Khamis, 16 April 2026

EV car?

 
Aku dah start borak borak dengan chat GPT nak tukar kereta HRV dengan EV e-mas 7… kesimpulan terus ek… mmg lagi jimat guna ev sebab charge free kat rumah dan takde servis,… sebulan aku isi minyak 200.. kemudian servis sekali dalam RM700 atau ada paling mahal RM1000 lebih … aku dh kira kira nak pakai ev ni .. tapi takpe aku sabar dulu…aku tunggu end of this year … bg suami aku beli dulu… dia nak beli e-mas 5 . Bila tengok video youtube mmg ok sgt walaupun E-mas 5 dah besar macam HRV aku … aku kan suka benda benda yg futuristik ni .. kalau lah masa aku belum beli HRV dah ada E-mas ni ..mesti aku beli E-mas .. adoi ..lambat sikit je aku beli bulan 8 2024 kut dia launch e-mas dec 2025 emmm … takde rezeki ..hakikatnya lebih murah tau harga EV dr HRV aku ..adoii, 

Sabar sabar.. org kata tunggu dulu nk tahu value EV ni kemudian nnt..

UPDATE: tadi suami aku g tengok ...rupanya kalau trade in ada rebate 5k, rebate lagi 4k, pastu keje gov dapat lagi 4k- total dapat 13k

gedebuk gdebak monthly rm 1198 gitula

dalam kereta suami aku dh menung..nak beli ke tak ..kalau aku beli aku cuma teruskan payment je ..cuma dari 8 tahun mula balik tapi kalau suami aku beli ..dia mmg takde bayar apa apa kereta..sakit juga nak bayar 1200 tu ...pada dia ..tapi kan ada kenaikan gaji ..ermm...sebenarnya mmg pun kereta ni liabiliti ko beli terus jatuh rege..hari ni ko beli ..esok ko jual dh consider used car. kan ...

aku bila fikir takde servis per year, pastu takde cost minyak monthly , aku mmg berminat. sekarang aku bayar 1098 bulanan HRV, minyak lagi servis lagi ..mmg kos lah ..erm....tapi rasa rugi gak sebab masa beli HRV aku letak depo mahal tau ..dalam 23k..tup tup nak beli kereta baru..ok ..ni semua napsuu...bertenang boleh tak? 

so suami aku masih berkira kira ..sabajap! fikir dulu.







Isnin, 13 April 2026

Macbook Neo 2026


 aku dh terima MacBook neo. actually macam apperance iPad aku je... cuma ada keyboard tapi kan kalau iPad ada benda yang tak boleh download tau. ni MacBook boleh download word dan excel senang nak buat kerja. lagi satu iPad mana boleh print ..melainkan wireless printer. kena guna air print..sebenarnya banyak je brand yang lebih power dr apple ni ..tapi bila ko dh biasa dengan iPhone, MacBook, iPad ..mmg ko akan selesa guna brand apple ni ..


aku belum Beli Apple Watch ..sebab malas betul nk kena charge bila tiap kali nak guna tu je alasannya aku tak beli..tengok tengok balik macam setiap dua tahun aku beli barang apple ni ..

Jom throwback ...

iPhone 17 plus 2017 .https://ceritaama.blogspot.com/search?q=iPhone+7

MacBook -2018 Rosak screen garis garis kat atas 

iPhone 11 hadiah suami -2020 still pakai

iPhone 13 Pro suami belanja / aku belikan dia Apple Watch -2022 -Apple Watch dh rosak kebab bawa masuk laut, iPhone 13 Pro masih elok.

iPad -2024,- still bagus.  air pod Imran ganti kawan punya - 2024 

iPhone 13 hadiah imran- 2025 -masih guna

MacBook neo - april 2026 tengah type dengan MacBook neo 😂

tapi first time aku pakai apple edu guna unidays Imran dapatlah harga murah cth neo ni Rm2499 kot utk 512G ..kalau tak rm2899 kut ..utk MacBook neo ni .. tapi aku tengok dekat threads boleh dapat lagi murah dalam diskaun 600... diorg guna tiktok voucher 

lagi satu kalau beli ni boleh claim bawah gaya hidup utk pelepasan cukai pendapatan LHDN. 

entahlah so far mmg ko pakai hari hari buat kerja takde masalah ..yg jadi masalah bila ko tak pakai buat kerja ...beli tapi tak pakai membazir lah kan ...

