Jumaat, 19 November 2021

PRN MELAKA 2021

Saya sebolehnya tak ingin komen bab politik negeri melaka. Tambahan maish belum tukar pusat mengundi. 

Cuma sebagai org yg dh bermastautin di Melaka selama 15 tahun di Melaka ada beberapa perkara yg saya lihat: 

- saya sampai di Melaka 2006. tahun 2010 Tun Ali Rustam umumkan Melaka Negeri Maju. Mencapai standard yg telah ditetapkan. 

Saya lihat sendiri betapa kerajaan negeri waktu mengumpulkan nama senarai org miskin dan beri mereka jalan utk mereka keluar dr kemiskinan. Segala jenos bantuan diberikan utk memastikan mereka mampu keluar dr kelompok kemiskinan. Tak kurang yang tiada tempat berniaga disediakan tempat berniaga, nak kan mereka survive. 

Sehingga golongan miskin ini mampu menjana pendapat sendiri. Ada yg berjaya. Ada yg tidak .. kerana sikap sendiri yg tidak mahu berusaha hanya mengharapkan bantuan. Katanya “ buat apa nak kerja kalau sebulan boleh dpt bantuan Rm 700…”

At the end stuck di situ. 

- org Melaka semua part adalah bandar. Merekandr derah mana pun boleh shopping di mall. Sama ada mydin mall atau lotus. Mmg mereka ni jenis idop dalam Bandauu… kalau kat perak . Sampai grik ke atau lawin bandarnya Kuala Kangsar tulah.

- lagi satu kerana Melaka ni agak kecik jadi dia lebih murah di bangunkan. 

- terus terang cakap, org Melaka antara yg beruntung kerana negari nya bukan sahaja makmur malah rezeki murah hikmah tetamu yg sering berkunjung tanpa henti. 

Silaplah ! 

Jika segala bentuk keamanan yg kalian miliki di usahakan oleh org lain bila dah senang senang kalian nak beri pada org lain mentadbir. 

Apalah salah nya beri kepercayaan buat yg telah lama berusaha agar mereka dpt meneruskan apa yang mereka rencanakan 

Demi kemajuan dan kestabilan melaka.

Bersorak kata tak amanah , jangan membongak kau pun sama bila dpt jawatan… semua pakat nak penuhkan tembolok sendiri. 

Ingat jelah history kenapa kerajaan Melaka hari ni jatuh.  

Sebab pihak di sana menawarkan sesuatu kepada ahli di sini. 

Kalau pihak di sana tak berniat jahat takkan kerajaan negeri melaka hari ni jatuh. 

Tu silap individu bukan silap parti.  

Review The Habitat, Penang.

 

Actually kan ..ramai je kawan aku yang tak tahu The Habitat ni kat mana ..aku sendiri [un first time dengar pasal The Habitat ni ..masa suami aku ajak ke Family Day ni ..

tertiba kak timah kata dia dh lama nak pergi sini . wah! aku pulak yang jakun ..baru tau kewujudannya ..

oklah .kalau korang nak tahu The Habitat ni di Bukit Bendera. Masuknya korang kena naik kabel car tu utk ke habitat ni ...dr stesyen bukit bendera tu ..korang tanya je orang kat Buit Bendera tu kat mana habitat ..nnt dia akan tunjukkan . 

ok ..kalau korang dh ada tiket korang masuk jelah ..dr luar tu nak ke kaunter tiket dlaam 200 meter. 

lagi satu kan ..nasihat aku kalau korang nak masuk dalam Habitat ni pastikan ni je program korang..supaya korang dapat berlama lama dalam habitat ni ..yelah kan bayar tiket 40-50 ringgit takkan masuk 30 dh nak keluarkan ...rugilah ..

so mmg kami jalan lama gak dlm ni ..sampai sempat minum bagai kat cafe dia ...

dia kalau korang jalan dalam ni korang di baratkan mausk hutan tebal tau ..tapi yang dh diteroka lah ..dan kalau beruntung korang boleh nampak haiwan ..macam monyet ke tupai yang comel ..aku tak ingat nama apa tupai tu ....mmg cerita nya ni korang masuk hutannn... kalau korang jenis yang nature lover elok lah sangat ..tapi kalau kaki shopping tak feellah masuk dlaam ni ..memang hutan je ..

