Selasa, 23 Disember 2025

"Dari Setapak ke Bukit Baru"


Keadaan Iyad di klinik kesihatan

Okay ..lama betholl aku perap cerita ni . 
kisah penting ini bermula pada 27 Oktober 2025, cikgu Iyad Pn Dewani mesej iyad demam menggigil..sama kes macam di Jepun ..aku minta dia bawakan ke klinik ..keadaan iyad makin teruk ...suhu nya naik ka 39 darjah celcius. masa ni aku di Melaka ..suami pulak baru balik dr Bandung ...
aku ingat demam biasa biasa jelah ..tp keadaan makin teruk .
doktor yang merawat iyad bgatau suruh mak ayah dia dtg ..anak kritikal ni ...
dr klinik di pindahkan ke emergency . 





naik ambulans ke emergency HKL 


time ni suami aku dah gerak dr melaka ke HKL. aku mmg saja minta cikgu bawak ke hospital kerajaan dan kalau boleh transfer ke HKL ..dpt jumpa pakar Iyad Dr Asiah ..

cikgu time ni mmg cemas..dia kata Iyad tak makan dari semalam. dia tengah exam BM 1 ..lepas exam dia dh tak boleh tahan sgt minta ke bilik sakit . masa di bilik sakit yang dia menggeletar tu ..

sampai di emergency ..oksigen dia drop ..ke 89 kut ...pastu baru naik pelan pelan ..
Doktor nak hantar Iyad ke wad dewasa, jenuh aku minta dia hantar ke pediatrik ..bagitau doktor pakar dr doktor Asiah ...
akhirnya iyad masuk ke Hospital Tunku Azizah ( hospital pediatrik ) dan ditempatkan di wad respitory .

dr 27 hb Iyad masuk wad isnin ..aku tak dpt dtg lawat Iyad ..sehinggalah Jumaat tu baru aku boleh ke sana melawat Iyad. 

kami sampai HKL hari Jumaat ..gerak lepas sekolah terus ke HKL

Iyad dah boleh makan 

aku jaga Iyad je , terus aku kuatkuasakan solat .".sakit pun kena solat .."

wad mula mula aku jaga iyad ..masa ni satu bilik 6 orang ..view cantik ngadap KLCC


kerlas menu makan ..ada set petient dan ibu 

Lala, comel patient ni ..supplier gula gula kat wad kami ..

walaupun Iyad masuk wad , ada guru yang dtg ke katil katil mengajar ..SDH..sekolah dalam hospital 

beza Iyad 2025 vs 2019 ..masuk HKL terakhir masa comel macam tu 

kerja kami makan tido makan ...hahahha..

Iyad exam dalam wad tp tak habis jawab semua subjek ..

selepas tiga minggu ditahan di wad satu keputusan besar telah dibuat , Iyad tak dibenarkan sekolah asrama di Setapak sebab kena pakai CPAP ...setiap malam . Jadi aku kena bawa dia balik ke Melaka . 
Plan asal nak sekolahkan ke Pdag Temu sebab ada pendidikan Khas penglihatan . Akhirnya , aku temui ja;an penyelesaian terbaik . Iyad sekolah di sekolah aku bawh program Inklusif . dftar di PPKI tp masuk belajar ke kelas perdana . Akhirnya aku satu sekolah dengan Iyad . Iyad dimasukkan ke kelas 1 Jed. aku suka boleh tengok Iyad depan mata . tapi aku risau iyad tak dpt ikut belajar sebab dia biasa belajar satu kelas 2,3 orang ...sekarang 30 orang . Iyad kata seronok ..ramai kawan . aku bgtau Iyad belajar sungguh sungguh ..kali ni Ihsan tak boleh lekeh lekehkan iayd , Iyad dh masuk bersaing mcm budak biasa.. 

tahun depan dua anak akan ikut aku ke sekolah ..Ihsan dan Iyad. harap kedua keduanya boleh belajar dengan baik . paling penting menunjukkan akhlak yang mulia. dan sikap mahu belajar ...jgn sesekali kurang aajar dengan guru -guru ..tu guru guru tu semua kawan akwan akuu ..huaa....malulah weh!

itulah secebis kisah Iyad..aku sebenarnya sedih dengan apa yang menimpa Iyad ..masa dia tahu dia tak dpt sekolah di Setapak tu dia menangis...sian sgt ....masa Ust guru kelas Iyad lawat dia menangis menahan air mata jatuh ..
iyad makin dewasa .. sebagai ibu aku berikan kata kata semangat ..

"Hidup ini ujian ...ujian dr Allah SWT ..kita kena kuat ... Allah SWT uji tanda dia syg .."

mohon doakan Iyad akan kekal sihat ...7hb Januari 2026 ni aku kena bawa dia masuk wad ...ada prosedure iyad kena buat ...doakan ,



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Dari Setapak ke Bukit Baru"

Keadaan Iyad di klinik kesihatan Okay ..lama betholl aku perap cerita ni .  kisah penting ini bermula pada 27 Oktober 2025, cikgu Iyad Pn De...