Okl apsal lah aku type asyik keluar auto correct ni ..jadi kelakar pula .ok bye 

Isnin, 6 April 2026

Outing kali pertama dengan Melur

 




Sejujurnya ini kali pertama kami keluar makan dengan melur. Tempat yg paling ideal ialah Coffee Beans bukit Katil jam 5.30 petang . Takde orang! Perfect .. hantar orked ke rumah Madam Gee dan kami lepak sementara tunggu Orked . Boleh jadi rutin setiap Isnin ni .. 

oklah ..kelam kabut juga bila dia menangis … tapi kalau kira kira sekali lepak rm 67 x 4 ..dah dua ratus … nampak tak ? Kalau minum kat rumah kan free.. cuma kita nak suasana tu … dua minggu sekali atau sebulan sekali ok.. just minum kopi … tadi amik croisant salted egg Rm 9.90 sedap ..besar pulak tu ..teringat dulu biasa beli kat Richiamo Ayer Keroh … 

Coffee minum time panas sedap ..bila dh sejuk tak best pulak … 

Apa cerita hri ini ? Melur makin ok . Mak nya pun asyik update chat gpt jadual susu anak ..dia kirakan hari ni cukup ke tak cukup amount susu anak sehari … 9 hb ada appoinment dental. Pagi … 

Lagi satu entah apa hal .. aku beli macbook neo .. just beli onlie ..beli under unidays imran dapat harga rm 2499 utk 512 GB … oklah …

Paling murah laptop ni ..yg aku beli tu screen rosak . Semua nya jadi masa aku masuk wad nak bersalinkan melur , dapat tahu mmg aku mengamuk .. aku punyalah jaga elok elok laptop tu..yelah nak buat e roh nak buat kerja sekolah tup tup screen rosak .. terkilan bethol … beli sejak 2018 kalau tak silap … hampir 10 tahun jugak lah pakai … sebenarnya boleh je bertahan lama lagi hayat benda tu ..tapi bila budak budak masuk campur ..ermmm… mmg barang letrik akan mudah rosak . So jgn kasik budak guna brg kerja ko..termasuk lappy dan ipad … 

Khamis, 2 April 2026

42 minggu

 hari ini usia baby genap 42 minggu,apa yang berlaku ..

- melur dah discahrge kuning.. hanya dtg utk check up bulanan di KK 

- ada dental appoinment kena pergi next week

- luka czer ibu makin pulih , ibu dah start memandu 

- susu semakin baik , dan mula tidur lama ..4 jam baru menyusu semula.

segalanya nampak macam baru pertama kali . sebelum ni aku tak pernah kira bila baby nak menyusu. bila ngekk je ..bagi susu badan ..sampai tertidur ..letakkan dan buat aktiviti lain .. bergerak lagi ..sebelum nangis offer susu begitulah seterusnya .

Melur minum susu FM.. aku dah tak bg susu badan tapi still pam supaya susu still supply dan simpan, boleh bagi melur bila bila.. hari hari dia minum susu botol ..entahlah rasa macam gagal pulak jadi ibu bila bagi susu tepong ..berat melur naik ..okay ..berat lahir 3.0kg dan usia 40 hari berat dia 4.6kg. takpelah ..selagi baby sihat ...membesar dengan baik ..susu formula pun okay ..terpaksa fikir macam ni ...

aku pula perlu bersedia untuk naik bekerja semula . 

aku cuma cuti 60 hari dan aku tak jadi ambik cuti menjaga anak sebab aku dh jumpa pengasuh yg boleh jaga melur usia dua bulan . ikutkan kerajaan baru annouce bekerja dari rumah ..bermula 15 April 2026. tapi cuma tiga hari selasa hingga khamis. boleh lah ayah dia jaga dia ...tapi tulah still hantar pengasuh sebab isnin jumaat macam mana pula..bayaran 450 kalau tak silap . Kak Ana ni mak Fathul, kawan imran di MOZAC. 

masa beraya imran cerita dia dpt baby baru ..pastu mak fathul ni mmg mengasuh anak .so dia kata bagilah achik jaga ..achik pun dh tekde baby nak jaga..tengah mencari ....elok sgt lag tu ..rezeki melur ..bagai pucuk dicita, ulam mendatang...

so tak jadi hantar ke Taska kak eton ..taska kan ramai baby ..lagi susah nak kawal ..kang batuk ..selsema ..macam macam ...takpelah tak dpt claim LHDN yuran taska 3k . nak buat macam mana ..kesihatan dan keselamatan anak paling utama ....cuma jauh sikit ..Melur di Jasin .. takpelah aku doakan yang terbaik untuk anak ku ...

skrg fokus aku sebelum naik keje ..ialah nak jaga Melur , bagi susu baik baik ..pastikan dia sihat .dan boleh mula senaman ringan ..jaga diri balik ..entahlah mestilah susahkan ...berat badan asal macam mana lah nak dpt...kalau dapat 70kg pun dh ok sgt dah ... paling ringan pernah capat dulu 68kg ...sekali tulah ..nak maintain bukan main susah ..

aku hari hari doa cepatlah baby besar ..makin kecik makin fragile aku rasa..takut sgt ..tapi org kata newborn lah paling best ..baby tido je .. takde meragam ..nnt dh masuk 4-5 bulan lain pulak kisahnya ..

entahlah ..mmg ada baby kecik kena hidup cara ada baby ..tak sma macam dulu ..setakat ni belumpergi mall...keluar malam makan ..dan buat aktiviti macam biasa.. tak tahu bila boleh bawak keluar ..mungkin 4 bulan kut ..

setakat keluar g klinik kesihatan , hospital adalah ..pastu drive thru CBTL tupun dah happy gila..skrg mengira cuti pula..next cuti ..raya haji ..ada cuti seminggu ...oklah ..nnt update lagi ..kalau tak sibuk ..


