Memaparkan catatan dengan label diari2019. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diari2019. Papar semua catatan

Khamis, 12 Disember 2019

ISLAND HOPPING KRABI 2019

OK ..KORANG, LEPAS AKU G KRABI BARU AKU TAHU RUPANYA PERGI KRABI  wajib pergi Island Hopping kerana di situlah terletak kecantikkan pulau pulau di Thailand atau lebih tepat adalah Krabi .

Memiliki lebih daripada 200 buah pulau di sekitarnya, Krabi adalah salah satu daerah di Thailand yang terkenal dalam kalangan pelancong di seluruh dunia.

Kalau ingin dibezakan kawasan lain di Thailand seperti di Phuket, Krabi adalah destinasi yang sesuai untuk anda lawati bersama keluarga kerana kawasan persekitarannya yang lebih mesra pelancong yang datang dalam pelbagai peringkat umur. ( maisinggah.com)

yg kita biasa dengan Koh Lipe( boleh pergi dari Langkawi). Koh Samui dan macam macam lagi.
ok aku nak share aku cuma amik trip island hopping 4 island. so aku pergi Railay Beach, Phra Nang Cave, Tup Island, Chicken Island and Poda Island.
yang ni pun dh ok sangat utk aku yang beginner ni . Dan menurut kawan aku yg selalu ke Krabi. Dia kata mmg Phi phi Island tu paling cantik tapi yang paling sesuai utk anak anak yg macam aku nilah bawa family adalah 4 Island sebab dia singgah satu stau pulau bagi masa main pantai , kira enjoylah . Dia kata kalau Phi phi Island lebih sesuai utk ord dewasa senan dia banyak snorkelling . Alhamdulillah . aku buat pilihan yang agak tepat
Island hopping ni costly jugak .Macam aku satu family kami kena spent aroud RM600. Selalunya pakej memang bagi makan lunch terus dan sediakan air sepanjang tour. 
ini initerary dia kebanyak tour memang menggunakan initerary yang sama .

berdasarkan pengalaman aku :
- korang pakai selipar je
-tak payah bawak baju, pakai baju nak swimming tu terus.
-aku ada juga bawa tikar, utk keselesaan masa duduk tepi pantai tu. Itupun sebab hotel sediakan percuma
- tak payah bawa bekal air dia akan sediakan air .termasuk dalam pakej kita bayar tu.
-makanan lunch pun ada . bawa lah duit juga ..macam kami dapat makan jagung bakar masa kat Pulau Poda tu . 
- baju nak photoshoot penting! sila bawak.

ok meh kita layan gambar aku sepanjang Island Hopping di krabi. View dia mmg awesome. Berbaloi dengan apa yg korang bayar. Pecayalah!

Pergilah bersama keluarga. Sesuai je bawa anak anak . Tak berbahaya. Anak anak akan enjoy!


breakfast di Firdaus Restoran sebelum bergerak. Masa ni belum book mana mana Island Hopping...tak jumpa yg murah 

jalan kaki utk naik boat

kami naik speedboat, mahal 100baht tapi 1000 kali selesa

orked posing depan agent island hopping, korang cari sugar marina dia depan tu je



Railay beach


Tup Island ...ada kawasan jumpa ikan 


Tup Island..

Snorkelling. Kena pandai berenang

chicken Island utk snorkelling

anak anak suami aku yg bawa ke tengah nak nagi pengalaman snorkelling


kari ayam ...

nenasnya sangat manis 

nasi dia sedap, mungkin sebab lapa kut

port makan kami 
Iyad banyak di daratan dari lautan .




honeymoon mode on !

ayah kasi makan sambil anak anak main pasir ..puas hatilah tu main pasir banyak banyk...





tengok betapa cantik air dia, bersih sangat sangat. patutlah org putih suka laut kat sini...

tq abang bawa kami jalan jalan

mmg cantik ..tanpa perlu edit sebenarnya ...

Poda Island, kalau korang nak tau sinilah cerita Amisha Patel dan Hitrik Roshan berlakon dalam Kaho Na Pyar  Hai

ni kat Railway Beach kat sini ada resort mahal...kat sini hanya boleh sampai dengan laluan laut ,kata budak thai ni

Tup Island. Memang sangat indah .Air dia biru saujana mata memandang. Aku rasa laut macam ni kalau kita ke Langkawi baru jumpa itu pun kat hotel yang mahal mahal...Sabah mmg cantiklah ...


