Jumaat, 28 April 2023

Open House Aidil fitri 2023

Penat mmg penat , tp puas hati. Tambah org puji rendah ko the best ever rendang. Ah! Sudah… 
Aku masak banyak jgk menu. 
Daging dendeng
Nasi impit
Lodeh
Ketupat frozen
Soto
Begedil( suami masak)
Ada buah mteh tarik
Ais oren
Kek buah ( kak fuziah bg) 
Mushroom soup 
Last minute punya menu

Rasa gembira tengok org makan masakan kita. Tp azab nya nak masak tu Allah je yg tahu. Dah lah aku selsema pakej sekali nak demam. Anak dara mana ada menolong.. buat lah jugak. 

Kebanyakkan suka daging dendeng aku. 
Soto pun katanya sedap! 
Alhamdulillah lega dengarnya.
Next time boleh buat makan makan lagi … hehe…

Kawan suami.. 





Jiran dari Yaman tu puji … sedap rendang aku masak.

Ihsan ihsan siap jemput Iskandar datang rumah

Cincoi, Hafidz dan Wong

Anak anak jiran

Set up open house

Orked dan Aufa

Bos suami dan staff upen..

Penat dh nk tido okey…😅😅😅

 

Sabtu, 8 April 2023

Atome

 Pernah dengar atome. Dia macam kita buat installment beli barang dengan atome. 

Selalunya ada tiga kali pembayaran. Masa kita nak beli tu dia dh bgtau pelan pembayaran utk tiga bulan tu. 

Cuma masa kita nak link akaun kita dengan bank tu kita kena buat satu step. Izinkan transactions online. Benda tu actually off so kena call bank utk onkan . Bahasa mudah nyalah. 

Setakat ni aku dh buat 3 pembelian pakai atome. 

Satu purse, kedua basikal Ihsan dan yg terbaru basikal Iyad.

Harga basikal Ihsan RM799, aku sayang nak gunakan cash so aku rasa setakat RM266 sebulan tak lah membebankan. 

Contoh yg aku dh bayarkan… actually yg april tu kena bayar 7April. Tapi aku setelkan awal.
Pada aku kalau kita disiplin bayar takde masalah. Jadi hal kalau kita lewat dr yg sepatutnya kena bayar. 

Sebenarnya banyak je benda benda yg pays later ni.. macam under shopee, touch and go dan lain- lain. Tapi paling aku percaya setakat ni Atome kut. 

Next nak beli ipad pulak 😆. Mungkin pada org kalau tak mampu tak layah beli. Tapi aku rasa, aku tak lah tak mampu. Cuma rasa kalau bayar 3 kali cam untung sikit. Lagipun takde penambahan harga pun.harga sama. 

Aku just share pengalaman pakai atome.ok slm 18 ramadan

Jumaat, 7 April 2023

Surau At Taqwa

 Alhamdulillah tahun ini kami berbuka puasa dan dapat solat terawih di surau At Taqwa

Alhamdulillah byk aktiviti dpt dilaksanakan di sini termasuk, solat 5 waktu, iftar jamaie, solat terawih dan tazkirah.

Anak anak pun ada aktiviti di tingkat atas supaya tak ganggu ibu ayh beribadat. Dengar nya ada guru khas utk mengajar kanak kanak ini.

Konsep iftar ni macam ni. Sponsor by lorong lorong tanan. Kat CVR ni , CVR 5 paling happening. Diorg siap pasang lampu liplap led kat rumah masing masing. Jeles betul kami tengok 

Rumah kami takde pasang lampu. Kalau ada pasang baru meriah. Macam rumah mak masa di kampung. Abg pasal lampu warna warni. 

Kami cvr 12. Biasa biasa saja. 

Kalau cvr 5 host iftar mesti paling gempak dan paling banyak makanan. 

Seronok makan ramaj ramai bersama jiran tetangga. 

Makanan siap siap di pack , kuih muih dihidangkan


Antara kuih yg ada. Masa ni menu daging harimau menangis

Menu cvr 5

Ruang solat muslimah


Aktiviti anak anak


Ada pulak yg melayan main mercun


Surau kami, At Taqwa


Sabtu, 18 Mac 2023

60% Staycation Siap

Tadi selepas pendaftaran f1 di sekolah aku ke Taman Tasik. Sebelum tu singgah mydin beli kasut imran dan baju dia di Hari hari. Kami melepah di ttu. Sambil aku basuh bilik air dan bersihkan dapur. Byk lagi kens buat . Bersihkan gril, tingkap, dinding dan lain lain. 

Tp ada banyak perubahan. Skrg aku tunggu langsir siap sepenuhnya baru berani terima booking. Ada satu lg plan nk bawak sofa ke sini. Buang semua pinggan mangkuk lama dan belikan peralatan memasak yg baru

Mcm aku ke cameron. Brg tak banyak tp ter susun. Itu yg kita nak…lg satu bersihkan bilik kecik tu. Buk juga ketja nk buat. Nk senang upah orang.





Cantik langit 

 Itulah, semua main duit. No money, no talk. Aku nk baiki dinding dan syiling master bedrooms 

Baiki shower, lain lain ok kut.

