Home

Selasa, 23 Disember 2025

"Cikgu Heirman dah tiada.."




dah lama aku simpan hasrat nak menulis pasal kehilangan sahabat sekerja aku , Cikgu Heirman Ishak.

heirman guru multimedia ..muda lagi umur baru 49 tahun . kalau kat sekolah aku panggil dia Dak Man ..takkan nak berabang -abang pulak !..aku agak baik ngan dah heirman mungin sekitar dua tiga tahun ni ...

sebelum ni kenalgitu gitu je... aku naib bendahari dan dia presiden kelab staf ..tambah pulak kami satu bilik guru ....dr tempat aku aku boleh nampak dah heirman . kadang dia duduk sambil tertidur depan komputer . 

heirman ni kelakar . santai santai je borak ngan dia ..melawak ..bahan membahan benda biasa.. ingat lagi kejadian dia pakai t shirt putih ..kak yati bahan dia suh pakai bra ...badan heirman agak gempal ..ala ala abam gitu ... kalau di bilik guru ada apa apa isu ..ke heirman lah kami bawak utk dipanjangkan ke atas ..dah macam abg long kawasan ...

dia selalu sapa sapa aku ..." dah lah ustazah ...buat apa lagi ..bukan boleh bawa mati pun ...baliklah .." 

kami gelak je dengar dia cakap macam tu ..pada hari terakhir dia sekolah 3/10 hari Jumaat diorg perasan dia pakai hensem sikit dr biasa ...aku tak jumpa ..sebab aku CRK hari tu ..

4/10 dalam jam 8pg ..kami dapat berita dr group wassap lorong meja aku ..dak heirman jatuh bilik air ...dalam pukul 4 pagi . geng sekolah lelaki cakap ..malam tu diorg g minum minum kopi ..dalam 12 lebih juga baru balik...

pagi tu sabtu heirman dia bawak emergency hospital melaka ..keadaan dia agak kritikal ..jatuh ..dan dengan nya ada pendarahan ... macam rasa sekelip mata benda tu berlaku ..

heirman di masukkan dalam ICU ..kami pun macam terkejut ..setiap hari tunggu berita update pasal heirman ..dalam 13/10 aku sempat ziarah dia di dalam ICU ..masih tak sedar dan nurse kata mesin yang bantu dia bernafas ...dia takde respons..

bayangkan kawan kita jumpa hari hari ..bergelak meeting sama tiba tiba terlantar macam tu ...

masa dengar cerita orang tak sedih sangat ..tapi masa tengok dia dengan mata sendiri aku mmg menangis..aku cakap " man bangunlah ...dtg sekolah ...kami nak dengar lagi cerita ko ..." heirman ni mmg kaki borak jugak ..seronok layan cerita dia ..kalau geng guru laki lagi terkesan ..diorg selalu g camping sama sama..g pancing ...healing kat pulau ...

lama jugak heirman masuk ICU ..

disebabkan kesibukan bekerja ..cerita pasla hierman dah mula kurang kedengaran... 

tahu tahu dia dibenarkan utk dibaa balik rumah ..kami ingat dah ok kut ..sebab tu doktor bagi balik ...

ingat nnt dia dh settel nak ziarah dia di rumah pulak ..harap sgt dia sedar dan boleh jumpa lagi ..

tapi tidak, Allah SWT ada aturanNYa ..heirman akhirnya meninggalkan kami ..tanggal 28 Nov ..Heirman menghembuskan nafas yang terakhir di rumah nya ..

Assalamualaikum wbt & slm sejahtera semua,

Sy br dimaklumkan sahabat kita cikgu heirman br pulang ke rahmatullah sebentar td 😭


aku terus ke masjid duyong utk berikan pernghormatan yang terakhir .


  




Memang sangat lancar urusan pengebumiaan Cikgu Heirman. 2.30 ptg sampai masjid.. mandi jenazah sambil sekumpulan murid tahfiz membacakannyaasin dan buat tahli.. buat azan asar jenqzah selesai dimandikan … dikafakan ketika solat Asar dan disolatkan selepas solat asar… kata kawan yg iring ke perkuburan jam 6.00 selesai urusan dikubur. 


Mmg sangat dipermudahkan . 

Rata rata kawan kawan mengatakan dia org baik, selalu membantu rakan rakan guru. Alhamdulillah .. semoga arwah diletakkan ditempat org org yang beriman … aamin..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan