Khamis, 30 Julai 2020

Tilam King koil dah sampai

Lega aku bila tilam go shop yg aku beli dh sampai... mak mertua nak tido kena lah siapkan bilik lawa lawa...
Tilamnya tebal ... sedap tido ... nasib baik aku beli murah je tak mahal sgt...RM 999  tu sekali bantal , lapik tilam dan bolster kira ok sgt... sedang elok je aku sarungkan dengan cadar kaison ...hahha



Jumaat, 24 Julai 2020

DYSON REVIEW PART 2

nampak tu halus tak habuk dia sedutt


oklah aku berpuas hati bila aku nampak vacum ni boleh sedut habuk halus halus ..tapikan kalau korang nka beli brand lain pun ok ..cuma nya teknologi dia mungkin taka sama ...lagi satu kan ..aku rasa ni lebih pada brand lah ..mmg aku nakk sangat maka mendapat lah kan ...

brand kracher pun ok siap boleh sedut kusyen yang basah aku baca review kat facebook 

tadi aku vacumm .banyak betul habuk halus halus ...mmg puas hati tol...


oklah ...ni kenkonon deko ..dh semak balik ..nyampah !!!

baru nak berjimat baru dua hari gaji macam macam ko beli ekk..nyampah betull.

ni aku dh oder tilam kat go shop ..RM999 dapat set sekali alas tilam dan bantal ..jenama kingkoil macam ok kan ....entahlah ..kot kot mak mertua nak tido umah ..kita sediakan elok elok ..mmg lama dh nak beli tilam ...

kang elok lagi aku buat review ekk...

Sabtu, 18 Julai 2020

HADIAH BIRTHDAY SUAMI KE 37




Mula asalnya aku tak berniat nak belikan hadiah ...ingat nak bagi kek dan sedekahkan nasi lemak tuk budak opis dia ...tertiba aku terfikir pulak....apa salahnya hadiahkan telefon ..sedangkan masa aku takde harta sangat ..setiap kali besday dia hadiahkan aku benda yang best best...tepon dua tiga kali aku dapat ..zaman duduk jasin dia hadiahkan tepon nokia ..masa tu ..hat aku pakai tu kira paling latest ..
pastu hadiahkan aku anting anting, tak pakai sebab aku pun mmg tak bertindik sejak kecil ..

pastu hadiahkan telekung siti khadijah ..kiranya mmg dia ingat besday aku dan hadiahkan sesuatu ..

berbalik pada aku hadiahkan dia iphone 11 tu ..aku sebenarnya beli melalui celcom ..macam amik plan kemudian dapat beli phone ...aku beli phone ni contract dua tahun ...bulan bulan aku kena bayar harga phone RM126 plus bil aku RM98 so total RM224.. 

sebelum ni pun aku mmg pakai celcom tapi takde contract...
oklah tu so far internet takde problem pada aku ok ..

aku beli hari ahad ..maghrib pulak time tu ...12 hb Julai .besday suami aku 14 Julai tawakkal jelah ...

aku check dia kata penghantaran 4-5 hari ..tapi masa aku call celcom cakap aku tersalah alamat tu dia kata aku akan dapat tepon dalam masa 7-14 hari ..mak aihh lambat nya ..sekali ..lepas dia aktifkan kontrak aku ..terus aku tengok status complete..hari Selasa ..masa besday suami aku org GDEX tu call ..cakap aku ada kat rumah tak nnt, sebab dia nak hantar barang kena tulis ic bagai ..alhamdulillah ..ontime sungguh dia sampai ..

so dalam tengah hari jam 2.30 ptg tu maka aku pun terima iphone 11 dari celcom dengan selamatnya ..aku tak beli iphone se 2020 sebab pada aku terlalu kecik dan tak sesuai utk org bekerjaya yang banyak benda nak guna

ni kira pakai baik baik sampai bila bila ...agak agak sepuluh tahun ko tukar lah ..

ok masa aku beli tu aku cuma bayar upfront 3 bulan RM378 sahaja ...dan lepas tu dia terus kira installment . harga phone tu kalau beli cash dalam RM3599...mahal kot phone rege macam tu ...

aku pun tak ingat rege aku beli iphone 7 plus dulu 
12 mac 2017 



throwback pulak hp yang aku ada...
nampak tak uzur sangat note tu aku ..siap tertanggal dari screen...

amik gambar pun ada garisan sebab screen pecah..ni gamabr tepon bestari yang kerajaan hadiahkan tu 

ni note kesayangan aku ..g paris pun amik gambar dengan note 2 ..g mesir pun ..masa g mesir note 2 hafidz pecah berderai ......




