Isnin, 31 Disember 2018

Selamat Datang 2019 !





Alhamdulillah kita sudah menginjak ke tahun 2019. masa kecik kami serig dimomokkan dengan tahun 2020 . kali ni jangan terkejut kalau tengok expired barang semua 2020 atau 2021. 

hahahah!

oklah . 

biasalah bila tahun baru kita mulakan dengan azam yang baru jugak kan .
azam aku bahagikan kepada beberapa matlamat:

ibadah (hubungan dengan Allah SWT) 
tlamat hidup ini agar dia tak tersesat di kemudian hari. 

anak anak seklah mengngah sudah tahu kematangan hidup. maka kita boleh tanyakan soalan untuk apa awak hidup di dunia?tanya blik matlamat hidupnya. bantu dia perbetulkan kehidupan nya ke arah yang diredhai Allah SWT.

-Pendek kata usia yg ada aku berazam nak tambahkan amal ibadah sedekah, amal jariah segalanya adalah menjadi bekalan kita di akhirat. allahu Akbar bantu aku mudahkan urusan ini.

Kesihatan dan lifestyle.

-berpuasa pada hari hari sunat dan isnin khamis. biasakan puasa agar diri sihat.
- cuba sedaya upaya masak di rumah pelbagaikan masakan supaya anak anak suka makan dan sihat dengan masakan air tangan kita
sambil tu doa dlm makanan yg di masak .

- exercise tiga kali seminggu sekurang tiga klai seminggu. lepas tu jangan minum air manis melainkan di rumah (boleh ke buat ?)
- Eat clean . Insya Allah kurus.

Kewangan :

- banyak menyimpan, melabur ke arah kebaikkan dan jangan terlalu boros belanjalah  dengan bijak 


TRAVEL:

nak bawa family ke Perth Australia...yahoooo! insya Allah Aaamin. 

Pendidikan Anak Anak:
=pastikan Iyad dan ihsan dapat membaca. kalau boleh orked pun boleh membaca. Baca sampai pandai . matlamat 2019. 


banyaknya impian nak capai. Impian turki masih tergendala.

project rumah pun terbengkalai. nak naik daput kering dan dapur basah. nak buat pintu baru dan laundry area. beli langsir setiap bilik dan tukar set perabot yang baru . banyak nya benda nak buat . dan banyakk nye duit nak guna macam mana ni ?hahhah...

Subhanallah ..berimpian lah tak salah . asalkan menjadi lebih baik dr sebelumnya . 




Ahad, 30 Disember 2018

Marah anak orang

tadi kami ke Tiara club house lagi. Tapi kali ni ada insiden yg kurang enak berlaku. 
biaslah budak budak terus lari nak masuk pool. Aku yang baru siapa ( biasalah penuh barang nak bawak..) tiba tiba aku dengar suara orang jerit,"Haipp..haipp....halang dia.. !!" menjerit marah . Aku terus meluru ke tepi kolam. aku nampak Orked tengah simbah simbah air ke seorang budak. Kiranya yg org org tu jerit jerit marah kat Orked  sebab simbah simbah anak dia.

Aku terus jerit...orked jangan buat macam tu ..pastu hangin lah aku sambil arahkan orked pergi ke tempat lain .Jangan main dengan budak tu. Memang aku bengang. Aku bengang sebab dia jerkah anak aku macam anak aku nak bunuh anak dia. Ramai ramai pulak org tua tu menjerit. Orked tu budak bukan dia benamkan kepala budak tu ...dia cuma main simbah air ..memang lah budak tu kecik dr orked. tapi dekta sebelah budak tu ada buadak yang lebih besar dlm darjah lima. aku akui Orked silap tapi cara kau marah anak aku macam anak aku tu buat perkara yang teruk sgt. "cakap lah ..jangan sayang buat macam tu ..atau apa apa yang lebih elok, aku rasa macam tak kena bila diorg jerit kuat kuat macam tu ..pada anak aku. aku rasa annoying gila.

