Isnin, 19 Mac 2018

Cerita beli Peti ais aka Fridge.



Ok. Actually bila pindah rumah baru maka serba serbi pun nak baru lah kan. So aku ni mmg dh lama mengidam peti ais jenama samsung. Macam mana aku mengidamkan iphone macam tulah aku nak sangat peti ais samsung ni. Agak agaknya kalau ada peti ais jenama iphone aku dh rembat kot... 😜😜😜.


So suami aku letak bajet 3k utk peti ais. Maka merondalah kami cari benda alah tu. lokasi pertama ke Home pro. Maka jumpalah peti ais yg aku idam idamkan... samsung mmg berkilat lah luar dia . Dua pintu. Sebijik cam aku tengok dlm ig org. Mmg cun habis! Aku tekad pakai samsung.

Tapi sebelum nak beli kitorg pergi ke sengheng nak check rege.. mana tau situ lagi murah... tup tup bila pergi mmg betul lagi murah siap dpt rebat 400.. sebenarnya nak beli tv dengan peti ais.

Aku cakap jom abg cari kedai letrik cina mesti lagi murah.


Entah macam mana jumpalah kedai Tristar kat area sebelah tesco melaka. Sekali tv dia letak harga 2k lebih paling murah antara homepro dengan sengheng. Nasib baik kitorg meround dulu sebelum beli.!


Tapi part peti ais ni ade cerita lain. Tauke cina ni mati mati kata samsung tak elok.. dia kata dulu dia jual samsung tapi sebab banyak sgt komen dia tukar! Adoii.. musnah harapan aku.. dia suruh akan brand sharp.. empat pintu jauh lebih besar dr samsung.. samsung 500L ni 700l lebih mmg besar dan harga lebih kurang. Samsung satu tempat beku, satu utk biasa... simpan sayur bagai. Yg sharp ni empat pintu . Dua atas dua bawah tempat beku.

Secara bijak nya mmg lah beli sharp lagi baik berbanding samsung. Tapi rupa paras samsung tu hensem sgt.. geram aku.  Aku kata nak gak samsung! Taknak sharp!!! Tapi aku kena terima komen positif suami aku .. kita beli mahal nak guna lama. Ni ada 10 tahun warranty. Lagi luas dan lebih besar. Samsung tu guna teknologi lama. Bukan bidang dia peti ais ni. Kalau nak beli peti ais beli jenama japan bukan korea. Toshiba , sharp dll... uwa!mennagis aku.

Balik rumah tak habis habis aku google keburukan peti ais Samsung dan kebaikan peti ais yg suami aku beli.. takpelah. Bersyukurlah suami aku nak belikan peti ais baru kalau tak pakai je yg lama tu ...

so akhirnya aku bawa balik peti ais Sharp. Rege 3k lebih... hmmmm... terima jelah. Kadang kadnag aku sanggip je beli yg kualita sedrhana asal rupa tiptop. Malas aku nnt org dtg rumah tanya “ apsal tak beli samsung? “” erkkk...”

Aku baca ada org komen peti ais Samsung cepat rosak . Tapi kawan ig aku pakai ok je... harap bertahan lama macam peti ais panasonic yg kami beli sejak mula kawin .. elok je sampai sekarang. Imran dan 11 tahun peti ais tu lagi tua dr imran.


So pengajarannya tak semua benda yg kita nak tu kita dpt kadangkala Allah swt nak baginlebih baik lagi. Cuma kita yg tak tahu...

Ok.. ni masa survey di the curve. lg brand ...




ni kawan aku syikin pakai..aku tak suka sebab kecil sikit dr yang aku beli 



Ni yg aku teringin sangat tu .. tapi memandangkan tengah dia ada divider jadik kecik sikit ruang menyimpannya.. 500 l lebih .. 3k kira oklah ... 


Tertiba keluar gambo dapor idaman aku da...


Hah korang nampak peti ais yg aku beli tu. besar dan ruang menyipan dia lapang terus sebab takde divider kan aku tepek gambar google... mmg lebih besar dr samasung tapi tak sehensem samsung tu je 😭😭😭

Ni pun cun jugak  


tu peti ais umah aku ....
bahagian atas sahaja ni..bayangkan berapa banyak kek secret receipe korang boleh letak ???luas kan ......



ni aku tertarik dapur homestay nama Tinyscale. aku mesej dia tanya mana buat kabinet kitchen ? dia kata beli kat home pro je kak..so utk dapor basuh aku beli kat home pro dah lah ...
cantikkan ...

aku dh ingat kat mana aku beli peti ais ni ..kedai Tristar area batu berendam ..kat sini banyak juga kedai lektrik korang boleh pergi ..seng heng pun ada area sini ..

ari tu aku beli mesin basuh dryer dan tv android dekat sengheng bt berendam , melaka . 

*** aku nak update since ramai yang baca post ni ..kalau korang perasan lah Anju aku tak ingat nama penuh dia ..di pun pakai peti ais macam aku punya





BACA SETERUSNYA REVIEW PETI AIS SHARP 

4 ulasan:

  1. salam,, boleh saya tau tristar tu dekat area mane ye?

    BalasPadam
  2. Brg letrik beli kat aeon selalunya lg murah kalau compare to kedai letrik biasa. Lepas tu kalau beli 2nd or 3rd week akan dpt voucher based on amount kita spend. Kalau xsilap dpt dlm 10% voucher tu. Mcm last time sy beli Samsung Smart TV 4K Full HD 50" utk letak tgk dlm bilik,model tu baru je launch. Sebelum beli kat aeon Rawang,bajet nak beli yg 40" Full HD dlm Rm1000+ je so survey dulu kat kedai letrik dkt dgn rumah Rm2400-2600 dpt bawah 50" n bukan LED screen or Full HD pon,kat NSK Rawang Rm2200-2700 pon sama jgk kes dia,lepas tu singgah Tesco Selayang dpt sama model yg sy beli tu cuma beza sikit dlm Rm100-200 je harga dia. Last pegi ke Aeon Rawang kat department store dia harga lagi murah Rm2000 je siap dpt voucher Rm200 lepas la beli vacuum murah. So kesimpulan dari sharing sy ni,survey dulu online model ape yg kita berkenan yg sesuai dgn penggunaan dan bajet,lepas tu baru survey ke kedai. And boleh try g survey kat Aeon. Jadilah pengguna yg celik supaya dpt buat pilihan yg tepat dan berbaloi setiap ringgit yg kita belanja kan. PS: sy mmg bersifat analytical so mmg favorite sy kalau bab survey beli brg cmni.

    BalasPadam

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...