Selasa, 31 Ogos 2021

VIDEO PERSARAAN KAK AZLAH .

 Alhamdulillah akhirnya siap juga video persaraan ini .

kali ni aku guna Canva

so sesiapa yang berminat nak guna template aku silakan ..

https://www.canva.com/design/DAEoqGMOsn0/te9ydMQ4vkk74aQh0sSsPQ/view?utm_content=DAEoqGMOsn0&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=sharebutton&mode=preview

so sesiapa berminat boleh guna template ni ok..


aku ajar step by step:

bila korang tekan link tu dia akan masuk macam ni ....

"Make a copy dulu " tekan File> Make a copy

tukar nama file yang kita nak buat video ni 

kalau nak ubah lagu nak lagu yang lain tekan tajuk lagu tu ..nnt dia keluar macam line biru frekuensi tu korang tekan gambar tong sampah ..so buang masukkan lagu baru 

apa apa pm aku ya ...tq

*** utk cikgu sila masuk guna email moe sebab canva dia free.. actually tempale aku pilih ni pro punya ..kalau nak kena bayar RM20 ..tapi masuk guna moe terus free..so ingat sign in guna email moe ok


Sabtu, 28 Ogos 2021

SELESAI HUTANG CELCOM

 ALHAMDULILLAH ...selesai hutag iphone 11 yang aku beli tahun lepas utk besday suami aku ...aku ingat aku beli masa besday dia ..aku hutang 3599 utk iphone 11 128G..

tadi aku settle kan bayaran RM1496..aku dh malas nak fikir utk ke rugi yang aku tahun bulan bulan aku takperlu bayar mahal mahal lagi sampai RM225. setel! satu hal...

kedua ...aku tukar plan dari RM98 50G ke 58 16G ..ok mmg sikit ..tapi aku tak pakai sgt pun ..aku kat rumaah ada unifi so aku rasa ok kut ..tambah wasap,telegram ,youtube free unlimited oklah ..kalau tak aku dh nak tukar ke UNIFI kakitangan awal tu ...sama gak RM58

budak celcom tu bgtau kalau akau amik plan m ni dapat free hp ..nak tak?

mula mula aku terfikir eh! nak buat apa tepon banyak banyak..kat rumah ada samsung lama suami aku, ada tepon yes dh kong batery nya, ada tab lenovo kpm bagi ..slow ya ampunnn!...

pastu ni dapat samsung A02 ..percuma ..kalau beli harganya sekitar 400 lebih ..

oklah setel satu bab ..

kemudian suami aku saja cakap ..saya nak tukar plan jugak lah ..boleh dpt free phone..pastu budak tu pun check ..pastu dia kata "tak penah amik telefon free ke?"hah! amik tiap tiap tauun ke cemana ni ..aku terpikir hahah..rugilah tak amik phone..maksudnya gini setiap dua tahun ko renew plan ko koboleh dapat tepon baru ..

aku tak pasti phone free ni sebab loyalty customer atau new customer pun dapat ...

so bila dia check suami aku layak dapat phone realme c12..oklah kan ..kalau beli phone ni rege Rm500 lebih ..so gembiralah aku balik rumah bimbit dua fre handphone.

bayar 1496 tolak 800 rege phone baru ..adalah baki 600 yang aku keluarkan bayar pada celcom ..bila dapat pphone free gini udah rase takde nilai phone ni ..free je ditrebannya ...


oklah ...itu sahaj nak share..so akuada plan lain seterusnya selepas setelkan hutang . lepas ni satu satu hutang akan aku setelkan ...


ni realmi imran ...

ni samsung ihsan ..budak 4g LTE aje...

**** sakit hati bill september ada tunggak RM500 lebih ..aku gaaghkan diri bayar sebab hanya nak bil tertera RM 62 sahaja . Dugaan ..dugaan....

Jumaat, 27 Ogos 2021

LATIHAN PENDIDIKAN ISLAM MPAK TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

 LATIHAN WORKSHEETLIVE MPAK PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4