Menyesal Tiada Berguna

Semalam aku goreng kentang dengan nugget ...lepas dah siap goreng aku minta tolong Iyad hantar ke atas utk ayahnya yang sedang menonton tv kat atas ....dia kata dia penat ..biaslah ..mmg dia selalu taknak buat kalau org minta tolong ..oklah takpelah kan ..pastu aku suruh Imran ,Imran bunyi bunyi pun dia nak jugak hantar ke atas ..

lepas tu si Iyad bila dah macam tu menangis..terjerit jerit ..biasalah bila ko taknak buat org lain buat ko rasa diri ko useless kan ..pastu jadi mungkin timbul penyesalan macam dia nak buat tadi sepatutnya .. 

dia menangis menjerit jerit ..aku dah suruh daim pun dia taknak ..plus dia tendang tendang lagi meja makan tu samai bergerak ke tepi ..agak dh lima belas minit dia menjerit macam taknak berhenti aku pun apa lagi ..naiklah hantu ..aku kata diam ! for sure lah jerit ..lepas tu aku betulkan meja makan tu sekali ..entah apa merasuk aku tolok kuat sikit cam aacah pun ada ..pastu iyad terjatuh ..sebab kerusi meja makan tu ..berat..jatuh atas karpet ..tapi yang malang nya !!!!tertimpa laptop lenovo yang suami aku dapat masa dia kerja di tempat lama !!! ya Allahhh..sesalnya aku ...

imran terus capai laptop tu ..mau tak screen dia rosak kalau dh tertimpa kerusi makan. tinggi pulak tu ..

aku terus tanya member mana nak betul screen ..aku konteks cina tu cakap dalam 400 tukar screen ...
aduh! tapi tadi cina tu baru call ..katanya cpu pulak rosak !

Allahh!..kalau lah aku tak buat macam tu takkan jadi laptop rosak ..aku menyesal sangat ...

sesal nya aku rasa ..

nnt aku cerita aku baru hadiahkan suami tepon iphone 11 itu pun aku beli installment dua tahun dengan celcom . ni laptop pulak rosak ..macam mana imran nak buat kerja sekolah ..mcm mana aku nak siapkan ERPH yang selama ni aku buat pakai laptop dia ..aduh ! semua pening macam mana nak buatni ...

kalau aku lebih menggunakan otak tak jadilah benda yang macam ni 

kat sini kalau nak baiki laptop ..belakang Mc Donald kat batu berendam

kerosakan pada screen

brand lenodo ideapad kalo rege kt lazada 2700

brand dia ..ni sebab tauke tu suruh amik gambar

sejujurnya aku yang amik pengajaran bukan Iyad ..aku minta maaf pada suami dan Imran sebab buat roska laptop tu ..mmg boleh beli baru ..tapi sayang sikap kita menyebabkan kita rugi!

berbaloi kah?

Jumaat, 17 Julai 2020

SEKOLAH MENENGAH

hari ni saya nak menulis panjang lebar
ini cerita kita dan anak anak kita.

korang nak tahu dilema nak hantar anak sekolah di mana bila naik sekolah menengah sering menghantui pemikiran ibu bapa ..walaupun imran dah masuk ke sekolah menengah aku masih memikirkan kaedah yang sesuai sekiranya anak mula naik tingkatan 1.

jika dilihat dari aspek latar belakang aku . Abah masukkan aku ke sekolah agama rakyat ( swasta bukan kerajaan) dr tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Di sekolah agama inilah aku membina dasar pengetahuan aku yang aku bawak hingga ke aku universiti dan seterusnya. Namun aku tak menafikan betapa pentingnya pengaruh ibu bapa dalam mencorak seseorang itu menjadi manusia.

Apa pilihan kita ada bila ank nak masuk sekolah menengah?

