Jumaat, 30 Jun 2023

Homestay bukan pilihan

 semalam jam 11 malam ada org wassap tanya homestay kosong lagi tak esok Jumaat 30hb Jun. 

aku bangun tido baca mesej terus reply " ada" 

esok dia mesej kata dia sekarang kat homestay bukit beruang dan homestay dia duduk ada tikus. anak jerit jerit takut tikus. 

aku kata boleh mula aku bagi semalam 200 ada diskaun jadi 380. bila fikir balik dia kata tak mampu nego punya nego dapatlah 355 utk dua malam . dan dia setuju nak tambah semalam lagi . 

alhamdulillah . 

dia juga book utk hujung minggu depannya ...7hb hingga 9hb Jun. alhamdulillah setiap hujung minggu homestay aku ada tenant. 

dia masuk terus komen iron tak boleh guna. 

aku telefon Ali suruh repair iron ..apatah dia buat ..ingat dh elok rupanya liplip jadik balik ..last last penyewa homesaty tu offer suami dia betulkan .

aku bila org masuk homestaymulalah risau ada yang tak kena pada homestay aku . 

lepas ni kalau ada orang masuk homestay aku kena bgtau siap siap pasal remote aircond tu ..aku kena orderlah nampak nya di shoppe remote aircond yang baru . ssusah kalau ada satu remote je . 

setiap kali org masuk bgtau pasal remote aircond takde

so take note di sini pasal:

1. remote aircond

2. sign kiblat dan lain lain

3. tambah periuk mr diy satu utk keselesaan customer. 

4. amik je yang ada di rumah periuk belanga tu ..sebab di rumah punya pun tak pakai .jangn diambil org sudah ! 

kerusi luar aku dah order. amik je meja yang dirumah tu nnt ...

oklah 

Jumaat, 23 Jun 2023

Futsal CVR kali pertama



Satu aktiviti yg menarik. Anak anak cvr bermain di dalam kawasan perumahan. Ada gelanggang futsal sendiri. Yg penting anak anak happy.. mak ayah pun excited .. alhamdulillah semua gembira… dapat main futsal. 
Bermula solat subuh berjemaah dan diikuti breakfast .. anak anak bermain sehingga jam 10.45 pg. 

Semua gembira dan teruja. Lepas ni ada tournament bowling pulak. 🥰🥰

Semoga ukhwah terus kuat..


 

Khamis, 22 Jun 2023

Impian nak hasilkan buku

 Dalam hidup ini ada banyak benda nak buat.

Salah satu yg paling aku nak buat ialah ada buku sendiri

Utk permulaan buat buku rujukan utk anak anak. 

Kemudian buat buku yg ala ala puisi tu .. monolog ke pa .. yg serangkap serangkap tu 

Agak agak ada tak org nak baca.

Secebis pengalamn kita yg ditulis boleh jadi ia menjadi pengjaran buat org lain. 

Kita melalui jalan yg sama tapi bagaimana cara kita melalui nya.

So pengalaman melalui jalan itulah yg kita nak share. Agar mnjadi panduan bagi yg lain.


Khamis, 15 Jun 2023

Homestay usia sebulan

 Alhamdulillah usia homestay aku dah masuk umur sebulan. masih terlalu mentah. dan dikirakan bayi yang masih belum cukup 44 hri...ubun ubun pun masih berdenyut denyut

aku perasan rupanya homestay aku bukan pilihan utk org yang datang bercuti ke Melaka, sebaliknya menjadi pilihan utk orang yang dtg bekerja di Melaka dan yang terdesak sebab homestay yang mereka nak dah habis. 

kalau yang wasaap pun tanya bila aku bgtau harga dan takde fasiliti yang mereka nak seperti BBQ terus ...senyap! ok ..aku terima yang homestay aku bukan pilihan utama.hahah.namun apa yang buat aku gembira homestay aku boleh jadi dipilih oleh orang yang nak duduk lama ..seminggu atau lima hari ..kerna tuntutan bekerja di Melaka. Wah! ni lagik masyuk...

