Jumaat, 6 Oktober 2017

Penang 2017

Setelah mengharungi perjalanan sejauh 500km lebih kurang, dr jam 2.40 hingga 9.15malam akhirnya kami sampai di Penang. 

Destinasi pertama mesti lah port makan malam. Hajat nak makan di Kapitan Beriani berhampiran Masjid Kapitan. Entah macam mana di bawa ke Kedai Kapitan berhampiran Jalan Kelaweh. 

Tak kisahlah ! Janji dpt makan. Perut pun dh lapar. Kami menginap di Jen Hotel. Berhampiran dengan Komtar. Esok tak tahu lagi program apa. Yang pasti aku nak ke gym awal pagi. Harap semua nya berjalan lancar. Dan anak anak tak buat perangai. 
Iyad dga baju tadika nya
kat sini tak sesedap di Masjid Kapitan. Tapi boleh lah 

Hotel Jen

Kami tiba di hotel Jen yg kira ada bau bau bacang dengan Shang Ri La. tak pasti sedara belah mak atau ayah. Hotel ni mmg tengah town. Paling best hotel baru. Baru sangat .. sebab tengok furniture berkilat. Yang best ada gym 24 jam. Wow! 

Kami duduk bilik 527. Yang tak best dpt satu katil king. Sempit lah utk kami enam beranak. Apapun syukur dapat bawa anak tido hotel. 



muat kami enam beranak tido

kerusi rehat utk berblogging

wallpaper menunjukkan bangunan lama sekitar penang

bilik air yang cantik

showe 

palig bagus hotel ni sgt dekat dngan Komtar. Banyak por breakfast terutama berhampiran bus station. oklah!  nak makan kat hote sekepala RM50 mahal tu

paling best jugak gym dia, Pagi tadi aku pergi sempat bakar 200 kalori je,,,, ok bye!
nnt iols review ya






Isnin, 2 Oktober 2017

Hadiah Terindah

Alhamdulillah 
Alhamdulillah 
Alhamdulillah 
Syukur Ya Allah 

Pagi pagi aku sampai sekolah Kak Yan Kerani cakap “ tahniah ustazah ... good job! “ aku senyum senyum. 

“ nanti jap kak sy nak jumpa En Zul. GPK 1. Esok aku nak masuk lewat bawa Iyad jumpa pakar mata. En Zul tanya , “ Ayahnya?” 
“ kursus...”! Wah ! Baru nampak ketegasan En Zul di situ. Kalau tak dia jenis tak kesah je. 

Dah alang alangv jumpa aku bagitau nak amik CRK jumaat ni. “ ada apa?” Aduhh! Mmeg mampuih aku. “ urusan mengikut suami..” ceh! Sebenarnya ko nak ikut suami g Penang short vacation . Adoi! Tp hari tu jumaat 12 tengah hari abih sekolah. So aku tak banyk waktu ada 2 waktu je form 1. Nnt aku bagi kerja. form tu time ti kemas dewan utk Pt3. Aku pikir dh semua tu .. pergh! Seb baik En Zul suruh isik borang CRK online. 

Aku berlari ke tempat kak Yan. “ Kak Yan .. Kak Yan apa cerita..” 

“ pengetua cakap ustazah but bagus .. menangis dia tengok video tu ..” 

“Tuan  Haji Rashid cakap sekolah ni ada Multimedia. Tapi pengetua kata bukan orang multimedia buat ustazah yang buat “.. hahah aku gelak ! 

“Lagi lagi..”aku tanya.

“Pengetua ada bagi benda kat ustazah. “

“Hah. Apa ?”


“ Ni..” Kak Su pula unjukkan satu sampul kecil 


Terharu! 

Tengah hari tu CC fatimah dtg bilik guru cerita lagi pasal pengetua cakap pasal montaj. Pengetua beritahu siap forward video tersebut dekat family. Hahah.. 

Pasal kad ni sebenarnya bukan aku seorang yg dpt. orang lain pun dapat jugak . Termasuk kak Fazira. kak Roihan dapat buku. kak Kalsom dpaat minyak wnagi body shop. Tak kisah lah . Yang penting kesudian dia menghargai kami. 

Tapi timbul pula isu kecil hati bila ada yg dpt dan ada yg tak dpat . Allah! Payah juga ya nak memuaskan hati semua pihak. 

Pada aku itu hak dia . Samaada nak bagi atau tidak. Siapalah kita kan . Tp orang akan cakap , boleh lah ko kata gitu sebab ko dpaat kan. Hurmmm betul jugak kan . 

