Isnin, 31 Julai 2017

Belajar KBAT pendidikan Islam secara percuma!

Tuliskan Soalan KBAT anda beserta jawapan dan saya akan menyemaknya di bahagian comment di bawah.

Sebaiknya perkenalkan nama anda dan sekolah.

KBAT: PENDIDIKAN ISLAM 

Ahad, 30 Julai 2017

Pengalaman menaiki MRT


Sabtu lepas 29hb Julai kami sekeluarga menikmati pengalaman menaiki MRT buat kali pertama. Ini merupakan satu lagi episod kejayaan Malaysia

 Pengenalan mengenai MRT,


Mula dibina sejak tahun 2012 dan siap digunakan pada Julai 2017. Dua projek utama akan siap . Permulaan projek Kajang - Sg Buloh telah boleh digunakan rakyat. Satu lagi projek Sg Buloh -Serdang- Putrajaya bakal siap. Kos pembinaan projek ini menelan belanja hampir RM 36.6 billion dan merupakan antara projek mega yang paling tinggi pernah dilaksanakan di Malaysia meliputi perjalanan sepanjang 150 kilometer.



Pengalaman kami

Kami datang ke Kajang dari Melaka. Parking kereta di Stadium Kajang dan menuju ke Sentul Timur . Kami kena tukar train di Merdeka utk naik LRT ke sentul Timur. MRT dimulakan di stesyen pertama dari kajang seterusnya "Stadium Kajang" betul betul setentang dengan Sate Kajang Samuri hingga ke sungai Buloh. Ada banyak stesyen baru dengan nama nama yg unik antaranya MERDEKA.

Tiket utk dewasa hanya RM3.30. Ini harga diskaun 50% harga tikat akan naik ke harga asal . Kanak - kanak berusia 6 tahun dan kebawah percuma. 

Tidak dinafikan prasanaa yg disediakan kelihatan canggih dan menarik setara negara negara maju yg lain. Keadaan stesyen yg lapang dan selesa utk digunakan. Kami yakin pada hari bekerj keadaan pasti lebih sesak dan padat. Kami pergi hujung minggu keadaan sedikit lengang. 

Untung org Kajang nak ke Kuala Lumpur tidak perlu lagi bersesak sesak di jalan raya. 

Sepanjang perjalanan kaki disajikan dengan pemandangan yg indah. malaysia 🇲🇾 negeri ku bertuah! Kita menuju ke arah wawasan 2020 yg lebih gemilang. 

Bila tiba di stesyen Maluri, kita mula memasuki laluan bawah tanah dan keretapi bergerak lebih laju dari sebelumnya dan berhenti sedikit lama berbanding sebelumnya. Ini memberikan kesempatan org berjalan masuk ke train bawah tanah dan sempai menaiki train tersebut. 

Satu perubahan yg sangat mengagumkan. Saya pernah berkunjung ke London, Paris, dan Korea. Saya lihat sistem pengangkutan kita tidak kurang hebatnya, malah berdiri sama hebat. Ini kebanggan Perdana Menteri kita . Kita sebagai rakyat harus menjaga ia sebaiknya. 

Aksi sebelum memulakan perjalanan..bawa beg galas gaya traveller habis!

 Beli tiket 

Tiket boleh dibeli sama ada di mesin untuk mendapatkan token atau dengan topup kad touch N go paling mudah yg saya lakukan topup Kad Pengenalan ini paling mudah..kan datang kita boleh membeli dengna touch N go di & Eleven atau mana mana mart. 
serupa di Korea. 

Nak dapat kan special price utk Iyad pemegang kad OKU
Peta untuk melihat stesyen mana yang hendak dituju..kalau ragu-ragu boleh tanyakan di kaunter.
Peringatan: Letakkan kad Touch N go atau IC anda , tak kisah macammana pun. Tekan "Tambah Nilai" ..pilih jumlah yg tetap..tiada baki yang akan dipulangkan. Tekan "Resit" baru tekan "Sahkan ". Jangan risau ada pegawai yang kan bantu anda nnt. 
sesudah membeli tiket kami pun masuk..kanak-kanak tidak dikenakan bayaran untuk 6 tahun dan ke bawah. 

