Memaparkan catatan dengan label PARIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PARIS. Papar semua catatan

Ahad, 19 November 2017

Salam perkenalan Paris !

Alhamdulillah lena nya kami dalam pelukan Paris. Tidur dan bangun mula menyesal. “Abang... rugi nya kita tak dpt jalan jalan semalam... aku mula sedih... jam pukul 5.30 pagi namun matahari sedikit menunjukkan cahaya nya .. lagak jam 7 pagi di Malaysia. Betullah kata org elok berjalan pada musim panas di Europah kerana siang ya lebih panjang berbanding malam. 

Sebelum memulakan perjalanan, aku mencari dulu hotel di London yg telah dibatalkan oleh Booking.com.. utk mengelakkan masalah tiada penginapan elok kami selesaikan hari ini. Esok kami akan ke London 3 hari dua malam... singkat! Namun biar ada dr tiada ... 

Dengan penuh bersemangat, kami melangkah berjalan menghirup udara sejuk Paris. Oh! Paris akhirnya aku berdiri di atas tanahmu menghirup udara segar sejuk angin sepoi sepoi bahasa menyapa lembut muka ku. Sepanjang perjalanan kami tersenyum sambil berpimpinan tangan. Kiri kanan tiada satu kedai yg telah dibuka. Kami keluar terlalu awal. Kalau di Malaysia saat ini kami pasti mencari roti canai dan teh tarik! Nikmat yg tiada di sini. 

Setelah berjalan menyelusuri jalan jalan .. barulah kami sedar hotel kami tidak dekat dengan Gare Du Nord sebalik nya dekat dengan Gare d Est .. ada dua station rupanya.. yg selalu aku baca cuma satu! Hahha... dan lagi dr Gare Du Nord kami perlu melalui dua station utk sampai ke The Palace Hotel patut lah sesat laarat semalam kami berjalan. 

Kami masuk ke terminal train Subway Paris . Yg berselirat dengan peta pelbagai warna. Tujuh barangkali mewakili jenis train dan pelbagai tempat perhentian. Sementara itu, kami sempat membeli susu coklat kocak brand  H&M di mart segeranya. Terhibur aku melihat sebiji kelapa . Ada juga jual kelapa tua di sini. Entah berapa harga nya. Niat di hati nak makan sandwich atau roti yg terjual namun dek was was isi kandungannya aku batalkan saja niat tersebut. Kami masuk ke food court utk minta air panas dan makan magie. Suami aku seluk ke dalam beg, hampa ! Dia tertinggal magie.. aduh! Laparnya.. tak apalah nnt jumpa kedai yg halal kita makan. 

Kami berjalan di dalam station. Banyak kedia telah dibuka. Aku masuk sebuah butik yg sedang berlangsung jualan murah. Mencuba sehelai long coat berwarna coklat .. cantik melihat harganya tidak terlalu mahal, jika di tukar kadar nilainya baru RM250 .. suami suruh ambil . Kebetulan aku belum punya satu pun baju sejuk. Melihat pula seluar jenama MANGO .. kalau di Malaysia tak pernah aku masuk ke butik ini. Sekali lagi seluar nya pula aku sambar. Bukan aku sahaja, malah orang Paris juga ramai membeli baju di butik ini. Apalagi tersenyum lebar aku sebab dpt membeli apa yg dihajati di sini. Maka berjalan lah kami menjelajah kota Paris dengan baju sejuk baruku. Yg paling aku sayang.. dan dia sentiasa menemai ku di Paris, London dan Korea. 

Lepas ini mahu teman ke mana ya? 

Malam Pertama di Paris; Hampa.



Malam pertama di Paris.

Kami sampai di Gare Du Nord nak dekat maghrib.. walaupun aku tak tahu dh maghrib belum.. cuaca mendung macam nak hujan .. langit gelap.. Aku dan suami turut berpusu pusu seperti org lain.. tak tahu apa yang nak dikejar... sayang... sayang tak menikmati pertemuan pertama dengan Paris dengan aman.. Kami bergegas keluar stesyen kereta api untuk mencari hotel. Yg kami serius tak tahu kat mana. 

Berjalan bagaikan Siti Hajar mencari air , mengusung bagasi besar tanpa baju tebal. Cuaca bukan main sejuk.. Allah... Kami masuk sebentar kedai yg ada wifi... mencari arah hotel.. bertanya pada penduduk tempatan .. aku hampir putus asa. Lama juga kami berjalan ke hulu dan ke hilir.. suami beritahu “ Ama tunggu sini , biar abg cari nnt dh jumpa abg amik ama...” Aku enggan! Macam mana kalau dia sesat dan tak jumpa aku. Dua masalah! 

Aku kata “takpe jom cari kalau tak jumpa kita check in hotel lain .. “ Masa kami penat berjalan sempat mata aku mencuri pandang kedai kedai Islam Timur Tengah yg menjamu menu menu arab .. ada ayam goreng macam kat Mekah .. laparnya..
 “Jom makan dulu...” kata suami. “Taknaklah .. nnt kalau gelap lagi susah nak jumpa... ,jom cari hotel dulu sampai jumpa..”aku dah mula risau. 

30 minit kami berjalan akhirnya kami sampai ke The Palace Hotel. Dah lah sampai hotel kena panjat tangga lagi .. tangga nya pusing pusing.. klasik habis. Masuk je bilik dua dua melepek.. pengsan! 

Dan malam pertama di Paris kami tidur kepenatan... tanpa makan apa apa! 


