Sabtu, 15 Mei 2021

misscarriage

 aku sepatutnya period sekitar 21 atau 20hb setiap bulan ..agak tetap setiap bulan . dan aku dtg period pun setiap bulan tak pernah miss.

bualn Mac 21 hb 

tertiba bulan April 16 hb ada keluar coklat ..keluar coklat tak tak turun turun darah ..aku pun konfius kita ni dah lah nak puasa tapi macam ni pulak ...

aku minum air nenas lah ..apalah nak kasik darah turun cepat dan boleh mandi wajib .

entah macam mana terfikir nak cuba pregnancy test .

so pagi tu aku buat test tertiba dua line. 

terang pulak tu line di ..takde kabur kabur ..mmg jelas dan nyata .

aku diam lagi ...tapi 28/4/2021 aku pergi scan kat dr rahimah klinik Amal bukt katil nak tengok betul ke ada janin atau tak .

pergi doc scan nampak kantung tapi saiz kecik lagi ..doktor kata mmg lima minggu macam tu tak nampak 

kemudian dr perasan aku ada csyt dalam 3cm . doktor kata tak apa ..nnt dia akn disolve sendiri. 

aku lega tapi dalam masa yang sama rasa risau sebab ada cyst pulak .


tapi yang aku paling musykil ..aku langsung takde simptom mengandung ..takde alah langsung, tak muntah langsung, breast pun tak rasa berdenyut ..aku bgtau suami ..ni bukan kebiasaan aku mengandung ..kalau aku mengandung aku takkan macam ni ..

aku rasa sgt tak sedap hati...

14/5/2021 jumaat Raya kedua aku ada keluar sikit coklat .

aku bgtau suami jomlah scan ..ikut kan ni dah 7 minggu .

boleh dengar degupan jantung ..kalau baby ada .

so aku decide ke klinik one mdic jasin , klinik amal dan klinik wahida tutup.


mmg nervous. darah aku pun naik jadik 131 sebelum ni tak pernah macam tu . 

aku rasa takut. mmg takut.


Dr Ho scan aku . mmg nampak saiz sgt kecik, baby tak membesar ikut ukuran 5 minggu 4 hari sedangkan aku dah nak masuk 8 minggu. dia cuba dengar heart beat ..takde. 

so mmg aku dh agak . 

suami ada frust . ya aku tahu dia nak anak lagi . tapi benda ni bukn bawah kawalan kita . 

aku pun kalau boleh nak anak. Anak yang sihat , kandungan yang sihat . tp bila keadaan macam ni aku pun susah hati . 

dah masuk ni kali ketiga macam nak dpt baby tapi bilan scan tak lama darah turun as darah period. aku pun tak pasti kenapa baby tak jadi . 

aku sekarang menunggu saat darah turun dan ketulan darah jatuh .tapi belum lagi .kalua dalam dua minggu takde apa apa..aku kena buat d&c bersihkan rahim . 

perkara macam ni yang buat kami org perempuan takut , cemas dan gelisah . 

hanya org perempuan je tahu . org yng pertama kali mengandung excitednya lain . aku yang dh masuk 38 ni dah lalui banyak benda dan pengalaman jadi kita punya perasaan pun berbeza. dulu masa umur 23 mengandung so energytic semnagat je ..berani je redah semuaa sanggup ..takd ebenda yang takut ..posotove je . ni bila dah masuk 40 risau . semua risau ..fikir macam macam ...

kalau betul mengandung biarlah sihat dan selamat sehingga melahirkan . 

tengoklah lepas dah turun darah ni dah jumpa balik Dr Saifuddin kat mahkota Hospital kemudian nak check dan plab betul betul nak mengandung . kena bersedia fizikal dan mental .

aku tahu perubahan fizikal badan kalau mengandung macam mana ..aku dh mengandung hampir 5 kali tahu macam mana keadaan bila mengandung. 

oklah 

mohon sahabat semua doakan aku ..selamat turun darah ni dan tak perlu buat D&C. atau apaa apa yang tak sepatutnya . doakan aku sihat wal afiat . 