Iyad dan Ihsan menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur 


sedang menunggu train ke Merdeka , stesyen Merdeka 


Paparan di skrin menunjukkan masa train akan sampai. \kekerapan ialah 3 minit satu train. Cukup efisyen 

Dalam perut keretapi kita dapat lihat pergerakan kita dari mana dan ke mana. Kalau salah naik train tu pandai pandai lah keluar dan amik train yg berlawanan arah..hahah







Mesin beli token seperti ticket tapi dalam bentuk keping bulat 
gaya anak muda, Imran
Iyad melihat dari pintu. 

kalau biasa diluar negara kita download apps Metro kini di Kuala Lumput juga sudah ada apps utk memudahkan kita memulakn perjalanan dengan menaiki MRT. Ini bukan sahaja memudahkan kita untuk tahu ke mana kita nak berhenti tapi juga menunjukkan tambag setiap perjalanan. Masa juga ditunjukkan utk memudahkan kita merancang perjalanan. 
Ada banyak apps sila pilih yang paling bermanfaat. 
Kesimpulannya, dengan adanya MRT meletakkan negara kita seiring dengan negara negara maju. Berbanggalah dengan negara kita Malaysia, Selamat Menyambut Kemerdekaan , Malaysia 


Jumaat, 28 Julai 2017

Manis Apps : snap and redeem !

Snap receipt dan Redeem

sebelum ni ada terbaca post dalam facebook pasal redeem guna resit pembelian. tp tak amik port sangat. Tapi tadi lepas makan kat Secret Receipe terpandang kat dinding dia terus balik download apps. Buat masa ni tak nampak kesan lagi..yang pasti dari kau buang resit ke dalam tong sampah why not ko tukar kepada duit. ok kan? zaman sekarang everything's money...ye ke?

cumanya aku terfikir apa keuntungaan ebizu ni dapat bila org hantar gambar resit pada dia ?

mesti ada sesuatu kalau tak untuk apa dibangunkan apps utk kita ambik gambar resit dan send pada dia?

hurrmmm..nnt aku kaji ..

untuk makluman manis apps ni dari Indonesia samalah seperti Traveloka. 

ok point dia sama macam ni kenapa org rebut rebut nak jadi egent tempat pembayaran bil utiliti dan sebagai nya?

mesti ada keuntungan kan ..ok? 

so aku pun ada keraguan tp tengok dulu sejauh mana kebaikkan apps ni...

so kalau korg nak cuba di sini 




Khamis, 27 Julai 2017

Surprise hari jadi : B.U.N.G.A

sejak berkahwin belum pernah hadiahkan suami a bouquet of flower maka hari jadinya yg ke 34 kita buat suprise devery munge ...kalau korang duduk area melaka boleh contact ;


aku beli rm70 masuk upah delivery dalam rm99 sebab aku bayr dia rm100 dia kasik free sebiji fererro rochell ..

so maka pada hari jumaat 14 Julai 2017 dia pergi cari laki aku dan send kan bunga..malam nya aku buat buat lupa hari jadi dia tak cakap apa pun 

dia pun pelik kot ..hahah 

tiba tiba aku teringat cikepal blogger yg famous tu suaminya buat surprise siap naik heli kau! adoi kagum aku tu baru umo 27 ke 29 ...dah keren banget ..hahha

so kalau korang mencari hiasan bunga yg cantik inilah tempat nya..save the number  ok!

ini yang aku pilih 5 kuntum bunga + 5 coklat

muka happy dapat bunga 😍

14 hari usia bunga ..hahahh...

ig: thefineflowers

sapa nak review product call me 0162366741!