dan paling best kat jambatan tengah tu ..dia panggil Lanyur Walk ..aku suka lah ..benda bedan gini ..angin bertiup kuat tau ..sampai terang topi orked ..nyaris tak jatuh jambatan ...








permandangan naik cable car Bukit Bendera
kat bawah tu boleh camping ..gambar ni aku amik masa berada di atas ..




















hah ni lah climax dia ..ko akan naik benda alah ni yang ketingginya 800 meter. berada di sini bermaksud ko dah berada di PUNCAK PULAU PINANG..ikut penerangan Uncle ni ..kalau dr sini boleh nampak Langkawi dan Jambatan pulau Pinang ..memang best lah atas ni ..

cuma kalau hujan rugi ..uncle cakap tak boleh naik ..bahaya sebab takut ada kilat ...
atas ni tak besar mana jalan slow slow dalam 10 minit setel ..cuma waktu kami pergi tak ramai ..so puas jugaklah nak bergambar kat atas ni ..kalau ramai mungkin dia kawal berapa ramai yang boleh naik ..

kat bawah ni ada je yang sedang camping 




nak tahu tak ..setiap kali naik bUkit Bendera aku mesti teringat kenanagn masa aku kecik kecik ... abah bawa kami naik bukit bendera , masa tu aku kecik sangat ,,tapi masih ingat apa yang jadi ..

kami pergi dengan keluarga Bik Jenab ..ingat lagi siap sewa van ..sebab nak jalan jauh ..banyak ramai org ..so kena sewa van ...aku tak inagt berapa. harga sewa van tu ...

lepas tu dalam kereta kabel naik bukit bendera ...kakak aku ni jenis alah ..dia tak tahan sangat pusing ..lepas tu dia termuntah atas baju budak cina ..hahah ..sian budak cina tu ..aku tak tahu apa nasib dia ..sama ada dia terus bercuti ke ..atau terpaksa beli baju yang baru ..mmg aku tergelak bila ingta peristiwa ni ..

kami masa kecik susah nak bercuti sebab ramai ..macam mana abah nak bawa semua kan ..tapi aku ekcik lagi dha tidur otel ..abang dan kakak aku yang bawakkan ..merasalah kecik kecik jalan ke Kuala Lumpur ..

masa Kak Lijah konvo aku ke Melaka ..tu first time aku ke Melaka ..pergi naik bus ..balik .mak ajak naik keretapi nak bagi kami merasa naik keretapi ...abah macam berat hati ..tp mak dh aja abah pun bawak..
kami takde tempat duduk dalam kereta api ..sepanjang perjalanan mak kena pangku aku ..kesian mak ...abah pun cakap .." kan aku dh cakap ..." dah lama kut ..masa kat Kl ke aku tak ingat orang turun baru kami dapat duduk kut ..entah lah ..ingat ingat lupa . tapi aku sgt ingat ,...mak nak bagi kami merasa naik keretapi ..

takpelah ..lepas tu mak cakap ..." nyesal aku ajak naik keretapi ..kalau aku tahu kena berdiri sepanjang jalan .."

itulah perngorbanan mak kan ..dia nak kita rasa sesuatu yang baru ..
kita mesti ingat apa perbuatan mak kita kepada kita ..


** alamak aku selalu marah iyad mesti Iyad ingat ..habis!


kesimpulannya ..bawalah anak bercuti jika mampu sebab kenangan tu akan dia ingat sampai bila bila ...

aku rasa budak budak ni dh terlebih bercuti lah pulak 

antara yang pernah diorg pergi : 

Krabi satu Family 
Vietnam ..orked je 
Langkawi 
Penang
Cameron Highlands
Genting Gighlands
Janda Baik 
JB
Singapore satu family ..dua kali ke Singaore
Terenganu 
Kelantan 
Johor
K. Lumpur
Putrajaya
semenanjung rasa semua dh sampai ..

cuma tak pergi pulau pulau dan Sabah Sarawak. 