Kebiasaan yang di pilih ialah:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

Smk ni merupakan sekolah harian biasa yang balik hari . rata rata antara kita sekolah di sini . Adakah sekolah ini bagus ?Sejujurnya sebagai guru di SMK aku merasakan sekolah menengah kerajaan ini bagus kerana semua guru adalah guru yang terlatih dan sentiasa di " update" oleh KPM. Macam korang install WIndows kena updatekan bila sampai masanya ..hah! begitulah guru guru di SMK.mereka mempunyai contact terus dengan KPM dan boleh dikatakan jika berlaku sebarang perubahan pada struktur kurikulum , merekalah golongan pertama akan menerima maklumat dan menghadiri kursus yang dilaksanakan oleh KPM ..( SBP bawah pengurusan lain , MRSM totally bawah MARA)

namun ada yang tak bagus, kerana ini sekolah kerajaan atau umum macam hospital kerajaan kan ..maka semua lapisan masyarakat hantar anak dia ke sini dan mereka akan berjumpa macam mcm background family dan biasalah bila dah ramai ramai ada yang terpengaruh dan jadi nakal .

Cuma aku nak highlghtkan bahawa benda benda ni masih boleh dikawal di sekolah menengah. Jangan korang salahkan sekolah jika anak anak bermasalah. Sesungguhnya! (taukid) anak anak ini bermasalah berpunca di RUMAH..aku tekan kan sekali lagi ..mereka bermasalah dirumah dan membawa masalah itu ke sekolah dan mempengaruhi rakan rakan lain bila mereka bermasalah . kasihan mereka..kadangkala ujian yang mereka hadapi ni tak pernah kita lalui waktu kita di usia mereka....

Jarang sangat kita jumpa pelajar yang bermasalah jika family takde masalah. { pandangan penulis...}

Masalah disiplin pelajar:

1. Datang lewat ke sekolah
2. Ponteng sekolah ( lepak mall)
3. Mencuri
4. Bercinta ( masalah laki dan perempuan ni )
5. taknak belajar [ tak minat sebab tak tahu]
6. rogol ni kes berat
7. gangsterisme

Apa punca masalah student yang kononnya "liar "sangat ni:

1. MAK AYAH BERCERAI - tinggal dengan ayah tiri, mak tiri etc
2. AYAH TAK KERJA
3. MAK AYAH KERJA LANGSUNG TAK BALIK RUMAH- ADA JUGAK
4. PELAJAR TINGGAL DENGAN NENEK..mak kawin lain ikut
suami baru ,ayah kawin lain dan begitulah

banyak lagilah nak senaraikan ....

ok ni baru sekolah menengah ..

oklah nnt aku sambung kalau korang nak tahu lagi

nnt aku nak cerita pasal sekolah menengah swasta ..

org KL banyak pilihan sekolah swasta ni ..mmg bagus tapi kena sediakan kos .




Khamis, 16 Julai 2020

Emas oh emas





entah kenapa tiba tiba orang pakat nak beli emas ..masa time murah takde dengar sanagt pasal org org nak beli emas ...


secara personaly aku beli emas first time masa 2007 kot masa ni emas segram dalam RM80..aku guna kan mas kawin aku atau mahar RM501 beli rantai tangan yang bola bola kechik...

lepas tu masa tahun 2013 /2014 aku amik personal loan beli tanah kt kg aku amik sikit dalam 4k lebih beli rantai tangan masa ni harga emas dalam RM190 segram
biskut tawar ni lama dh patern dia 

lepas tu masa tahun 2013 mmg hrga emas jatuh ..masa ni kakak aku bgtau emas murah dia suruh aku beli emas 999 time ni rege dia jadik RM136.50 segram..ko bayangkanlah time tu ..la ni aku check kat ar rahnu bank rakyat dah jadi RM280 segram ..jd 5k gelang 999 dr rege dia RM2730 ...naik hampir tiga kali ganda kot ...

tadi aku saja kira kat arrahnu bank rakyat ..nilai emas 999  20g darab RM283.17 bersamaa RM5663. Masa aku beli RM2730 ..beza harga 2013 dengan 2020 iailah RM2933 dalam tempoh tujuh tahun ..mah aihhh!..untung lagi simpan emas dr main shaam ASB


ni pandora tahun 2017


oklah masa ni aku tolak gelang tangan yang kak yus belikan sebab aku tak suka dia lembik ..pastu aku amik gelang ni dengan gelang utk orked 4g dalam RM1000..

ni pun ada plan nak amik yng baru ni ...