Ahad, 29 Mac 2026

Luka Czer

 Lebih kurang seminggu aku selsema dan batuk. Bila selsema aku tak dapat menghidu. Maka tumpuan aku pada luka czer tak sberat pada maslaah batuk dan selsema. Aku pakai mask hari hari. Dh pegang perut bila nak batuk. 

Satu hari dlm bilik air, aku ambik tshirt dan tekan pada luka jahitan na check sama ada dah baik atau belum. Entah macam mana burst darah. Satu tempat. Luka pada satu tempat czer. Mmg aku cemas . Malam tu jugak suami aku bawa ke klinik sofia bukit katil. Doktor check dan bgtau ada luka dan bukan dalaman .. dan dihujung simpulan czer ada infection sikit.. sebab berbau. Doktor bagi cream antibiotik dan ubat makan 5 hari antibiotik. Ya  Allah ! Aku mmg menangis takut. .. 


Baca di threads macam macam lagi aku takut..suami aku pun frust .. dia sanggup masak hari hari sebab taknak aku buat kerja rumah na aku cepat sohat… tiba tiba jado macam ni.. balik rumah terua mihta beli spray hydrocyn utk buat dressing dan cream nya. 

Alu dressing dua kali sehari… aku jumpa doktor khamis malam jumaat. Ahad baru takde bay pada simpulan czer. 

Hari ni hari ke 38. Dua hari lagi baby umur 40 hari dan aku tamat pantang 44 hari iaitu 4.4.2026. 


Aku nak sihat ! Aku nak kuat macam biasa. Nak jaga anak .. nak gembira macam dulu. Kenapa aku sering fikir negative . Aku jadi trauma .. takut apa apa yg buruk berlaku. 

Aku jumpa doa . Doa bila terlintas benda buruk dalam kepala .. di fb nnt aku jumpa aku share semula. 

Aku tak pasti adakah ini modd swing atau apa? 

Bila hormon tak stabil jadi macam ni. Atau apa sebenarnya. 

Doakan anak aku sihat dan aku pun makin sihat. Insya Allah aku naik keje 20.4.2026. Genap 2 bulan atau usia baby 60 hari. 

Selasa, 17 Mac 2026

sijil kelahiran Melur

kami tak dapat daftar kan melur ..nak tahu sebab apa? sijil nikah original kami hilang .. ya mmg careless. kalau arwah abah aku ada mati aku kena marah . entahlah ..tak tahu mana hiangnya ..

apa yang kami kena buat . kena buat pengakuan depan suruhjaya sumpah bagitau sijil kahwin original hilang dan kena mohon semula di pejabat agama kuala kangsar sijil nikah yang baru ..

mmg leceh dan bayangkan disebabkan sijil lahir takde ..urusan aku nak memohon cuti menjaga anak tertangguh . alhamdulillah pada usia baby 27 hari ..hari ni baru aku dapat sijil lahir melur dan baru dapat proceed permohonan cuti menjaga anak . 

kenapa aku cuti jaga anak .. aku hanya da 60 hari cuti bersalin .means dua bulan je dh kena hantar taska . taska yng aku dapat hanya menerima baby berumur 3 bulan . dan   aku pun ras atak sampai hati 2 bulan nak hantar taskan . so kami decide aku ambik cuti tanpa gaji 14 hari dan suami aku akan sambung cuti ...sehingga habis cuti sekolah bulan mei..maksudnya bila naik cuti sekolah bulan jun tu umur anak aku 3 bulan 12 hari aku akan hantar dia ke taska teacher eton . taska yang aku pernah transit Imran masa dia sekolah rendah . bayaran taska pulak adalah RM 540 sebulan . 

masa imran mula mula hantar org jaga tak silap aku 200 ke 250 .. masa orked 300 kalau tak silap ! ..ni dah tahun 2026 ..itulah bayarannya ada yang lain lagi mahal dalam 700 sebulan . 

hari ni suami aku tak sihat .. apa jadi ?..malam malam aku dan suami bergiir jaga baby .. aku bangun ..kemudian dia pulak bangun ...

aku ada peluang tidur . tapi malam ni aku takde   siapa bantu ..Allah swt sahaja yang bantu aku . aku ajak Imran dan ihsan tidur sama di bawah .. suami tidur dalam bilik . dia kuarantin tak sihat ..