Biaslah lah perempuan penuh drama . Macam aku jugak ... hahha.. ok ok . Pengetua kata lagi sepanjang dia pergi majlis persaraan tak pernah org bagi tumpuan pada montaj sama seperti malam tu. credits lagi. Ada yg tanya macam mana aku buat. Bila dengar aku edit pakai Hphone aje semua terkejut. CC tahu sebab aku ada jumpa dia tanya pasal macam mana nak buat video ni. So mmg aku ada sharing lah dnegan CC. 

Nampaknya dah masuk hari kelima . Kisah majlis persaraan pengetua belum lagi reda cerita pasal montaj masih kedengaran . Kak Ruhaizan dah upload dalam Facebook. Aku tak upload. Sebab aku rasa kita kita je faham cerita tu. Orang luar yg tengok takkan rasa feel yg sama. tambah yg tak kenal pengetua .. mmg takkan fahamlah. 
Pengarah suka dengan video tersebut. Tak habis habis memuji. Sebuah karya yg baik. 

Hurmmm... aku suka . Tapi takut pulak .. kalau lama sangat cerita ni akan menimbulkan kebosanna org lain. Tambah tambah yg mmg dari awal tak selesa. 

Majlis dinner akhir tahun sekolah pada 27hb Oktober. Temanya red carpet. Aku belum ada baju yg sesuai. Hurmmm nak pakai apa ya? Teringin nak pakai baju yg grand grand . Tapi malu pula. Apalah persepsi org kalau aku pakai baju fesyen fesyen . Apapun kena kurus dulu. Baru senang cari baju. 

Kalau sekolah aku buat dinner mmg gempak. Siap diorg pergi sewa baju kat butik pengantin tau! Kau ingat apa.. hihi aku ni level minah pompom je dtg cuma nak makan. Tak pernah aku expose bagai. Datang pun pakai baju tak ikut tema. Ada calit lipstick tu pun dh habis cantik. Hahha

So ada terfikir nak berbaju yg sesuai dengan dinner. Takut org terkejut lah pulak. 
Hahah. Inilah warna warni cikgu dengan pelbagai cerita. Di samping mengajar kami tak lepas dari tugas tugas lain. Semua nya menjadi rencam dalam sekolah. 

Akhir tahun bulan nov dan dec kita cuti. Januari kita start enjin semula. 

Masih menjadi tanda tanya siapa yg jadi pengetua. Pagi tadi waktu Cikgu rosli tumpang park kat parking pengetua semua ingat pengetua baru dh sampai . Hahha.. 

Oklah . Panjang sgt post post yg berkaitan pengetua bersara. Hahha.. bermusim nak habis. 

Ok 
Bye xoxo


Food Truck Melaka Mall


Macam biasalah ada peluang aku bawa anak anak pergi makan. seronok jugak food truck ni. Tapi rata rata ya bagi komen makan kat sini mahal portion kecik je. 

Kalau nak rasa environment baru apa salahnya cuba kan.

Orang melayu kita banyak pelopori food truck ni. Hari tu aku cuma makan cendol durian RM5 , ayam Gunting RM7 dan air Mangga RM4 . okaylah 

banyak jugak truck yg jual makaan lebih kurang 10 atau 8. tak ingat. 
tapi aku ada amik gambar Truck yg terbabit. 

area ni memang happening habis. hipsterlah kan .. org org muda sukalah ..ada burger ada menu western ada air kopi yg jual mocha dan cappucino bagai 

dia beroperasi sehingga satu pagi. Kalau tak tahu kat mana koragg google je Melaka Mall..opposite dia Jusco lama. dekat juga dengan Dataran MBMB tempat orang melepak waktu malam ..ada air pancut bagai...

ok check it out!


bawak beg nak buat homework konon

cantiklah kan siap ada air pancut bagai

aku tak makan benda alah ni ....nampak lazat

Lampu lampu diorag gantung dngan bakul tong sampah  tapi nice kan 

ok lah cendol mamt ni tapi portion kecil


kalau korang spesis nak jimat jangan makan sini. bersepah lagi kedai makan yg sedap dan murah. Tapi kalau nak rasa keunikkan makan secara outdoor dengan sinaran lampu yang happening silakan dong!

oklah ..nnt aku review pasal port makan yg lain

Bisik pada Langit



Bisik pada langit adalah hasil karya Khabir Bhatia. 

Sebenarnya aku langsung tak plan nak tengok cerita ni. Entah macam mana dr plan aku nak ke gym aku boleh belok ke Melaka Mall tengok cerita ni.

