Memaparkan catatan dengan label LAZADA REVIEW. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAZADA REVIEW. Papar semua catatan

Ahad, 1 Disember 2019

LANGSIR KAISON MURAH dan review swimming suit LAZADA

Image may contain: indoor

rupanya ramai juga berminat nak tahu pasal langsir Kaison ni .
ni gambar terbaru langsir kaison di facebook aku .aku post dlam group mengemas bersama hani. 
aku suka tengok , Hani tu perfect sangat cara dia mengemas.

korang boleh beli langsir kaison kat AEON BandarayaMelaka, kat taman lagenda tu .Jusco kat ada dua . senang cakap Jusco Baru, ada Kaison baru bukak kat sana .


lain lain ..aku nak share pasal baju renang Ihsan dan Orked yang aku beli kat LAZADA.
total baju yang aku beli ni tiga RM61.34 .Kira murahlah tu kan ..

baju renang orked RM 19.04 dan Iyad RM21.56 

ihsan pun baju yang sama 

tapi bayangkanlah aku order 11 NOV 2019 aku dapat 29 NOV 2019. mmg lama nak tunggu . Nasib baik belum pergi Krabi kalau tak mmg hangin aku dibuatnya






Khamis, 3 Oktober 2019

MESIN BASUH PART 3

Assalammualaikum semua...!

Sis nak share pengalaman guna dryer. [ baru sekali guna πŸ˜†]
Kalau mana mana rasa cerita sis ni ada unsur menunjuk atau takabur boleh terus scroll ke tempat lain πŸ˜”

Oklah. 
Actually dh lama dh mengidam nak pakai dryer. 
Tapi kira simpan dlm hati jelah. Ececeh! 

Tup tup mesin basuh pulak rosak. Haishh! Cam tau tau je hasrat hati πŸ™ˆ

Sis pun menyabarkan diri membasuh guna tangan beberapa hari.. ada satu malam suami tolong basuh pulak 🀣 saja nak bagi feel “ i jump you jump” 

Esok nya terus dia kata pilih lh nak beli mesin basuh yg mana. Beli dryer sekali ... 😱
Humagggghai! 

Tulah , tak sangka di balik musibah ada cahaya menerangi hujung jalan . 😝

Apalagi mulalah sis mengodek washer2 yg ada di pasaran. 

Paling menjadi sebutan tiga brand. 
LG
Panasonic
Electrolux 
Samsung

Sebelum ni guna panasonic top load 13 kg mmg lah puas hati . Comforter sekali masuk dua biji.. iyad siap boleh masuk dlm mesin basuh nak amik spender tertinggal sebab dlm jugak πŸ˜…

Puas hati gak guna hampir 10 tahun. 

Jadi yg baru ni sis nak sgtt guna front load. Tapi banyak betul komen tak berapa baik pasal front load ni. Cepat rosak ! So sis kata cuba jelah ...

Ok . Mula mula tengok panasonic . Rupa memang menarik.. bila ada steel kat panel tu nampak cam mewah ok. Tapi rege boleh tahan.

Pindah pulak ke electrolux. Org kata brand ni taiko dlm bab mesin basuh. 

Samsung moden. Tapi tak berapa pasti keupayaannya. Btw mak mertua guna samsung..topload okay je... 

Hasil kajian sis, barulah tahu mesin basuh Electrolux ni bagi saiz 

7.5kg
8kg 
Sama je saiz 
weight 600, depth 568 dan height 850 

Exactly sama besar. Dah tu apa yg nak beza sgt 0.5 kg? 
Jawapannya ialah pada hargaaaaanya( baca macam nujum pak belalang)

7.5kg RM1299
Dan 8kg RM1565

Nampak tak permainan nya disitu... function lain semua sama. 