***balik tu aku goreng pisang nak bagi jiran jiran . aku puasa enam hari pertama masa ni .aku tak taulah puasa aku tu sah atau tak 

***aku baca dr zubaidi kata bawah 10 minngu darah kelar tu dikira haid. kalau atas 10 minggu dikira nifas, sebab fizikal bayi dah terbentuk.

****murah je scan dekat doktor kat One medic jasin dalam RM35 hari tu aku scan kat Kilinik Amal bukit Katil Rm60 scan dan amik acid folik .

semua yang berlaku dengan izin Allah SWT dan pasti ada hikmahnya . sebagai hamba Allah SWT hendaklah sentiasa reda dengan ujian yang Allah SWT turunkan kepada kita . 



Jumaat, 14 Mei 2021

SUMBANGAN PEMBINAAN SURAU

 mohon sumbangan para pembaca blog ini 

https://donate.serantaumuslim.org.my/order/form/waqafsuraucvr




rezeki rumah yang baik

Alhamdulillah 

boleh aku katakan ini adalah perumahan yang terbaik pernah aku diami . 

gambar ni Zaim yang share dalam cvr muslim united group

kami bersolat hari raya di atas court basket ball.

aku suka tengok suasana macam ni ..rasa sungguh bahagia .

di kelilingi org org yang hebat yang mencintai Allah SWT 

persahabatan yang terjalin kerana mengaharapkan keredaan Allah SWT .

satu hubungan rasa yang sungguh istimewa antara kami jiran jiran cvr ..atau Country Villa Resort.

mungkin rumah di sini tidak mewah hanya rumah teres dua tingkat 

tapi persekitaran atau bi'ah yang tak mampu anda miliki di mana mana 

utk lebih mengembirakan jiran jiran kami suka bersedekah juadah makanan. 


apa kemudahan yang ada di taman kami ;

- court badminton, basket ball, futsal, trek jogging dan yang paling terbaru adalah surau At TAqwa ..insya Allah pembinaannya akan bermula pada minggu hadapan 27hb Mei 2021 dan dijangka siap dalam tempoh 19 minggu .

korang doakan ya agar surau kami berjaya di bina . 






sumber gambar : Zaim Zinn Jiran sama CVR merangkap org kuat Yaminika Love.

Resepi Sambal Goreng Jawa


 ni version mak aku masak .

menu wajib kalau raya ..tapi kalau korang suka boleh letak tauhu kering, hati tu ganti dengan daging..ada jugak yang suka letak kacang buncis.

terletak pada selera masing masing.

tapi resepi basic macam tulah ..





ni menu raya aku masak hari tu. seronok jugak dpt jamu suami dan anak anak makan nasi impit, lodeh , dan rendang daging sebelum diorg pergi sembahyang raya.

balik tu aku sambung balik masak sambal tumis udang . sedap tau makan sambal tumis udang dengan lodeh ..mmg mabeles..

oklah ..korang masak apa utk raya .

aku kan konfius jugak kalau ada org malas nak masak musim raya ni kan ..

sebab family kita nak makan menu menu raya ni masa time rayalah kan ..

so aku failed lagi masak rendang daging ..pada aku rasa rendang daging aku so so sajelah ..hahah..lodeh aku guna resepi azie kitchen . 

lepas tu malam tu aku sempat bagi sedekah rendang daging dan sambal goreng utk jiran jiran ...


ok di sini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN . 

Ahad, 9 Mei 2021

CARA PASANG STACKING ELECTROLUX WASHER DAN DRYER.

