Ahad, 10 November 2019

DIY Laundry di Summit 191 Executive suite


aku dan suami mmg nak cari sangat tempat basuh baju. Yelah senang kalau dah basuh baju ni ..balik nnt tak payah pening pening nak basuh baju ..

kebetulan depan hotel kami { Jen Hotel } adalah hotel Summit 191 ..dekat situlah ada self service laundry . tapi korang kena tukar token dulu kat lobby dia tingkat 14. 
bayarannya dalam RM5 ( 5 token ) utk basuh dan 5 token utk keringkan baju . 

keadaan malam di Jen hotel. Nampak tu ada 7 Elevan senang kalau nak beli apa apa 

besar jugak dalam 10 kg cukup utk basuh baju kami 3 hari .
sambi menunggu baju dibasuh 30 minit dan keringkan baju 40 minit kami lepak lepak kt lobby layan blog dan suami aku baca journal utk thesis nya. 



ok lupa nak cerita sebelum kami pergi basuh baju kami pergi Medan Renong, Padang Kota Lama nak makan pasemboq. so aku nasihatkan hampa semua kalau nak makan , makan kat kedai ni . kuah pasemboq dia mmg terbaekk! cuma tak yah lah amik lauk pelik pelik ..korang amik cucuq udang dia pun dah sedap. hotdog ka apa ka tak yah lah amik ....tak sedap sangat ikut tekak aku ...


yang kami beli ni harga dalam RM30. orag kata jangan amik uadang besar dengan sotong mahai !

tengok si kochan pakai spek mata 

sebelum tu ada sotong kangkung RM16 dan dibantai kerang bakaq RM14 ..situ ja selesai RM30
ayaq total RM11.

tu dddiaaa!

kerang ni kalau beli kat pasaq..murah jah!

ni nama kedai. orang kata hat ni sedap ..aku pun tak tau 

ni kena berbaris masa nak potong lauk pauk ni ...

oklah saja nak share ngan hangpa total kos hangus hingga saat ini:

Makan Genting Sempah : RM60
Makan tengah hari ( beli lauk makan dalam bilik): RM35
Makan malam DC Super heroes : RM180
Makan kat RNR : RM50
Makan Malam padang kota : RM71
self laundry : RM10
Tol Melaka -Putrajaya :
Tol Tanjung Malim Penang:



DC SUPER HEROES GENTING HIGHLANDS

aku boleh samakn pengalaman aku makan di sini sama seperti pengalaman aku makan di TONY ROMA'S. Korang boleh baca kat sini 

masa kat genting semalam aku dan family tak tahu nak makan kat mana . sebab yelah sekitarnya semua restaurant makan cina. kompem tak halal. so bila aku google" makan halal di Genting " aku jumpa antara cadangannya ialah Kychoon, Paparich, ..apa lagi ya..dan yang aku perasan DC Super Heroes . So aku pun kata jomlah makan kat sini ..Harga pun macam satu menu dalam RM 22, RM30 mahallah jugak tapi tak lah sampai rege Burger and Lobster satu hidangan RM63 atau Rm 158. tu mmg sekali masuk haruss kena bayar dalam RM 500. Tobat mak nak!!

biasalah kan kita suka cosy cosy ni ..maka nya masuklah kami anak beranak ke sini .



aksi bergambor 


kebetulan Ihsan pun pakai baju super heroes

Limau Madu ni RM10 order dua

Nasi Goreng Chicken Chop RM 22

air coklat dan green tea Iyad dalam sekitar RM13 @ RM15

Cappucino mak dia RM15 

Mac Cheese ni satu je pada tekak aku sedap ..tak ingat rege ..

Chicken Chop Cheese ...ni rasa dia mmg tak berapa sedap harap cheese je tebal.ayam dia cam goreng semulake hape...seb baik aku bungkus bawa balik tak habis Imran dan Iyad makan esok pagi nya 

apapun kami habiskan jugak semua menu tuh mahal kot 

saksikan lah duniaa ...cheeeeseeee tebal weh!!!

oklah tanpa berselindung tiotal kos RM166 masuk GST ke service charge ke hape jadik RM180.
Allahu! puas hati lg makan tomyam siakap tiga rasa ..hahahah...rezekikan ..kata nak makan tempat santek makan nilah jawabnya .

lepas tu kitorang jalan jalan kat SKYTROPOLIS. ni pun mmg anak anak aku tak main sebab kena bayar sorang RM70 kot kalau nak main . kira boleh main semualah. nak masuk TRAIN TO BUSAN pun bayar RM 90 sorang ..dua orang dh cukup tampung makan malam tadi ..ermmm...

sebenarnya aku nka cerita rahsia. aku takut naik GENTING ni sebab kalau roboh rasa cam mati katak je kat atas tu . dh lah sana tempat maksiat . yelah ada casino ...agak agak ada pelacuran tak ??

oklah .bye .
 rasa cepat je nak balik . 