Masa tu dh start dh . Dlm 20 minit kot . Masa aku masuk Jalil Hamid tengah marah si Beto. “ takkan kau sepatah haram pun tak tau cakap omputih?” Hahah

Dialog nya bersahaja. Tak rasa macam berlakon. Rasa macam tengah bercakap dengan ayah sendiri. 

Plot cerita mudah sgt. Mengisahkan Siti Hajar anak kesayangn Wak Selamat ( Jalil Hamid) sambung belajar di Australia. Dia accidents dan koma. 

Bila dpt tahu anaknya koma. Wak Selamat sanggup jual tanah nak ke Australia lawat anaknya. Siti hajar akhirnya meninggal dunia. 

Bermula lah adegan sedih bagaimana luruh nya hati ayah apabila anak nya meninggal dunia dahulu sebelum nya. 

Bagaimana gelisahnya ayah nak bawa balik jenazah anak tapi ditangguhkan kerana meninggal di luar negara. 

Part paling meruntun hati bila jenazah sampai di kampung. Mayat di bawa masuk masjid dan dibukakan kain kafan. 

Mmg lakonan Jalil Hamid menusuk ke hati. Wajahnya bukan lagi jadi taruhan. Dengarnya semasa di set pengambaran Jalil Hamid mendapat tahu kehilangan cucunya. Itu yg lebih mempengaruhi emosinya semasa berlakon. 

Beto Kusyairi mmg legend. Aku suka lakonan dia. Paling suka lakonan Istanbul dan ada satu lagi lakonan sebelum tu aku tak ingat tajuk. 

Ummi Nazeera mmg pandai berlakon tp aku biasa biasa aje ngn dia. Uwek ! Macam dia kenal kau! 

Boleh kata keistimewaan filem ini pada penghayatan watak yg mantap dan sinematografi yg cantik . tanjung piai waktu senja dan keindahan Australia. 


Penutupnya, anak itu amanah Allah. jagalah ia. Dan jangan sesekali kita memilih kasih antara anak anak. Sebab setiap anak anak pasti ada kelebihan nya masing masing. 

Hati berbunga

Hari ni aku ke sekolah dengan sisa sisa gembira malam persaraan pengetua.

Kak zoraini cerita masa nak ending isteri pengetua tanya “ siapa buat montaj ni?” Kak zoraini cakap team ustaz dan ustazah.. hahha .. pengarah pun tanya benda yg sama.

Org ingat ini team work. Maksudnya video tu dihasilkan bersama. Sejujurnya mmg aku yg buat seorang.

Tapi aku berterima kasih utk penambah baikkan dr Cikgu Heirman dan Cikgu Mus. Ustaz tak memberi motivates langsung! Sakit hati😔

Tp aku tak kesah pun kalau org kata ni team yg buat. Jgn tamak sangat!

Org terkejut bila aku kata aku record video pakai iphone saja.
Edit video pun dengan iphone.

Siapa pilih lagu?
Aku jugak.

Actually pengetua hanya tengok 20% je content video tu. selebihnya dia tak tengok. Bukan dia juga yg suruh buat itu ini.

Kalau tak tak jadilah kan surprise.

Rugi aku balik awal. . Kalau tak dpt salam dengan pengarah. Hurrmmm.. biarlah kang ko bangga diri pulak. Dan satu nya elok aku balik awal biar jadi tanda tanya siapa yg buat video tersebut. Hahha


Next, aku dh bayar utk gym sebulan. Nnt aku boleh pergi gym bila bila masa yg aku suka. Aku berazam nak bakar 700 kalori sehari tadi aku dpt bakar 500 kalori. Tp aku masih tak jaga makan . Itu yg buat berat badan tak turun. Tapi aku perasan postur dah mula nampak. Adlaah pingang sikit.

Lepas ni cuba jangan minuman bersusu. Seperti teh tarik nescafe tarik dan sebagainya. Minum limau panas atau teh o.

Makan nasi sikit lauk banyak.

Berat hari ni 71.4 aku yakin boleh turun. Insya Allah dlm sebulan boleh turun dua kg. Ambik masa sikit melainkan mmg aku betul betul jaga makan.

Jangan minum air manis
Dan makan benda bergoreng.

Doakan dpt kurus dalam masa dua bulan . 

