Ahad, 11 Ogos 2019

LONE PINE HOTEL,PENANG.

Hari ini 12hb Ogos...kami bertolak selepas kami breakfast dan menzirahi kubur mak dan abah . Terasa asing bukan ..berjumpa mak dan abah di kuburan sebelum kami pulang..tapi nampaknya kami kena singgah balik kuala kangsar sebab beg laptop apis tertinggal kat sana 

Lebih kurang jam 10 pagi kami bertolak .Jarak antara Kuala Kangsar dan Jambatan Kedua Pulau Pinang tak berapa jauh cuma sekitar 1 jam perjalanan sahaja .

Sampai sampai kami terus cari Hotel Lone Pines utk check in .
dah sampai ..kami sampai awal dalam jam 12.30 tengah hari 
Malangnya kami tak boleh check in jadi kami cuma jalan jalan je di sekitar pantai dan sebab masih terlalu awal dalam jam 12.30 tengah hari . kami berjalan kaki ke luar hotel utk mencari makanan sementara menunggu utk check in masuk hotel

ambil gambar sementara belum check in

dengan baju princess dia tu...

view ni yang aku nak tengok sgt ....

lepas dh main pantai dtg balik sini ..still belum boleh check in ..so kitorg decide nak cari makan makan je

Di sekitar hotel dalam jarak 5 minit berjalan kaki kami ke kedai ARAB untuk menikmati sharwa atau kebab ayam berharga RM 10 ringgit sahaja. 




kebab ayam dia sedap ..kami tak makan banyak semua masih kenyang lagi ..

belakang restoran arab tu ada petronas ni ...tengok tu ada Mc Donald

kami singgah ke petronas di belakang kedai makanan arab utk beli sedikit stok makanan seperti roti , nutella dan kopi. 


di kiri pertronas mesra ni ada subway dan sebelah kanan pula ada Mc Donald. Jadi tak risau lah kalau malam malam lapa nak makan .

sesudah itu kami berjalan kaki balik ke hotel sambil menikmati asikrim sorang satu di tangan kami. hahah...

sampai je di hotel, pekerja Hotel memanggil kami dan kami boleh check in. sebab baru jam 2 kami tak boleh check in lagi hanya selepas jam 3.. jadi budak budak mandi pool terlebih dahulu ...

ok ..mula mula macam ok ..
jam 3.15 pm aku suruh suami aku g tengok bilik dh siap belum .. then aku call sekali org recepcionist cakap lagi setengah jam ! ayooo!!!

aku mmg bersabar je .

jam 3.45pm aku dh tercongok depan kaunter ..muka bengang ! 
sekali dtg seorang chinese lady complaint bilik dia kotor..dia tunggu satu jam setengah tiba tiba dia dpt bilik kotor ..mengamuk dia ..

aku pun dari nak happy happy tertiba moody ! ek ...ade ke nak jam 4 pm baru dpat bilik... dan aku punya expectation mmg melangit ..yelah semalam 4oo bagi aku mahal lah ..tertiba dapat bilik yg emm......

ok! next ..air cond pulak tak sejuk aduh! mmg hangin lah kan ..aku macam dah rasa tak best je ..bayar mahal tapi macam macam hal ...

nasib baik pantai dia dekat dengan balcony dapat aku mengubat rasa dengan deruan ombak memukul pantai ..tenang je rasa ...

mandi manda acara wajib 

pool dia mmg cantik ...

sekeping je gambo aku boleh ?

anak dara yg kembor ayo...jangan tanya kenapa baju renang yg sama ulang ulang ..tampo kang!

yg cam banglo sebijik tu tempat breakfast dia 

ni pool dia yg ok lah besar lagi pool umah kakak aku kat sentul 

mmg merepot aku ngna suami dok tepi pool ni 





skrang ni perasaan aku pada hotel ni dh suam suam kuku ..skrang aku kasik peluang dia nak betulkan keadaan dengan breakfast esok macam mana ..

aku set nak keluar breakfast dengan suami aku jam 6.40 pagi ..waktu semua org tido kitorg nak makan kemudian jalan jalan kat pantai ....


nnt aku review bilik dia pulak ....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Canva

 This video are made from canva application :  Video Perasmian :  Another from canva: