Isnin, 25 Disember 2023

Sehari ke Muar

Cuti sekolah sudah seminggu berlalu . 
Kami belum bercuti ke mana mana.. kalau nak bercuti pun tiggal beberapa hari sahaja. esok rabu. 
Ahad Imran dah balik ke asrama . sehari awal berbanding hari yang sepatutnya budak budak balik.

so nampaknya kami boleh pergi short trip ke mana mana dalam masa Jumaat, Sabtu  dan Ahad ini.
belum tahu nak jalan jalan ke mana. 
nak kata mandi swimming pool ..hari hari kami mandi swimming pool. nak ke pulau musim tengkujuh .cuaca pun kurang baik hujung tahun ni . 

hari hari mandi swimming pool

so semalam kami decide jalan jalan ke Muar. Asal nya nak makan asam pedas jalan joned . dh sampai jam 3 semua lauk pun habis .kecewa budak budak ni jauh jauh jalan makna ni je kata diorg .
lepas tu kami ke Watex mall yang ada di sana . beli brg dapur sikit .kemudian kami duduk tepi sg muar tu sambil makan takoyaki . 

sebelum balik singgah sabak awor makan ikan bakar.

pemandangan menarik di masjid Sultan Jamek Sultan Ibrahim


dah cat baru sebelum ni warna biru putih

Masjid ini merupakan masjid tertua di Johor dan pembinaannya bermula pada tahun 1925,

disebelah masjid ni ada tempat duduk sambil melayan tengok laut.



masa kami sampai ni dh pukul 6.40 petang . masuk terus duduk kedai no satu .
okaylah makanan dia not bad ,tanya kawan kawan ramai tak recommend kami makan di sini . rata rata bgtau makan di bus stand lagi happening siap ada busking. tapi sebab belum pernah sampai ke sini so kami ke sini . sebenarnya mmg seronok lagi melaka berbanding muar ni ..tak hairanlah ada kawan kawan yang duduk muar bgtau diorg selalu turun melaka . melaka best 
ni terbalik pulak kami ke Muar . 








tengah makan org meja sebelah offer nasi. diorg kata membazir kalau tak makan .so kami amiklah ..kalau tak kami order lima pinggan je nasik .
total makan RM186.
kami order ikan yang sederhana besar, masak dua jenis .satu masak stim dan ikan tiga rasa, pahat masak cili api, kerang 1/2 kilo, ada udang, dan sotong goreng tepung. 

kami sampai rumah solat Isyak dan berehat. 
Esoknya, mak nya masak nasi lemak dan makan tepi pool. 
malas nya nak bersenam di gym .




 

Khamis, 21 Disember 2023

Coating kereta elok ke tak?

 entahlah tiba tiba aku asyik nak mencantikkan kereta je sejak dapat HRV ni ..masa city dulu lek lek je ..hurmmm... 

so membawa aku ke sebuah video yang sangat bagus penerangannya. lecturer yang menerangkan pasal ceramic coating dan ppf.  bagus jugak penerangannya berkaitan ceramic coating .



too good to be true! aku suka ayat ni . lagipun lecturer ni bukan memihak mana mana ..dia lebih bagi maklumat dan awareness pada kita berkenaan benda yang kita dengar sahaja ..tapi tak pasti betul atau tak. 

banyak yang aku belajar dr lecturer ni . sebagai contoh ..

"betul ke enjin turbo banyak makan minyak?"

"Apa beza CVT dan DCT? " hrv aku rasa enjin DOHC V-TEC. bila enjin smapai rpm tertentu..

"Ron 95 vs 97" mana minyak yang kita elok pakai. kalau enjin kereta bukan perfomance cukup je guna ron 95. dah terjawab .

kereta zaman sekarang tak perlu panaskan enjin kereta lagi ..kereta dulu dulu lain lah !

SOHC vs DOHC..

nanti korang boleh tengok sendiri. 