rupa rupanya kalau korang nak menyimpan baik korang simpan emas ..contoh ..korang nak beli kereta kan ...korang simpan emas dr sekarang 10 tahun akan datang ko tolak emas korang tu boleh dapat beli kereta axia cash tau ..

bayangkan 1 g harga 280 ..kalau korang ada 100g bermaksud korang ada RM28k..wah! ni banyak masyuk ni ..ada duit sebanyak tu ...

post aku ni takde niat langsung nak cerita emas yang aku ada barang seutas dua ..tak sesuai langsung cuma aku nak share kita ni menyimpan emas dengan niat nak simpan duit ..nnt sesak boleh kita gadaikan atau pajak di Arrahnu ..gitu lah kekdah ya...

oklah ..aku berkira kira nak gadai dan beli emas lagi ni 😆😆😆😆

HARGA EMAS BAKAL JADI 1 GRAM RM500 RINGGIT BELI SEKARANG SEBELUM TERLEWAT

MEMBELI TANPA SEDAR

Sekarang ni jadi trend jual di group whatapps ...tak terkecuali aku ..

so memandangkan aku membeli tanpa kawalan ....aku amik keputusan nak listkan apa yang aku dh beli dalam group whatapps kat sekolah tu 


Bermula 26 Jun 2020 sehingga hari ni 17hb Julai...:

- Kek Manggo -RM40
- Nenas RM16
- Jagung RM20
- Jeruk asam boi RM18
- Baju Sabella RM79
- Crem puff RM20
-Kek Manggo RM20
-Minyak Angin RM40
-Roti RM10
- JUMLAH RM263

tak terlior ke ko rupa paras macam ni?

kek mango cheese ni sebekas 20 mmg berbaloi sangat

alamakk kabor plak ..sedap sgttt ko! sumpahhh...


itu hanya shopping shopping kat group wassap je ...adoii! sebab apa beli sebab benda sampai depan mata ..ta payah g beli ..atas meja je dapat makanan...


aku rasa semua yang aku beli ni hanyalah kehendak bukan keperluan pun !


so aku dh sedar start minggu depan aku taknak beli apa apa ..melainkan satu baju sabella ...itu je..RM79 ..


harapnya aku lebih bijak dalam berbelanja ..rancang perbelanjaan anda ...



*** contact kalau nak beli kek cheese mango leleh tu ...inmay cake 014-2257009

Isnin, 13 Julai 2020

RESEPI KEK CARROT KAK ROZANA

Bahan bahan 1 kek
2 1/2 cawan parutan carrot anggaran 3 biji
4 bj telur
1 cawan minyak sayuran ( minyak masak pun boleh)
1 1/2 gula putih  aku akan guna 1 cawan gula perang
2 cawan tepung
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat 
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu teh vanila 
1 cawan kacang pecan atau walnut cincang

panaskan oven 184c 

1. Campurkan tepung gandum dn segala bahan kering

2. Pukul telor dengn gula pakai senduk sahaja. masukkan minyak ,pukul lagi hingga sebati 

3. masukkan campuran tepung hingga sebati , masukkan carrot dan kacang walnut cincang tadi

4. Bakar selama 40 minit sehingga masak.


**************

sama macam kebiasaan kek carrot yng aku masak guna rezepi raihanah,cuma aku tambah kismis dan ada susu satu sudu rasanya. 



Selasa, 7 Julai 2020

REVIEW VACUM DYSON

oklah ..aku ni review akan menjadikan akulah org pertama review dyson vacum tak best ..hahah...ko rasa?

ok ok..macam ni vacum aku ni sampai semalam . terus anak aku chargekan ..sepatutnya kali pertama charge adalah lima jam ..next 3.5 jam ..oklah ..

vacum ni kekuatannya pada suction kalau kuat mmg puas hati ..kalau tak kuat mmg hampeh..! so ..review ikhlas aku yang baru guna sehari ..hari lepas ni review aku akan berubah ..hihi..

SUCTION

kekuatan vacum dia utk maximum level mmmg superb!!!! tapinya lagi kuat suction ko guna lagi cepat bateri habis ! eh! apsal org tak cite part ni ...asyik tekan kan boleh vacum 60 minit ..,boleh vacum 60 minit ..boleh vacum 60 minit ....kalau boleh vacum 60 minit tu sekiranga pakai mode paling rendah ..dan mode paling rendah ni mmg ..gulp! pada aku biasa anggttt! ..so sib baik ada level kedua ..so aku prefer pakai level kedua dr ketiga ...