orked pun satu hal yang buat macam tu kenapa . punyalah aku marah sampai aku tak toleh langsung pada kumpulan manusia yg duduk ramai ramai yang jerit jerit pada Orked tadi. 

aku sampai perhatikan teruk sgt ke Orked buat pada anak dia sampai dia marah macam tu sekali . dia cuma nak berkawan sahaja. Main main simbah . pada dia, dia nak berkawan . taapi cara dia salah! tegurlh dengan berhikmah bukan main jerit jerit kat dia. ada mak bapaknya ni bukan anak terbuang ,

Astaghfirullah aku tak tahu kenapa terbit rasa marah sgt. 

yelah ko sayang anak ko..tiba
tiba main jerkah jerkah je anak ko.

Alahu akbar! susah nya kita nak mendidik hati. 
2019 bakal menjelma . aku dh start baca quran dari surah Baqarah 
aku dah nak mula mendekatkan diri pada Allah lebih lagi. aku rsa perasan takut nak matitu menebal tambah lepas aku sakit perut hari tu. 
doakan sis ya !







Jumaat, 28 Disember 2018

Pengalaman sakit perut

khamis lepas 27hb Disember aku bangun pagi tiba tiba perut sakit. rasa macam kita tahan kencing lama sepanjang malam. hakikatnya tak pun .

lepas bangun tidur, aku kencing mandi dan solat. rasa sakit perut masih ada. 

sempat aku masak kari ayam dan nasi utk anak anak makan sebab aku nak g mesyuarat di sekolah.

sampai sekolah lambat .830 pagi baru aku masuk. aku ke toilet dulu mana tau lepas berak rasa sakit perut lega. lama aku duduk dalam toilet tu tak berak berak..
aku keluar dan masuk meeting. Masih sakit perut lagi ...

dalam jam 11 lebih aku rasa tak boleh tahan sakitnya perut . tak tahu nak describe macam mana . aku amik keputusan balik rumah. 

sampai rumah aku terus tidor sampai jam 3lebih. masih sakit rasa sakit nya non stop berterusan . ya Allah ! aku tak tahulahh sebab apa sakit ni ...
aku menangis menahan sakit ..

nak g hospitala tak larat. aku tunggu hafidz, dia exam jadi jam 1115 malam baru sampai rumah .. aku g hospital pantai malam tu.

sampai samapai nurse amik maklumat diri lepas tu nurse check aku demam 38. celcius.. awat aku tak rasa apa apa..

aku disuruh baring lepas doktor tekan kawasan perut tanya mana yang sakit aku diberi ubat injection dan drip air dipasangkan. lepas 10 minit kena cucuk aku rasa lega. hilang sakit aku tba tiba.. ya Allah leganya ..tak sangka aku akan rasa hilang sakit tu .. takutnya..

result darah ada sikit jangkitan kuman , kencing clear. 

bukan jangkitan kuman .aku pernah baca prof kamil sakit perut sebab batu karang sakitnya sampai berguling guling sebab sakit sangat. walaupun batu tu kecil tapi boleh menyebabkan otot perut mengejang. mmg sakit .. takut jugak kalau appendiks , bahaya... aku tak pasti aku sakit perut sebab apa..tapi aku masih boleh berak , kentut kencing dan sendawa. aku harap angin je. sebab aku rasa bila kenut lega. ni masih ada rasa sakit kat perut. 

doktor pantai suh aku jumpa pakar utk scan. 

malam tu aku kena RM420 sebab g pantai. yelah g hospital biasa bukan boleh dapat result direct. tapi hospital kerajaan aku rasa not bad jugak laju servisnya.

entah lah! benarlah bila sakit semua takde makna. ada duit banyak pun tak guna. tapi kalautakde duit macam mana nk rawat sakitnya. 

Allahu akbar. sakit ni bagi kita pengalaman yg sangat besar. Takutnya sakit..

kena jaga kesihatan, pemakanan , banyak makan sayr dan buah. 