so minggu ni ada tetamu dr Pulau Gadong dtg melaka utk kerja pemasangan solar..selepas ni En Lan pulak masuk . Ni tinggal paling lama..dari 18hb sehingga 26hb Jun ..lama kan ..so aku boleh katakan bulan Jun ni homestay aku fully booked tau! ...happy sgt ..

aku dah beli set cadar yang baru lagi ..dan tuala ...lepas ni aku dh tahu nak beli kat mana cadar yang bagus. 

so cadar mmg penting . aku berkira kira nak beli kerusi outdoor dan tambah kerusi makan . 

termasuk nak upgrade bilik ketiga pasang aircond jugak. project mega aku selepas pasang tiles di porch ialah upgrade bilik air tukar tiles baru ..aku berkena betul tiles kaler putih yang subway tu ..tunggu lah aku kena ada modal ...

aku harap aku dpt menyimpan dengan adanya homestay ni..

dan tiba tiba timbul idea nak buat bisnes laundry ...yang mini laundry yang cua ada tiga mesin washer atau dua mesin dryer..lepas tu dia punya ruang kecil je ..tak payah sewa sampai satu kedai ..mini laundry je ..ruangnya terhad sekadar orang masuk nak basuh baju dan keringkan ..ada satu ruang melipas baju dan bakul ...

wah besarnya angan angan ..untuk project ni aku kena ada modal at least 100k..wish me luck!






Jumaat, 9 Jun 2023

Uwant

Aku suka lah sebab ada perubahan sebelum dan selepas.

Ni gambar sebelum

Ni selepas.. ada stain lagi.. kotoran lama mmg degil
Nampak tak air yg keluar

Ni lah bibik terbaru

 

So aku mmg suggest korang beli. Harga pun padu.. 589. Sebelum sale 799.. harga sebenar 1200

Puas hati nmpk coklat coklat air keluar… sebenarnya kalau rendam dgn sabun norwex mmg keluar air warna ni.. tp kusyen jenis melekat mcm mn nak cuci

Esok nk basuh seat myvi pulak

Selasa, 6 Jun 2023

Oh homestay!

 Assalammualaikum. 

Pengalaman aku buat homestay ni aku perasan weekdays mmg kuranh sgt org nak guna homestay. Tapii kalau weekends ramai yg akan call. Dan yg sedihnya kita dh ada customer satu malam, yang call nak dua malam. 😭rezeki … rezeki…

Takkan kita nak cancel kan yg first book kan.. first come first serve kaedahnya. 

Itu semua rezeki kita. 

Lagi satu pada pengamatan aku kalau korg nak buat bisnes homestay .. better play safe. Buat homestay yg basic je pun dh ok. Yg penting bersih dan selesa. Serta mempunyai kemudahan yg sepatutnya ada bagi sebuah rumah . Ada dapur masak, coway, tv, bantal, tilam yang empuk.. selimut. 

Macam kita masuk hotel apa yg kita nak? 

Hah! Macam tulah bila org masuk homestay kita. 

Yg extra ni kalau ada ok takde pun takpe . Cth.. alamak hlank pulak.

Berkenaan pool aku ada pendapat sendiri. Aku plan bukan nak jadikan homestay selama lamanya. Mungkin akan dtg nak jadikan rumah sewa. So siapa nak sewa rumah dengan swimming pool .. susah sikit lah.. lagipun kos  maintennace swimming pool ni mahal. Bil air pun mahal. Letrik lagi .. aku tengok ada org buat homestay ada swimming pool tapi harga tak boleh pergi sgt.. kalau yg biasa biasa ni kalau org nak duduk sebab kerja pun ok. 

Ini pandangan aku jelah. Lain org lain pandangan. 