CORDLESS

part ni aku suka sebab sekelip mata ko nak vacum ko capai terus vacumm..tak payah ko fikir nak tarik wayar cucuk plug pastu vacum pun area wayer sampai,, yang wayer tak sampai lain taun ko vacumm!..so sebelum pegi sek aku sempat lah vacum satu kali ..oklah ...

PRESENTABLE

ko sangkut je kat tempat ko nak vacum tu area tempat paling sennag ko capai! setel..so bila bila ko nak vacum capai je...

so memandangkan aku beli ni V10 ..so mmg takde nampak bateri dia tu macam V11..yg ni harga dia dalam RM3390 kot..yangV10 ni hampir nak ke V11 tapi V11 lagi power..ada eco mode..dan ada tunjuk filter dia kena tukar ..so ada indicator ni kita alert sikit ..taklah pakai taram je..

dan harga nya masya Allah ..yg aku beli ni mmg mengucap panjang! Allahu akbar ...

tp sebab aku ni patern nak terbaik dlm apa yg aku beli ..paling tidak dlm best ranking so aku beli lah vacum ni ..tapi tapi..in case korang belum beli ..aku suggest belilah yang suction dia kuat walaupun regenya murah ..banyak kat lazada ..jenama airbot bagai ...sebab feel dia lepas vacum tak lah power gila benda ni ..eh!korang faham tak maksud aku ...

sebenarnya kan ade je harga lagi murah dari official store dia ..RM2999 tapi hakak ni jenis takut ..sat g rosak kang macam mana ...

takkan ko nak pakai setahun je kan ..mesti nak pakai lama ..kalau boleh nilah vacum yang terakhir ko beli ...pastikan setiap sen yg ko keluarkan bernilai ..gitu!..

tapikan kalau ko jenis yakin ..ada je kat FB jual harga kilang ..dalam RM2300 dah dapat V11..korang cuba search kat FB ..Dyson kilang ..termasuklah ..kalau ko beli kat SengHeng , kat Harvey Norman mmg inilah regenya ...

so hakak ni rasa oklah ..oklah ..beli sebab senang tak payah pikir wayar dia panjang mana ..ko vacum je..


ni apa yang korang akan dapat ..kepala tu semua utk function yang berbeza ...ada utk carpet dan ada utk  lantai biasa..

ni nyawa dia ...ko kena cahrge dia nilah kalau habis guna

semua adik beradik dia ...

tempat nak charge dia ..tu boleh sangkut kat dinding ..akak tak sangkut lagi

paling senang nak cantum benda benda ni ...ikut kaler merah tu ...masuk je insya Allah senang ...

oklah ..aku tak kata best gila ..tapi taklah kecam ...tapi part sedut hama tu mmg betul sekiranya guna level 3..sekian ! 

Ahad, 5 Julai 2020

Erti Hidup

Kadangkala dalam hidup kita ni kita kena belajar terima sesungguhnya semua yg Allah bagi pada kita ada berbentuk pinjaman. Maka bila sampai masa Allah kata Allah nak amik balik maka kita kena reda,,, bersyukur pada Allah SWT sebab suatu masa dulu kita penah rasa Allah SWT kasi pinjam.

Mmg ikutkan kita akan rasa sedih tp itulah takdir yg Allah SWT dh tetapkan atas kita. Jauh kedepan lagi hidup kita. Kita tak tahu sesuatu itu baik atau tidak sebab kita tak tahu apa kedepannya. Barangkali kita rasa benda tu baik, tapi ia tak baik utk masa hadapan kita... ada masa kita rasa benda tu tak baik, tapi rupanya baik utk masa depan kita. Baik atau buruk itu Allah SWT dah aturkan . Cuma bagaimana kita belajar terima sesuatu perkara itu berlaku atas kita.

Namun sikap reda, yakin dengan ketentuan Allah SWT meletakkan diri kita berasa tenang menghadapi hari hari akan datang.

Percayalah Allah SWT tak ciptakan dunia utk kita,
Akhirat lah yg menjadi destinasi kita.
Dunia ini hanya salah satu kehidupan menuju ke akhirat.

