Selasa, 22 September 2020

Jumaat, 18 September 2020

Doa

 Menulis merupakan hobi aku . Dengan Menulis aku dapat menulis kan segaka yang terbuu di hati aku .

Adakalanya tak semua benda kita boleh luahkan , maka menulis adalah cara terbaik .

Tahukah kalian jika terlintas suatu benda yang buruk di hati kita itu adalah dari syaitan ? betuk sangkaan buruk itu ada lah kerja syaitan mencampak kan rasa was-was dan buruk sangka . Bermula dengan buruk sangka ini lah boleh menjadikan rumahtangga musnah , pertelingkahan dan permusuhan . 

Jadi apa patut buat biala ada terlintas sesuatu yang buruk ? 

Doa .DOa minta Allah SWt pelihara atau lindungi kita dr perkara buruk itu berlaku . 

kerana semua benda itu adalah diluar kawalan kita . 

Boleh kita kawal suami kita di pejabat?

boleh kita kawal anak anak kita dibilik darjah ? 

kita tak boleh kawal namun kita boleh doa. Namun ada kala nya kita tewas dengan bisikan syaitan .kita juga turut percaya dan akhirnya bertindak mengikut bisikan halus itu. 

Kenapa perempuan sering dihasut atau di gida oleh syaitan .Ada kah iman perempuan ini lemah ?

aku rasa minda manusia boleh di bentuk , dicorak dan dipatenkan dengan sesuatu persepsi yang baik.

apa yang boleh kita fikir bila timbul sangkaan buruk . 

sebab Allah SWt menyatakan " Aku menurut sangkaan hambaKu" 

jika kita selalu ingat Allah sayang kita ..Allah lindung kita ..jika baik anugerah Allah , jika buruk itu ujian Allah beri utk meningkakan darjat iman kita .

tapi biasalah bila kita normal baru kita boleh berfikiran yang positive. keep think positive .






Khamis, 17 September 2020

TIKAM BELAKANG

Percaya tak walaupun org tu berborak dengan kau hari hari ..itu bukan petanda kau list kawan baik dia dan bukan petanda dia tak cakap yang buruk belakang kau . Please take note .

tak semua manusia tu depan belakang nya bawa watak yang sama.




Isnin, 14 September 2020

Taman Mini Malaysia Melaka 2020

Hai welcome to Malacca..
So hari ni aku nak ajak korang makan di taman Mini malaysia Ayer Keroh Melaka...
kalau korang dh penat jalan jalan di Ayer Keroh boleh cuba makan di sini ..
ada menu goreng goreng ..ada roti canai yang rangup dan lembut di luar...kuah dal dia pun sedap...

pastu ada yong tau fu yang femes iaitu Bonda Yong Tau Fu..sebelah tu ada kedai suraya ...nasi goreng daging dia sedap..dengan mi goreng pun sedap..
nasi ayam suria tu mmg sedap sebelah kedai suraya..tak taulah sedara ke apa nama sama...




mmg sedap roti canai di


Nasi goreng daging..




mi goreng

kalau korang duduk kat ayer keroh boleh cuba makan kat sini...
 

Sabtu, 12 September 2020

DIDIK NAFSU SENDIRI


Nasi Lemak Paru Rm5 ..lazat yakmat!


Betul orang cakap..kita kena sederhanakan gaya hidup meskipun pendapatan bertambah.

Korang tahun tak kerje goverment takde bonus macam org kerje swasta macam selalu aku dengar bank bagi bonus 5 bulan gaji ...ko bygkan kalau gaji 6k darab 6 bulan bukan ke 30k lumpsump ko akan dapat...wah masyukkk! .aku tahu sebab beberapa kawan aku suami nya kerja bank ..Bank Rakyat dan Bank Islam . Sama jugak kawan aku yang keje Astro ..bonus pun kira bulan ..