Duta Mohd Chan Taman Seribu Bunga

 


lepas balik je makan kat Mohd Chan tu terus aku cari FB dia ..saja lah nak tengokkan ..

tertiba dia ada buat contest ..ala share button like kemudian tag dua orang kawan ..lepas tu follow page FB dia ...mudah sangat kan ..ta yah jawab soalan apa apa ..aku tengah contest ni pun cam sikit je yang masuk ..tak ramai join ..aku saje jelah masuk ..kalau menang alhamdulillah 

dan masa aku join tu dh nak tarikh tutup pun ..aku pun promote gak kedai mohd chan ni kat FB aku ..aku perasan adalah dpat notification yang kata post aku pasal rstoran mohd chan ni engaged dengan ramai org ..

so aku mengandaikan aku ni ada followers aku tersendiri ..kan ..so macam oklah ..

taklama lepas tu masa aku kat penang kot ..malam dinner tu aku dapat wsap bgatu aku menang contest ni ..yeay!! alhamdulillah ..


first time au masuk contest gini menang tau! hahah..aku rasa bersyukur nya lahai ..dpat makan percuma ..bila tah nak makan kat sini...

aku ingat nak tunggu imran ..voucher tu boleh makan sehingga 15 Disember ni ..kena tunjuk mesej...oklah ...

lepas ni nak jpin contest lagilah ..mana tau boleh menang ..

Selasa, 16 November 2021

PCR PALING MURAH DI MELAKA

ISNIN, 15 NOV 2021

Gempar, rakan satu sekolah positive Covid ..bukan satu ..jam 10.30 malam dpt tahu seorang lagi positif. dan esoknya dapat tahu seorang lagi positif. total 3 org positif . Kami satu bilik guru .

semua dah takut . Aku pun fikir balik ..buatlah test ..nnt kalau positif sian kat anak anak kat rumah . Tak pasal pasal kena covid. 

balik sekolah isnin tu aku ke Poliklinik .Nurse suruh aku scan dan isi google form as kontak rapat . malas aku ..kang tak pasal pasal kecoh pulak . 
so aku pun amik keputusan ke klinik One Medic kat Bukit Beruang. 
orang dah ramai dalam 5,6 orang ..aku sampai je dia cakap ..
"tutup kak ...3.30 baru bukak ...nak tukar shift."
 aku pun kata ..
"takpelah saya tunggu sini .."
malas aku nak pergi kang dtg balik org dh ramai. 
aku tanya suami nak buat RTK ke PCR ..dia kata PCR terus..tak yah RTK ....

kat sini RTK rm60 PCR RM150 ..tapi kalau ko like page fb diorg dpt less RM10 
lepas tu kalau korang dtg bulan Oct dpt buat RTK Rm20 je...


aku buat mmg tak lama ..nak tunggu budak shift baru masuk yang lama . 
yang bestnya 3.30 ko buat 1.30 pagi ko dapat wassap result pcr ko ..laju gilak! 

oklah kan ...

aku pun kembali ke sekolah dengan hati yang tenang . 
ramai dtg One medic ni sebab murah katanya ...
RTK Saliva tu boleh je buat sendiri ...beli kat farmasi dalam Rm6 kut tak sampai Rm10.

tu sayup sayup khemah tu 

kat sinilah aku buat PCR

bagus abam rela tu ..sentiasa membantu ..tepon aku abis bateri pun dia kasik pinjam dia punya ...

kalau korang nak order mask norwex pm sini ..https://amazabidi.norwex.my
 

Isnin, 15 November 2021

PART 1 : PENANG 2021

Akhirnya plan utk Family Day ofis suami berjalan lancar. 
kami ke Penang dan menginap di Royal Chulan Penang. Best bilik ni besar .
nnt sis review post khas pasal bilik ni ..ok? 

kami bertolak hari Jumaat ..itupun lepas beli kopi capsule dekat Jusco Ipoh . Dalam jam 3 lebih jugak baru gerak. Perjalanan lancar .tak banyak kereta..
kami sampai sekitar 5.30 petang ,,malam tu ada makan malam. 
jadi lepas makan malam di grand ballroom kami pun bergerak naik bas ke padang kota 

lepas penat berjalan ..makan beramai ramai masuk 7 elevan sebab kedai ni nampak antik
kedai ni betul betul depan Padang Kota 

dalam hotel depan grand ballroom


ni depan lobby hotel 

sejak dah pandai minum kopi ..mesin kopi pun ko heret merata alam ...

