Ahad, 30 Ogos 2020

Melaka River Cruise 2020 dan Hotel di Melaka.

Melaka semestinya menjadi lokasi tarikan pelancong baik dalam dan luar negara .
Antara yang paling popular ialah ...menyeusuri Sungai Melaka sambil menikmati permandangan yang cantik sekitar bandar melaka ..walaupun buka bererti menjelajah bandar melaka seluruhnya ..ia sedikit sebanyak mempamerkan berapa cantiknya permandangan melaka pada waktu malam..dulu sungai ni hanya tempat saluran lebihan air laut .namun sekarang menjadi tarikan utama pelancong 
dan menyumbang kepada ekonomi negeri Melaka .

Malam merdeka 2020 kami ke River Cruise sebelum tu ke Men'ate utk makan malam kemudian ke taman rempah utk naik Cruise. Malangnya kerana terlalu ramai org jadi kami ubah plan ..cuma jalan jalan sekitar sungai ..Rupanya lagi best sambil hirup udara segar dan mengambil gambar permandangan Kampung Morten dari dekat ..melihat lampu-lampu neon yang berkelip kelip ...ramai pelancong turut berjalan ke sini ...

Jalan kaki utk ke Men'ate



gambar ni diambik atas jejantas nak seberang sungai ke Kampung Morten

"Merdeka...!!" jerit Orked

Bangunan yang tinggi megah tu Swiss Garden Hotel

Iyad 

Family picture , tak suka pakai mask tudung tertarik ke belakang ...Iyad nampak besar dalam gambar ni .


disebabkan hujan lebat kami terpaksa patah balik .Esok Imran akan balik ke asrama semula .Jumpa lagi 2 minggu ..semoga anak -anak sihat dan selamat ,

 ramai org tak tahu lokasi yang paling sesuai nak tempah hotel kalau di melaka . ok tengok lokasi ..kalau korang nak area bandar yang ada dataran pahlawan , jonker walk, bangunan merah tu ..korang kena stay area banda hilir..seperti ..Swiss garden, The Pines, Ramada, Bay view pun area situ ...kalau korang stay kat Hatten, atau Tree Garden by Hilton korang jauh sikit dari area cruise ni ..tapi dekat dengan dataran pahlawan atau melaka parade...

ok ..kalau korang stay area ayer keroh ..mmg agak jauh nak ke banda hilir ..so kalau ayer keroh dia dekat dengan Toll ayer keroh, taman buaya, zoo melaka, taman mini asia, botanikal garden, ni kalau area ayer keroh korang boleh stay kat Hotel 5 bintang Philea, Ames Hotel, Hotel Seri malaysia, Hotel Muzafar, Hotel Kobemas, Hotel MITC ni semua area Ayer Keroh .......

kalau aku dtg Melaka aku prefer stay Banda Hilir, atau Melaka Raya sebab sana malam malam happening dan dekat jugak nak naik cruise ..kena jalan jugak lah nak ke cruise tu ..maksud aku area banda hilir bukan area ayer keroh ..kalau korang mmg nak jalan jalan lah kalau waktu malam ...

oklah ...nnt aku share apa lagi menarik kat melaka..aku dah duduk melaka sejak 2006 ..masa mula mula posting so tau lah jugak serba sedikit.

kalau dtg melaka hujung minggu mmg jammed gila..kami org melaka takkan ke banda Hilir melainkan kalau ada urusan ..untuk sekdar jalan jalan mmg tak lah ..hahah..jammed..so mmg kami banyak berada dia area Ayer Keroh sahaja ...

oklah nnt aku sambung cerita ...

Jom Puasa Bulan Muharam 1442 H/2020


 

Sabtu, 29 Ogos 2020

Kebaikan VCO

Assalammualaikum kawan kawan ..

oklah .aku dh lama follow Dr Ju ..kat FB dia ..dia ada cerita pasal buat satu coffee ni nama nya keto bullet coffee

resepi dia :

coffee
sesudu minyak vco
butter sesudu
gula lokanto sikit


kebaikan minyak kelapa dara ni antaranya:


* baik untuk kulit
* mengelakkan kolestrol 
*meningkatkan metabolisma badan
*meningkatkan imunisasi dalam badan
*menurunkan berat badan dengan diet pemakanan yang betul 




a





 

Jumaat, 28 Ogos 2020

EXERCISE 30 MINUTE.