Allahu ..bukan main lama ..sejak beli mesin basuh ni dengan dryer 2 Oktober 2019 ..sampailah hari ni 10 Mei 2021 baru hasrat tercapai .
hampir dua tahun lah kan ..hahah...
so mmg dream comes true lah kiranya ni ..so in my plan aku nak beli meja yang boleh lipat utk aku lipat baju terus lepas dh keringkan baju . 

meja tu buat kat dinding senang ...nnt dh lipat terus masuk lemari .

ni lah keadaan nya ..atas bawah ..stacking tu nak elakkan dryer jatuh ke depan bila washer berpusing .

ni no contact 
kalau korag pun pakai dryer electrolux dan nak pasang atas bawah macam ni call no company ni ..Ridan company Melayu ni ..kita supportlah org melayu kita ...
 

tq zubir pasangkan stacking umah akak ..

harga stacking RM140 harga upah RM70


pengalaman beli no plat sendiri

Kalau korang nak bel no plat dah boleh beli sendiri kat web mysikap.

aku tadi baru beli no plat AMA dengan harga rm310

rm300 harga no

rm10 harga khidmat tender.

tadi aku bayara saman sekali RM100

bila aku check rupanya aku ada 7 saman kereta ALA aku dengan BJJ. aku dh agak dh yang BJJ ni suami aku yang bawak ..semua speed trap sebab bawak laju . adoiii

ALA aku ada satu lagi saman.

tadi habis jugak lah 410 sekadar beli no plat dan bayar saman ! ceh!. adoi ...

https://public.jpj.gov.my/public/login.zul

yang lecehnya kena daftar bagai ..lepas tu nak create password baru bukan main payah kena masukkan huruf besar huruf kecik nombor dan aksara @#$%& pening aku ..

tapi lepas tu senang je nak beli no plate bayar pun pakai maybank2u je ...lega..

kalau boleh beli no plat ni berapa lama kena gantung ..tak silap aku 2 tahun . 

nnt kena call jpj


NORWEX BERBALOI KE NAK BELI?

OK kalau korang tang aku kan ..sejujurnya berbaloi sekiranya korang mmg PENGEMAS. mmg suka lap lap dapur rumah ..mmg rutin korang lap lemari lap kipas, lap cermin tingkap semuaa..
tapi kalau korang bukan sejenis yang mengemas hanya buat benda wajib korang takkan rasa berbaloi sgt pakai norwex ni .
hah !

itulah sebab nya bila orag tanya aku pasal berbaloi ke beli kain ni sebab mahal aku terpaksa cerita macam tu..aku tanak ko rang rasa tertipu pulak ..sebab terus terang bgtau mmg kain ni tak boleh bangun sendri utk lapkan rumah utk kita . 

kita lah jugak kena buat semua kerja tu ..

macm org beli thermomix dia kata memudahkan kan ...tp aku suka pulak conventional punya style ..ikut suka nak masuk apa dan bila .. hat tu macam kena tunggu depan machine ikut arahan dia ..

kita yang buat dia bukan dia yang buat kita ..hat ni terbalik . kita tak boleh buat apa selagi dia tak beri arahan ..ermmm....

so berbalik pada kisah norwex ni kan ..buat permulaan korang belilah kain kitchen cloth kalau tanak rasa rugi sgt ..dh cuba rasa ,..kalu ok ok lah ..kalau tak ok tok sah beli lagi ..kan .

itu je yang sis mampu cakap 

la ni zaman gawat kita paham sgtt..kalau ada pilihan yang murah awat nak guna yang mahai ..tapi kalau mampu silakan ..pm sis ..sat g sis guide hanpa ...

ok ....



Khamis, 6 Mei 2021

PEREMPUAN WAJIB BERPANTANG

kalau tak beli 1 set pun takpe ..beli miny herbanika, phyto natal dan akar herbanika 

 

AKU pernah mengalami proses melahirkan anak pertama tanpa apa apa pengetahuan ..akhirnya merosakkan badan 

jadi aku ni nak menyeru semua adik adik yang baru kawin baru mengandung baru nak melahirkan anak pertama ..ingat!! kena jaga dalam pantang at least jgn buat benda yng bukan bukan 

Dulu ada ornag ckp kat aku .."tak payah pantang .org kat oversea tu tak pantang elokkk aje..

takde rahim kembang jatuh ..elok je diorg" 

kalau ada orang cakap kat kau macam ni sebenarnya dia sedang membunuh kau ..dan mmg tak guna! terus terang aku cakap kalau kita, ikut kita bodoh .