Tadika Iyad

Hari ni aku mengamuk lagi dengan tadika Iyad 
Teacher dia telefon cakap “ akak tiub iyad terbuka habis baju dia kena .. dua dua baju dah kotor. Skrg iyad takde baju saya pakaikan dia dengan tuala. “

Pelik! Aku dh bekalkan iyad dua pasang baju. Dan ada juga dua seluar dan satu t shirt tadika dia kasi pinja aku pulangkan. Bermaksud ada lima pasang termasuk baju sekolah yg dia pakai. 

Aku pun bergegas amik iyad . Nampak dia pakai tuala. Dr kereta aku cakap .. falam beg dia ada baju tadika aku pulangkan . Baru cikgu dia bukak beg dia. Baru dia tengok apa ada dalam beg iyad. Ya Allah geramnya aku. 

Sbelum tu aku dan berkonfrontasi dengan cikgu dia bila kes aku bagi baju bersih berpasang pasang bila aku check beg dia ada baju berbau hancing di campur dengan baju bersih . Ko tak hangin ke? 

Cikgu mmg taknak check ke beg sekolah ada baju atau takde baju. 

Iyad mmg tak sempurna macam budak lain 
Iyad 6 tahun tapi belum boleh membaca
Iyad masih kencing dalam seluar waktu malam kena pakai pampers
Iyad ada tercirit
Iyad ada lubang kat perut ada tiub. 
Iyad kena selotep perut 
Iyad kabur
Iyad tak berapa pandai

Kalau iyad mmg begini .. tolong lah bagi tumpuan lebih sikit. 

Cer korang fikir kalau cikgu biarkan aja iyad di sekolah mmg lah jadi macam tu

Dia tak pamdai baca aku tak cakap apa sebab aku tahu iyad sendiri tak minat belajar
Iyad suka main 
Iyad tak nampak 
Iyad ada masalah penglihatan
Insya Allah iyad akan pandai membaca satu hari nnt aku yakin . 

Tolonglah jaga dia sementara aku kerja. 
Jaga pakai makan minum dan tidur dia

Tak pandai takpe. Aku tahu tahap kemampuan anak aku. 

Ahad, 1 Oktober 2017

Ada aku kesah?

Tak semua org suka dengan apa yg kau lakukan . Apa yg kau nak hairan kan .. sedangkan Rasulullah SAW sebaik baik manusia pun tak disukai sepenuhnya . Inikan pula kau manusia biasa yg serbaserbi kekurangan . Syukur kau dah buat sesuatu yg terbaik. Anggap itu hanyalah sebilangan manusia yg penuh rasa cemburu pada kau. Hurmmm.. pelik aku . Kenapa nak berdengki sepatutnyabkita kena samma gembira ... bukan dengki pulak dengan kejayaan org. Entah lah 

Mungkin ada yg kata .. kau je bersangka buruk kan .. tp apa maksudnya di saat semua org ucap tahniah kau ucapkan sebegini? 


“Assalamualaikum ..salam asar 10 muharram.... diharap  kita sama2 pula tumpukan pada pt3 dan spm.... semoga kecenerlangan panitia kekal dijulang... justru  mohon penambaikan pada apa yg kurang.... namun begitu yg masih belum bernoktah keputusan membida rph yang diperkatakan yg mana patut jd ikutan agar tidak panitia kita diperkatakan.... tk”

Sambung lagi... 

“Sama2 kembali kpd asal co - business kita yg sebenar... sekadar ingat mengingatkan.....”

Aku faham lah apa sebenarnya maksud yg cuba di sampaikan . Kan ? 
Biarlah kalau seorang berkata begitu ada 120 orang lagi yg support. 

Sudah lah! Looking forwards to this : 

6 Oct short Vacation Penang 
9 Oct 2017 Exam Pt3
12 Oct tanda kertas Exam. 
13 Oct Cuti TYT Melaka
14 Oct hingga 22 Oct cuti sekolah.. 
23 Oct siap marking paper PT3
4hb Nov Exam SPM invigilator. 
Trip to Perth/ Japan  5 days 
Dec 2017 pindah ke Country Villas 

 

Biarkan si luncai terjun dengan labu labunya. 

Isnin start diet !!! Yeay! 



Dia Pengetua Yang Baik

Akibat sehari dua ni mmg cerita pasal pengetua tengah hot dalam Hp aku . Tanbah tambah group rasmi sekolah.

Actually pengetua jarang bagi mesej. Boleh kira dengan jari berapa kali dia menyampuk dlm group
Tapi lepas majlis malam tu banyak kata kata dia nak luahkan . Kerana pada aku ia berharga so aku captioned utk tatapan akan datang.

