Isnin, 20 Jun 2022

Jill Stuart Spectacle

 Aku pening kepala. 

Aku syak cermin mata aku power dh bertambah. So aku amik keputusan nak buat cermin mata baru.


So aku ke kedai spec mata yg biasa aku pergi.

Aku pilih pilih.. last sekali aku berkenan kat bingkai ni. Aku amiklah .. tapi melihat jenama apa ke.. yg aku tahu bingkai dia titanium .. tahan lasak.. bahan yg sama buat kapal terbang. Dia bukan plastik 


Aku tanya berapa semua sekali cermin , budak tubkira kira RM900. Oklah sebab aku dh bajet rm1000. Pada aku murah lah.. 


So .. aku buat jumaat, hari Isnin dia call spek mata dh siap. Aku pun nak g amik. Yg kali ni aku beli ada transition utk gelap ke cerah dan ada sekali utk lindung tengok komputer  lama.. hah! Blue ray .. susah nauu nak sebut… dan sekali lah silau semua.. bingkai je 600.


Lepas tu yg aku excited tengok bekas dia… eh! Lawa nya .. pink lagi..

Aku tanya jill stuart ni kira barang branded ek.. hahah … punya lah tak tau.. rupanya ya. Aku balik dr kedai spek terus google brand ni… Jill Stuart. Ooo

Mahal lah gak brand ni .. kah kah… boleh pulak ko…
Ok lah itu je nak cerita. 

Oklah cantik. Aku suka je… hehhe..

Apsal kat kedai nampak bingkai dia gold … bila pakai kaler hitam.. 



Jumaat, 10 Jun 2022

mesin Permainan anak Patung itu HARAM

 



Dari kecil lagi, abah mmg larang kami main guna mesin ni. Tahu ni judi. Sebab kena bayar dulu baru boleh tikam. Kalau kita main tikam tapi takde bayaran itu bukan judi.. lagi satu kan yg pasal collect point dpt payung tu.. kat shell ke bhp ke .. itu takpe .. sebab collect point.. itu kira hadiah.. kita bayar tu harga minyak petrol.. bukan bayar hadiah yang kita dapat ..dia bagi hadiah atau tak ..kita tetap isi minyak kan ? 

bagus benda benda macam ni dimaklumkan kepada masyarakat umum ..sebab tak ramai yang tahu..lagi satu pasal hukum haram jualbeli ..berurusan dengan lelaki muslim ketika waktu solat jumaat ..haram beli barang dr peniaga islam lelaki time solat jumaat ..sebab sepatutnya dia pergi solat jumaat bukan berniaga...

semoga masyakat kita akan lebih terdidik dengan nilai nilai agama..

Trip ke Baling

Lama aku tak menulis. bukan malas tapi sekaarang ni aku sgt sibuk dengan perihal yang entah apa apa ...di sekolah ..so kalau hari weekdays ..aku mmg tak boleh bukak laptop ..sgt penat kerja di sekolah kadang kala meeting sampai jam 4.30 petang balik rmah ..pick up anak balik sekolah ..kalau rajin balik masak dan itulah seharian jam 10.30 malam masuk bilik tidur ..esok start balik rutin yang sama ..

esok nya bangun pagi kelam kabut kemudian 6.30 pagi berusaha sedaya upaya keluar rumah dan start enjin ke sekolah ..aku sampai sk ayer keroh sebelum jam 6.45 pg itu paling cantik lah ...tapi selalu nya sebelum jam 6.50 pg dan aku akan sampai ke sekolah aku jam 7.05 pagi ..ini kebiasaan . tapi kalau lambat ..keluar dalam ja 6.40 mmg aku akan sampai sekolah dalam 7.15 atau 7.20 ..lebih kurang lah ..kalau aku betolak jam 7 pgi aku akan sampai around 7.30 pagi ..actually punch merah jam 7.40 pagi .

so nampak perubahan yang agak ketara lepas aku dtg awal ke sekolah banyak benda aku boleh buat sebab sampai awal..iyad pun dpt lantikan sebagai pengawas mungkin disebabkan kerap datang awal..

sebenarnya kan aku rasa penat sgt ..

sebab tu bila malam aku nak rehat je kalauboleh taknak masak dan nak tidur je ...esok keje macam biasa..