Selamat Malam Paris.. kita berjumpa esok.

Jumaat, 2 September 2016

Switzerland...impian seterusnya.

Sejak balik dari London -Paris...otak aku ligat mencari flight nak bercuti yg murah ..dan tak pasal pasal aku jadik travel ejen pulak menerangkan pasal vacation pada orang...

Okaylah memandangkan Qatar airways tengah buat promotion sekarang maka harga tiket ke Amsterdam hanya rm 1500 lebih kurang...tengok juga date yg kita pilih..actually istanbul pun murah tapi sebab faktor keselamatan trip ke Istanbul tangguhkan dulu...tiket pun dlm 1k lebih bawah 2k.

Cadangnya nak jalan ke Brussel..belgium dan Franfurt..tapi rasa baiklah terokai satu- satu tempat dr banyak tempat yapi entah apa apa ..kannn!

So our next destination Insya Allah wil be Switzerland. So masih mencari itinerary dan masih mengkaji...kos hotel pengangkutan dan penginapan..budjet dalam 3k seorang tidak termasuk tiket flight. Tarikh ..dalam 18 hb mac hingga 26 mac. Cuti sekolah tu...

Masih baru baru membaca so jumpa satu blog yg cool

HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 1 | rossdowsen

Seperti biasa doa kalian amat ku harapkan ....

Aku bagaikan tak mampu mengimbau kenangan ke Paris ..sebab aku akan sentiasa ingat Abah.


Jumaat, 24 Jun 2016

PARIS 2016 : PART 3

CHAMPS ELLYEES 


Dari air pancut dekat paris ferris wheel kami pun jalan ..straight aje tp jauhlah nk ke area shopping brg2 mewah tu ...kalau korang jalan korg akan nmpk champs elleyess tu jauh ...dan kereta lalu lalang je bawah Champs Elleyess ..agak sesak lah jalan raya tu..segala event utama mereka akan adakan di sini.

bangunan tu nmpk menarik tp xtau apa


berjalan di sini sampai ujung jalan ..fuh..masa ni mmg dh sakit kaki...jln pun terjengkot2...

Dah penat jalan duduk2 dulu posing ambik gambar..masa ni pun x makan lagi..lapar tu...




bangunan LV tersergam indah ..wah! Kitorg masuk jelah ..tengokk2

yeay dh nampak da  ..tugu kemenangan tentera napoleon..

Welfie berdua. 

Berseri seri muka ...

Inilah dia tugu tu...




Masa ni hujan renyai2..kami pun dh penat, maka cariklah kedai halal...

La rose de kashmir...roti nan cheese dia tu sedappp sgtt...lain rasa yg di malaysia.

kos dia mahal sikit ..dlm €27..rm135 makan tengahari utk dua org..

happy 10th annyversary 



ni paling dekat..malas pulak nak jalan ke benda alah tu ..hihi..boleh pulak ekk..

So ! Walaupun hanya beberapa hari di paris ..kira puas lah kami berjalan.

Next post: eiffel tower ..i'm in love!































 Next post: roland harros tennis tourment




Paris 2016


Tuileries garden , place de concorde, paris ferris wheel


Lourve Museum 
Dari dalam Lourve ..kami naik tangga ke atas...taraa..! ini lah tempat org selalu amik gambar....
cantikkan ..sebesar besar tempat tu adalah muzium ..memang tak sempat nak habiskan satu hari kena tiga hari baru selesai...

Pintu gerbang yang berhadapan dengan museum tadi

ini adalah pintu gerbang berhadapan the lourve..belakang pintu gerbang ni ada satu taman yang sangat besar ..namanya Jardin Tuileries..sangat cantik..hijau saujana mata memandang...
sambil berjalan pun kena ambik gambar...

lihatlah bangunannya ..kota lama paris..penuh dengan seni bina yang menarik..perasan tak ukiran patung tu....paris ni mmg mana mana ada patung...haish...tetiba teringat kat kakna kawan baik seorng guru seni lukis ..mesti memahami unsur unsur seni ..hahah

sebab muzium tutup ..maka tiada org berbaris..kalu tak mesti dh penuh ni..


satu kelemahan kota paris ni pada pelancong asing ialah ..apabila tempat bersejarah mereka di terangkan dalam bahasa perancis ..jadi susah nak baca apa sebenarnya banguna bangunan tersebut...so tengok ajelah ..nnt baru gugel...

dengan cik abang sayang ..asyik gaduh je ..sebab takut sesat hahah...

ini lah taman yang menghijau tu nampak tak mercu Eiffel Tower

masih lagi bangunan muzium ...

dari jauh nampak Paris Ferris Wheel..sebenarnya waktu malam lebih menarik lagi..tapi kami tak biasa ..takut kena ropak pulak ..so malam memang kami hanya duduk hotel..tetiba rasa rugi pula...takpelah ..akan dtg boleh jalan malam pula ..ewah!


Paris Ferris Wheel

The Place de Concorde....berhampirannya terdapat air pancut yg ada patung manusia ....

sedang ralit tengok phone...

unikkan pokok tersebut berbentuk 4 segi ...



taman berhampiran lourve...


secara ringkasnya kami berjalan kaki dari The Lourve ke taman dan dari taman kami nampak Paris Ferris Wheel jalan lagi hingga kami sampai Place de Concorde...kami terus berjalan sehingga sampai Ellyse Champs Elysees..jauh jugak tu...

ok sambung nnt..bye

HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...