Manis

setelah penat mengemas homestay , aku reward budak budak ni makan kat cafe ni 
actually dah lama juga nak makan kat sini . kedai dia sederet Zahrin restoran, kopi mesin, bangsawan dan macam macam lagi kedai . kedai makanan indon pun area sini jugak ..cibiuk, 

aku sampai dalam 6.40 petang> tak ramai sangat manusia dalam ni .kira cepat jugaklah order kami smpai. 
total akan tadi RM84 ringgit .


aku tertarik dengan pavlova dia ..walaupun ttak berani makan banyak sebab manisss sangat 

order kat sini terus bayar. senang dah bayar makan balik  

cantik 


ni pulak creme brule..dia panaskan karamel tu depan kita . 

macam terhangus ..tapi takpe sedap je ..aku suka .nak buat pun senang yakmat! 

aku amik coffe latte ais..air lemon honey tu RM6.90 satu

sedap 9/10 .aku suka .. 

ni pun sedap. tp imran cakap sedap lagi carbonara ibu 😂😂



dah kenyang jom balik

sejak cuti sekolah ni hari hari kami makan kat luar rasanya . dari Isnin sampailah khamis. 
Isnin ke jusco, selasa Muar, rabu makan banana bro , khamis di Manis. 

hiburkan hati apa salahnya!

cubalah nnt jika dtg ke Ayer keroh . google je manis ..cafe and pastry. 

 

My hectic week

Okay semua semua peristiwa ni berlaku dalam satu minggu.

Pergi hospital tiga kali dan balai polis dua kali. sempurna! dan yang paling sedihnya terpaksa melalui sendiri kerana suami os. 

Ahad. 3 Disember 2023

Masa ni aku tengah solat maghrib. Iyad mengadu pasal perutnya. Ya allah ! terkejut tengok perut iyad .nampak kesan melepuh macam kena acid . tanpa banyak cakap terus ajak suami aku pergi emergency malam tu. suami aku sedang sibuk mengemas beg sebab isnin dia akan ke china. Aku menyesal pulak tak tengok masa iyad mengadu. sebab sebelum ni mas abawa jumpa doktor pakar kanak kanak. ok je ..tak de dia tegur pasal perut Iyad.

malam tu di emergency doktor cakap kulit dia adaeffection .kami syak air acid perut yang buat perut dia jadik macam tu . esok doktor suruh aku ke poliklinik ayer keroh utk dressing.

masa ni basah sebab tu lah nampak teruk.

jam satu pagi masih di hospital melaka
Isnin 

Iyad cuti . Yang lain sekolah . aku masih takut takut . petang nya bawa Iyad dressing tapi klinik kata dtg office hours. 

Selasa

Aku minta izin pengetua masuk lewat utk bawa Iyad ke hospital jumpa doktor pakar pembedahan kanak-kanak. masa ni tekad. kalau kena tahan wad pun takpe. aku takut apa apa jadi pada perut dia.so pagi lepas hantar Ihsan dan Orked ke sek aku terus ke hospital melaka. Saayang nya hari tu klinik hanya utk pemdbedahan dewasa. takde doktor pakarpembedahan kanak kanak atau SOPD.dia suruh datang rabu . sebab esok klinik buka. aku balik hampa .esok dan khamis aku di jpn ada urusan kerja . 

petangnya aku bawa Iyad ke klinik ayerkeroh utk dressing bawa bersama referral letter doktor GH .



rabu

Aku datang lewat ke sekolah . Aku patah balik amik barang enting utk aku gunakan masa present di JPN nannti . dah sampai Sk Ayer keroh baru aku perasan . jam 7.55 pagi baru aku sampai . 
dah sampai pergi makan dulu. sampai GPK 1 aku tepon suruh masuk kelab Fotografi takde cikgu.
jam 10 pagi aku keluar ke Bukit Baru utk prsentation. 