so cuti sekolah lah masa yang paling bagus nak reboost energy...aku tido lama lama ..aku penat..stress tak bagus utk kita ..semua penyakit dtg sebab kita stress ..kalau difikirkan kalau kita stress ..anak anak kita pun mesti stress juga...

stress kena marah sebab suruh cepat ...cepat ke sekolah cepat turun kereta..cepat kemas buku sekolah cepat makan ..semua kena cepat ..apa nak dikejar ni ..

mana masa kita utk baca quran ..masa kita baca mathurat ..zikir kita ..puasa ...semua nya mesti seimbang antara dunia dan akhirat ..

betul ke Allah SWT tak pedulikan kita bila kita disebukkan dengan hal dunia ...sedihnya ..kita kejar benda yang entah apa apa dalam dunia ni tapi kita kena buatb...guru disuruh pentadbir, pentadbir terima arahan ppd/jpn..jpn terima arahan dr kemterian ..kementrian bergerak selepas individu individu tertentu ni bermesyuarat.

boleh tak tiba tiba buat mekanisme pause. berhenti seketika . penat bila diarah itu dan ini ..

tapi nak buat macam mana itulah pekerjaan kita ..takde benda yang mudah dalam hidup ni ..kita cakap macam ni sebab kita orang bawah ...cuba kalau kita pulak pentadbir ..macam mana?

kita pulak desak org bawah kita buat itu dan ini disebabkan kehendak pihak atasan ..

berpusing lah macam ni sampai bila bila ...

so sebagai org bawahan pandai pandailah ko berfikir cara nak adjust hidup kau dengan pekerjaan kau ..selagi bantu bantu ...siapa nak bantu? 

kau bantu diri kau !

oklah sebenarnya aku nak cerita pasal aku ke baling ..kahwin anak abang aku ..aku ke baling lalu Grik nak ke Kupang Baling ..view sepanjang mmg awesome..

aku banyak amik video ..nnt korang boleh tengok kat youtube aku ...

Oklah aku bertolak dr ipoh jam 9.30 pagi lepas sarapan nasi lemal dan kopi . kami direct ke Baling . oklah perjalanan smooth dr ipoh smapai ke baling ..dr Grik ke Baling paling aku suka sebab view dia masya allah sumpah lawa ..tak puas mata memandang ..macam nak pergi lagi ..sejuk je tempat ni .nampak gunung ganang ..hutan..bukit bukau ..tasik mmg heaven lah ,,,,

view yang lawa ni aku snap masa kami nak balik ke Ipoh 


apalagi aku paling suka part jumpa adik beradik ..bersembang gelak ketawa buat lawa tapi tak dapat sembang lama ...tapi happy lah dapat jumpa abang abang dan kakak kakak aku ...

aku adik paling bongsu kan..semua balik melainkan abang Am dan Kak Azua aku ...

so aku terus ceritakan berdasarkan gambar ek..

in Alif Najmi anak abang aku ...dia yang kahwin...anak sulung ni

rumah ni kira rumah baru ...first time aku sampai ..hari tu nak dtg tapi kereta abang cuah rosak so tak jadi ...

best betul..boleh lepak lepas kat luar rumah ni ..udara pun sejuk je ...

korang tengok betapa telitanya..siap buat  papan tanda lagi tu "kebun dapur"

iyad je jadi model ...

Galangal Field kena tanya apa maksudnya ...

ini abang aku dan isterinya ...

ini abng Cuah dan Kak Nana ...

Ni Yeop , anak lelaki sulong dalam keluarga..

total adik beradik yang hadir..Abg Cuah, Aku, K mia,Kak Mimah, K nana, K Lijah, K jila dan yeop. [ tiada dalam gambar: Abg Ajis, Abg Am dan K Azua]

penuh frame dia gantung ...

ni abg Zaid dan Kak lijah

punyalah ramai anak cucu belah abang aku ...

anak anak sedara










dalam perjalanan balik kami telag singgah di Lata Felda Lawin ..best jugaklah port ni utk mandi manda ..air dia cetek je ...

nampak tak iyad berdiri pun tak takut jatuh

pastu keliling dia terang taklah gelap dan menakutkan 

balik tu plan nak beli durian tapi ..harga nya mahal nauu..Rm65 sekilo ..sebij tu RM 200 lebih ..suami aku kata ta payah lah next time 

itulah sedikit sebanyak cerita aku ke baling ..next time boleh aku share lagi pengalaman aku yang lain .


Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...