Ok Kalau goverment..paling banyak bonus aku rasa 1 bulan 1/2 ...itu pun dibayar dua kali setahun ..oklah dari takde ..kemudian pernah dapat bonus sebulan gaji ..tapi lately cuma dapat 500 masa nak raya dan 500 masa nak bukak sekolah ...

hakikatnya mmg gaji kerja kerajaan ni tak banyak tp ko akan dapat kenaikan gaji setiap tahun 

utk gred 44 kenaikan gaji RM225,utk gred 48 kenaikan gaji RM250 dan utk gred 48 RM275..tak silap aku ..

walaupun gaji tak banyak tapi mmg susah goverment nak buang pekerja dia ..dan terjamin masa depan ko ..yang penting nak buat loan mudah ..erk!! baru hari tu cakap jgn amik personal loan .Maksud aku kalau ko nak beli rumah ada LPPSA yang mana interest beli rumah rendah dalam 4% atas baki berkurang ..

oklah 

so kalau kira kira ko boleh menyimpan duit setiap tahun atas kenaikkan gaji yang kau terima . sebagai contoh tahun ni sebulan simpan RM250 ...so setahun ko akan dapat RM3K. 

Tahun berikut nya naik lagi gaji RM250 so ko dah ada RM500 lebih sebulan ..so ko akan menyimpan 500 sebulan ..so sekitar setahun ko ada duit simpana 6k.

tahun berikut nya ko naik lagi RM250 ..bermaksud ko boleh menyimpan Rm750 sebulan ...so bermaksud setahun ko dapat simpan RM9 k setahun ...dan tahun ke empat ko ada lebihan RM1k ..ko simpan setahun ko ada RM12k ...

tapi benda tak jadi macam ni ..sebab bila kita tahu kita ada kenaikan gaji kita mula buat komitmen yang baru ..cth ...beli kereta baru ..yang monthlu nya kita amik dr kenaikan gaji kita ...dh tak dapat menyimpan . 

tak ramai org kita sedar kepentingan menytimpan duit ..kebanyakkan nya berfikiran dh penat penat kerja ini lah masa kita amik sikit utk reward diri kita .

sesekali tak salah yang salah kalau setiap minggu ada je reward ..macam aku ...aku dulu suka membeli kat shoppe ..ada je benda nak beli ..termasuklah jualan kat sekolah ..so bila aku kurangkan tabiat membeli ni ..aku rasa duit aku tak cepat habis ..kemudian ..aku macam ni juga ..takdelah lapar atau kenyang sama je...

cuma mmg hari hari aku akan masak dan bekalkan anak makanan ..so ikutkan mmg aku tak membeli kat sekolah ..kalau dulu seminggu 7 ringgit ...kalau lima hari 35ringgit bila dh bawa bekal aku boleh jimatkan duit belanja tu dengan makan bekal ...

intertainment kat rumah pun dh boleh potong ..netflix astro bagai tu ..dh boleh amik pakej yang murah je sebagai contoh amik njoi utk sekali bayar atau free tv yang kerajaan bagi tu ....ala tv pun bukan selalu tengok ..


apsal late ly aku suka sangat cakap pasal simpanan ..yelah aku taknak korang yg muda muda ni buat kesilapan macam aku buat masa aku muda dulu ..asyik nak  g mall je ...makan luar ..makan luar ..hari hari makan kat mall banyak duit habis . 

lepas tu membeli handbag tudung beratus ratus ..last last handbag tu tersimpan dalam store aje..tak terkudis pun kalau ko apaki beg rege 50 ringgit ..lately aku beli kasut bata je ..mmg tahan gila ..dah hampir setahun kot aku pakai ....

BEDA INDONESIA DAN MALAYSIA


Tak langsung macam cerita Indonesia kan...

Hari tu aku tertengok cerita di VIU.COM tajuknya " The Pretty Little Liars" yang di ispirasikan dari drama bersiri di Barat. Tapi ini version Indonesia. 

Ceritanya cepat dan laju. Kisah ni secara ringkas nya ia menceritakan tentang 5 orang sahabat baik iaitu Alissa, Hanna, Emma( Eyka Farhana pelakon Malaysia), Aria dan Sabrina. First time aku tengok mati mati aku ingat cerita omputih sebab pelakon dia semua rambut Blonde yang Sabrina tu totally mixed aku rasa. 