orang sana panaskan badan dengan minum arak ..ko ada minum arak ke ...ko kena panaskan badan .sebab badan kita kalau sejuk sakit ..darah tak mengalir lancar ,

pakai setokin, jgn beraircond dengar cakap org tua ...

ada hikmahnya bukan sesaja orang cakap .

oklah apa yang patut buat kalau lepas bersalin:

1. ko beli minyak dari nona roguy ..herbanika ..yg utk orag dalam pantang ..aku tak jual .kalau korang duduk kg baru pergi beli sendiri . minyak ni bagus ..sapu kat dahi, tengkuk, pastu perut..semua kawasan lah ..sedap je berangin pastu ikat rambt tinggi tinggi ketat ketat

simpan rambut bila mengandung supaya boleh diikat

2. minyak aku suam ..sikit sikit ..jgn berteguk teguk macam org minum air lepas lari .

3. kalau boleh bertungku dan berbengkung. tak pun pakai bengkung tradisional supaya perut mengempis

4. makana pil phyto natal .ni tak menyebabkan bayi kuning .tanya pandangan doktor .takut kita sakit ada herb yg tak boleh makan .

5. makan buah oren supaya berak lancar , jgn sembelit, 

6. beli air dryer supaya luka lekas kering

7. makan makanan yang sihat , nasi sawi putih, minum susu , minum air panas.jgn seskali minum ais .tolong lah engar ckp ..aku dh rasa keburukkan minum ais ni .

8. begerak aktif jgn asyik tdo..

bukak lagu lagu ayat quran biar tennag takde gangguan .

cukup sampai sini nnt aku share lagu

link web nona roguy:

https://nr2u.com/eshop/index.php?route=product/category&path=59

* set bersalin kalau amik set mmg mahal beli apa yang nak sahaja


Sabtu, 1 Mei 2021

SPONSOR AIR BERBUKA

Korang tahu kan setiap hari bekerja or weekdays aku akan bukak puas secara bersama sama residen Country Villa di depan surau sementara ..

memandangkan dah ada menu utama 

hari hari menu lain lain okeys..hahah

paling aku ingat ada 

nasi arab, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi minyak ayam kurma, nasi kak wok , nasi daging, nasi ayam penyet , nasi beriani, soto, 

pastu ada juadah kuih muih yang jemaah sponsor .

so aku dan suami pulak hari hari bawa air minuman .

hari hari air lain lain tak sama 

Air bandung laici

Air mangga sunquick campur soda

Air cha bang ang 

Air jagung susu

Air vitagen

air soda, limau, laici, serai dan daun pudina

Air milo ais

Air bandung cincau

air fruit mix campor buah naga , campur laici, susu 

Air fruit mix campor soda

aku rasa air yang paling sedap air jagung Ihsan cakap, orked kata air yg campur soda. dan yang paling tak best aku rasa Air Vitagen . cam tak jadik sangat ar..

so dalam plan aku nak buat 

Air Katira

Air Jagung Susu

Air laici Teh O

Air kopi ais

tu air yang aku buat hahah ..mmg kecil je balang nya. yang sebelah tu air Tebu air yang AJK sediakan 

masa ni sunset .....

lawa pulak langit petang ni



tukang bawak air hari hari .....

seronok sebenarnya bila bukak puasa ramai ramai macam ni 
tapi aku tak suka juga bila org kata ..: seronok lah amik nasi bungkus je orang masak ...takpelah macam macam org nak cakap, janji kita sponsor benda yang baik kan ...

dapat hidup dalam kejiranan yang macam ni mmg sangat diimpikan ...

Alhamdulillah !!


tiles pecah pulak!