HI DAN ASSALAMMUALAIKUM..yang dicadangkan seminggu kita kena exercise 150 minit ...so kalau korang buat sehari 30 minit ..korang kena bersukan 5 hari ..aku cuba buat 45 minit ..so kalau buat 4 hari baru mencukupi apa yang sepatutnya...

ikutkan sehari aku kena amik 1311 kcal..so kalau nak turun berat badan aku kena amik kurang dari 1311kcal...kalau aku amik lebeh dan aku exercise ..kiranya aku cuma bakar kalori yang aku amik ..badan aku tak guna pun lemak yang aku store tu

aku suka perkongsian tentang intermittent fasting ...kalau kita tak makan 16 jam baru badan kita akan guna lemak yang tersimpan dalam badan kita 


isnin ni kita mula semula ya....cuba ubah!






 

HLP gagal...

 Aku tak dapat Hadiah Latihan Persekutuan ..

Sebenarnya aku pun tak pasti aku happy ke sedih ..hahah

tapi hakikatnya aku rasa lega..tertiba lega sebab tak payah sambung belajar

aku tak dapat nak bayangkan betapa hiruk pikuk nya kehidupan aku ..bila aku sambung belajar ..kalau kat Melaka je ok kut ..


so ..aku rasa lega ..Alhamdulillah Allah beri apa yang terbaik utk aku ..kebetulan minggu depan Nik start cuti bersalin, bulan Nov Ustaz Wan pulak bersara maka semakin kuranglah guru agama di sekolah aku ..kalau aku takde maka tiga orang takde...


oklah ...


aku nak buat tingkap dapor macam ni ...okey?


takpelah aku ok aje ..tak rasa sedih mahupun terkilan ..lega ....





Khamis, 27 Ogos 2020

PORT MAKAN MALAM DI JASIN 2020

PORT MAKAN MALAM DI JASIN, MELAKA.

Ni mmg port baru
kedainya di Air Merbau Jasin, cuba korang google Melantak nasi Lemak secupak ...mmg sedap nasi lemak dia ...



tomyam dia sedap ..tapi ada malam kami makan masam pulak..

serius sedap nasi lemak dia ...ketagih weh!


sebelah kedai dia ni port breakfast kitorg ..korang boleh try gak ...



 

Rabu, 26 Ogos 2020

KUALA KANGSAR, BANDAR YANG TENANG



Kuala Kangsar di mana?

Korang pernah sampai Kuala Kangsar?
Kuala kangsar merupakan bandar diraja negeri Perak.
kalau korang cintakan sejarah korang wajib sampai Kuala Kangsar..ada banyak monumen monumen sejarah yang ada di Kuala Kangsar

Antara:

Masjid Ubudiah
Istana Iskandariah
Istana Kenangan ( muzium yang dibina tanpa sebatang paku)
Galeri Sultan Azlan Shah
Pembuatan Sayong
menyulusuri sungai Perak
pokok getah pertama yang dia tanam di tanah Melayu

Ini gambar Sungai Perak..seberang tu kami panggil Sayong ..tempat asal usul Mr Os



Sungai Perak


Ni baru lagi ada ..ni pekna kecil Kuala Kangsar ..pekan ni mmg kecik je ..dulu ada the store dengan KFC je ..Mc Donald pun baru nak bukak tahun ni 

Ni kitorag panggil Jam Besar..actually dia roundabout utama kat pekan kuala....


nnt aku share lagi ...
 

Ahad, 23 Ogos 2020

IYAD: MIRACLE BABY

 SEJARAH KELAHIRAN IYAD

Iyad lahir 2011, tak cukup bulan 32 minggu dan keluar sebesar 1.55kg ...Iyad mmg survived. Bila masuk NICU doktor nak bagi susu guna tiub ..Iyad tak dapat masuk tiub dan tiun melingkar ..rupanya Iyad punya perut dan esofagus tak bercantum.

Hari ketiga kelahiran Iyad dibawa ke Institut Pediatrik HKL utk major operate ..sambungkan esofagus dan perut dia ..nama sakit dia TOFs..

Selepas opertae berat Iyad jatuh 1.48kg ..selama sebulan di NICu ..Iyad pindah ke wad 8 dan tak lama lepas tu balik ..sayangnya iyad admitted balik sebab ada stricture..dan kena buat dilatation ...

IYAD HARI INI

Iyad sekarang dan 9 tahun dan bersekolah di Pendidikan Khas , Sk Ayer keroh Melaka. (Penglihatan) iyad buka. sahaja ada masalah TOFs malah iyad ada masalah mata ..nystagmus eyes. 

Iayd boleh bawa basikal ..tapi tak boleh harap sangat sebab mmg penglihatan dia sangat terhad

Iyad dan adiknya Ihsan 7 tahun.walaupun mereka beza 2 tahun tapi ihsan lebih besar ..sebab budak yang ada masalah paru2 ni badan susah nak naik

Iyad boleh makan ikut mulut..walaupun dekat perut Iyad ada tiub ...