Padang Kota 2021

Malam kami datang ni ada pertunjukkan lampu dia kata Lantern Decoration.

kalau ke sini jalan kaki sahaja dari Hotel royal Chulan tu 

Mmg teruja lah nampak lampu tu ..ada hiasan utk setiap negara ..ada Tower Bridge London dan ada monumen monumen lain ..semua berbeza ikut negara negara masing masing ..



belakang Iyad tu Taj Mahal ..

ni pun cantik..

ada disediakan basikal utk orang awam menunggang basikal .

aku rasa Penang sebuah negeri yang patut dikunjungi tempat nya cantik dan menarik .

Jumaat, 12 November 2021

Royal Chulan Penang 2021

 Aku tahu Royal Chulan ni ada banyak … seremban … kl … the curve… lagi mana ek… yg aku duduk ni di Penang.

Kami pergi sempena Family Day suami aku… 

Kitorg pergi Jumaat sampai Ahad. 

Dapat bilik besar ala apartment.. ada ruang tengok tv… master bedroom pastu ada bilik kecik… 

Kalau kami satu keluarga ni mmg muat sangat…

Ada bath tub .. lawa sgt … macam colonial English sikit bath tub dia..

Aku suka lah hotel ni…





Nng aku sambung tulis di macbook .. payah type kat hp ni…

Selasa, 9 November 2021

HATTEN HOTEL REVIEW

 Inilah percutian staycation paling pendek dlm sejarah.. sampai jam 4.30 petang check out 7.30 malam… ghitewww 

Hahah..macam ni… Selasa selepas appointment Ihsan , aku amik keputusan nak ke Hatten .. suami ada program dan dpt bilik kat situ.. 

asalnya aku malas nak pergi .. yelah hotel nya nun kat bandar hilir.. rumah aku area bemban .. jauh lah jugak kan…

Entah apa dia .. balik klinik terus packing barang termasuk baju utk esok aku keje.. kononnya nak gerak dr hotel ke sekolah. Plan A. 

Sampai sampai otel .. budak budak asyik ngadu lapae .. apa lagi aku capai menu terus order in room.. tengok menu satu set36 ringgit dan satu lagi alacart ada nasi goreng kg morten dengan ayam goreng Rm25 … boleh lah… total dlm 61 ringgit… makan hotel kan mahal.. 


Teringat rege  siakap kat Langkawi .. terus rasa murah…kah! Kah! Sedangkan kalo ko makan kat kedai kg tunrazak nasi goreng kampung baru RM5 .. acah billionaire internationally kah ?? Hahah …#kezzahkepam omg… 

Takpelah yg tu tolak tepi .. aku stay je kat bilik pastu makan sampai depan pintu kira heaven sgtlah kan .. dh lah makanan dia sedap … terokk.. korg boleh order chicken grilled tu mmg masyukkk… kuah black pepper dia lahaiiii dap dap nauuu! 

Habis makan terus g swimming pool..

Sampai swimming pool tak sempat scan budka tu kata .. “takpe kak pergi je mandi cepat ..! Lagipun hari nak ujan ..!”

Apalagi budak budak meluru lah takut tak sempat mandi… 









RM25 Nasi Goreng Kampung Morten… sedap! 

 






Hotel ni cantik…

Kalau korang dtg sini boleh order makanan dia ..walaupun mahal tapi puas hati… 
Pool dia pun lawa … tapi kecil je… oklah kan..dr bilik aku stay ni nampak laut .. pastu cantik samgat sunset dia.. 

Walaupun hanya 3 jam seronok. Hahah.. 
cadangan nak tido di hotel aku kenselkan.
Kami balik ke rumah jam 8.30 malam. Aku tak berapa yakin nak gerak ke sekolah dr hotel. 

Alhamdulillah keputusan aku tepat. 

Looking forward another vacation to Penang! Yeay!!!

Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...