malam 
sejurus aku selesai ambik wuduk dan nak solat Iyask. En jelani call.dia guest homestay aku dari 12/12 hingga 15/12. dia kata homestay aku ada orang . dia siap amik gambar kereta dalam porch hoemstay aku. terkejut aku. so aku tinggalkan Iyad dan Orked . aku bawa ihsan ke homestay. mmg betul Homestay aku telah diceroboh. ada org gunakan himestay aku utk amik order. create satu homestay palsu di bawah nama Homestay Sinar MITC. terkejut bukan kepalang. aku betul betul rasa semua maklumat peribadi aku macam dah tersebar. secara logiknya bila kita bussiness mestilah share gamabr dan lokasi. no telefon serta Alamat. masalah nya semua maklumat yang aku gnakan utk hoemstay aku diguna oleh pihak ketiga . 
kesian Dila ..dia kena tipu 1k . menangis dia bayar tapi tak dapat homestay. 

balik dr kes tu ..aku siasat rupanya bukan satu gambar homestay aku digunapakai . ada tiga homestay semua nya . semua guna gambar homestay aku . aku dah report pada google tentang salah guna gambar tersebut . dan bila semak dah takde lagi gamabr homestay aku tu . 

kalau korang ternampak mana mana individu guna gambar homestay aku sila maklumkan . 



kesan peti kunci diumpil 

Khamis

Esok selesai aku keje terus ke balai polis utk report . Lama jugak di situ sehingga jam 5 lebih . dah penat lapar. aku dan orked, kami balik dan order makanan.Minggu tu mmg aku tak masak langsung rasanya . 

dalam pada itu ada berita gembira. club house taman kami kini sudah mula beroperasi. 
seronok ada gym dan pool . lepas ni rajin lah kita nak exercise. 




Jumaat

FIkri, saleman honda call aku .suruh ke Bank islam utk sign agreement. kereta ada dah boleh dapat minggu depan . Ya Aku beli kereta HRV s .ikut kemampuan aku . aku nak beli turbo mahal sangat . aku pun tanak bayaran bulanan mahal ..so aku decide beli yang S sahaja. cuma nsihat aku better korang beli HRV V ..lagi bagus,nnt aku review pasal kereta ni .apapun aku hanppy dengan kereta idaman aku ni .Alhamdulillah ..ibarat dream comes true. boleh baca post aku pasal nak beli sangat kereta tu di sini . 
apa yang aku tulis dalam blog tu Allah makbulkan . tq Allah !


Sabtu 
aku keluar awal pagi hantar Ihsan dan orked ke sekolah ada hari Jualan . aku dan Iyad ke KIBGIM ada taklimat . aku sempat bercakap sepatah dua .dan 12.30 aku balik ke sekolah amik Ihsan dan Orked dan bawa mereka visit Imran di Mozac macam super women dah. 



Ahad

Alhamdulillah ahad tiba . mmg aku tido kaw kaw hari ni terlalu penat . sampai period pun keluar awal. aku bangun dah jam 11 pagi .kemudian bawa Ihsan dan orked ke taekwando. balik tu aku sempat cucui kereta city . 
petangnya aku bawa diorg mandi mandi di swimming pool. sambil sambil tu aku bukak lah apps Go bank islam .nak check berapa baki duit dalam tu .19hb gaji baru masuk. 
terkejut baki tinggal 0.59 sen. serius!!! omg 

aku check history transaction . terkejut ada transaccy yang aku yakin aku tak buat . nama pun pelik pelik je .
aku terus call bank Islam utk blockkan internet banking dan kad. org bank pun bgtau mmg ada transaksi online banking tu . malam tu jugak aku ke balai polis utk buat rpot . yang kelakarnya . polis yang sama ambik report homestay aku hari tu .


nama nama yang pelik ...


tamatlah 7 hari aku yang penuh kejadian macam macam . sehingga aku rasa sgt down. 
tapi aku tak nangis. aku selalu baca yaasin .mintak Allah SWT mudahkan segala urusan aku .kalau aku jatuh pun tak tertiarap. masih ada tempat aku berpaut . aku kena kuat ..segala ujian yang Allah SWT berikan pasti ada hikmahnya. belajar menerima segala ketentuan Allah swt. 




 


Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...