kali pertama malam dia tidur atas katil selama ni kami tidur diruang tamu bawa tilam bujang letak depan tv .. 

walaupun skkarang ramadan ..lgsg aku tak rasa ramadan ... lagi 2 hari nk raya ..aku mengira lagi 3 hr umur ank aku sebulan 

Akikah Melur

 akhirnya pada hari ketujuh kelahiran anak ..kami menakan anak dengan nama 

PUTRI MELUR INARA .

hari ini dilakukan akikah dan tahnik pada Melur .

aku bawa melur ke surau . hari pertama melur inum susu lactogen . 

ramai jiran terkejut aku dapat baby ..mereka rak tahu pun aku mengandung ..alhamdulillah dalam jam 8 malam aku balik ke rumah risau betul bawa anak masih berpantang keluar rumah .







entah apa silapnya malam ni aku kena kencing kotor . ya Allah azabnya tuhan sahaja yang tahu . 

bayangkan ko rasa nak kencing tapi kencing tak keluar habis . da bila nak keluarkan yang sikit tu tak dapat keluar ..

mmg azab betul ya..first time aku kena kencing kotor macam ni ..menangis lagi ..entahlah ..aku rasa kenapa kali ni aku rasa susah ya ...serba serbi ...aku sedih dan asyik menangis ... satu satu benda jadi ..ya Allah ringankan lah urusan aku dan anak ku Melur . 


AHAD 1Mac 2026 

 aku check kuning di klinik sofea. masa ni berat baby turun jadi 2.8 kg dr 3.00 kg masa lahir dan 2.93kg masa di wad B2 tu ..susah hati lagi .. aku bagi Fm pun susah hati ...kuning ada turun sikit .. 


Isnin 2 Mac 2026 

bacaan kuning lebih baik ..doktor bagi kamicheck kuning selang dua hari pula . lega rasnya ..aku dapat ubat antibiotik utk kencing kotor dan air ural . Alhamdulillah selesai masalah kencing kotor aku dalam tempoh dua hari ..aku dah boleh kencing normal .

    


korang bayangkan kami ulang alik check kuning melur sehingga hari ke 17. 9 mac baru doktor bagitau tak perlu check ,jumpa balik masa umur 1 bulan . 

lupa aku nak cerita aku bawa melur appoiment dental utk isu tongue tied melur. 

korang yang baca blog aku mohon sgt doakan anak aku melur terus sihat dan aku terus kuat utk besarkan anak .

umur 43 dapat baby kecil bukan main main ya ..emosi aku sgt terganggu ..aku rasa takut sedih semua ada ..masa ni suami aku banyak cool kan aku ..dia siap kata apa gi yang susah hati ..

ya aku masih susah hati sebab aku tak dapat fully bf melur ..aku bagi susu tepung . aku tak de macamni sebelum sebelum ni ..anak anak lain mmg aku susukan sehingga aku start keje ..maksdunya dlm pantang minggu kedua aku dh selesai isu mengyusukan anak ..anak lapar je selak ..baby minum tidur ...macam tu je aku jaga baby ...tapi kali ni lain ..anak aku susu tapi macam tak kenyang ..aku tak pasti di mana silapnya ..mg lepas susu badan ..bila suami aku bagi botol dalam 2 oz ,mmg habis 2 0z tu macam aku pelik ..dia tak kenyang langsung ke masa susu dengan aku ..

aku menangis doa ya Allah bagilah susu aku banyak ..aku nak susukan baby aku ...

rupanya baru aku tahun semua masalah penyusuan ni adalah anak aku tak dapat latching dengan baik ..kerana dia punya lidah tak grip aerola aku .. aku dapat tahu bila nampak bibir anak alu ada lips blister ..bila googe ..anak menyusu tak latch betul . bibir yang kerja keras .sepatutnya lidah ..bukan bibir . sian melur dia struggle nak minum . aku bagi tapi dia tak puas . so aku kata takpelah ..selagi anak aku sihat ..biarlah aku bagi susu tepung ..dan aku takkan putus usaha anak minum susu badan berapa kali yang dapat ..tapi taknak putus ... susu ibu ada antibodi yang baik utk anak ... nnt nak vaksin satu bulan ..dia meragam ..mana ubatnya ..susu ibulah ubatnya ..kesian anak aku ..aku rasa penat nak pam .. tapi aku usahakan hari hari melur ada minum susu dengan aku ..tak kesah lah macam mana ..aku akan offer dulu susu badan kemudian baru bagi susu FM . aku nak melur sihat aku nak melur mebesar dengan baik . itu keutamaan aku .. 

aku kena sedar melur ada tongue tied tak sama macam anak anak yng lain . iya dpun tak lama dapat mnum susu ibu . susu aku macam kering . dia pun doktor tak bagi direct feeding . dia minum bottle. 

aku harap melur akan improve bila latching ...