Ya Allah kesempatan ni aku mohon Kau kurniakan lah aku kesihaatan yg Allah .. aku bertaubat padaMu. Ampunkanlah dosa dosa ku.

untuk korang jagalah kesihatan . smentara kita sihat ni ...hargai lima perkara sebelum lima perkara .

"paling takut hidup sebelum mati"




Isnin, 17 Disember 2018

Tempah Cermin Mata Iyad

Akhirnya niat nak belikan Iyad spek mata Allah SWT permudahkan. Lega rasanya. 
Aku buat di Kedai Ayer Keroh optometry Centre sederet dengan Hotel Kings Ayer Keroh. Kalau korang  pergi situ memang ada satu je kedai cermin mata. 
Bahagian dalam kedai mata 

Iyad memilih bingkai yang hendak di pakai.

cocok dengan Iyad

di situ bagus ada pakar yg akan amik bacaan mata dengan tepat. Kenapa aku cakap macam tu ? Iyad ni mata dia nystagmus. Tak ramai org tahu  tapi Diana yg check mata iyad tahu dan dia ada pengalaman. Kalau tak aku kena ke GH Melaka dahulu utk jumpa Optometrist baru bagi bacaan power mata Iyad utk dia buat spek mata. 

Bayaran?

Kos spek mata Iyad RM350. Mahal jugak tapi lebih murah dr yang Iyad buat sebelum ni 1k. ko ghase?

oklah kalau korang mencari cari kedai nak buat spek mata aku cadangkan ke sini macam ok. Sebenarnya aku rasa tak selesa juga bila nampak cina dan India je . Tapi bila nampak Diana rasa lega sikit . Entah lah kenapa timbul rasa macam tu. 

aku harap Iyad dapat jaga spek mata dia elok elok.

So next project nak pakai braces kat Klinik gigi Ain di Taman Tasik.



Sabtu, 15 Disember 2018

RESULT UPKK IMRAN NAK KELUAR

18HB DISEMBER 2018

Imran bakal menerima keputusan peperiksaannya yg pertama. Sebagai org yg bertangunggjawan mengajar, menhantar nya ke tuisyen pasti nya keputusan imran ini adalah keputusan bersama, Macam coach dengan anak didiknya. 

aku lah manusia yg nervous imran macam tak kisah je. budakkan apa lah yg dia tahu. 

Harapan? aku taknak mengharap terlalu tinggi tp apa sahaja keputusan aku redha. Imran kena belajar terima apa jua keputusan sebab itu akan mendidik dia menjadi manusia yg baik pada masa masa akan datang. 

Aku yakin dia akan berjaya. Mungkin bukan best student di SKtun SAS tapi masih boleh berjaya dalam hidupnya. Aku yakin dan pasti. Dia akan jadi lebih baik dari aku dan ayahnya.

Keputusan ini akan digunakan utk masuk ke sekolah agama jika dia masuk belajar ke SMA Sultan Muhammad. Basic agama kena kuat. Sebagai perisai menjadi org yang beriman.

Aku tahu tugas aku sebenarnya sangat rumit. aku kena ajar anak anak aku ilmu agama yg mungkin takde siapa mampu beri akulah yg bertangungjawab utk berikan dia ilmu agama. Bila dia dh besar dia kena tuntut ilmu agama . Ilmu asas sekurang kurangnya ilmu fardhu ain.

sepatutnya semua ibu bapa patut beli buku P.A.F.A agar semua ibu bapa boleh semak apakah pendidikan asas fardhu ain yg anaknya patut tahu. Wajib tahu.

dari bab taharah sehinggalah bab solat fardhu. Ibu ayah kena pastikan anak anak tahu berkenaan ilmu tersebut. jika guru ajar di sekolah , ibubapa perlu perkemaskan imu tersebut. PAstikan anak anak tahu dan boleh amalkan ilmu-ilmu tersebut. 

Jangan sampai di akhirat Allah persoalkan ibubapa sudah kalian memberikan pendidikan anak anak terutama ilmu fardhu ain.