Isnin, 5 Jun 2023

CERITA HOMESTAY 1

Jam menunjukkan 7.11 malam, hampir nak masuk Maghrib . Telefon aku bergegar menandakan mesej Whatsapp masuk. Aku baca ada org nak homestay. dah petang baru call, ni mesti terdesak sangat...bisik aku dalam hati .
"Assalammualaikum kak ..ada homestay tak malam ni ...nak tumpang tido semalam...penat sgt nak sambung perjalanan ..saya ada dua orang anak kecil .
mula aku minta RM180 semalam. dia kata Mahal...kalau RM100 boleh tak kak .."
Aku terus jawab laju .." boleh duduk je dik ...takpe seatus pun boleh .."
" betul ke ni kak .." dia cakap macam tak percaya .
Entahlah instict aku kata dia tengah kesusahan. Bila aku dgr dia cakap anak je aku dah dapat bayangkan keadaan diorang laki bini macam mana.
kita boleh kenal suara orang yang ikhlas jujur dengan yang buat buat . Allah SWT bagi kita six sense utk rasa..kalau menipu ada cara cakap dia.
Utk keselamat aku minta dia berikan nama penuh dan No IC. aku amik precaution act jugak incase dia menipu taklah aku kena tipu bolen bolen je ...(bulat bulat)

dalam jam 8.00 malam lebih macam tu dia sampai ..aku minta dia bayar dan kemuka resit . tak lama dia bagi screenshot . Aku semak akaun MAE aku ..dah masuk RM100. lega..
aku bgtahu no kod bos security. tak lama tu dia masuk ...

dia bgitau gambar aku jatuh . Aku baru lekat kalimah Bismillah Khat dia dinding dengan pelekat MR DIY..hampeh! tak lekat jatuh frame aku 
baiklah aku pendekkan cerita .
esoknya dalam jam 10 macam tu dia check out . lepas habis Breakfast di mydin aku dan Ihsan terus ke rumah sewa. aku nak bersihan cadar uang dia pakai dan nak sapu sikit sikit ..
surprisingly ..rumah tu kemas sgt ! macam takde orang usik langsung malam tu ..macam takde siapa masuk dan mmg kemas..kalau dia kata dia tak masuk pun aku percya. tapi opokos lah dia masuk sebab dia tunjukkan gambar aku yang jatuh tu 


memang kemas sgt ...

            Dan hari ni aku dapat offer ada org nak book homestay aku 7 malam 8 hari . Alhamdulillah syukur ya Allah !... aku rasa sgt sgt bersyukur.

walaupun belum letak deposit , insya Allah ada rezeki tak kemana . Aamin.
 

Sabtu, 3 Jun 2023

ATOME

 selesai sudah hutang Atome, Lega rasanya . basikal budak budak ni di decathlon . mahal jugak sebijik dalam 800 ,700 ringgi dua dah 1.5K kan ...ni bayar ansurans taklah berasa sangat.

semalam aku pi gatai tangan amik shoppee payslater. konon nak beli benda alah ni 


terpengaruh dengan video Nabila kakak neelofa bersihkn kerusi anak Sakinah adik Kak Rara kencing atas sofa. dia kata yang ni suction dia kuat . pernah beli jenama lain tak bagus macam ni

dia kata dia beli kan shoppe..terus aku google. lepas tu aku tengok rege dia dalam 799 sebelum tu 1200 tapi semalam ada sale 4/6 harga dia jadik 599 tu yangaku nak beli sgt sgt. duit ada tapi syg pulak ..so aku amik lah shoppe pays later. tapi tak sangka dia amik masa 24jam nak sahkan sma ada kita punya permohonan lulus atau tak . ermm..aku dh cancelkan sebelum tido .

bangun tido lepas solat subuh aku kata mesti beli ..jadi apapun jadilah ...

penting benda ni nak bersihkan sofa karpet..kerusi kereta..banyak benda boleh kita guna ..bersihkan tilam lagi..aku boleh sewakan kalau ada orang nak pinjam ..hehhe

nnt dh sampai aku buat reviw ekk..