Sebenarnya apa yg dia sampaikan adalah bukti kejayaan kami team smkbb dalam melaksanakan satu agenda. Semuanya bekerja keras. Pagi masa hujan org cakap Allah tak suka. Maksudnya tak suka dengan majlis tersebut. Betullah sebab ada nyanyi nyanyi.. tapi aku still supports program tu.

Aku kata ini lah masa kita menunjukkan penghargaan pada penegtua. Dan alhamdulillah majlis tu suksess dan mendapat pujian dr Tuan Pengarah. Menaikkan nama SMKBB bagaimana kesatuan guru guru melaksanakan program. We're family.

aku rasa ini pun impact dari video yg aku tunjuk gambar kebersamaan tersebut

ya kejayaan bersama adalah keranan kerjasama. Malam tu semua tersenyum puas keranan membuktikan kejayaan SMKBB

pentas cikgu Roslita dan Kak ira buat mm cantik. ada unsur glamorous
part ni sedih ..dh nak left group..

kesimpulannya kalau kita buatbaik org akan sayang kita . Dan Allah berkati usaha kita di mana keberadaan kita sangat di rasai. Kalau kita tak buat dengan ikhlas or takkan dpt rasa hingga ke hati...

semoga aku menconthi kebaikan yg beliau tunjukan 

last ucapan dalam warkah. 


tak sangka aku mencipta nama bila dia tiada. 

xoxo bye!




Sabtu, 30 September 2017

i'm a happy person .

Lets us share all the positive feedback for the montage video. 

Aku balik awal. Imran dan iyad di rumah. Diorg aku suh makan maggie je. Ihsan dan orked di rumah Kak peah. Aku selesai makan aku minta diri balik.. dh selesai part aku. So ada perkara lebih penting di rumah. 

Sampai rumah aku bukak telegram mesej Cikgu Rosli mat saat masuk. 

"Mhn ustzah jam dan the andromeda production dpt kiranya upload montaj pengetua td tu...
Menarik dan tbaik...."

Aku happy. Berikutnya bertubi tubi mesej masuk. Ucap tahniah. Aku dh di rumah waktu tu. 

Ko tau tak betapa gembiranya bila ada org appreciate hasil kerja ko . 

Aku tido pun dalam senyum. 

Pukul 6 lebih aku jaga terus tak ngntuk.. tengok hp. Mesej pengetua masuk dalam telegram jam 1.15 pagi. 

"Tq everyone. Tahniah ustazah jamaliah. Montaj terbaik. Bukan generic. Pengarah puji tak habis2. Tahniah👍"

Ya Allah... alhamdulillah. 

Semua turut menyatakan kegembiraan atas persembahan montaj. 

Aku lebih melihat ia sebagai kejayaan bersama semua pihak. Kalau video bagus takde lcd takde sound tak jadi jugak. Semua menyumbang. Dari kak azlah team KH yg tolong jahit layar.. bertukang bagai... angkat screen dr makmal gantung ke korridor. Dan sebagainya. 

Yg paling aku happy bila Kak Rugayah Tukiman share mesej pengetua dlm group diorg. 

"Saya tak boleh nak tengok video montaj. Tiap kali tengok sebak dan berlinang air mata. Ustazah really dapat capture the moment, raut wajah, feeling of security, blessed dan respect. Tengok senyuman farhana, lambaian cc dan rozanah dan rosmaidah mengagguk. Sebak da sedih sangat. Raut wajah anak2 kita yang trrsenyum, pak cik zaini tolak kereta sorong sungguh menyayat hati. Tak lupa the friendly smile hero kita en. Rosli. TQ pandai berlakon."

Yes! Apa yg aku cuba sampaikan akhirnya tercapai. Yg penting terkesan pada hati pengetua. Ni semua idea Allah titipkan utk aku. Aku tak hebat mana. Allah yg bantu aku. Kena ingat Allah jangan terleka. Dan buatlah kebaikan kerana Allah swt. 

Korang tau ..aku dh lama tak rasa dihargai macam ni. Last zaman aku di sekolah menengah. Waktu tu mmg akunkira awesomelah. Semua cikgu suka. Aku timbalan ketua umum. Aku jadi pengacara majlis dan johan syarahan peringkat negeri perak 1999. Aku dalam anugerah Raja Nazrin Shah utk majlis Ihtifal. 

Aku juga tak menyumbang apa apa yg best masa aku di UM. Aku ralit belajar dan berkawan. 

Zaman di Datuk Bendahara lagilah aku sibuk dnegan anak. Dan suami yg baru kerja PtD balik jam 2 pagi . Aku stress. 