 UPDATE: 23/8/2021


1. UNIT 1: KONSEP IMAN: https://www.liveworksheets.com/cx2225320up

2. UNIT 1: KONSEP IMAN 2:https://www.liveworksheets.com/cx2225320up

3. UNIT 2: PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN :https://www.liveworksheets.com/ly2228903gk

4. AYAT HAFAZAN :https://www.liveworksheets.com/xa2224779vg

5. SURAH AL HUJURAT:https://www.liveworksheets.com/kn2225021cz

6. SEMBELIHAN :https://www.liveworksheets.com/hr2229001lq

7. KONSEP KEUSAHAWANAN:https://www.liveworksheets.com/jx2223185mk

8. KONSEP KORBAN: PART1- https://www.liveworksheets.com/yx2230349if PART 2- https://www.liveworksheets.com/pq2230380rm

9. AKIKAH:https://www.liveworksheets.com/hy2230426zk

10. IBADAH HAJI DAN UMRAH : PART 1-https://www.liveworksheets.com/hy2230426zk PART 2:https://www.liveworksheets.com/yn2231160it

11. SYUKUR:https://www.liveworksheets.com/qa2231519do 

12. KOLEKSI GLOSARI MPAK PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4: https://www.liveworksheets.com/ux2230541hk

13. SAYIDINIA SALMAN AL FARISI DAN SAYIDINA USAMAH BIN ZAID:https://www.liveworksheets.com/jx2231598lr


LATIHAN WORKSHEETLIVE MPAK PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5


1. ADAB MEMBACA AL-QURAN: https://www.liveworksheets.com/sk2238659yb

2. AYAT HAFAZAN TINGKATAN 5: https://www.liveworksheets.com/ve2238685gi

3. DOSA KECIL DAN DOSA BESAR :https://www.liveworksheets.com/pv2238828dx

4. AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: https://www.liveworksheets.com/zy2239427np

5. AYAT HAFAZAN AYAT 8 AL-IMRAN : https://www.liveworksheets.com/te2239482cg

6. JUAL BELI DAN PINJAMAN : https://www.liveworksheets.com/it2239507lt

7. PERKAHWINAN DALAM ISLAM : https://www.liveworksheets.com/na2239528gt

8. TALAK,RUJUK,IDAH:https://www.liveworksheets.com/fh2240202gd & https://www.liveworksheets.com/cr2240256yp

9. SAYIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF DAN SAYIDINA BILAL BIN RABAH:https://www.liveworksheets.com/yr2240425iz

10. TAWADUK DAN TUNTUTAN MENCARI REZEKI YANG HALAL: https://www.liveworksheets.com/ag2240618mi

11. KUIZ ISTILAH PENDIDIKAN ISLAM MPAK TINGKATAN 5: https://www.liveworksheets.com/om2240834bt

Isnin, 23 Ogos 2021

Ahad, 22 Ogos 2021

Toaster baru dah sampai ...

akhirnya sampai toaster imported ni ..beli dr BMUK ..korang boleh search dekat FB ..dh dua tiga kali jugak aku beli ni ..sebelum ni vacum..sekarang toaster ..aku aim nak beli le crueset pulak ..beli benda benda cenggini cam ketagih pulak kan ..
hah! itulah ...

tapi beli benda macam ni kena sabar sebab ..barang nya 3 bulan baru sampai ..tak boleh kalau nak cepat cepat...



puas hati lah sebab sekali masuk 4 slice ..automatik 


musim ni mmg budak suka lah makan roti bakar benda baru kann

 

Rabu, 18 Ogos 2021

PETANG

antara port yang best nak lepak ialah master bedroom.
Bilik aku ni ada balcony.
Kalau petang petang lepak tengok pemandangan tasik depan rumah tu ..
bukan lah tasik sangat pun lebih kepada tempat tadahan hujan ...
ada istilah dia aku lupa ..
yang bestnya petang petang mmg berangin kawasan ni 
boleh nampak taman permainan belah kanan dan dapat tengo deretan semi D belah kanan ....

mmg bestlah layan cucur dekat area verandah ni 

kalau ada rezeki nak letak rumput buatan utk ruang lepak ...
aku ada plan nak pasang awning 
tapi biasalah suami aku semua tak setuju ..
apehei weh!

PM dan umum hilang majoriti sekarang kita tunggu PM yang baru pulak ..dengarnya calon Pm baru ISmail Sabri Ayah Ngah ..aku rasa itu adalah keputusan yang baik 

Mengambil kira hati rakyat jelata ..dah takde abah .ganti dengan Ayah Ngah ..
oklah tu 

jangan amik Samseng talang dusun sudah ! 
hahah 
teringat cite p ramlee...

esok 19.8.2021 hari gaji ..oklah aku tak banyak nak cerita ..jumpa lagi post akan datang ..bai!