RASA BERSALAH

 

Hari ini homestay aku didiami seorang lagi guest bersama keluarganya.
aku dah  dtg pagi tadi vacum dan mop
aku pun dah pastikan rumah dalam keadaan yang baik siap ada bagi free coffee..
tapi nsib aku kurang baik hari ni ..tiba tiba tv astro aku yang ada njoi tu buat hal.
Allah..
lepas dia pm teru aku pergi tolong ..tapi tak berjaya .aku call suami dia pun pergi . tapi sama. aku rasa berdosa sgt ..aku call izaty dan bgtau aku kurangkna harga sebab masalah tv ni ..sebelum ni ok je..
aku mmg ralat!..rasa tak happy .sepatutnya kita happy dapat serve yang terbaik buat customer kita ..

ada beberapa benda yangaku susah hati :
1. pasal astro
2.sofa yang kena deep clean termasuk yang terkoyak sikit tu kena jahit .esok aku terus buat .

yang pasal ASTRO ni aku dan call orang njoi yang pasangkan njoi aku hari tu . nasib dia ingatlagi ..mesej aku wasap dia pun masih ada.

nampaknya aku boleh looking forwad utk pasang wifi dan beli tv baru ..mana tau dapat menjadi nilai tambah homestay aku

lagipun July kemasukkan pelajar UTEM, 
lepas tu ada convocation ..so aku kenafikir benda lain yang org akan suka duduk homestay aku 

so far marketing aku suka je guna FB ..itupun ramai yang PM.
aku ada jugak nak jual di air bnb tapi takut clash dengan order lain . bahaya. so aku unlisted dulu di Airbnb. 
so aku hanya charge dia RM200 semalam weekends

Jumaat, 2 Jun 2023

Naik bas ke Melaka

 Jauh betul cerita kami dr PABKL hingga lah ke hari ini . Kami dalam bas sedang menuju ke Melaka.

Nasib baik ada tiket. 

Ada org depan kami nak balik ke Penang, masa beli di mesin self service beli tiket habis. Esok 7.30 pg baru ada tiket. Fuh! 

Esok ihsan dan orked ada monthly medal dan esok juga ada org nak masuk homestay.

Cerita imran lagi pening. Nnt aku post pasal dia. 


Baca komik dalam bas




Khamis, 1 Jun 2023

Promotion Jun 2023





 

Oakwood Hotel Ampang dan Kenny Hills Bajers

Bila dah biasa keluar masuk hotel , takde feel excited sgt nak duk hotel. Hahah… kalau dulu dengar nak masuk hotel meloncat happy bukan main… 

lobby dia biasa je
So kali ni kita nak review pasal Oakwood Hotel & residence. Kali ni kami dpt bilik yg ada connect .. so satu bilik tu ada ruang taku dan kitchen. Room yg satu lagi katil tv dan bioik air .. macm biasa lah 

Ada mesin layan diri kopi starbuck.. boleh beli kopi anda di sini..

Macam order kopi costa 







Best part dia ada laudry service percumaaa! Yeah! 
Boleh basuh baju dan keringkan baju. 
Legaa satu part! 






Malam tu kami  jalan jalan sekitar hotel.. mall paling dekat ampwalk tapi macam takde apa sgt.. ada 7 elevan yg bukak 24hrs.

Jaln depan sikit ada kedai victoria station steak house. 
Kebetulan nampak signboard Kenny Bakers Hills .. eh ! Kalau sesaje nak ke sini, mmg taklah..

Teragak agak nak makan sini ke tak.. rm200 pastu melayang ni😌

Ibu ayah dua kali dh makan di jalan duta. Kali pertama di Ampang 

Jom lah ayah nya cakap sekali sekala



Peach strudel dan pavlova😍

Hot chocolate iyad.. last kami yg minum

Soft crab spaghetti 

Meatball spaghetti 

Fish and chip





 Mmg betul total makan di sana mencecah rm250 sama kos semalam di Amahafidz Homestay😜

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...