Khamis, 13 Disember 2018

Port Makan di Persisisran Sungai Melaka

Khamis lepas Kak Mia datang rumah aku. Kali pertama dia sampai umah baru aku ni, sampai sampai petang terus main swimming pool. Ok lah best! budak budak pun enjoy main swimming pool. Malam kami jalan jalan ke Jonker Walk

MAKAN MAKAN


Biasalah bila keluarga datang kita akan makan makan di luar. Meraikan kedatangan mereka. Aku mmg tak nak nawak ke Umbai ke jauhkan . Tapi bila abg ipar aku cam suka je makan area Jonker walk aku layankan jelah .

So kami berhenti satu kedai . Lain kali kalau agak kedai tu mahal tak yah try try makan . Tinggalkan je.pastu jalan . Nasib baiklah cukup duit dalam purse aku kalau tak . habis!

Aku kena RM214. Aduh! mahal betul rasanya makan kat cafe tepi sungai tu. Silap silap! next time tak ingin aku makan kat situ. Kalau makan dekat Mamu  pun murah dan sedap . sob..sob..bukan apa kalau rasa dia mmg sesuai dengan harga aku tak kisah,kalau aku bawak makan ikan besar, udang besar sotongbesar lagi puas hati rege macam tu.




Malaccafe ni jual kek kek je aku rasa. kami sampai dia dh tutup .

Cantikkan view dia .. mungkin aku terpaksa bayar harga view dia sekali ni ..

ikutkan Imran ihsan dh share menu diorg 

Awan nampak jelas..laju bergerak mengikut arah angin 

anak sedara aku Haikal dan Iman 

sebelah sana kedai Chinese.. meriah lah diorg .siap nyanyi nyanyi lagi 


Best duduk makan sambil tengok view ni. nasi kosong aku tak tau dia charge berapa


SWIMMING POOL TIARA GOLF AND RESORT

Aku baru tahu org luar boleh masuk ke Tiara ni dengan bayaran RM8 seorang baik dewasa atau kanak kanak. 
.



Main futsal dan lepas tu kami main basket ball ni dalam akwasan umah aku 
Musim bunga ke?



oklah. next time aku taknak makan kedai tepi sungai lagi. Mahal giler. Baik makan kat Cendol Kampung Hulu murah dan sedap!

KORANG SELALU MAKAN MAKAN DI MELAKA KAT MANA?

 



Rabu, 12 Disember 2018

balik ke Melaka

Semalam kami bergerak balik ke Melaka seusai solat zohor. Aku asalnya nak ajak kakak aku makan sama ..tapi dia kata takpelah so aku pun gert ready nak drive balik Melaka. Minyak dan touch n go aku mmg dh siap siapkan masa nak datang . minyak Honda isi penuh baru 70. Aku taknak stop stop isi minyak lah apalah ..leceh...

ok. dengan yakin imran cari jalan balik dlm google maps. aku kata letak je seremban. sampailah melaka , sebab dia guna highway yg sama. Yakin je..imran pu. malas bersoal jawab dia tulis seremban. Maka ikutlah aku arahan imran mana nak belok kri ke kanan ke straight ke..srah bulat bulat ..aku pun bukan tahu jalan kl ni macam mana..yg aku tahu bila nampak signboard cari arah ke Johor Bahru masuyk highway. itu je aku pegang. 

awal awal lagi Imran dh salah asal nya lalu bawah dia suriuh straight naik fly over ..tak memasal kena u turn kat roudabout . pastu masuk je jalan ni staight aku ingat lalu mid valley bagai ke Sg Besi... tiba tiba bila dh jalan sampai cheras..pastu lalu semua MRT yg baru ..termasuk MRT Pertama. sudah! ke mana pulak ni .aduh!

aku kata imran betul ke ni ..pastu Imran cakap kalau macam ni kita tukar lah ibu. Masukkan alamat umah kita ."Hah ! buat cepat" dia tak tahu tangan aku ni dh berjurai jurai air peluh mengalir. 

