Isnin, 13 Februari 2023

JUAL TEMPLATE CANVA

 sejujurnya mmg banyak template yang aku dh buat di canva ..paling banyak buku program , ada jga video dan beberapa poster.

aku nak jual di etsy tapi akaun aku kena suspend pulak . so aku ingat nak jual di payhip..tapi dia guna paypal pulak. so akhirnya aku tak tahu  nak jual dimana .. 

aku ingat nak share je di blog aku kalau sapa sapa nak boleh pm aku amazabidi@gmail.com




ada dari A-Z ..ok


Rabu, 8 Februari 2023

Basikal Decathlon

 

hari ahad lepas aku order basikal balik dr jogging.tertiba ..macam dirasuk hahah..aku mengadap depan laptop terus masuk website decathlon.   https://www.decathlon.my pilih basikal yang aku aim terus bayar ...heheh ..basikal yang aku order ni jenis lipat tapi takde gear ..RM799..aku beli cash? eh! taklah installment pakai atome..korang pernah dengar Atome? nnt aku tylis post pasal Atome ni 

berbalik pada basikal ..aku order Ahad ..semalam sampai ..rabu ..so dalam tiga hari je basikal tu sampai anddd freee postage ..paling best harga sama di outlet..bukan macam grab harga naik 3x ganda di grab berbanding beli di kedai ...

ni basikal yang jenis lipat...kalau ko beli sendiri ka outlet kita pikir cara nak bawak balik ..muat ke tak ..post lagi bagus ..DHL akan post ...


tengah set up 

ni basikal yang first aku beli di decathlon ..RM599..puas hati lah ....

so korang kalau nak beli baranh berkuali bab bab sukan ni boleh pergi decathlon okeyyys

Ahad, 5 Februari 2023

Berbaloi beli basikal di Dechathlon

 Aku ada banyak pengalaman beli basikal tapi cepat rosak

Kesian anak anak pinjam basikal kawan. Dah dilarang tp main jugak.. so aku fikir kena beli basikal yg mahal sikit biar tahan lama. 

Bayangkan basikal Orked baru je pakai tak sampai seminggu dh rosak. Naik baiki satu hal.. kena bawak ke kedai tu dan hantar repair. Kos lagi! 

So aku ingat beli je di shoppee. Sama jugak! 

Entah macam mana terfikir cuba beli di Decathlon. Sebenarnya boleh je korang beli online. Free delivery lagi. Harga sama macam di outlet.

Aku utk orked satu. 

Dan skrg sedang menunggu satu lagi sampai. Susah takde basikal. Kekadang budak nak g surau. Masa aku keck basikal rosak kena jalan kaki beli brg dapur. Ada masa garam le.. minyak lah… 

Ni budak tak pergi kedai runcit, tapi g surau. Okaylah. 

RM799


Baru belikan basikal ni utk orked tp warna putih. Mmg nampan tahan lasak. 

Kami pergi di cawangan sebelah klcc.. depar Avenue yg ada sephora tu… 

Tunggu yg lain pergi tandas

Rabu, 1 Februari 2023

Ronda ronda Kuala Lumpur 2023

sebenarnya seronok jugak jalan jalan di Kuala Lumpur ni hujung minggu..paling best kalau ko ada rumah tempat nak menginap..fre dah accomodation..tak yah pikir nak tidur kat mana kan ..kebetulan kakak aku duduk di sentul ..tp masa aku pergi ni dia balik kampung dan kami balik ke Shah Alam. 

oklah tujuan asal nya nak main tenis pada hari ahad
so hari sabtu dalam jam 2.30 petang kami bergerak dr melaka ke kl. Kami terus ke Sogo dan parking dalam sogo lebih mudah dan selamat .
masa aku tengok peta ni teringat kota london .rata rata bila kita jalan ada peta ni ...



ms kami sapai dalam jam 4.30 petang .suami aku ajak makan di Restoran Insaf dan kami solat Asar di Masjid Jamek. Lama betul kami tak ke sini. dulu masa study di um selalu dtg jalan TAR beli baju raya ke..bajukurung ke tudung ke...macam takde port lain nak membeli ..oklah ..mengimbau kenangan ....!
kami jalan dr Sogo ke Dataran Merdeka..malam kami sempat tengok River of live dan Pasar Seni ...nak beli bunga hidup..bukan main susah samai sini tapi beli bunganya satu je ...rasa mahal nak beli bunga hidup banyak banyak


sejujur nya aku nak je jalan jalan lagi ke sini ..masih banyak benda yang kita boleh explore..lepas ni nak ke lalaport ..katanya best ..tp jalan jalan ni kena stand by je lah duit nya..makan restoran dh berapa ..tapi Insya Allah duit tidka menjadi masalah ..ada..


banyak betul perbezaan pasar seni dulu dan sekarang ..best dalam tu ada cafe ..satu kafe yang aku jumpa antara dua darjat ...


sampai ke malam kami stay di Dataran merdeka ..masa kami lalu ada persembahan askar dia sini. mungkin ada apa apa program .


esoknya kami ke Pavilion sebab nak baiki jam SWATCH Imran ..ada dua je tempat nak hantar jam ni ...salah satunya di sini, kami makan di Food Repuvlic ..aku nampak ada ramai org beratur di Paul Satu cafe yang terkenal di Pavilion ..mmg nampak pekerja dia kepenatan melayani pelanggan yang tak henti henti kunjung tiba ..mmg penat keje di bahagian F&B ni 

pavilion ni agak famous ..kalau org lain dr Brunei atau Indonesa mereka suka ke sini ..branded dan berbaloi agaknya .










sayang ....rasa kopi ni biasa biasa sahaja..pelik aku apsal ramai nau yang beratur nak makan kat sini ...(lapar pulak aku ganti puasa hari ni)..aku order dua ..tapi baik aku beli Zuss lagi sedap .








semasa kami nak balik ke Sogo ..kami nak shuttle bas yang disediakan secara percuma berdekatan 


















oklah ..kalau korang rasa nak bercuti hujung minggu tanpa kos yang mahal ..rasanyakoran boleh ke kuala lumpur..kami belum sampai ke Saloma Bridge lagi ..insya Allah akan datang .
sayangi keluarga anda ..


 

Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...