kelahiran anak ke 5

 

alhamdulillah 20 Feb 2025 aku telah selamat melahirkan anak perempuan .anak yang ke 5. secara czer. ni merupakan kali ketiga aku czer dan kali pertama option czer . ada beza ya option czer mmg dirancang dan sebelum ni Iyad dan orked emergency czer .

nnt aku ceritakan .

aku admit wad pada 19 hb feb. aku datang jam 9.30 pagi terus ke labour room .skrg diorg panggil PAC. aku duduk di sana di pantau, buat ctg baby ..sempat jugaklah aku solat zohor di PAC. jam 3 petang baru dapat masuk wad . Aku masukWad 3-3 ..katil 34 .. bilik 6 orang. beraircond. aku tak pasti lah ..tp aku agak masa nurse bagi bed tu tengok tengok gred kut .. masuk aku kena tolak masuk wad.aku sorang dapat bilik 3-3 yang lain dihantar ke wad 3-4 ..entah ..sama je kut ..

masa ni ok lagi ...aku masuk pun happy happy ..depan aku ada tiga mommy yang dh masuk sebab nak bersalin ..ada yang tengah tunggu contraction ..ada yang nak minta induce ..

diorg tengok aku macam happy je ..masuk dh tahu esok kena czer ... aku pendekkan cerita ..malam tu suami dtg lawat aku minta belikan kopi zus dan subway . aku sebenarnya tak boleh minum kopi ..nak juga..akhirnya perut berangin , aku kena puasa jam 2 pagi . esok masuk OT tapi tak tahu jam berapa ..tunggu bilik ot panggil . 

malam tu..macam biasa ...anak anak buka puasa di masjid beli makanan di bazar ramadan . sian ..mereka buka puasa pun merata ..tak tntu hala ...

20/2 /2026

aku berjaga jam 1200 aku makan last . aku buat air dan makan baki subway ..malma ni tak dapat tidur sgt ..rasa takut ..aku berzikir je ..zikir nabi yunus .... aku terjaga jam 5.30 pagi ...aku mandi ..basuh rambut shampoo wangi wangi ..dh lah takde air panas ..aku mandi kemudian sarunkan baju nak masuk OT ..baju yang terbukak di belakang .. aku tak pakai bra . luarnya pakai baju wad kaler pink . 

aku solat tahajud, solat taubat dan solat hajat . aku doa betul betul minta Allah mudahkan urusan aku ..aku rasa gembira nak jumpa baby dalam masa yang sama takut ..takut sakit ...takut mati semua rasa...

aku solat subuh dan kemudian baru rehat ...aku baring sahaja di katil ..dalam jam 9.00 lebih nurse panggil buat CTG , tengah buat CTG ..OT call ..aku dipanggil masuk OT .

bermulalah segalanya.. aku dimasukkan tiub kencing , ditolak masuk Ot ..ubah katil bebrapa kali ...sempat salam suami dan suami cium dahi aku ..dia tunggu aku sehingga selesai .. hariini hari jumat . aku masuk bilik ot sebelum tu sempat berbual dengan doktor. aku tak tahu doktor tu yang akan opertae aku ..dia kata berpa kali czer dan aku ceritakan kali kedua czer , doktor saifuddin pakar di mahkota kata jahitan aku tak cantik ..dia dh repair ...aku saje je cerita pada dia ..aku ingat dia doktor bius, 

sekali masa dalam ot lepas team bius selesai biuskan aku ..aku nampak dia berdiri ..di board tulis nam Dr andrew ketua pembedahan aku dan dibantu dua org dotor perempuan ..DR amira ...

ada jam dgital besar di dinding .. mas ani rasa takut sangat ..aku sejuk ..dan mereka selimutkan aku guna warner supaya aku tak sejuk mengigil ...aku tanya baby dh keluar ..belum ...doktor belah hati hati sebab aku dh dua kali czer ..mesti melekat antara satu lapisan dengan lapisan yang lain ..tak lama lepas tu doktor yang jaga aku di kepala bagitau baby dh keluar...nurse yang bertugas ambik baby ...taklama lepas tu baby dibawa pada aku ..dia tanya baby apa//aku cakap girl ... dialetakkan baby di muka aku ..aku cium baby ..lama juga nurse tu letak baby ..aku tanya baby ok? ..baby okay ..nurse jawab . aku lega sgt ..

ada benda yg sentiasa membayangi aku masa aku ngandung .. kemudian doktor sambung keluarkan uri kemudian aku buat proses BTL sekali .ikat peranakkan .. lama juga aku di OT ..doktor kata semuanya dh selesai ..doktor bagi tau rahim aku menipis kemudian ada bahagian yang melekat ..dia dh jahit elok elok ..alhamdulillah memang jahitan luar aku sgt kemas ...nampak macam satu garisan ...nurse pun puji ...tq Dr Andrew. korang bayangkan ya ...percuma je bersalin di GH . kalau swasta ni mesti dah 12k . bayangkan lah ...alhamdulillah aku rasa bersyukur ..pembedahan selamat ...aku ditolak ke wad semula ..masa ni belum rasa sakit sebab ubat bius masih ada ..aku ingat opertae kali ni tak sakit sgt ..rupanya rasa sakit tu belum rasa sepenuhnya . 