Dan kalau 9kg harga nya ialah RM 2219 utk perbezaan 84mm pada kedalamannya(depth) 

Harga dah beza berapa? 
RM920
Ermmm🧐

Atau mungkin kedalam tong drum 🀷🏼‍♀️🀷🏼‍♀️

Oklah berbekal input yg sis ada maka tekad jelah nak beli electrolux saiz 7.5kg. ( dia kata 7kg sama 12 helai tuala) 

So paling murah RM 1199 kat Lazada. Masalahnya barang letrik ni risiko. Buat nye seller menipu macam mana. Kalau rosak lagilah pening. 

Makanya nasihat en suami pergilah ke SengHeng. Hilang #bmf ko. Terpaksa...

So kat sengheng dapat lah harga yg agak reasonable gak RM1399 ( dlm web boleh dpt RM1299) 

Oklah jadik beli
Washer front load ni brand electrolux.

Kedua nya dryer; ada pulak last unit RM899 ... jiran beli pun RM1.5k atau RM1.2k... ko rasa sis nak pandang je ke dengan rege sebegitu.. haha

Maka utk dua benda 
Washer dan dryer sis beli dengan harga cukup murah.. RM2298. ( washer and dryer) 

Mesti ada tanya kenapa tak beli satu mesin yg ada washer and dryer? 

Jawapan ialah kalau rosak .langsung dua dua tak dpat pakai. 







Rabu, 7 Ogos 2019

REVIEW BANTAL LAZADA

oklah bantal yg aku order akhirnya dah pun sampai 


macam biasa kita review bantal ni ..

jap!jap! apsal ko suka buat review review ni?

ok ...
aku suka lah share benda elok dan nak juga org beli benda yg elok.
kalau kita dh beli elok kita share lah ..
supaya akan datang org pun tahu sama ada ok atau tak ok sesuatu barang tu ..

kiranya kita ni membantu dia agar tak membazir beli benda yang tak elok...
aku mmg suka share share benda benda macam ni 

pedulikan org gelarkan aku RATU GOOGLE ..wthat ever! janji aku buat kebaikan bukan kejahatan ..

benda baik kita share lah kan ..apa salahnya 
review ni tak berbayar pun .aku tulis atas dasar aku suka nak share 


beli kat sini 

ini bantal dia..masa aku beli harga RM8.90 sekarang jadi RM7.90 kalau korang tak berkepentingan tunggu je sampai harga dia RM5.90 ..

oklah berbalik pada cerita asal aku kenapa aku nak beli bantal.
pertama , sebab nak letak kat rumah sew aku tu ..bantal dia semua lembik ..so aku beli jelah kat lazada.

TIPS BELI BARANG LAZADA:
1. baca review
2. ada return 14 hari
3. sebaik baiknya fullfilled by LAZADA ..senang urusan RETURN kau di masa masa akan datang ...

bantal ni beribu dah orang beli so aku berkeyakinan lah bantal ni ok ...

ini rupa masa dia sampai ...6 biji weh besar ni 
hat bergulung tu time belum bukak plastik ..biila dah buka dai kembang gitu ...

nampak tu 6 biji semua sekali ...


nampak kegebuannya di situ ...


ni 6 biji yng aku dapat ...
dari segi penghantaran tak lah lambat atau cepat sangat sebab aku order 3 Ogos 2019 dan dapat 7 Ogos ..dalam 4 hari gitulah ...3 ogos tu actually sabtu..kalau korang order weekdays mungkin sampai lagi awal kann...dia hantar by NINJAVAN.MY

Aku rasa kat kat jusco tak dapat harga ni ..mesti dalam puluh [puluh rege dia ...
paling murah 19.90 aku rasa lah ...

lepas ni boleh beli yang mahal sikit ..yg cotton ..lagi empuk kot ...


oklah ..itu je nak share 
boleh follow FB dan IG aku ...



sekarang ada promo tekan ni DI SINI 

Selasa, 6 Ogos 2019

Bantal Lazada Pulak!

Semalam cadar, hari ni bantal pula.