Awal tahun di Bukit Baru . Anak aku lahir sakit. Since 2011 hingga 2013 banyak masa aku dengan merawat anak sakit . Keluar masuk HKL. Jadi sekolah bukan tempat aku. 

Bila anak dah besar sedikit aku mula buat apa yg aku suka. Aku ingat 2013 kali pertama aku jadi ketua buku program. Permulaan org nampak hasil kerja aku. Berikutnya aku diberi tugas buat buku program utk Majlis Konsert Muzikal 2014 dan 2016. 

Aku jadi pengarah program Ihya Ramadhan. Tahun ni. Masa penutup majlis khatam aku hasilkan video ala trailer dan ucapan sempena Majlis AidilFitri. This is my first contribution. 

Majlis ni bulan Jun. Taklama lepas tu nama aku naik jadi ajak montaj persaraan pengetua. 

Masa jumpa pengetua baru aku tau, pengetua ingat masa khatam quran video tu Ust Noran yg buat. Masa tu baru dia tau aku yg buat. 

So .. itulah kronologi aku buat benda benda gini masa kat sekolah. 

Mmg aku ada belajar Instructional Technology di UM masa buat degree Pendidikan Islam. Aku amik minor teknologi. 

So ! Mmg itulah antara pendedahan awal aku dengan benda benda ni.. 

Syukur pada Allah iphone yg aku beli ni menghasilkan sumbangan utk aku. 

Ok . Jumpa lagi. 



Pengetua bersara, Aku Gembira




Semalam adalah satu malam yg paling bersejarah dalam hidup aku.. sejarah yg paling manis yg tak dpt aku gambarkan sebelumnya. 

Semalam 29hb September pengetua kesayangan kami En Megat Nasir bersara pada usia 55 tahun. 

Pihak sekolah telah merancang sebuah majlis perpisahan di sekolah . Dinner sebagai mahlis menghargai beliau. Hampir semua org org penting dalam Pendidikan di Melaka hadir. Terutamanya Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri melaka, Timbalan pengarah, pegawai pegawai pendidikan daerah , pengetua pengetua dan rakan karib beliau.. serta seluruh warga sekolah. 

Di awal perbincangan antara nak buat di sekolah dan di hotel dh ada isu persielisihan faham. Ada yg nak buat di hotel di dewan dan sebagainya. 

throwback Malam Konsert Muzikal
Setelah berbincang utk menjimatkan kos dan sebagainya maka dipilih sekolah dan di jemput caterer untuk sediakan makanan. 

Masa ni ada lah guru guru yg macam tunggu masa je .tengoklah nnt kalau hujan padan muka. 

Dan aku pulak ditugaskan membuat montaj. Aku bukan ketua hanya ajk dibawah ust noran. 

Hari demi hari maka pada seminggu sebelum kejadian kami jumpa pengetua. Aku desak ust jumpa dan buat rakaman . At least ucapan dari beliau kami yg bakal ditinggalkan .. 

Di situ lah baru aku tahu hal yg sebenar. Pengetua enggan berkongsi gambar peribadi . Hal keluarga padanya terlalu istimewa dan beliau tak ingin berkongsi dengan org awam yg dijemput. Aku memahami alasan beliau. Dan aku mengagumi cara beliau berfikir. He's disconnected to all social network. Either facebook or instagram bigo and so on! 

Maka memang takde can lah aku nak cilok gambar dia kan ...! Maka plan "jahat" aku nak buat pakatan dengan bini dia pun aku failed kan . 

Fuh! Masa ni mmg aku dh tak nampak masa depan montaj ni .. apalah nak jadi..

Then, kami plan nk shoot next week. Monday. Tapi dia takde pda hari isnin. So tuesday! For your information majlis dia on friday. So less than 5 days aku ada masa nak buat. Gila tak! 

Eh! Silap .. apsal ko beria sangat ni .. sebab nya ketua aku sibuk , sibuk uruskan bilik alaf 21 yg akan dirasmikan pada pagi majlis Persaraan nya. Ok fine! Ust noran siap kutuk kata aku tak nak tolong dia.. hurmm.. ok fine! Aku buat .. 

Masih ni blur lagi.mmg out. 

Tengah tengah malam aku search lah video persaraan org lain mmg begitu . Ada gambar dulu dulu , ada video dia bercakap .. eh ! Macam mana ni .. alamak nervous nya😩😩

Selasa 26/9/2017

So aku dtg sekolah bincang nnt nak shoot apa? 
Malam tu entah macam mana aku download lagu anuar zain sedetik lebih dan aku masukkan di belakang video yg aku rakam masa pergi pejabat time lunch. Mmg takdeborg lah waktu tu. 