Latar belakang cerita ni di Amerta Bali. Aku google mmg wujud Amerta kat Bali .Jika diperhatikan Bali ni dh canggih macam oevrsea tak nampak langsung macam kat Indonesia. Rumah rumah yang digunakan dalam siri ini pun semua ada Swimming pool mmg kaya lah gambarannya . Universiti dia pun canggih ala Lim Kok Wing kat Malaysia pada fikiran aku ..

Berbalik pada jln cerita . Ceritanya misteri bila Alissa hilang dan didapati telah meninggal dunia . Namun mereka berempat iaitu Hanna, Emma, Sabrina dan Aria masih menerima mesej dr A. Mereka merasakan A itu Alissa kerana banyak benda rahsia yang A tu tahu. 

Setiap antara mereka ada rahsia dan rahsia tersebut hanya seorang antara mereka dan Alissa tahu . Contoh rahsia Sabrina yg suka goda teman lelaki kakak nya Melissa, diketahui oleh Alissa. Dan juga rahsia Emma yang ada teman lelaki lain selain Benny. kerana rahsia rahsia ini diketahui oleh Alissa maka mereka selalu dpt mesej berkenaan rahsia mereka. 

Cerita ni jadi seronok bila kita nak tahu siapa yang A tu. Yang sering menghantar mesej kepada mereka berempat . Cerita ni ada 10 episode . Kalau korang tengok kat Viu, korang hanya boleh tengok 4 episode sahaja..yang ke 5 kena langgan . Akhirnya aku langgan viu utk sebulan RM12.90 adoiii...takpelah kan ...terpaksa layan viu bulan ni sampai lebam hahahah...

Ok.. aku sebenarnya bukan nak suruh korang tengok sangat cerita ni ..cuma aku tertarik nk ulas tentang agama dan budaya Indonesia yang makin lama aku lihat makin hilang sifat malunya dah macam cerita barat .Bercium mulut jadi kebiasaan . Apa yang aku boleh agak mereka ni mungkin Kristian ..dalam cerita tu ada dua orang pelakon Malaysia ..Eyka Farhana(Emma) dan Nadia mustafar sebagai mak nya. Walaupun Emma takde adegan bercium .tapi pakaian nya sgt seksi ..sampai nampak pusat tu biasa sgt bagi mereka. 

Ada part yang Eyka Farhana masuk dalam gereja utk bagi penghormatan kepada Alissa..

Walaupun dh habis episode 10 ..tetap tak tahu siapa yang hantar mesej A tu ..sori aku tercerita ending dia ..mungkin ada season 2. Opss! rupanya ada 7 season jika ikut yng baratnya. 

oklah aku taklah suruh korang tengok sebab cerita dia ada adegan yang kurang sopan . 

Isnin, 7 September 2020

Settlement Kereta Stavic 2020

Oklah aku boleh katakan antara pencapaian kami khasnya suami aku ialah settlekan loan kereta Stavic yang berbaki hampir 45K...aku cuma tambah sikit je dalam 15k hasil simpan duit masa PKP. aku ada niat nak beli emas ..dia pun dh hadiahkan aku emas . 

so kami berpandangan walaupun kami cuma dapat rebate 2k lebih sahaja ..tapi mengenangkan tiap tiap bulan dapat save 1.2k ..takpelah ..gagahkan jugak ..kalau 1.2k simpan dalam 6 bulan 7.2k dan dalam masa setahun dapat balik 15k. 

setelah aku baca punya baca ..memang takde kaedah lain nak bebaskan diri dari hutang piutang melainkan ko berjimat cermat dan bila dah jimat cermat duit yg ko simpan ko bayar loan korang sikit demi sikit . cthnya simpa 1k sebulan ckup 10k bayar ..nnt akan dapat pengurangan sebab bayar banyak hutang tersebut . 

ada yang nasihatkan simpan dalam ASB Finance . tapi still macam tu ada interest . kalau boleh kita taknak ada interest dalam duit kita biar solid apa yang kita dapat .

Dalam kegawatan selepas PKP Covid 19 ni penjawat awam lah yang paling tidak terkesan dengan ekonomi ..bberapa syarikat gergasi seperti air asia. malah petronas juga ada yang buang pekerja.