 

Rabu, 11 Ogos 2021

SITI SARAH

Ramai orag terkesan dengan kehilangan siti sarah 

paling terkesan ialah ..siti sarah mengandung 7 bulan , melahirkan anak secara czer dan anaknya bayi pramatang...

dan sebelum sempat melihat anak nya dia meninggal dunia .

kenapa sitisarah sanagta popular 

satu dia artis ..kemudian dia jadi ikon kesediahan seleuruh ibu ibu di Malaysia yang simpati dengan kesusahan yang di hadapi oleh siti sarah .

meninggal kerana melahirkan anak sebagai mati syahid. walaupun bukan mati syahid kubra tapi jelas mati syahid.

tambah dia dilanda wabak semasa kematiannya .

bukan sahaja orang bersedih dengan kematiannya ..malah ramai orang bercakap cakap tentang kemurahan hati siti sarah bersedekah secara senyap senyap ..siapa yang dia tahu susah dia cuba bantu ..

ustz nadir certa raya korban baru ni siti sarah baru korban dia Gaza, kemudian menghubungi rakan artis yang susah dan dibantu .

paling terharu ada ornag tunaikan solat sunat jenazah ghain utk siti sarah semasa di masjidil haram .

mmg terasa kemuliaan siti sarah..Allah SWT memuliakan beliau . kerana keindahan hatinya , ketaatan nya kepada suami , kemurahan nya bersedekah ..

sebenarnya cerita siti sarah dah tamat .

dia barangkali sedang berehat di sana . sambil memandang syurga yang bakal didiami nya .

yang jadi persoalan kita?

kita ni bagaimana..

kalau kita tak mampu bersedekah sebanyak yang siti sarah bagi bagaimana amalan kita yang lain?

ada orang persoalkan siti sarah senang bersedekah sebab suaminya shuib kaya ..manjakan dia ..bal..bla ..bla ..itu rezeki dia 

jangan lah kita persoalkan apa yang dia ada kerana kita pun tak tahu kesusahan bagaimana yang dia hadapi .

kalau mana yang kita mampu kita buatlah ..mana yang kita tak mapu tak payah lah ...atas kita ..



Ahad, 8 Ogos 2021

8 hari IF

 aku tak pasti betul ke berat badan aku turun . 

tapi pagi tadi timbang 72.9 kg , selepas aku amalkan IF selama 8 hari ..itu pun ada dua tiga hari yang aku puasa hanya 13 jam atau 12 jam ...kebanyakkannya 17 jam ..

aku rasa aku silap pada makanan ..aku tak kontrol amik portion makan ..so kalau nak cepat turun berat badan aku suggest time makan ko makan dalam piring je ..kenyang ..percayalah masih kenyang walaupun dalm piring je makan ..nak tambah sikit lagi .. atleat tak lah ko terus makan sepinggan 

aku mula dalam 74.6 kg macam tulag ..so sekarang bangun tido 72.9kg adalah dalam 1.7 kg berat aku turun ..

so aku berkeyakinan ada peluang utk aku turun berat badan lagi ..

aku akan teruskan teknik makan jam 1 tengah hari .. last makan 7 malam 

lepas ni mulakan makan oat dulu ..lepas tu baru makan nasi ..supaya nnt malam dh tak rasa nak makan nasi bila malam ..kalau makan awal nnt malam nak makan benda berat lagi ...

lagi stau yang aku tak buat ialah exercise masa puasa atau IF ..setakat ni aku mmg minum essenso dengan susu takde gula ...cuma diet aku tak cantiklah sebab macam kdg ada lauk sayur kadang takde lauk sayur ..

oklah aku ni kan sekarang tengah gigih suka tengok rumah orang yang suka susun susun makanan tu ..aku pun rasa cam nak beli bakun woven isi stock makanan ..

korang penah tengok IG rita rudiani tak ?

best tau ..dia pun suka deko deko ni ..ada video anak dia restockmakanan bestnya kalau dapat buat macam tu 


Selasa, 3 Ogos 2021

Tercekik Tulang

 Aritu masa suami aku tercekik tulang aku cakap ..kalau aku ..aku nak g spital terus ..aku taknak tanggung risiko ..

di takdirkan hari ni aku tercekik tulang masa makan laksa.. aku syak tulang tu yang keras kat bawah mata ikan ...dia duduk melintang ..aku telan air tak jalan ..aku dh cemas..terkincit jugak lah sebab aku cuba korek tekak aku nak keluarkan tulang tu ..