6 jam aku baring tak boleh bangun ..masa ni nurse jaga baby .baby masak wad ..tak kena taha nursery . suami aku naik jam 2 lebih lepas solat jumaat ..itu kali pertama dia tengok baby ..dia azan dan qamahkan baby ..sorang sorang ank masuk tengok baby petang tu ...

malam tu nurse mula bagi aku jaga baby ..aku terpaksa buat alasan pening ..kalau tak malam tu baby kena tidur sebelah aku ...esok jam 6 pagi aku mula jaga baby ....hari ni hari sabtu ya ... aku tak makan lagi sejak puasa malam jumaat tu ...aku belum kentut dan sebab aku ada muntah jumaat tu doktor tak bagi aku makan ...minum pun tak boleh ..kemudian ..malam jumaat tu aku dh boleh minum tapi belum boleh makan ...sabtu waktu lunch aku tak peduli ..aku makan sebab dh lapar sgt ..masa ni belum kentut ...suami datang aku menangis mengadu ..perut keras . dia ambik minyak nona rioguy sapu perut alhamdulillah aku kentu ..lega sangat..menangis aku dalam tandas doa pada Allah bagi aku kentut . aku nangis sebab betapa kita tak boleh tak bergantung pada Allah SWT, kentut pun A;lah SWT yang bagi ... 

selesai bab kentut aku kena fikir jaga baby ..dalam keadaan luka czer masih baru ...aku mmg sakit ! masa terfikir kenapalah aku tak bersalin kat swasta .. aku penat jaga baby ..susu pun tak keluar lagi ..sabtu masa paeds datang bagi tau tahniah healthy baby .. tapi dia kata baby ada tongu tie sikit tapi tak teruk . ahad baru dapat result anak aku G6PD intermidiate ... atau carier. ahad aku dischrage tapi baby kena masuk wad B2 sebab kuning . aduh ! sedihnya bukan kepalang ..balik tapi baby takde ....

AHAD 22 Februari 2026

aku balik tanpa baby .. kami sempat tengok baby sebelum balik . aku bengkak susu malam tu ..nasib kak sal nak dtg tolong urutkan breast aku yang tersumbat ..takde laluan .. sakit bukan kepalang .. aku mmg tahu tiap tiap kali mengandung macam ni ..

malam tu suami carikan kobis dan aku tekap kobis utk kurangkan rasa sakit ... malam pertama di rumah tanpa baby . 

Isnin 23 Feb 2026

kami keluar  ke hospital aku nak susukan baby . masa ni kami decide nak buatkan akikah baby pada hari ke 7 kelahiran .. maksudnya pada Jumaat 27 hb Februari 2026. aku dh bawak barang siap siap ..alhamdulillah dpt bilik utk room in jaga melur . 

masa ni aku doktor dentak datang tengok tongue tied baby .. ada juga pakar laktasi dtg tolong urutkan ketul ketul kecil pada breast aku .. malam tu mmg aku tak tidur jaga baby ..dia tak cukup susu ..asyik nangis ..aku minta nurse top up susu takde siapa layan ..jam 3 pagi baru ada nurse yang nak susukan baby ..baru baby aku dpt tidur dan aku un dapat minum air dan tidur ...ya Allah ...penatnya ...aku rasa scary betul bila ingat balik moment ni ..aku taknak ulang ...takut..

Selasa 24 Feb 2026 ..

Alhamdulillah baby dapat discharge ..tapi masa ni baby masih tak selesai isu nak susukan anak ..aku pun tak faham kenapa susu aku macam tak setel walaupun baby dah start menyusu ..ada part yang masih ketul macam laluan tak buka sepatutnya bila baby dh start susu takde kawasan yang ketul ...

aku bawak balik baby tapi hati rasa tak gembira sebab baby belum menyusu dengan baik .

Rabu 25hb Feb 2026 

first day aku berpantang dirumah dan first day aku bersama anak aku di rumah .. aku cuba sedaya upaya susukan anak ..walaupun tak kenyang bagi tetap bagi ...setiap dua jam ... checkkuning frust ..14 bacaan rabu ..

khamis 26 feb 2026 

bacaan kuning naik 15.5 .. walaupun fully breast feed .dilema maka mula berlaku .. start nak bagi FM .aku kata janji kuning turun selagi tak turun takkan senang hati ...

nnt aku sambung lagi ....