Pastu jalan lagi ..aku pasan dia tunjuk arah KAJANG..ok..pastu masuk pulak tol ..apa tah macam tak pernah lalu je..dlm masa yg sama pantas mata aku baca JOHOR Bahru..Johor Bahru...

agak lama gak ..jam 3 lebih tak keluar keluar highway lagi .sampai aku jumpalah Hotel Silka yg aku kursus tu kat area Cheras. aduh ..takut seh! pastu aku perasan jumpa Sg Ramal. apahal ke sini ni .Dia suruh masuk Kajang Silk nasib baik aku tak masuk . Aku follow Johor Bahru je..agak sejam lebih gak baru jumpa tol Kajang. lega gila dh masuk dalam lebuhraya..baru lah steady memnadu macam ni . Imran pun off kan google maps. memang boleh harapla anak bujang ni. 

dan jalan jalan ..sampai Seremban mula start hujan .. masuk Senawang lagi lebat sampai tak nampak jalan . Lepas tu sampai Pedas Linggi aku surrender. masuk kejap tempat rehat kecil tu .Ihsan pun nak kencing. Imran tak habis habis cakap lapar. Aku kata "takpe ..tape samapi melaka kang kita makan puas puas. "

punya lah mak dia gelabah. 

sambung lagi perjalanan. aku bawak area 100 je ..takpun 90..atau 80 ...bila nampak je signboard Ayer Keroh Melaka rasa macam nak menjerit .."Yahooo!" budak budak kecik kat belakang tu apa pun tak faham . hahah...

dalam jam 5 lebih kami selamat sampai melaka . so aku bawak diorag semua g Mc Donald makan puas puas. Penutupnya semalam cari ikan tapi tak beli sebab kebanyakkan ikan gun aoksigen dan aquarium tak siap lagi pasang so tak boleh bela ikan . nnt kang mati .

oklah pada aku nak drive Melaka -KL ni taklah susah sangat . cuma aku kena ada kawanlah . kalau tak jenuh gak mana nak baca maps nak drive lagikan ...lepas ni agak tergerak nak g IKEA boleh lah panjang kaki ke ikea. hihi..










Isnin, 10 Disember 2018

Pengalaman kali pertama memandu ke Kuala Lumpur & Unicorn

inilah kali pertama kali aku memandu dengan anak anak sahaja ke KL. aku mmg agak nekad . saja nak bawa mereka jalan jalan ke Kuala Lumpur. 

aku rasa taklah susah sgt memandu. aku bawa sekitar 100km sejam...ada mada 80kn sejam..masa nak masuk kl tu aku cuak jugak sebab tak ingat jalan 

nasib imran pandai baca google maps..dia yg kasik instruction. Lepas ni boleh lah aku berjalan dengan anak anak lagi.
tapi aku tak suka sgt terlalu berani sebab aku taknak suami aku rasa aku boleh berdiri sehingga dia tidak diperlukan.

bawa kereta ni kena berani dan ikut lorong kita baik baik. jangan masuk lorong org lain . sebab bia kita tukar lorong tiba tiba boleh menyebabkan eksiden.


TOYS BARU UNTUK MANDI MANDA

Hari tu sebelum cuti sekolah lagi aku dah order unicorn untuk acara mandi manda. aku beli dari shoppe. Shipping dari China. Harga mmg murah dalam RM52.lebih kurang....

so lepas Imran ,Iyad dan Ihsan sampai melaka kami pun start lah project pam unicorn. bersusah payah kami pam unicorn sam pai di swimming pool sebab Iyad tak sabar terbukak unicorn tu aduh! frust betul rasanya

nasib baiklah di Tiara tu ada tempat pam pelampung. 
kuda belaan 

orang ynag bersusah payah 


Usaha nak membawa unicorn yg besar gedabak

hahah..kesian Ihsan..

alhamdulillah seronok dapat tengok anak anak main ...

berbaloi ibu tunggu lama nak dapat benda alah ni

happy kan...

lepas ni ibu nak beli baju renang nak join korang hahah


nak maghrib pun ..jom balikkk

oklah lepas ibu akan ajar korang berenang....barulah seronok mandi swimming pool berenang...kalau tak asyik main air je ...lepas ni imran kena concentra nak exam UPSR dan tahun 2020 masuk tingkatan 1 dan Ihsan akan masuk darjah 1. iyad darjah 3..orked 5tahun . anak anak makin besar harap makin tak kuat bergaduh .