So masa jumpa tiblah pengetua ajak lukis story board. Then kitorg pun follow pengetua . Dia gi kantin kitorg ke kantin.. dia pun jumpa lah cikgu itu ini.. aku dok curi curi rekod .. dia makan .. pergi pendidikan khas , bilik muzik semua pergi. Last last satu haram pun video tu aku tak pakai! Ceh!  

Aku dh frust! Ustz? Lagilah ... aku suh dia buat sikit pun dia tak buat.. 

Rabu 27hb sept 2017



Aku dtg lambat 730 lebih .. aku dpt shoot view matahari baru naik masa tengah jammed nak belok ke simpang sekolah. Dpt jugak view cantik awal pagi depan pintu pagar sekolah .. pada aku video ni mahal.. cantik gambar langit! 

Siang aku mula merancang dalam minda apa cerita yg aku nak tayang. Dan aku amik sendiri video. Aku amik gambar korridor. Gamabr 1A dan gamabr budak budak yg aku selisih di korridor. Gambar farhana nak hambat budak pun aku sempat captured. Termasuk Rosmaiidah yg terpinga tengok aku .. pastu aku bagi signal aku dia pun angguk. 

Turun tangga aku jumpat pekerja sekolah dengan Cikgu Rosli Aliman tengah bertukang. Hah memang cantiklah kan .. aku cakap nak rakam .. dan anggap aku ni Pengetua. pandai pulak org tua ni berlakon. Heheh

Malam dirumah aku mula susun scene scene tu .. sesuaikan dengan lagu anuar zain dan pergerakan video kepada slow sesuai dengan tempo yg slow. 

Rabu jugak aku shoot gambar tapak perhimpunan yg meriah dengan pertandingan pakaian beragam guna bahan terbuang. Masa nilah timbul idea utk buat pandangan pengetua kepada keadaan ramai org dengan tiada org.. so aku akan silih gantikan view sibuk dan view dia berjalan dlm keadaan sunyi.. 

Khamis 28hb September 2017 

Video aku dh siap dalam 65% . Bila aku share dengan kawan ustazah sekolah lain dapat feedback banyak sgt view bangunan. So mmg aku cut part tu. dan gabungkan dengan view interact dengan guru guru dan pelajar pelajar. 

Dengan seronok aku dtg jumpa Ust noran. Nak tunggu hasil kerja. Hampa! Dia kata slow dan lama sgt. Dia suh aku cut video tu kasik pendek sikit. Mmg frust lah ! 

Aku taknak tunggu lagi. Aku cari Cikgu Heirman. Dia dlm bilik Gerakan dengan Cikgu Mus dan Pengetua berlatih karoake. Aku jumpa cikgu Heirman dan bagitau macam mana nak potong lagu sebab aku dh cuba bunyi nya canggung gila kot. Sekali cikgu Heirman minta nak tengok . Aku pun tunggu. Lepas dia tengok . Positive feedback! Dia kata bagus . Dan dia suruh aku tukar effect satu je ,lepas part akhir baru buat jadi hitam putih. Alhamdulillah. Bukan  main happy aku dengar masa tu. 

Petang masa meeting aku bincang lagi. Cikgu Mus bagitau ustaz buat apa potong dah ok tu. Ustaz tak puas hati cakap panjang sgt. Buang masa. 

Cikgu mus kata " dah ok . Aku tengok pun tak puas. Lagipun video ni buat orang tertanya tanya mana pengetua.." ya Allah happy nya aku dengar. Ada juga org yg menghargai hasil kerja aku. Then aku proceed 4 minit 33 saat. Satu lagu anuar zain habis. 

Malam tu aku kemaskan . Aku bukak balik video clip anuar zain. Aku tiru transition dia yg lama dalam 2 sec tu.. ooo baru lah aku faham. Ia ibarat org tu kelip mata rupanya. 

Jumaat 29hb September 2017. 

Pagi majlis bersama pelajar. Sayang .. tengah pengetua berucap hujan turun. Dan agak lebat. Mmg kucar kacir budak dh lari lari. Nasib baik keadaan terkawal bila semuanya dikumpulkan di kantin. Masa tu nampak hujan macam taknak berhenti. Mesti malam pun hujan. Sedihnya. Dh lah malam ni majlis dia besar besaran. Aku tak dpt bayangkan kalau hujan macam mana. Katering dh tempah. Pentas dh lah basah. Sedih nya... screen aku macam mana.. LCD? Mesti takde montaj. 