Selasa, 23 Disember 2025

"Dari Setapak ke Bukit Baru"


Keadaan Iyad di klinik kesihatan

Okay ..lama betholl aku perap cerita ni . 
kisah penting ini bermula pada 27 Oktober 2025, cikgu Iyad Pn Dewani mesej iyad demam menggigil..sama kes macam di Jepun ..aku minta dia bawakan ke klinik ..keadaan iyad makin teruk ...suhu nya naik ka 39 darjah celcius. masa ni aku di Melaka ..suami pulak baru balik dr Bandung ...
aku ingat demam biasa biasa jelah ..tp keadaan makin teruk .
doktor yang merawat iyad bgatau suruh mak ayah dia dtg ..anak kritikal ni ...
dr klinik di pindahkan ke emergency . 





naik ambulans ke emergency HKL 


time ni suami aku dah gerak dr melaka ke HKL. aku mmg saja minta cikgu bawak ke hospital kerajaan dan kalau boleh transfer ke HKL ..dpt jumpa pakar Iyad Dr Asiah ..

cikgu time ni mmg cemas..dia kata Iyad tak makan dari semalam. dia tengah exam BM 1 ..lepas exam dia dh tak boleh tahan sgt minta ke bilik sakit . masa di bilik sakit yang dia menggeletar tu ..

sampai di emergency ..oksigen dia drop ..ke 89 kut ...pastu baru naik pelan pelan ..
Doktor nak hantar Iyad ke wad dewasa, jenuh aku minta dia hantar ke pediatrik ..bagitau doktor pakar dr doktor Asiah ...
akhirnya iyad masuk ke Hospital Tunku Azizah ( hospital pediatrik ) dan ditempatkan di wad respitory .

dr 27 hb Iyad masuk wad isnin ..aku tak dpt dtg lawat Iyad ..sehinggalah Jumaat tu baru aku boleh ke sana melawat Iyad. 

kami sampai HKL hari Jumaat ..gerak lepas sekolah terus ke HKL

Iyad dah boleh makan 

aku jaga Iyad je , terus aku kuatkuasakan solat .".sakit pun kena solat .."

wad mula mula aku jaga iyad ..masa ni satu bilik 6 orang ..view cantik ngadap KLCC


kerlas menu makan ..ada set petient dan ibu 

Lala, comel patient ni ..supplier gula gula kat wad kami ..

walaupun Iyad masuk wad , ada guru yang dtg ke katil katil mengajar ..SDH..sekolah dalam hospital 

beza Iyad 2025 vs 2019 ..masuk HKL terakhir masa comel macam tu 

kerja kami makan tido makan ...hahahha..

Iyad exam dalam wad tp tak habis jawab semua subjek ..

selepas tiga minggu ditahan di wad satu keputusan besar telah dibuat , Iyad tak dibenarkan sekolah asrama di Setapak sebab kena pakai CPAP ...setiap malam . Jadi aku kena bawa dia balik ke Melaka . 
Plan asal nak sekolahkan ke Pdag Temu sebab ada pendidikan Khas penglihatan . Akhirnya , aku temui ja;an penyelesaian terbaik . Iyad sekolah di sekolah aku bawh program Inklusif . dftar di PPKI tp masuk belajar ke kelas perdana . Akhirnya aku satu sekolah dengan Iyad . Iyad dimasukkan ke kelas 1 Jed. aku suka boleh tengok Iyad depan mata . tapi aku risau iyad tak dpt ikut belajar sebab dia biasa belajar satu kelas 2,3 orang ...sekarang 30 orang . Iyad kata seronok ..ramai kawan . aku bgtau Iyad belajar sungguh sungguh ..kali ni Ihsan tak boleh lekeh lekehkan iayd , Iyad dh masuk bersaing mcm budak biasa.. 

tahun depan dua anak akan ikut aku ke sekolah ..Ihsan dan Iyad. harap kedua keduanya boleh belajar dengan baik . paling penting menunjukkan akhlak yang mulia. dan sikap mahu belajar ...jgn sesekali kurang aajar dengan guru -guru ..tu guru guru tu semua kawan akwan akuu ..huaa....malulah weh!

itulah secebis kisah Iyad..aku sebenarnya sedih dengan apa yang menimpa Iyad ..masa dia tahu dia tak dpt sekolah di Setapak tu dia menangis...sian sgt ....masa Ust guru kelas Iyad lawat dia menangis menahan air mata jatuh ..
iyad makin dewasa .. sebagai ibu aku berikan kata kata semangat ..