Selasa, 4 Disember 2018

Young Living , Essential Oil

Cerita nak beli EO ni dah lama dah aku pendam. Benda benda macam ni kira kehendak bukan keperluan kan ..so aku rasa rak urgentlah. Kawan aku offer main kutu bayar bulan bulan seratus tapi bulan Mei baru turn aku dapat. Amboii !lama tu ,baik aku cuba cari jalan lain nak beli murah terus dapat. last last aku jumpa. apalagi terus grab! Alhamduillah aku dapat beli dengan harga yg reasonable dan siap dapat dua EO bau Lemon dan Lavender. Lega sangat. dlm dua hari barang sampai . Yg aku suka packaging dia memang bagus .jadi takdelah barang kita dapat tu rosak dia pack elok elok . kira puas hatilah ..

skrang aku cuma ada dua eo lepas ni aku nak topup EO yg lain macam RC , Stress Away, Geranium , dan lain lain. 

Mana tau boleh mendatangkan aura positive dalam rumah tangga aku ni . Anak anak dapat aura yg sihat dan boleh fokus belajar. 


Aku letak kat ruang tamu dulu.

dapat dua saiz 5ml



ni kotak dia, nama aku punya diffuser Desert Mist. ni kira barulah ..

oklah ! satu list bucket aku tercapai. alhamdulillah.Tq Allah SWT

perasan kecik sikit? ke perasaan je 😮

cer korang tengok ada kecik siket tak punggung aku ? hahahah


cam vongok je soalan kan ....tapi aku rasa macam ada kecik sikit . tapi tulah ..tu ko rasa je . bukan betul betul lagi. tapi takpe boleh dipertingkatkan lagi daya usaha tersebut. atleast maintain buat 16:8 . makan tu kawal kawal lah apa yg patut ambik benda heavy sekali je . 

ko ingat senang ke ...? ko dah gemuk puluh tahun since lepas bersalinkan imran berat aku dah masuk 62...pastu static ke 68 lepas bersalinkan iyad. mmg aku tak pernah kurus cuma lepas amik Herbalife adalah singgah kejap 64kg terus sangkut Ihsan...pastu sangkut Orked. so sekarang orked dan 3 tahun aku masih berat dan sekarang aku perasan naik ke angka 7 . aduh!!! rasa makan benda yg sama je. tapi apsal makin meningkat . 

hari ni masuk hari ke kelima . aku agak kalau aku puasa mesti lagi mantop. aku jenis puasa malas nak sahur. minum air je time sahur ok kut. tp tak leh extream sangat bahaya ...

aku tengok ada yg berlapar 48 jam , tapi dia amik fluid lah . cuma tak amik karbo elok je dia sihat. katanya terus turun 4kg kau! amboiii ...amazing nye . banyak tu 4 kg .gamaknyammg taksuka makan ke cemana tu ...

oklah !sepatutnya hari ni aku ke Johor. tapi aku pun tak tahu samaada aku jadi ke Johor atau tak. aku tak kisah pun . kalau tak pergi pun takpe. aku boleh tinggal berdua dengan Orked. makan apa apa yg ada kan...tak kisah sangat. 18hb ni gaji masuk awal sebab Krismas dan duit binus RM500 pun masuk sekali .wah! heaven tu. Claim aku semua dh masuk. Melainkan elain KPN yg ada RM150. 

oklah aku nak bagi Orked bfast nnt kita sambung. 

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...