Jangan terleka dengan nikmat, dan jgn terluka dengan ujian . Sebab ia akan hilang perlahan lahan di bawa masa.

Kita takkan sedih seumur hidup atas satu ujian, sedangkan Allah berikan kita pelbagai kesenangan atas satu ujian. Namun kadangkala kita lebih fokus ujian itu melebihi nikmat yg Allah berikan.

Allah SWT amik satu, tapi Allah kelalkan yg lainnya. Ada sihat, ada kudrat, ada senang, ada nikmat nikmat lain.

Ubah cara melihat kehidupan.
Ia bukan segala galanya. Sebab Allah kata dunia ini hanya tenpat persinggahan.

Sedangkan sehelai daun yg gugur Allah yg tetapkan dimana jatuhnya.
Apatah lagi urusan urusan yg besar.
Adakah kita tidak yakin dengan Allah SWT
Yg Maha Berkuasa ke atas setiap satu isi dunia ini.

Sabtu, 4 Julai 2020

HLP dan DYSON

alhamdulillah 26 hb Jun ari tu aku dh selamat submit permohonan HLP aku dengan video pembentangan . apa perasaan aku hari ni ? aku rasa lega dh hantar tapi aku tak pasti apa yang aku buat itu menepati ..namun aku beranggapan tajuk aku di kira agak uptodate berbanding ada kawan aku buat menggunakan aplikasi Tarsia dalam bab sirah. sebab penggunaan aplikasi dalam pembelajarn Abad 21 rasa ya popular pada beberapa tahun lepas ..2017.. oklah aku telah memilih tajuk Digital learning in new norm in education tapi aku buat tajuk utk uji tahap kesediaan guru Pendidikan Islam Melaksanakan Pembelajaran Digital

harapnya adalah peluang aku nak sambung belajar dengan bantuan penuh biasiswa kerajaan Malayisa.Dijangka pada tahun 2023 ada lebih kurang 60000 guru yang mempunyai Phd. 

DR. JAMALIAH BINTI MOHD ZABIDI

Ada gaya tak agak agak nya 
hahah..aminn..doakan lah ..dalam lingkungan 5 tahun akan datang .

kita berusaha semoga ada jalannya..kebetulan aku mmg suka bab bab mengkaji ni ..mmg sejenis minat...berangkai rangkai aku mengkaji..

Dan alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, suami aku pun berjaya dalam viva masternya pada 2hb Julai lalu ..dalam Bussiness Admin di UTEM.. so dia kata nak terus sambung Phd. Paling bagus kalau dapat biasiswa kalau nak bayar adalah dalm 40k utk sambung Phd .. banyak jugak tu ..

oklah aku pun tadi dah singgah Seng Heng nak pergi beli vacum dyson..itulah sejenis yng tak menyabo..aku kira kira bulan bulan aku kena spent RM138 utk dapatkan vacum tu ...harga ikutkan RM2979 tapi dapat rebate 100 pastu aku dapat gak warranty 2+1+2 ..so lima tahun kalau ada apa apa kerosakann sengheng akan ganti kan ...

diam tak diam aku usha dia punya kerus harga nya dalam RM228 kerusi tu lawa tinggi utk bar kitchen ...suka tengok ada style...
aku nak beli dua je pun 


sebenarnya ada je aku jumpa orang jual RM1800 vacum ni tapi bila aku pikir balik ko spend sampai 1k lebih sekali ..rosak ..macam mana tu ..warranty seller kasik setahun je ..kita dh lah pakai vacum ni ganas ...nak bersihkan satu rumah ..

aku ingat masa aku beli iron phillips pun suami aku kata membazir..sekarang ni elok je diorg pakai iron tu nak iron baju senang je ..

samalah vacum ni ..memang aku akui mahal gila tapi sebab pikir nak mudahkan kerja aku beli lah jugak ..dua tahun ikat dengan kat kredit maybank. tapi oklah RM138 tu ..sekali ko beli barang kat speedmart je dapat jajan jajan...

oklah ...aku pun dh habis bayar hutang perabot kat TTU...

korang doakanlah aku dpt sambung master. aku rasa macam nak amik full by research tapi tak tahulah macam mana ..sebab aku ada lemah sikit kalau exam ni ..sejenis yang takut masuk exam ...

oklah dah lewat malam ni.



Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...