Ini minuman favorite Iyad tp skrg dh tukar teh tarik



ini favorite  iyad juag sushi dan boba tea


Bila iyad belajar iyad mesti kena rapat rapat dengan muka ..dan buka lampu utk iyad lebih fokus



Bagaiman keadaan kesihatan Iyad?


Iyad masih ada follow up dengan pakar respitori  Dr Asiah dari HKL..iyad kena amik ubat omeprazole iaitu ubat anti reflux, domperidon dan MDI utk paru paru Iyad.

Iyad juga masih ada appoiment dengan Dr HKL Surgical Kanak Kanak under Dato' Zakaria ..pakar pemnedahan kanak kanak di HKL..di sana mmg ramai pakar ...antarnya Mr Azlan, Mr Yusof, Dr Azlan dan lain lain ..tak pasti masih ada atau dah berpindah ke hospital lain.


Pesanan:


Mak ayah kalau ada dapat anak yang diuji mmg kena banyak sabar . Kadangkala kita tak tahu dia lah penyebab Allah SWT nak bagi kita syurga nikmat yang terbesar dalam hidup kita..

Kita tak tahu jalan yg mana membawa kita ke syurga .
Kesabaran kita mengahadapi sakit anak ini mendekatkan kita lebih kepada Allah SWT..

Sentiasa berdoa dan berharap hanya kepada Allah  SWT..

semoga sabar dan tabah .

sy akui ada kala saya jua kecundang ..hilang sabar bila ada kelakuan dia yang degil ..terutama dia suka main air, minum ais dan beberapa sikap lagi yang sy tegur dia tak ambil peduli ..

tapi itulah ..skrg dia dh besar dia pun paham sakitnya dan susahnya kalau masuk hospital ...dia pun tahu sakit dan taknak..
sedih ingat masa dia operate tahun 2018 hari tu ....nnt sy cerita semula jika saya ingat ..

semoga Iyad membesar jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat .

Rabu, 19 Ogos 2020

TIPS MEMBELI EMAS

 BAGAIMANA NAK PILIH GELANG EMAS?

Rupa rupanya baru lah aku tahu kita ni nak beli emas kena pilih ..takut ada yang berat bukan berat emas tapi berat campuran lain ..campuran ni mmg ada utk ikat emas tu ..kalau boleh jangan beli emas yang corak dia fancy fancy sangat sebab kalau fancy sangat berat barang kemas tu ada campuran besi ...

contoh nya emas atas ni ..mmg nampak elegan kan ..tapi hakikatnya berat 25.65 tu bukan berat emas tapi campuran benda lain ..


so bila timbang balik ..rupanya gelang tu berat emas dia hanya 19.-+ g sahaja ....tapi masa kita bayar kita ikut gram ..kalau 25.65 x RM267 = 6848.55
kalau kita kira 19g xRM267=5073 ..banyak tu beza nya .....

tapi kalau org kaya apahal dia beli je yang penting nya design emas tu lawa..bukan dia nak gadai pun...

lagi satu kawan aku share jgn beli emas yang ada kaler kaler tu 



ni yg ada enamel tu ...

bukan emas tipu ..korang kena faham cuma ada kandungan lain ynag mereka campurkan ..kalau tak percaya cuba tanya org jual emas tu yang itam tu apa ...


kenali emas di sini ...

oklah ..kadang kala kita tak tahu pun pasal emas emas ni ..kita main beli je janji cantik kan ..hakikatnya kita kena beli emas yang berat emas nya yg kita bayar ..bukan bayar 30g tapi dapat emas 20g sahaja ..selebihnya camporan bend alain ...sebab barang kemas ni beza 4g pun dah rege 1k...antara 13g dengan 17g dan beza seribu ....kalau nasi segram apalah nilainya tapi emas mmg berbeza kan ....

so beli lah emas dengan berhati hati ...


Isnin, 17 Ogos 2020

Kebahagiaan yang berbeza beza

aku pelik tengok orang berhabis duit beli produk minyak ..iya..minyak yang boleh memberikan seribu satu kebaikan ..
aku baca status kawan aku dia kata dia buat air sirap limau dengan titiskan minyak lemon dalam air sirap dia ..dan dia cakap masa buat sambal kicap (makan dengan sup tu..) takde limau dia pakai minyak tu jugak ..
aku sekadar terfikir apsal nak beli mintak tu harga bukan main mahal kalau boleh pakai limau kastuari 3 ringgit dpat seplastik ..hahah..tapi bukan utk diffuser lah ..

tapi kan bila aku pikir balik dah kebahagiaan org tu dengan guna minyak tu maka biarlah ...siapa kita nak atur mana yang baik mana yang buruk...

