. pertama cara penyediaannya . ayam tu sembelih tak ? jadi apsal dengan mudah je no pork no lard ko kirakan halal. aku pun tak faham bila org orang yang langsung tak mementingkan halal haram makanan ni. pelik! lepas tu ada yang tanya TEXAS chicken tu boleh makan tak? aku nak tanya ayam dia sembelih ikut Islam tak.

itulah bila iman tak de di dada. maka apalah nilai halal dan haram bagi seseorang.

6. Lupa! masuk ikut Tuas lebih dekat dari masuk Woodland. Kebanyakan orang masuk ikut Woodlands.

7.apa yang wajib korang lawat kat Singpore? 

Merlion Park
Gardens by the bay
pulau sentosa
masjid sultan ( bugis street, arab street, orchard road aku tak pergi so tak tahu) 
chinatown
banyak lagi sebenarnya aku yg tak sempat jalan jauh.

tapi yang nak tengok pokok besar tu aku dh tengoklah kiranya ..Supergrove  Tree tu di Gardens by teh bay. Promenade aku pun dah sampai, esplanade tu macam istana budayalah . ada persembahan bagai. 

Marina Bay sand Hotel bercahaya di waktu malam


the Esplanade

Esplanade berbentuk durian di waktu malam kelihatan lebih indah 

mercu kejayaan singapore di gambarkan dengan pembangunan yg sangat pesat

senja di Singapore



Merlion Park


Kopi 7 elevan 

sandwich Prawn

duduk sambil tengok musical 

view dari bilik hotel kami

supertree grove




garden by the sand


singapore River


mural di sekitar Singapore riverside







aquarium di Singapore

USS tahun lepas dah masuk


last picture..bye bye Singapore..



singapore sebuha negara yang sangat bersih maju dan mahal. segalanya di darab tiga. utk merasa berjalan ke negeri orang silakan.. namun indah singapore hati ku tetap di Malaysia takkan kurang walaupun sedikit . 

i love my malaysia . dan sentiasa rasa bertuah lahir sebagai rakyat Malaysia Insya Allah 

Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...