Genting Highlands Ke Pulau Pinang

aku bersiap pukul 10 pagi untuk checkout. dalam jam 11.45 pagi panggil troli naik dan kami ke tgkat 5 utk ke playground amik gambar . Tak lama lepas tu suami aku sampai dan kami checkout.
dalam jam 12.30 tengah haei kami bergerak keluar dari Genting Highlands ke Batang Kali.



mainan apa tah ni 


suka kat sini sebab tempatnya sejukk je...




Masa nak balik tu cuak jugak takut sesat ,tp bila ikut google maps ok. di bawak kami ke tanjung Malim dan akhirnya exit highway. Masuk highways plus ok dah tak rasa risau straight ke Penang. tak lah kami patah balik ke jalan duta utk ke Ipoh . kira dah potong jalan dah ni .

Kami berhentu kat RNR Bukit Beruntung kot utk makan tengah hari dan solat . amik nasi lemak ayam RM5.50 dan bihun RM3.00 tapi sayang bihun dah basi kami amik lagi nasi lemak. Budak budak ni beli jajan habis RM50 kat stesyen minyak ni . Ingat nak beli Costa Coffe tapi mesin pulak tak boleh digunakan lagi.

pemanduan yang lancar langsung tak jammed kami sampai Penang jam 5 petang . 



Jen Hotel dah berwajah baru .Ingat lagi aku pernah ke Jen Hotel baca kat sini 
baru ingat masa tu tahun 2017 dua tahun lepas..sebenarnya sekitar bulan Ogos kami ke Penang tidur di Lone Pines . korang boleh baca link kat situ. 

So ini kali kedua aku tidur di Jen Hotel dan suami aku dh banyak kali asyik tido kat sini. 





cantikkan decorasi dia


belakang tu cam grill zaman dolu dolu 


orked merengek rengek telinga sakit ..pressure masa turun bukit kat Genting




ni bilik kitorang dapat dua katil single .. dulu satu katil double

ikutkan budak receptionist ni kata bfast kitorang utk sorg je..tertiba check balik dapat utk dua org ..
so esok kitorag dating makan breakfast lagi. 
kalau nak bawak makan kat transfer road pun ok dekat je sebenornya.. cuma aku yg feel pelik makan kat situ sebab tepi longkang 😂😂😂😂

pastu pelik aku apsallah ramai manusia makan kat situ ..musykil musykil..
malam ni kami plan nak g padang kota carik pasemboq.. korang layan tak pasemboq. 

canteeeekkkk!!!

ok .tomorrow checkout 2 pm dan kami akan ke PD ..go go!


Sabtu, 9 November 2019

Croissant super Lazat Swiss Garden Genting Highlands

so hari ini hari kedua dan terakhir aku breakfast dekat The Garden Terrace By Swiss Garden GH ..ya Allah korang wajib makan benda ni . Nak tahu tak dia bakar depan depan kita, bau roti nya semerbak..terus makan roti dari tray yang baru keluar oven ..aku rasa one day org dtg stay kat hotel ni semata nak makan roti croissant yang panas lembut ni waktu cuaca sedang sejuk sgt sgt sesuai. 

bau dia tu sgttt wangi
inilah roti yang enak bangett tu

time ni belum masak lagi ...

uncle ni lah yang akan keluarkan roti roti tu ..belum sempat letak dalam bakul dah berebut orang amik...
paling sedap ko sapu butter unsalted tu lepas tu letak sikit jam ..mmg lazat weh ! 
minum pulak kopi panas without sugar ... heaven ! 

ni the Garden Teracce 

luar dia ada playground 

tempat jimba jimba ...

tinggi mak aihhh...


hari ni check out jam 12 dan kami akan menyambung perjalanan ke Penang. Jen Hotel kau tunggu kami sampai !

Jumaat, 8 November 2019

SWISS GARDEN GENTING HIGHLANDS PART 2

korang kena tau hotel ni sekali dengan rsident ..so ada wing yang resident dan ada wing utk pengunjung. yg swimming pool tu kat area resident.
so kalau nak mudah turun lobi ke bangunan resident baru naik swimming pool dia..
yang best lagi atas tu ada banyak pool kecik kecik utk budak ..so tak risau lah sangat sebab tak dalam sangat ...peringatan sila bawa towel dari bilik sebab kat atas tu takde tempat bagi tuala macam biasa kita tengok...


permandangan dari pool ..nampak awana genting resort 

tempat ni cantik tempat org baca buku gamak nya ..tenang aje...sambil tunggu anak mandi boleh lepak sini ..

diorg mandi kat pool ni je 

iyad kena paksa jadi model hahah

belakang tu sauna 






ada banyak lagi port menarik nak posing tapi yelah bila ngan budak budak ni tak feel sgt nak bergambar ..baik gamabr budak budak je lebih ...mak dia jadi malu nak bergambar

oklah ni nak keluar lunch ..budak budak pun dh siap. tengah menunggu ayahnya...
so far aku rasa level best otel ni still dalam 3 bintang kut ..belum feel awesome habis.!

Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...