contoh kan aku beli emas aku simpan sebab nak pergi haji ...ni cerita benda lain pulak adoi yaii byk nya cerita ..

ada org suka emas ..ada org kata tak suka emas ....tak minat ....kekadang aku terfikir tak minat ke atau kurang mampu ..pada pengamatan aku semua perempuan suka emas ..mungkin ada yg tak suka pakai tapi takkan tak suka simpan emas ..duit kot ..kalau ko gadai emas macam macam ko dpaat beli ...


korang tengok gambar rajah di atas ni ..kerana nilaian emas tu dah bertambah 260 segram ..kalau ko ada emas 39 g pun dah cukup nak buat tambang haji tau ...

kiranya betullah perkiraan aku suatu masa tu ...beli emas dan menyimpan utk pergi haji ...

sebenarnya aku g umrah tahun 2014 pun hasil duit emas aku ...kalau kita ada 10k tahun 2000 dia tetap jadi 10k tahun 2020..tapi emas dulu harga segram RM 38 masa ni aku form five manalh aku ada duit ..tengok je masitah pakai gelang emas buah love ..dia kata harganya RM600 ..besar sgt rege 600 time tu ...

mmg betul masa tahun 2007 aku beli emas harga RM80 segram ...dia stuck lama harga 190 segram ..dari 2013 hingga 2017 kot ..

skrang aku dah pandai kira kalau beli emas ..mula mula tanya harga emas segram ..lepas tu tanya harga upah berapa ..campurkan harga emas (darab gram kita beli) dengan harga upah bahagi gram = baru dapat harga sebenar berapa gram..

kan aku kata aku beli emas harga RM253..rupanya bila RM253 x 13.06 g + 1889 (harga upah) ...harga emas aku segram jadi RM267..aku kira masih murah jugak ..banding aurora buka buka rege RM280 tanpa upah ...

kak majidah cakap kat pd pun murah RM235 ..aku tak pasti ..ta[i dia kata kena pandai main harga upah tu kadagkala dia amik untung..tambah kalau ko trade in ..ada cara dia kira ..yelah mana ada org niaga nak rugi ceh!

paling bahagiakan ..jeng jeng jeng! suami aku setuju nak belanja gelang aku pakai ni ..yeay!!! 
seronok sangat ..

next project nak g ar rahnu gadai dan beli lagi yang baru ..ngeh ngeh ..nak simpan sampai 180g ...nak bayar zakat emas ..moga Allah murahkan lagi rezeki..

korang simpan emas ..nnt boleh buat modal anak nak sambung beajar ..bila sesak gadaikan je ..tak tuntut balik pun tak pe ...tak yah tebus ..lepas kan kesusahan yang korang tanggung ..kan ada duit boleh beli emas lagi 


aku ni berkira kira nak buat biskut famos amous balik..nyelah anak bujang kan nak balik serama nak bagi dia makan apa yang dia suka ..

oklah dah banyak celoteh ...dah letih ..

apa yang kita nak buat dalam minda kita itu yang Allah SWT jadikan ..so fikir benda yang baik baik..semaam sembang sembang dengan suam sekali terkeluar .."kom kita bukak stesyen minyak nak ?" hahah ..ada tanah boleh je ..ermmm....untung gak ..pencen awal jaga stesyen minyak hihi...

oklah buat benda yang baik baik ..semoga hidup kita diberkati dunia dan akhirat ..Aamin...




 

Ahad, 16 Ogos 2020

Bersarapan di Satay Warisan ,Muar

kami bertolak dari melaka lebih kurang dalam 8.20 pagi...dari rumah kami ke Muar melalui lebuhraya AMJ tak jauh sangat sekitar 30 minit boleh sampai ..
kami asalnya nak beli emas di Bukit Pasir.. ..kami sampai jam 9.30 lebih kurang mmg sempat makan dulu ..kedi emas pun bukak jam 11 pagi ...


pekan muar tak berapa sibuk ..kami pergi Sabtu ..esok Ahad org Johor dah mula kerja ...pusing using bandar muar ..suami bawak kami breakfast ke Satay Warisan ..first time aku makan kat sini




sementara menunggu beratur nak masuk kedai makan ..kami jalan jalan belakang kedai tu ..rupanya ada lukisan mural ..yg lawa untuk bergambar ...

tengok gaya Iyad macam abg abag sangat pulak






masa ni Ihsna merajok..aku mmg meluat kalau tengok dia merajuk ntah apa apa ...adoii..







 secara peribadi nya seronok makan makan di Muar ..selera org johor pagi pagi breakfast makan satay ..oklah ..aku tak boleh bercerita panjang ..jumpa lagi !

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...