terus suami aku bawak g klinik..aku ke klinik di melaka perdana sebelah kedai satay ...ada halal mart ke apa tah sebelah tu 


doktor kata kami takde alat ..saya cuba ..doktor tekan lidah aku dengan batang aiskrim ..dia cuba guna penyepit ..terbelahak aku muntah lendir ...kena ke jubah ..dia bagi tisu berkali kali doktor perempuan tu kata sori ...dia kata sekarang tulang tu dh masuk kedlaam ..mmg rasa mencucuk dan mencengkam setiap kali aku telan air liur sakit ..! tapi oksigen masih 99 ...spo2 aku ...

lepas tu doktor kata saya refer kecemasan ..kat sana diorg ada alatan ..macam kamera boleh masuk dalam..

ya Allah ..manusia ni allah kalau nka matikan pakai tulang ikan je dah ...betapa besarnya kuasa Allah SWT 

suami aku tunggu bil dan surat rferal ..aku masuk kereta ..aku nampak kedai lesong mart ..hah baru aku ingat nama ...aku beli air dan roti ...aku takde duit cash 2.40 kot ,tu pun aku bayar pakai kad..

aku masuk kereta dan minum air..dengan cara gumpal dan telah air..aku cuba juga telan roti yang aku gumpal ...aku tak berana nak kepal besar besar nnt tersengkakng kat keronkong langsung tak bernafas...

tertiba aku rasa dh tak mencucuk ..walaupun masih ada..tapi dia mungkin dh tak melentang..so masa pusing kat roundabout seri negeri aku cakap kat suami ..takpelah abang jom kita balik ..dh tak mencucuk ..tak sakit ...tapi aku dapat rasa keronkong aku luka ..bila telan air sakit ..

aku rasa sakit lagi keronkong aku ni ..tak apsti dia ada lagi ke tak ..tapimacam aku takut takut nak telan air liur sebab sakit .

sampai rumah orked menangis ..nampak kesan air mata dia ..dia risaukan aku ..

aku makan karipap dua ..saje nak test sakit ke tak menelan ..

aku kata kat imran ..kalau tadi takdir ibu mata ..petang ni kamu tengah baca yaasin tau..ibu tak balik ..mayat ibu je terbujur kat depan ni ..aku tunjuk ruang tamu ..

ya Allah terima kasih kau berikan aku pengajaran hari ini ..aku dh jadik trauma nak masak laksa lagi ..

balik aku tapis semula kuah laksa ..ya Allah mmg ada tulang yang kasar kasar ..aku tapis dan buang bahagian yang isi ikan tu ...aku biarkan apa yang boleh ditapis je...

entah lah masa aku menaip ni pun aku rasa cam macam ada lagi je dia ..

hrap semua nya baik baik sahaja..





Isnin, 2 Ogos 2021

Kereta dan Aku

Semalam aku teringat kenangan masa aku awal awal bawak kereta dulu . masa tu kat Klang . aku praktikal di High School Klang . mmg terpaksa...aku waktu ni macam tak ingat sangat tau ..tapi apa yang aku ingat macam ni ..

lepas dh suami aku hantar belanja kut ..kira kami cam dh official lah nak kawin ..

so dalam bulan 3 kut aku praktikal tu kira mak mertua aku suh duduk dekat rumah jiran dia ..masa tu kat perumahan kastam kg jawa Klang, aku tumpang duduk rumah Aunty Habsah. Aunty Habsah belum kawin ..walaupun masa tu umur dia lingkungan dalam 50an...so mmg aku segan lah ..aku nikah 040606 ..so sebelum nikah aku duduk kat sana ...

so suami aku kena pergi kerja naik LRT dan aku pakai kelisa kuning dia tu ..ala yang macam kereta mr bean tu ...kelisa limited edition. lawa lah time tu ...

aku mmg tak pandai bawa kereta ..kemudian takut pulak tu ...

aku mengajar sesi petang ...jam 11.30 ke 11 aku dh keluar rumah . so awal awal tu aku mmg tak ingat apa aku makan ..makan malam ke makan tengahri kat rumah aunty habsah tu ...

aku ingat aku penah accident sekali ..bukan accident lebih kepada langgar seorang pakcik india ni ..pastu dia minta duit .time tu aku bagi semua duit dalam purse aku ..dlm 200 kut ..ingat mak mertua aku kata kenapa tak call ayah? ..masa tu belum jadi bapak mertua ..ermm..mmg takut betul bawak kereta..aku kena tutup radio..masukkan gear elok elok .tengok ulang ulang dh masuk gear satu ke belum ..lepas clarj ke sebut dia kelarj ..apatah pelan-pelan ..aku memang sentiasa berpeluh setiap kali aku bawak kereta. nak pergi sekolah susah hati ..nak balik sekolah pun susah hati ..takut nak bawa kereta tau..