Lelaki hilang di bukit beruang

 Allahu.. akhirnya lelaki yang hilang ketika mendaki bukit beruanh di temui. 

Menurut berita lelaki ni hiking pada waktu petang, hilang dan pasukan penyelamat mencari sehingga beberapa hari dan hari ini mayat lelaki tersebut dijumpai. 

Tiba tiba teringat, ada tiga kali cubaan nak hiking waktu petang. Namun gagal! 

Kali pertama pergi dengan iyad, dia tak bawak sport shoes.. dah sampai park dah.. terus patah balik. 

Kali kedua dengan orked. Dia tido ngantuk taknak hiking. Terus patah balik. Masa ni mak nya hentak hentak kaki lah sebab dh sampai tak dpt hiking. 

Kali ketiga elok dh sampai nak hiking , hujan turun. Terus masuk kereta balik.
Bila fikir balik, apsal lah susah sgt nak hiking waktu petang



Selasa, 14 Mac 2023

"Tiada lagi gambar di FB"

 Hari ini aku rasa tiada lagi keperluan berkongsi momen indah bersama keluarga di FB.Kalau boleh aku nak jadi org yang paling taknak post pasal bercuti di FB. Sebab yang kita nampak momen happy kita , tapi tang org nampak ko lah terpaling boleh cuti.

So lebih baik diam dari tayang. kalau pun kata nak buat kenangan ..cukuplah only me. rasa nya itu lebih baik .sebab mmg betul tak semua org suka tengok kita bahagia. kebanyakkan nya tak senang tengok kita bahagia. so baik sembunyi . bahagia atau tidak bahagia kita diam diam sahaja boleh ?

so jadiklah kita letakkan dalam blog ni apa yang kita nak kongsi ,dan berharap tiada orang membaca nya ..hahah! ..

sebenarnya cuti ni mmg banyak pakai duit . korang bayangkan kami di Johor dr hari Jumaat sehingga Ahad. Isnin di rumah tengah hari gerak ke Ipoh , Selasa - Khamis kami di Cameron Highlands dan Jumaat hingga ahad di Penang.

Hari pertama di CH, kami makan tengah hari kemudian balik bilik , Makan malam di bilik, itupun selepas membeli belah barang di Speedtmart RM150 nak beli minyak, nugget, roti, butter, maggie..keropok kopi, milo, susu pekat, sabun basuh pinggan , sabun basuh kain, dan macam macam lagilah . so malam tu kami makan nasik goreng dan jagung rebus. 

Esoknya breakfast kami tak makan diluar. Dah jimat! masak nugget makan dengan wrap. makan telor separuh masak dan lain lain . Tapi kemudian makan jugak diluar . Makan di Teh Boh Plantation Sg Palas dan pergi naik ATV, malam kami makan di restoran berdekatan dobi. 

dan balik bilik main saidina dan terus tido. esok hari terakhir , bfast di bilik dan terus bergerak balik .Dalam perjalanan kami singgah beli strawberry, dan sedikit tomato dan kentang baby. rasa dh jimat hari tu ..sekali eh! singgah pulak AVANT kilang coklat ..beli aiskrim sebatang rm10.50,sorang sebatang dah rm40 lebih pastu beli kek pulak! ermm....









Lanjut perjalanan ke Penang. takde stop stop terus sampai Hotel . cuma makan malam di Lan's corner kena RM150. 

Penang

Mmg kami habiskan masa tiga hari di bilik semata mata. petang ke swimming pool. hari pertama main pantai, ada obor-obor pulak langsung takut semua pakat naik ...

hari kedua lepas mendobi aku berjalan kaki dengan Iyad, Ihsan dan Orked ke Nasi Kandar Jaaffar Tanjung Bungah..beli nasi kandar dan roti canai total RM40. boleh lah ..beli milo ais 2 bungkus. 

petang kami mandi swimming pool . malam order Mc Donald,eh macam penah cerita pasal ni . 

Esoknya kan ..kami dobi lagi kemudian sekali lagi pi makan kat restoran Nasi Kandar. kali ni makan kat restoran ..kena RM40 jugak hahha..sampai owner kedai tu pun dah kami muka kami . 

kami berjalan perlahan lahan ke Family Mart yang terhampir. beli ice cream, sosej dan roti. Memang betul. Balik bilik petang diorang dah mengadu lapar lapar. petang kami swiming pool dan malam tak keluar hanya order makanan melalui grab food. 

esk nya balik Melaka. 






Isnin, 13 Mac 2023

Dalam perjalanan balik ke Melaka ,kami berhenti di RNR Elmina untuk solat maghrib dan makan malam .Teruja dengan konsep rnr ni "Industrial konsep". yang menariknya terdapat banyak booth makanan yang menarik dan ada outlet CU. 

Selalunya CU ni kita jumpa kat bandar bandar , ni kat RNR pun ada. 
tapi mahal . kalau benda tu kita boleh beli rm1 kat CU terus jadi RM3. 




konsep open air tandasnya














dalam perjalanan balik , kami singgah di Kuala Kngsar untuk menziarahi kubur mak dan abah. Nampak subur betul pokok pokok yang tumbuh di kubur abah. 
semoga Allah swt mengasihi mak abah sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kecil AAMIN..





 

Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...