Khamis, 21 Disember 2023

DIVIDEN ASB 2023, EMAS DAN 100K .

 Ala...di saat aku telah menamatkan ASBf aku tiba tiba kerajaan annouce banyak lah pulak ASB tahun ni 

kalau orang ada ASBf dalam RM200k korang gain dividen dalam RM10k tau ..itu pun kena tengok balik bulan bulan ko bayar berapa..contoh aku dulu amik RM200k bulan bulan aku bayar sekira RM1100. so RM1100 darab 12 bulan maksudnya aku menyimpan dalam asb sebanyak rm13,200. tapi dividen ko dapat dalam RM10k .tapi ingat nnt kalau genap 35tahun ko tetap ada duit yang RM200k tu .tu yang untungnya . berbanding ko simpan setiap bulan dengan amount tertentu. 

macam suami aku dia mmg tak percaya ASBf ni pada dia merugikan . pada aku tetap ada untung taklah merugikan sangat. 

ok mari aku cerita pengalaman aku terminate ASBf aku. Aku amik di Maybank. masa aku amik tu interest dalam 5% kalau tak silap .tapi aku amik 100k kemudian 100k lagi . so satu aku kena bayar 549 dan satu lagi 548. so setiap bulan aku akan tolak RM 1097 untuk ASBf 200k. sebenarnya ok . tapi tulah kan jenis tak menyabar. aku dah terminate. 

so kalau ko nak start balik ingat ek ..kalau ko amik loan asbf 100k ko bukan pinjam 100k tapi termasuk isnurans. so kalau ko terminate awal sangat nnt ko kena bayar lebihan tu pada bank . 

oklah aku masuk ASB selepas aku beli honda city . masa tu tahun 2018 tak silap aku. ni post aku http://ceritaama.blogspot.com/2017/12/plan-2018.html

sejarah dividen ASB sejak 2017. 


Okay so aku masuk sekitar akhir Sept 2018 sehingga Ogos 2023. so sekitar 5 tahun . 

aku seronok sebab aku ada duit simpanan dalam ASB 25k..duit tu lah yang aku amik dividennya utk ke umrah, renovate homestay buat tiles 4k lebih, bayar renovation homestay dalam 10k dan guna duit ASB tu buat downpayment kereta baru aku 😓

yang ni nnt aku cerita. pasal kereta aku. yang baru. 😐😐

berbalik cerita pasal aku terminate ASB.

aku pergi ke ASB tak silap aku 11 ogos 2023. aku jumpa peg loan dia. dia tanya jugak kenapa nak terminate ASB . aku cakaplah sebab aku nak buat yang baru. sebab interest yang ni mahal ..tak silap 5.5% interestnya. lepa stu aku kena isi borang dan dia pesan bayar macam biasa sampai tengok dalam ASB apps Maybank tu duit tu takde. 

ok. aku pun bayar macam. biasa kemudian . 

aku perasan dalam bulan september tu ada duit masuk ..dua kali sekali RM6188 dan RM6406 so selepas 5 tahun masuk asbf aku dalam rm 12,594. 

aku cerita ni utk ASBf maybank. pada tahun semas 2023. ok 

so dividen aku .aku pun tak pasti berapa dividen aku tapi sebab ASBF aku tu 200k sampai ogos sahaja. nak tahu kena tahu pada 1.1 2024. 

nnt aku share lagi. tapi ingat bila dah takbuat komitmen simpan asb . aku buat komitment baru menyimpan tapi dengan membeli emas di publig gold pulak .secara EPP. so haritu aku sempat beli emas dengan kadarnya rm 301. hari ni emas dah naik RM331.

so sekarang ni meskipun aku tak bayar simpanan ASBF aku dan tukarkan duit tu ke EPP public gold. supaya duit tu tak muncah ke lain . jadi simpanan. 

hari tu aku tengok youtube pasal simpana 100k pertama. 

doakan aku berjaya simpan 100k aku yang pertama .


umrah 2022

Renovation tiles RM3670

renovate cat dalam rumah taman tasik RM8130


Selasa, 12 Disember 2023

Homestay Khianat

selama ini kita dengar homestay scammers, booking homestay tapi tak wujud pun homestay nya. dan banyak lagi penipuan dalam bidang homestay. Kali ini Allah SWT beri aku rasa sendiri pengalaman bagaimana homestay digunakan oleh scammers utk menipu 

modus operandinya ialah :

Guest malang akan komen di FB,antara page Fb yang dia maklumakn pada aku ialah Homestay Melaka dan Budget Homestay Melaka. Dila, dapat komen menyatakan iklan Homestay Sirna MITC. dia dapat no wasap dan terus deal utk booking. Bayaran yang dikenakan ialam RM800 dan deposit RM200. Total Rm1000. Dila langsung tak menyedari dia sedang ditipu oleh scammer. 

padahari kejadian dila telah check in dan dia diberikan no kunci yang palsu. Dila hanya perlu tarik terus kunci keluar dari peti. Peti kunci tersebut telah dirosak kan . 

Apabila guest sebenar homstay tersebt sampai dia terkejut . Akhirnya dila menghubungi org yang memberikan dia homestay dan dila tersedar dia telah ditipu . 



ini adalah iklan homestay yang scammers gunakan. 
homestay ini pun menggunakan gambar fake.


fake homestay ...gambar bukan gambar homestay tersebut. dia menggunakan gambar homestay Amahafidz Mitc


kesan umpilan key box

so setelah dikaji kaji ...ada banyak agent homestay menipu dengan cara sebegini. 
customer ..please please...semak dulu ..jangan terus bayar booking.

homestay sebenar di sini 





 

Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...