Khamis, 9 Mac 2023

Leisure Cove Penang VS Leisure Holiday Cameron Highlands

 Leisure Cove, Penang.

Terletak di Pantai tanjung Bungah, 8km jugak nak ke Komtar, Biasa kami duduk bandar. Kali ni duduk jauh sikit tapi belakang hotel terus jumpa pantai . semalam sampai ..petang kami dah ke pantai. 

Bilik ada dua tapi luas. ada dua ktil bujang , satu bilik lagi master bedroon ada katil king.
dari segi fasiliti ada cookware, induction cooker, ada peti ais, microwave, ada pinggan semua dia kasik dalam kotal khas utk Muslim . Non muslim ada disediakan dalam almari. 

tapi yang aku suka di Penang ni ada coway, dan ada perkhidmatan mesin basuh . so korang kena bayar tapi same building aras G . boleh basuh baju hari hari ..basu rm6 kering rm4.tapi tak betul kering pun ..kena sidai dalam bilik bagi betul betul kering .

master bedroom

bilik kedua

view dari bilik kami ..








Leisure Holiday Cameron Highland

aku suka! semua termasuk sofa meja makan ..ruang dalam rumah da cosy ..paling best ada sliding door yang view dia kita nampak bukit bukit ..scenery sgt cantik ..puas hatilah ..macam rumah sendiri pulak feel dia .hahha..selesa... dan duduk lama pun ok .cuma CH ..biaslaah sejuk nyaaaaa..tak tahan ....mmg sejuk .selimut kena tebal ..pakai stokin 24jam hahah....

ada balcony boleh lepak tapi tak lama masuk rumah balik sebab sejuk. 





master bedroom



bangunan yang sama dengan Green hill View







bilik ketiga




tempat makan kami pagi pagi

view kami pagi pagi

kedua duanya bawah management yang sama Leisury Holiday ...price utk dua malam rm279 (penang) dan cameron highlands cecah Rm500 jugak utk dua malam ..oklah itu shaaja perkongsian aku utk cuti kali ini 
dari JB - Cameron Highlands - Penang - Melaka .

Parit Falls dan ATV Safari

Hari kedua di cameron ...kami breakfast dahulu di bilik. Kami makan jagung rebus, masak, teur separuh masak, ada wrap dan panaskan kuih. 

lewat jugak kami keluar dalam jam 10 pagi kami baru ke Teh Boh Sungai Palas yang jaraknya dengan hotel kami sekitar 12 km ..tapi masa ke sana boleh jadi 1jam disebabkan jammed. Selalunya kereta mula sesak di depan Centrum Mall dan Kea Farm. Kami rasa bersyukur sebab kali ni CH langsung tak sesak. Laluan trafik lancar dan polis ada di mana mana. selalu nya sesak di Kea farm sebab org cari parking nak ke situ . ada parkng berbayar di tempat pick up point Floral Park. 

So destinasi pertama kami adalah ke Mossy forest just nak tengok tapi sebab tak jumpa ..langsung kami lajak ke Tea Boh Sg Palas. Cantik tempat ni ..sejuk je...

Masuk ke sini percuma .tapi kalau nak makan di Tristan Terrace harga nya boleh tahan jugak. Nasi lemakbiasa Rm9.90,nasi lemak rendang ayam rm16, air satu mug, rm4.55, air coklat (3 in 1 cadbury) rm4.90, kek majoriti rm14-rm16 ..total kami makan RM139.00 lebih kurang. agak pricey lah .tapi sebab kita nak makan sambil layan view mmg itulah harga nya ..macam kalau makan kedai tepi jalan murah maan restoran cafe butik kan mahal ..


buat raso raso ...strawberry cheese cake, kek tea hijau sponge cake tu



matlamat kita jalan ke situ dan makan 😅

sambil tu posing dulu ...sejuklah jugak ...
























nasi lemak rendang ayam ..tapi tak best sebab dh sejuk rendang ayam tu ..kelemahan duk CH, makanan cepat sejuk hahah...



























ATV Safari 

Sebab tak dapat masuk Mossy Forest , budak budak naik ATV, bayar agak mahal ..ATV dua orang RM90 kejap je bawaknya taklah lama sangat ..naik ..tengok buai tergantunglepas tu turun ke Safari. Safari pun takde apa sangat bnatang...ada kambing, ayam, monyet dan arnab..adalah burung merak 3 ekor ..ermm..aku tak suggest sgt . tapi kalau nak merasa bawak ATV boleh lah ..aku naik trak tu je baru rm20 kanak kanak rm15. safari tu dah included. 


ada guide yang bawak kita sebab bahaya jugak bukit dia nak turun tu 


Parit Falls 

Actually Parit Falls ni tengah renovate. Kami jalan dr taman yang tempat org jogging tu terjumpa laluan masuk kami jogging jumpa Campsite parit Falls..lepas tu kami masuk hutan ikut trails dia jumpa air terjun ni Parit Falls. Tapi air ni dah tercear jadik tak bolehlah kami mandi atau nak rasa sejuk airnya . 

Memang cantik ..takramai orang share pasal Parit Falls ni ..kalau review pasal Cameron  Highlands.

lepas ni dia dah baikpulih baru boleh masuk rasanya . 

cantik betul view kat sini. masuk pun free aja..alhamdulillah merasa tengok air terjun ..



 




dalam pada tu sempat basuh baju.


Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...