 2 April 

Qayyum mesej .." kak tiles mengelembung.."Aduh!! duit lagi ni ...Aku terus mesej en fadhil, kontraktor yang aku biasa berurusan. 

dia pun datang nak tengok 

pastu macam biasalh aku dh agak .." ni kena tukar semua nnt dia merebak ke belah lain .." 

aku ada gak fikiran nak tukar lamnating floor jimat sikit .tapi fikir balik ..buat jelah tiles..kalau laminating floor sapa pulak yang pasang ..upah lain lagi . 

en fadhil bagi quotation rm2300 pecah , cabut tiles lama dn pasang tiles baru .

tu yang naikk regenya . ada tanya kontraktor cina dia amik less dr 2k tapi dia sibuk tak dapat buat .



first laporan.

laporan kedua

tak lama lepas tu mengelembung 

dah pecah ..aduh ...
so akhirnya ..

24 April 2021 

barulah siap lantai bilik tu .Sian jugak Qayyum dan kawan kawan ,nak buat macam mana kan ...
ni rupa tiles yang baru 

proses memasang tiles yang baru

alamak pening aku tengok macam ni 

so inilah hasil rm2300 pembikinan semula tiles yang meletop .
benda benda macam ni mmg tak dijangka . boleh berlaku bila bila masa..

kalau ada duit boleh lah buat ..kalau takde duit hadap jelah ..lapik dengan tikar getah dan tu macam mana ...kalau abang abang aku dia mmg pandai bertukang ..siap boleh besar kan rumah sendiri . 

org kg lain ..ni kalau nak buat apa apa pun kena panggil orang kan ...

lagi satu design dan rupa ..

mmg kita nak macam ni ..macam ni lawa ..tapi bila melibatkan kos terus kita rasa ..ermmm ok jelah macam ni janji murah ..
kan...
dah lain dari perancangan yang asal ..

kita tak boleh nak ikut sy yang kita tengok kat facebook bagai tu ..
sebab nnt sampai masa nya tak sepadan rege dan rupanya .

terpaksa amik yang kita mampu milik 

lain lain org 
ada org suka berhutang janji rumah lawa
aku pulak suka buat ikut kemampuan tapi nak lawa cemana tu ...hihi

ni aku ada balance sikit duit nak buat tiles parking ...

hari hari zikir dan pasang tiles parking harap ada lah rezeki raya dengan tiles yang baru ...

lepas tu nak pasang porch atap sekita 6k gak ...

ada rezeki aku on je dua dua ni ...kalau tak buat satu satu ..ok 





Sabtu, 24 April 2021

Kemeriahan Ramadhan kali ini

 Alhamdulillah berbeza sungguh Ramadhan kali ini

kali ini kami solat terawih di surau 

malah kami solat waktu maghrib isyak dan subuh 

aku nak cerita pun macam panjnag je

aku pendekkan .

macam ni 

dalam taman aku ada seorang figura namnya Ustaz Hakim . tu je aku kenal ..rupanya ustaz Hakim ni popular bawah seranrtau Muslim . dan yang terkini ustaz Hakim ada company baru nama nya Yaminika . dan Yaminika ni ada CSR nya nama Yaminka Love Foudation di bawah isterinya Ustazah Suhana. 


salah satu program under Yaminika Love ni ialah menerapkan biah ISlam dalam komunity setempat .

Maka ustaz Hakim dan isteri serta team telah merangka satu program di bawah Yaminik love utk penduduk Country vilaa Resort yang namnya Ihya Ramadhan. Ihya Ramadhan ni ada banyak program . Antara nya sebelum Ramadhan ada pertandingan mewarna, ada bubur lambuk, ada pertandingan masak ,ada port luck dan banyak program program lain .Dalam bulan Ramadhan pulak ada program Iftar bersama setiap petang Isnin hingga Jumaat 

Seterusny ada cerima dari selebriti terkenal seperti Ustaz Zul Ramli , Ustazah Isfadiah, Ustaz Quran Time dan Ustaz HAkim sendiri. 

solat terwaih dan solat berjemaah berterusan sepanjnag bulan Ramadhan . Surau sementara telah didirikan . Alhamdulillah secara tidak langsung merapatkan ukhwah kami setaman dan anak anak pun terbiasa menunaikan solat di surau . 











semoga ramadhan akan datang lebih baik lagi ..

Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...