Aku beli bantal ni kat Lazada RM8.90... kalau promo korang boleh dapat dengan hargaRM5.90.

Aku baca review beribu org dh beli kata bagus. So aku pun beli lah kan... actually barang tu dh sampai pun depan rumah aku . ninjavan yg hantar... masalahnya aku takde kat rumah dia main letak je depan rumah... wah! Banyak cantik!

Korang tahu semalam aku g gym . Aku berjaya bakar 335 kalori ... aku main ygcycling berdiri tu dalam 33 minit non stop

Yelah sambil aku borak borak dengan uncle cina sebelah tu...

So malam ni aku nak g gym lagi

Aku kena exercise,dengan exercise aku rasa lebih ringandan sihat!

Apa kebaikan exercise ni.

Bila kita exercise akan melancarkan peredaran kita. Ini penting.sebab dlm darah ada oksigen.
Aku akan berhenti makan malam.. makan sekeping roti cukup... jgn makan nasi atau heavybheavy lagi selebihnya baik aku tidur. Aku nak beli buah pisang elok jugak... malam makan benda ni sahaja... sebelum jam 8 malam semua setel.

Esok khamis, aku nak kemas rumah utk penyewa baru masuk. Dan nak nyapudan mop lantai.

Penyewa nak bawa ahli keluarga nya pada Sabtu ini.

Hari ni en Fadhil Kontraktor aku akan pasang econ dan buat paip tambahan utk cuci baju. Area laundry yg aku selalu letak mesin basuh tu ..

Ok sambung kemudian . 

REVIEW:Cadar Lazada

Aku beli dua cadar ni kat LAZADA. Nama kedai Express D, harga dia murah sahaja lingkungan dalam RM 23 dan RM22..kualiti bukan cotton..tapi ok.,ada getah fitted senang sikit nak pasang cadar kan ..aku pernah beli sekali yg tak fitted. tak best langsung..

asal beli utk homestay dh lawa macam ni aku pasang kat rumah je .. tak jadi letak kat rumah sew. Eh ! aku tulis homestay lah pulak tadi ...




oklah dengan harga 23@ 22 ringgit boleh sgt ...ni aku beli dr Pulau Pinang bukan shipping from China.. kalau China lama gila nka sampai ..

ni lebih cantik sebab dah edit gambo kat Insta

Yang ni pun cun jugak kaler pink kartun kartun ....

actually bukan cotton tapi oklah pada aku 

ni gambar dari store dia..maksud aku LAZADA punya laman web ..

kita dapat fitted je bukan sarung quilt macam dalam gambar ni ....



Jumaat, 12 Julai 2019

Cara cara Refund Barang LAZADA

Jangan pernah takut return barang Lazada. 
Ok, tajuk mesti gempak! 
Biasa kita, bila beli barang Lazada tak elok, terus redho. Anggap nasib kita, sapa suh beli barang online. 
Opss!
Nanti dulu. 
Benda boleh bincang. 
Tengok balik klause kita beli tu ada tak “15 days return”? 
Kalau ada dan barang yg kita beli tu tak menepati pun ciri ciri yg dia iklan kan maka hak kita utk dpt balik duit kita. 
Jgn pasghah dulu...
Ikhtiar sikit je..
Ok cerita aku macam ni.aku beli LCD projektor ni konon konon nak bawa masuk kelas lah mengajar guna LCD. Senang kan .. dpt tayang nota video dsbg nya. 
Tapikan benda murah tak boleh nak salahkan dia juga. Cuma nya iklan jgn gempak sgt. Last last tidak seperti yg digambarkan . Langsung tak nampak tulisan. Frust betul. 
Oklah malas nak story panjang, ni cara cara nak pulang barang lazada. 