"Hidup ini ujian ...ujian dr Allah SWT ..kita kena kuat ... Allah SWT uji tanda dia syg .."

mohon doakan Iyad akan kekal sihat ...7hb Januari 2026 ni aku kena bawa dia masuk wad ...ada prosedure iyad kena buat ...doakan ,



 

"Cikgu Heirman dah tiada.."




dah lama aku simpan hasrat nak menulis pasal kehilangan sahabat sekerja aku , Cikgu Heirman Ishak.

heirman guru multimedia ..muda lagi umur baru 49 tahun . kalau kat sekolah aku panggil dia Dak Man ..takkan nak berabang -abang pulak !..aku agak baik ngan dah heirman mungin sekitar dua tiga tahun ni ...

sebelum ni kenalgitu gitu je... aku naib bendahari dan dia presiden kelab staf ..tambah pulak kami satu bilik guru ....dr tempat aku aku boleh nampak dah heirman . kadang dia duduk sambil tertidur depan komputer . 

heirman ni kelakar . santai santai je borak ngan dia ..melawak ..bahan membahan benda biasa.. ingat lagi kejadian dia pakai t shirt putih ..kak yati bahan dia suh pakai bra ...badan heirman agak gempal ..ala ala abam gitu ... kalau di bilik guru ada apa apa isu ..ke heirman lah kami bawak utk dipanjangkan ke atas ..dah macam abg long kawasan ...

dia selalu sapa sapa aku ..." dah lah ustazah ...buat apa lagi ..bukan boleh bawa mati pun ...baliklah .." 

kami gelak je dengar dia cakap macam tu ..pada hari terakhir dia sekolah 3/10 hari Jumaat diorg perasan dia pakai hensem sikit dr biasa ...aku tak jumpa ..sebab aku CRK hari tu ..

4/10 dalam jam 8pg ..kami dapat berita dr group wassap lorong meja aku ..dak heirman jatuh bilik air ...dalam pukul 4 pagi . geng sekolah lelaki cakap ..malam tu diorg g minum minum kopi ..dalam 12 lebih juga baru balik...

pagi tu sabtu heirman dia bawak emergency hospital melaka ..keadaan dia agak kritikal ..jatuh ..dan dengan nya ada pendarahan ... macam rasa sekelip mata benda tu berlaku ..

heirman di masukkan dalam ICU ..kami pun macam terkejut ..setiap hari tunggu berita update pasal heirman ..dalam 13/10 aku sempat ziarah dia di dalam ICU ..masih tak sedar dan nurse kata mesin yang bantu dia bernafas ...dia takde respons..

bayangkan kawan kita jumpa hari hari ..bergelak meeting sama tiba tiba terlantar macam tu ...

masa dengar cerita orang tak sedih sangat ..tapi masa tengok dia dengan mata sendiri aku mmg menangis..aku cakap " man bangunlah ...dtg sekolah ...kami nak dengar lagi cerita ko ..." heirman ni mmg kaki borak jugak ..seronok layan cerita dia ..kalau geng guru laki lagi terkesan ..diorg selalu g camping sama sama..g pancing ...healing kat pulau ...

lama jugak heirman masuk ICU ..

disebabkan kesibukan bekerja ..cerita pasla hierman dah mula kurang kedengaran... 

tahu tahu dia dibenarkan utk dibaa balik rumah ..kami ingat dah ok kut ..sebab tu doktor bagi balik ...

ingat nnt dia dh settel nak ziarah dia di rumah pulak ..harap sgt dia sedar dan boleh jumpa lagi ..

tapi tidak, Allah SWT ada aturanNYa ..heirman akhirnya meninggalkan kami ..tanggal 28 Nov ..Heirman menghembuskan nafas yang terakhir di rumah nya ..

Assalamualaikum wbt & slm sejahtera semua,

Sy br dimaklumkan sahabat kita cikgu heirman br pulang ke rahmatullah sebentar td 😭


aku terus ke masjid duyong utk berikan pernghormatan yang terakhir .


  




Memang sangat lancar urusan pengebumiaan Cikgu Heirman. 2.30 ptg sampai masjid.. mandi jenazah sambil sekumpulan murid tahfiz membacakannyaasin dan buat tahli.. buat azan asar jenqzah selesai dimandikan … dikafakan ketika solat Asar dan disolatkan selepas solat asar… kata kawan yg iring ke perkuburan jam 6.00 selesai urusan dikubur. 


Mmg sangat dipermudahkan . 

Rata rata kawan kawan mengatakan dia org baik, selalu membantu rakan rakan guru. Alhamdulillah .. semoga arwah diletakkan ditempat org org yang beriman … aamin..



Jumaat, 28 November 2025

Kedai Kopitiam Oriental Coffee

 

Dh lama buka.. baru malam Ni sempat nak g makan

Overall semua sedap .. harga pun standard SR.. makan 4 meals 193 .. sebab amik roti bakar 3, aiskrim mango 1, telore swparuh masak.. kemudian air biasalah… lain kali na makan mee kari.. td yg kari kri semua habis… 

Egg tart pun habis… pandai Ayuni promo.. kiranya apa yg  Akak Bayar kira berbaloi lah…










EV car?

  Aku dah start borak borak dengan chat GPT nak tukar kereta HRV dengan EV e-mas 7… kesimpulan terus ek… mmg lagi jimat guna ev sebab charge...