Dengan izin Allah dlm pukul 12 tengah hri matahari timbul. Keadaan mula panas. Kak ira kata masa tengah hari pengetua dan GKMP pegi cedok air hujan yg bertakung. Punya humble betul pengetua aku . Sanggup buat macam tu . 

Balik rumah aku kemaskan balik. Aku simpan baik baik dalam thumb drives dan tengok ulang kali.aku taknak tersalah bagi video . Bukan video yg terakhir. Buat nya bagi video yg tak siap macam mana! Gila weh.. uwaa... nak nangis! 

Petang lepas amik imran dan iyad . Aku tinggalkan diorg . Aku dtg terus. Dan solat maghrib di sekolah. Sampai sekolah terkejut aku tengok pentas yg sgt cantik! Ditambah dengan sinaran spotlight. Macam kat hotel. Grand sangat. Ya Allah selamatkan montaj aku. 

Aku bagi thumb drive pada Cikgu mus. Dan pergi solat. Lega. Hanya tunggu  ditayangkan sahaja. Ya Allah macam nak luruh jantung aku. 

8.00 malam 

Aku pegang buku program. Aku baca beliau berkhidmat since 1 April 2014. Alamak! Aku buat 2014 ke 2017 ya. Aku bukak balik imovie. Cemas! Aku cari video tu. bukak since last.  Ya Allah ! Aku tulis 2017 bukan 2014! Macam mana ni aku pucat habis! Toreh pun takde darah. 

Aku cari cikgu Mus. macam mana ni? Dia kata udah lah . Biarkan buat je. Mana sempat nak ubah apa apa. 3 saat org tak perasan katanya. Aku dh kecut sgt! Ya Allah ..

Aku pukak terpikir betul ke video ti yg aku bagi. Tak puas hati aku nak tengok balik isi dlm thumb drives. Nasib baik Nasihah budak praktikal sudi ambik laptop aku dlm kereta. Dah lahbaku parkir luar kawasan sekolah jauh. Depan bukit dengan JPN. 

Aku masuk bilik gerakan dan tengok video ti. Alhamdulillah betul. Aku harap ok . Takde drag atau stack mana mana part. 

Ucapan demi ucapan berlalu. Jantung aku makin laju. Takut sgt. Aku tak makan dari 1230 tengah hari dan sampai 8.30 aku tak lapar langsung! Serius... 

Ucapan pengarah memang lama. Org nya kuat agama. Tak habis habis ucap perihal kebaikan dalam Islam yg kita kena buat. Dalam pada tu aku mengomel jugak. Apsal lama snagt berucap! Fuh.. 

Dia mengakhiri ucapan. Spotlight dioffkan dan bunga api di main kan. Selepas itu montaj bermula.

Nampak ramai cikgu lelaki tarik kerusi keluar khemah bak tengok video. Cuak aku. Macam videonya best sgt! 

Lagu anuar zain mmg bergema. Menyelubungi semua yg ada disitu. Tak pernah aku rasa 4 minit 35 saat selama itu. Sesaat berlalu terlalu menakutkan . 

Video yg berjaya membuat beberapa org guru perempuan menitiskan air mata. Di sambung dengan video" All about Us."

1.39 saat. Montaj berakhir. Dan semua yg menonton masih terpaku. Taknak mengalihkan pandangan dari depan screen. Aku terdiam. Tak sangka begitu sekali penerimaan mereka semua. Semuanya tergamam dan sangat suka dengana video yg aku hasilkan . 

Lampu dibuka dan aku kembali ke kerusi dengan hati yg snagat lega. Bertubi tubi ucapan tahniah aku terima. Semua memuji video montaj tersebut. 

Tak cukup dengan itu Pn zaini dan Puan Maya dtg ucapan kan tahniah! You have done a good job! Ya Allah happy nya aku. Syukur Ya Allah. 

Aku ingat habis di situ. Rupanya ucapan tahniah silih berganti diucapkan dalam telegram Rasmi sekolah. Bangun tido aku happy baca mesej pengetua. Katanya pengarah tak habis habis puji montaj bagus. 

Syukur ya Allah . 
Kejayaan ini paling manis buat aku. 
Penghargaan yg paling bahagia aku terima. 
Pengetua tak terkecuali mengucapkan tahniah. Alhamdulillah. The dreams come true! 

I feel proud. Im feel somebody. Im not nothing at all. 


Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...