Ok ni step nak return barang: 
1. Cari button return. Dalam apps lazada.
2. Isikan alasan kenapa nak return. Pastu ada tulis komen sikit.ceritalah apa masalah benda yg kita beli tu
3. Pilih drop off. Pastu dia tanya nak guna Poslaju atau Ninja Van. Aku pilih poslaju.
Pastu
4. Print Label Return ( WAJIB ada 4 salinan) semua ni kena buat kat komputer lah. Bukak webpage lazada. 
Pastu korg pergi poslaju. Tak semua pejabat pos ada perkhidmatan ni kena tengok mana pej pos yg ada PosLaju. 
Sampai kaunter cakap “ saya nak return barang Lazada” dia akan bagi satu surat. Isi macam yg dia ajar. 
Lupa pulak nak cakap, jangan buang invois dalam kotak barang kita beli. Letak balik elok elok. Apa benda dlm kotak tu pulang semula sebagaimana kita dpt. 
Utk makluman , semua free. Penghantaran barang kita ke Lazada Warehouse pun free lazada tanggung. 
Lepas dh pos barang, kita akan dpt tracking number barang yg kita pos . Boleh check dh sampai ke belum ke tangan lazada. 
Tunggu email dr Lazada. 
Macam kes aku , pos balik 7hb .. 11hb lazada terima dan kata refund process completed. 
Lazada setuju pulangkan semua kos barang termasuk harga pos. 
Ok tu je nak share.. lepas ni jangan takut kalau nak pulangkan barang yg kita rasa tertipu pada lazada. Cuma pastikan ada terma “15 Days Return”.

boleh baca di sini https://www.lazada.com.my/helpcenter/returns/?spm=a2o4k.myreturn.footer_top.5.be4549fbZ1uTA8#answer-faq-return-ans

Khamis, 11 Julai 2019

REFUND LAZADA





alhamdulillah Lazada akan refund setuju duit full. total semua sekali 

aku beli LCD mini ni26 Jun masa ni aku baru je dpt duit gaji..
lepas tu aku tunggu lama jugak dalam 8hb aku terima LCD tu ..

aku cuba macam ok ..masa tu kat rumah aku tutup semua lampu

esoh Isnin aku bawa g sekolah ..cuba tayang dalam surau .blur langsung tak boleh baca 
selasa aku cuba lagi ....bila aku rasa fail mmg fail benda ni ..so aku decide nak return.

selasa aku g pej pos..dan hari ni lega ! dalam masa dua hari dpt reply dr Lazada aku dapat refund full...lega...sebab aku dapat balik duit aku RM314. nnt dia akan kreditkan dalam akaun bank.

benda ni mmg lajuu je berlaku ..aku nak pesan lenkali beli barang yang ada return 15 hari . bagus ..atleast jadi apa apa boleh return dan dpt duit balik
sebelum ni aku kena tipu dengan mop ..dpt terus rosak kemudian dia pos mop baru

yg ni dia bagi baru pun aku taknak.

UPDATED:
Sebaiknya jika beli barang dengan lazada pulangkan melalui lazada jangan direct pda seller. sebab apa apa lazada yang akan bertangungjawab 

yg saya faham, lazada takkan release payment selagi pelanggan tak tick order received. maksudnya duit masih ada pada lazada. sebab tu kalau kta minta refund mmg lazada boleh bagi kita refund. dengan syarat ikut peraturan yang lazda telah tetapkan .

Selasa, 9 Julai 2019

Pulangkan barang lazada.

Hari ni aku tekad pulangkan barang lazada. Asalnya aku hanya fikir nak tuan kedai pulangkan LCD yg baru . Sekali bila dia kata boleh return apa lagi Aku pun return lah cepat cepat.nasib baik sgt aku punya barang ni ada 15 hari pemulangan . Kalau tak burn duit aku. 314 banyak tu kot

Aku google cara pulangkan barang lazada. Tekan return pastu berilah alasan .
Dan tak lama lepas tu lazada kata dh terima permohonan return kita.

Kena print return label 4 salinan. Aku print kt kerani sekolah tumpang kejap.
Ni aku ada kat Poslaju Bukit Baru. Banyak tu duit aku 300 kalau dpt balik.

Yelah aku beli dgn tujuan bantu pengajaran aku. Sekali barang aku beli indah khabar dr rupa . Ko rasa?
Aku terpaksa pulangkan semula sebab aku nak beli lain. Sebab aku mmg nak guna Lcd dlm kelas senang aku nak tayang nota pada pelajar.

Harap aku dpt balik duit aku tak kisah lah bulan sept sekali pun. Sebab lazada kata barang aku under promotion lagi bulan Sept baru dpt refund.

Dan nasib baik jugak invoice dia aku tak buang lagi. Tulah lain kali jaga resit invoices semua penting  bila
Gambar yg dijanjikan hakikatnya tak de pun macam tu blir gila... sampai sakit mata nak baca 


Masa aku beli aku tak berapa perasan 15 days return ni ... nasib baik ada benda ni .. paling elok kalau ada warranty 1 tahhn ... masaklah diorg 

Bye bye LED Projector kita tiada jodoh.
Alhamdulillah sebelum jam 4 petang urusan aku di Pejabat Pos Bukit Baru selesai. Lepas ni kita akan track order no barang yg aku pos. pastikan dia sampai ke Warehouse dengan selamat. Kemudian aku agak dlm bulan 9 Lazada akan refund duit pada aku.

Aku tak kisah lambat. Janji dapat.

Oklah aku nak update pasal berat badan aku. Balik sekolah tadi berat aku 66.5kg. Aku baru lepas minum less sugar satu cawan dan roti inti telor sosej sekeping.

Malam ni aku nak g gym bakar kalori dlm 500 kalori . Harap ada hasilnya. #Roadto62kg pray for  Ama

Ama! 

Sabtu, 6 Julai 2019

Beli Perabot China Murah

aku sebenarnya dalam proses nak lengkapkan rumah sewa aku ni ..

aku nak beli kerusi sikit dengan baiki kabinet kitchen 

banyak modal nak guna ni ..tapi kena tunggu deposit masuk baru aku dpt gerakkan apa yg aku nak buat 

harga kerusi ni di GoShop

harga di taobao. banyak bezakan ..tapi kena fikir harga shipping dia pulak ..kang tambah tolak jadi sama amacam?


kalau nak beli dari ezybuy pun sama gak ..

aku tengah kira kira nak beli perabot utk rumah baru ni ..tp belum pasti siapa yg akan sewa. kalau student aku kena beli kkerusi dan katil double decker yg baru sebab diorg nak tido mesti ada tempat kan ....

aku jumpa shop dekat LAZADA dia jual agak murah kerusi ni dalam satu 42.90 bila tambah shipping semua ..satu jatuh RM50. oklah dalam 10 hari sampai.

aku buat kajian dulu ok .

Jumaat, 5 Julai 2019

projektor dah sampai!

kecil je ..tak sangka sebesar tu ..walau bagaimana pun aku test mmg ok.dan dapat display apa yg aku nak tunjuk pada diorg dlm kelas nnt itu pun dh cukup baik ..


aku beli 27 jun ..5 hb Julai baru sampai . lama lah jugak nyesal aku add on RM17 untuk penghantaran . tak lah sampai cepat mana..aku paling takut lcd ni aku tak dpt guna ..lagilah out! tapi lega dpt juga guna akhirnya .

aku mmg beli utk mengajar bukan utk anak anak aku pakai kat rumah .

lega dpt jugak LCD ni taklah aku berebut nak guna surau bila nak mengajar nnt 
cuma risau kalau kalau tak berapa nak jelas budak tengok 

kena kelas yang sedikit gelap.

tak sabar nak ke sekolah untuk guna LCD dalam kelas. 

****** 

tadi masa Ninja Van hantar aku terkejut tengok benda nya kecik ..nasib baiklah berbalut plastik bubble yg tebal kalau kena hentakkan tak effect apa apa ...

banyak juga modal nak jadi guru cemerlang ni ..ehemmm! ada hati ke nak apply guru cemerlang. 

Nampak gayanya kena aku sistem filing yang lebih sistematik baru boleh jadi GC. GC ni fast tracklah utk kita cepat naik pangkat .. aku pun tak pasti apa aku boleh buat ..

apa kajian tindakan yg aku boleh lakukan ..kurang ilmu macam mana nak apply .

setakat ni aku nampak aku cuma ok bahgian IT sahaja.lepas ni boleh lah aku upload video video dalam youtube channel aku berkaitan kelas agama. itu nampaknya apa yg aku boleh buat ..

tapi aku rasa biarlah disini sahaja . aku tak pasti aku layak atau tidak apply GC ni ..




aku letak sebelah mac book aku nak buat perbandingan besar mana 

dia balutkan plastik ni yg rasa lega,,taklah rosak ...

kecik je..harga pun murah RM299 mana nak dpat yg elok macam epson seribu lebih 

aku beli VGA wire ni dr DIY murah je RM12

cabel ni ku beli origional Apple brand rege mmg seratus lebih lah ...

bertambah gadjet aku kena bawak ..

gambar jauh ni ok ...boleh tunjuk screen besar ..cuma colour tak exactly sama dalam macbook...mungkin aku salah set up.

dalam kelas aku nak tayang dekat je..janjibudak dpt tengok kannn...

Jumaat, 19 April 2019

REVIEW OVEN BEKO DAN HOOD ELBA

serius mmg tak rugi lgsg beli hood rege RM800 lebih ni ...puas hati gila...korang tahu harga ni antara yg termurah tau !

korang tahu hood patern T terbalik ni mmg idaman aku, sebab aku dh ada pengalaman guna RUBINE yg glass dia melengkung tu ..so aku lebih puas hati dengan ELBA ni ...asap dia pun sedut ...dan nampak
 kemas lah ....
ni yg aku maksudkan bentuk T terbalik ...atas tu boleh lah letak perhiasan ..nnt aku cari perhiasan yg aku rasa ok 
ok oven pulak ..hari tu aku try bakar ayam ..

perghh!!! memang ayam dia masak sekata dan lembut juicy .... tak kering ..sedang elok je ...terus terang mmg aku puas hati guna brand beko ni europe product tau! 

resepi aku guna bawang putih tumbuk, campor sos tiram kicap manis masin, garam sikit, perasa denagn black pepper ..

ayam sedang dibakar ...ada lampu senang nak tengok kek dah masak ke belum 

cubaan buat kek pisang ..aiseyman kering sgt sebab aku letak terlebih tepung 

aku bakar pakai corning ware je senang cerita ..

cantik plak dapor aku dlm instagram neh!

tertiba tayang ayam masak merah ...


oven dari pandangan dekat 

ni gambo suami aku dh sampai taj mahal ..

doakan aku sihat , anak anak aku sihat..aku nak berjalan ni jika Allah izinkan .bulan 10 aku ke Surabaya dan akhir tahun ingat aku dan suami nak ke Kashmir. next year dpt dividen ASB aku bawak diorag ke Sapporo atau Jeju atau perth. India ni kotor takut sikit nak bawa budak budak ni ...lagi pun Iyad belum betul betul kuat. bagilah mak ayah dia hilangkan stresss sementara opah jaga kan cucus !boleh ke ?

hah kecam ..kecam..tak ramai setuju . tapi kalau aku tak kisah . Janji ada yg sudi menjaga nya .. bukan lama pun seminggu sahaja. 

atau lima hari. sebab masa mudalah nak jalan jalan pun ..kalau dh tua manalah larat nak jalan ...anak anak pulak travel...

ats pandangan masing masing ..tak sama . 

oklah dh lewat malam .good night ..sleep tight ! salam !



skrg ada promo tekan sini 

HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...