apatah lagi kakak sama posting ngan aku suh aku ambik dia satu hari ..aduh ..lagi lah ..aku stress ..aku cuma tahu jalan pergi dan balik sekolah je..balik pun petang dalam 6.30 petang ...sekolah dua sesi kan ..org balik sekolah seronok aku dh masuk kereta start gelabah..

kemudian penah masa kami dh pindah jasin kan ..suami aku ulang alik kl jasin naik bas..dia akan park kereta kat melaka sentral dan naik kereta balik jasin . 

masa ni dh ada dua kereta . dia naik kelisa aku naik myvi ..masa ni pun aku cuma tahu bawa kereta ke sekolah dan balik sekolah ..dan sesekali ke pekan jasin . 

satu malam ..suami aku tertidur dalam bas. jadi bas dr berhenti ke Melaka sentral dh ke Batu berendam . kaat tempat parking bas kut ..so malam tu suami aku call ..suruh aku ambik dia dr batu berendam ..malam masa tu sekitar jam 10 malam ..ko bayangkan aku tak penha bawak kereta ke ayer keroh apatah lagi nak ke melaka sentral ..aku tak tahu jalan dan tak cekap bawak kereta..dengan imran lagi kecik a..macam mana aku nak g amik dia .."aku kata tak boleh aku tak tahu .."mmg stress ..last suami aku jalan jauh ..dr batu berendam dan ke melaka sentral kemudian drive ke jasin ke taman maju ..

mmg susah kalau ko tak pandai bawak kereta.. bersyukurlah sekarang aku dh boleh ke sana ke sini takde masalah..walau pun belum cekap bawak ke luar melaka ..tapi dh berani..kalau orang duduk sebelah aku aku dh boleh drive lah kiranya ..

nak g jusco ke mana mana pun dh ok dh ..lagipun dah biasa jalan jalan kat melaka ni..


ni myvi merah kereta pertama lepas dapat gaji 

kereta ni mak mertua ku suruh beli lepas dapat tunggakan gaji 3 bulan keja..masa tu dapat sekitar 7k aku rasa..terus sambar myvi ..masa ni kita baru kawin tak tahu apa apa ..kan ..harga myvi dalam 43k tahun 2006

pernah accident teruk kereta ni tahun 2008 total lost kut ..insurans cover ..dapat pakai lagi sampai sekarang ..sampai anak empat ...

so nasihat aku :

perempuan kena pandai drive..amiklah lesen kereta ..banyak benda kita boleh buat ..bila pandai bawak kereta,.. tak terlalu mengharap suami bila nak gerak ke mana mana ..kan mudah .,.ok lah itu je ..

take care



Day-2 IF

 hari ni aku berjaya selesaikan 17hr 55 minit .aku tak tahan lagi 5 minit aku makan ..lapar sgt 

aku makan lauk banyak nasi kurang sikit , lepas tu buat espreso ice, nnt malam harap dpt makan oat dengan buat je ..

makan 1 meal berat pun ok kut ..yang penting deficit kalori .

so pagi tadi timbang 73.7kg...

pagi esok belum timbang lagi ..tapi mmgmasa puasa aku banyak minum air kosong dan buat sekali bullet coffee...tapi tak mct oil...

aku harap cukup seminggu ada nampak incloss ..sebenarnya benda ni takde masa ..sepanjang idup kena amalkan . 

harap berjaya lah hendaknya . 

Ahad, 1 Ogos 2021

Start IF

 Aku mulakan journey IF aku pada 1 Ogos ni . utk permulaan aku puasa selama 17 hr. asal nak buat 20 hr tapi sebab dh lapar sgt ..aku pun makan lah ..tapi ada kesilapan diet hari ni . aku makan nasik terlebih ..sepatutnya amik diet suku suku separuh ..so sepatutnya esok aku buat lagi 18hr atau 20hr..sebaik baik nya 20 hr..sebab atas 18hr baru lah fat burning berlaku ...

aku tak pasti berapa berat badan aku start diet ni aku target nak kurangkan 2kg je dulu ..lepas tu barulah nak fokus turun lagi ..so buat permulaan turunkan 2 kg sahaja ...

makan pulak aku kena amik suku suku separuh ..walaupun ada yang kata dh buat IF ni boleh je makan selagi dalam eating window. 

so doakan aku berjaya buat seminggu dulu ..lepas ni aku akan share progress berat aku lepas seminggu . 


Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...