Ahad, 10 November 2019

Genting Highlands Ke Pulau Pinang

aku bersiap pukul 10 pagi untuk checkout. dalam jam 11.45 pagi panggil troli naik dan kami ke tgkat 5 utk ke playground amik gambar . Tak lama lepas tu suami aku sampai dan kami checkout.
dalam jam 12.30 tengah haei kami bergerak keluar dari Genting Highlands ke Batang Kali.



mainan apa tah ni 


suka kat sini sebab tempatnya sejukk je...




Masa nak balik tu cuak jugak takut sesat ,tp bila ikut google maps ok. di bawak kami ke tanjung Malim dan akhirnya exit highway. Masuk highways plus ok dah tak rasa risau straight ke Penang. tak lah kami patah balik ke jalan duta utk ke Ipoh . kira dah potong jalan dah ni .

Kami berhentu kat RNR Bukit Beruntung kot utk makan tengah hari dan solat . amik nasi lemak ayam RM5.50 dan bihun RM3.00 tapi sayang bihun dah basi kami amik lagi nasi lemak. Budak budak ni beli jajan habis RM50 kat stesyen minyak ni . Ingat nak beli Costa Coffe tapi mesin pulak tak boleh digunakan lagi.

pemanduan yang lancar langsung tak jammed kami sampai Penang jam 5 petang . 



Jen Hotel dah berwajah baru .Ingat lagi aku pernah ke Jen Hotel baca kat sini 
baru ingat masa tu tahun 2017 dua tahun lepas..sebenarnya sekitar bulan Ogos kami ke Penang tidur di Lone Pines . korang boleh baca link kat situ. 

So ini kali kedua aku tidur di Jen Hotel dan suami aku dh banyak kali asyik tido kat sini. 





cantikkan decorasi dia


belakang tu cam grill zaman dolu dolu 


orked merengek rengek telinga sakit ..pressure masa turun bukit kat Genting




ni bilik kitorang dapat dua katil single .. dulu satu katil double

ikutkan budak receptionist ni kata bfast kitorang utk sorg je..tertiba check balik dapat utk dua org ..
so esok kitorag dating makan breakfast lagi. 
kalau nak bawak makan kat transfer road pun ok dekat je sebenornya.. cuma aku yg feel pelik makan kat situ sebab tepi longkang 😂😂😂😂

pastu pelik aku apsallah ramai manusia makan kat situ ..musykil musykil..
malam ni kami plan nak g padang kota carik pasemboq.. korang layan tak pasemboq. 

canteeeekkkk!!!

ok .tomorrow checkout 2 pm dan kami akan ke PD ..go go!


Rabu, 14 Ogos 2019

REVIEW SOMETIMES BY ASIAN DESIGNERS



Pertama kali aku beli brand Sometimes ni 
memang gempak gila! 
the way dia present barang dia tu rasa macam mahal gila siot! cam beli handbag LV pulak aku rasa,,,

dia hantar pun wrapping dengan pembalut kaler hitam , siap tulis brand dia 

canggih tak ? Lawooo kan ...
ada pulak dust bag dia ..

aku pun letakkan lappy kesayanggan akuu ni ...


nak taruk nama ni je RM39 hinggit ok !! ko rasa ? jaahahhhhha...

perempuan mesti suka benda benda gini kan 
namun nasihat aku ...benda alah ni berat ..
sarung laptop ni berat ..jadi korang kena fikir dia tiga kali sama ada nak guna atau tak 

last last aku tak pakai ..sebab sarung nya ni berat ..cuma nampak cantik lah bila ko letak dalam beg pink ni 

kalau korang nak belikan silakan ! 
enggak ada yg mahu larang ..terserah lo !!!
hahahh

aku cuma menyatakan apa yg aku rasa 
dan aku nak tanay handbag dia pun berat berat ke macam mana 😮😮😮

oklah ..setakat ni je aku nak share ..btw ku bangga malaysia kita manpu hasilkan para designer yg hebat hebat , cuma nya yg ni aku rasa material dia .....tak lah aku kata kualiti beg dia tak elok ..korang jangan salah faham pulak ..

cuma dari segi praktikalnya tu lah ..kalau kau pakai nnt kau nak bawa laptop kau akan jadi berat ,, itu sahaja ...

ok 
XOXO

harga satu RM 93 ringgit tidak termasuk initial nama ko tu ..ye!


Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...