Aku rasa dh sampai masa aku fikirkan cara aku nak setelkan hutang piutang aku .

so aku mmg target sekitar 4 tahun aku dapat setelkan hutang personal loan agro bank aku dan setelah lima tahun potong ASB aku nak setelkan loan kereta honda aku walaupun asalnya aku ikat 9 tahun . membazir buat loan lama lama ..tulah dulu aku tak tahu 

dalam tempoh tu aku akan setelkan hutang dyson dan hutang tepon iphone 11 yg aku hadiahkan suami aku .ikutkan dyson dengn iphone 11 tu takde interest.0% interest.. tapi aku nak setelkan sebab aku nak pastikan aku hanya bayar hutang rumah sahaja. kalau aku berjaya tutup personal loan, tutup honda ..aku hanya ada utang rumah yang sedang dibiayai oleh penyewa rumah aku ...

aku boleh katakan bebas hutang ! yes!!..no travel travel ..setel your hutang dulu nya..

so sekarang matlamat aku nak simpan simpan dan simpan supaya dapat setelkan hutang aku .

semoga sebelum umur 40 aku dah setelkan hutang aku melainkan loan rumah ...ASB aku anggap sebagai simpanan aku ..bukan mudharat.


so kalau korang baca blog aku ..ni share share lah pastu ..tolong lah klik sikit iklan iklan ni ..heheh ...dapat juga aku income


lepas ni aku paln nak tulis buku kerja atau buku rujukan utk MPAK..harap ada income tambahan aku nnt bila aku dh ada buku sendiri ..

so tinggal yang H ni nak bayar hutang ..ermmm....chaiyokk!


***** update********

alhamdulillah 

pada tarikh 20 September 2021 suami aku dah selesaikan hutang STAVIC ..legaaa...

aku pun dh selesaikan hutang iphone 11, 28 August 2021...termasuk hutang alat fitness ...

TARGET TERBARU 


selesaikan HUTANG HONDA 🔥🔥🔥🔥🔥🔥 baki terkini RM56,562...agak agak berjaya tak aku setelkan hutang honda ? 


Pantai Siring Melaka 2020


Korang takde aktiviti petang petang nak lepak mana ? Hah! apa lagi pergilah Pantai Siring kat Serkam ..Pemandangannya cantik dan makanannya pun sedap sedap..yg penting percuma ..duduk sambil layan matahari terbenam mmg best kan ..kat sana ad surau dan toilet yang di sediakan .

Signboard Serkam

Jarak rumah kami ke Pantai Siring sekitar 25 km. Lalu ke Bemban dan masuk jalan nak ke Serkam. Kampung Serkam Darat dekat dengan Pantai Siring...Cari je Jeti Nelayan Pantai Siring...masa kami pergi area jam 6.00 petang mmg ramai orang . jalan nak masuk ke Pantai Siring ni kecik je ..masuk ikut jalan kg sebelah rumah orang ..lepas tu baru kita jumpa kedai kedai makan  di sepanjang Pantai Siring .

Eh! ada pulak kereta lembu ...

masa sampai ni sekitar jam 5 petang lebih kurang





Orang kata makan sotong goreng tepong ni sedap ..mmg sedap pun..
sebelah kedai dak lin ni ada kedai kuning .tapi masa kami pergi kedai tu tutup pulak ...

orked posing pulak ..

Iyad 

nampak berselera Ihsan makan ...Ihsan ni memilih sikit nak makan apa ..

Sotong goreng tepong ni sedap ..yg lain semua dh habis ...mcm ni suami cakap RM30 ..tapi mmg rangup tepung dia salut tu ...makan macam mana nasi ....kawan bagitau nasi lemak dia pun sedap ...kami jalan sampai ke sini je ..ke depan tu kami tak jalan ..tak tahu apa ada depan lagi dr kedai ni ...





Rupanya bila menjelang Maghrib ...lagi cantik view Pantai Siring ni ...mmg berbaloi lah jugak kalau nak tengok laut ..laut mana mana mesti cantik sewaktu cahaya merah mula menampak di kaki langit ...

Lawa nya view ...tambah ada batang batang kayu tu ..memberi sentimen value 


Gigih ayahnya mengambil gambar


Abang Imran takde ...sob! sob!

Bye bye pantai siring ..nnt jumpa lagi ....

 

Sabtu, 5 September 2020

REVIEW ASAM PEDAS PAK MAN 2020

Assalammualaikum semuaaa!

ACTUALLY Kedai Asam pedas ni sokmolah ramai org ..setiap kali aku lalu mst tengok ramai orang....tu yang aku pun kata jomlah makan ...dh lupa rasanya dulu pernah makan ...

masa aku sampai org dh beratur ..suami aku cakap nak makan pergi lah beratur dh dpt tempat panggil kitorg .ceh! nasib baik dia yang belanja so aku ok lah ...hahha

so kedai ni setahu aku breakfast ada jual roti canai dengan nasi lemak ..sdp lagi nasi lemka kat jasin tu ..korang cari post aku pasal port makan malam kat jasin ..korang akan jumpa pasal restoran nama Melantak kat jasin ..nasik lemak dia heaven weh! melayu india cina suka makan kat situ ..eh ter review kedai lain pulak!

so korang kena beratur dan ada anggota RELA jaga kat situ hokeyyy.....dalam lima belas minit dapat tempat duduk ..

pelayan dia ramai budak sekolah aku ..diorg dh habis belajar rasanya ...

oklah ...aku dah share harga menu kat bawah korang boleh refer ..

silalah layan gambar ok...



Nak masuk restoran kena beratur dulu ye semuaa..hmmm...

Asam Pedas Pak Man ni pelik aku asyik penuh aje...

tepi kedai asam pedas tu ada jual kuih keria gula melaka



Kerepek ubi ni sedap ..kalau korang makan sini boleh beli

Menu dan harga asam pedas

harga tak lah mahal sangat boleh lah kalau nak makan ...







Sepinggan asam pedas ikan jenahak ni sekitar RM19 amik dua ketul..total kami makan 3 set nasi + 1pinggan nasi putih, kangkung 2 orang makan(ni mahal 14ringgit) + air milo ais 2+ teh ais 1= RM65

Set nasi dia akan kasik sayur taugeh dan telor masin separuh

masa kami balik makan ramai yg beratur makan 


pada pandangan aku asam pedas dia ok...tapi ikut tekak aku sedap lagi asam pedas Parit Ani dengan Mydin MiTC..korang boleh google "Asam Pedas parit Ani...."

kalau nak cuba asam pedas Berkat Salam pun not bad sedap jugak...!

ini ada sekitar Ayer Keroh ..kalau korang berada di Banda Hilir aku suggestkan makan di "Perhentian Kuih Kampung" dekat area Ujong Pasir.......ni mmg korang takkan menyesal ..kuih kuih dia pun semua sedap sedap..tapi malam tak bukak ya..sekitar jam 5 petang kot aku rasa...ni dh dekat.....

oklah itu aje ..tak sah dtg melaka tak makan Asam Pedas ok ..hhahahha
 

Jumaat, 4 September 2020

VIVO PIZZA REVIEW 2020

best and terbaik!

Aku dan member sama sama posting Melaka makan makan tadi..kami dh tak tahu nak makan mana maka kami pilih jumpa kat Aeon Jusco Bandaraya ..senang ...pastu kami pilih makan kat Vivo Pizza

mmg puas hati makan kat sini weh! sedap!!!.....




yg ni pun sedap cuma masam sikit....

aku pilih air coklat dengan nasi ...mas amik pizza...Anie ambi panni macam sandwich subway tu ...dayot makan lasagna

Molten Larva ni serius sedap weh ..makan dengan aiskrim vanila ..ya Allah macam nak repeat weh!

yg ni ok ok jelah ..mgnkin sebab dh kenyang kot tu yangtak rasa sgt nikmatnya

kami semua sebaya ni umur 37 tahun 2020 ...mas , aku , mahab dan yot...


aku mmg recommend makan kat vivo ni ..next time boleh bawak anak anak makan sini ..mmg awesome! ok...
 

Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...