Rabu, 26 Julai 2017

Petua kulit cantik seperti artis Korea

😊
muka kena ada siyium! 
oka..perempuan itu harus cantik ,kalau tak cantik itu bukan perempuan. 
OpppS! jangan mudah kecam cantik itu subjektif dan tahukah kalian secantik cantik ciptaan Allah SWT adalah manusia. bersyukur lah 

actually bukan petua kot , kalau petua lebih kepada pengamalan kan ..so ini nak nampak cantik seperti artis korea..hah! ghitewww

meh throwback sikit...

caption hari pernikahan saya ..masa ni mekap sendiri kawan kakak mekapkan ..sebenarnya masa ni lepas akad ..dan aku balik rumah . masa akad tu ada solat sunat . so agaknya ni kesan wudhu lah kot 😝..sebab nya gini..amik wudhu-mekap-g masjid akad nikah solat sunat ..pastu balik umah potoghaper ajak bergambo..


bila dah meningkat usia menginjak ke usia 34 tahun ni maka mulalah nampak kedutan sedikit demi sedikit...sebenarnya itu adalah sunnahtullah muka kita menunjukkan usia kita kian lanjut dan kita makin tua maka tingkatkan amalan kita .

so tak payahlah nak takut beria..cuma dari aspect nak jaga mata suami kita ewah! cm lah ko mekap sangat bila kat rumah ..hahha
bukan lah ..sebaiknya mekap jelah sikit sikit supaya nampak elok ..manis di pandang ..just nice!

so nak share ini apa yg saya jatuh cinta ! innissfree

Apa yang bestnya?

organic
nampak natural
dan flawless


mula terpikat dengan innisfree ni masa ke korea..memang bersepah kedai kosmetik dia sepanjang jalan kot ..asyik nampak je..banyaknye tu macam ko jumpat watson ..eh banyak lagi kot terutama area myeondong street..syurga kau!

so ini apa yg aku pakai ...

ni bedak baby cushion ..tak sama macam brand yang lain okey...kalau beli kita kena custom made dia ..mula pilih bekas lepas tu nedak refill dia..span pun jual asing tau ...ni masa beli kat korea tak sampai seratus.. balik Malaysia ..mahalnya!

yang hijau tu pulak set free trial dia bagi bila kita spend RM130 dapat membership card lagi lipstik dia RM55 warna cantik sangat , yang hijau kecil tu mineral powder...

utk collect point


boleh refer sini ya
innisfree

selamat mencuci mata ...

bye..

Biar aku bersemuka dengan penjajah: Osaka kau tunggu !!

Tajuk mesti gempak macam novel..baru orang minat nk baca.. pas tu kau mula malu malu ..content ko cuma nak cakap trip lepas ni ko nak g Jepun pulak..apa kejadahnya kau jumpa penjajah ...😀
walaupun aku ada bad bad experience dengan JAPAN..biarlah rahsia 😌

baik....aku tak pasti aku akan pergi dengan sapa..tapi aku membayangkan aku dan😊
FIRST STEP: CHECK TICKET 

Okay harga kebiasaan dalam RM1400 hrga promo boleh dapat lingkungan rm 786 ini paling murah ..takkan mjrah lagi..(btw skrg harga yg kami dapat pergi Paris aritu kembali lagi RM1700+ kuala lumpur - paris -kuala lumpur)

so masa aku check Dec 2017 boleh dapat RM 1170 gitulah tapi ko kena transit satu hari ..nak?
hahah ..kalau direct Air ASia dalam 1700  hurmm..caner nak jalan tapi nak mjrah ..so menyimpan lagilah ye nak..

SECOND STEP: HOTEL 

masa aku baca fbook terperasan ada melayu kita buat AirBnB dan sana ..dan dia kawan atas kawan aku..hahha..so aku dh bajet aku dok umah kau ya pak!
hahahha

dan lagi kat sana ada sepupu hafidz...syahirah ..suaminya belajar dan kerja di sana. so boleh lah ada org lah jugak !😊

THIRD STEP: TRANSPORTATION

ni kena beli pass cam biasalah nak naik train kena pakai pas..kawan aku cakap nak g jepun pass dia kalau nak round satu jepun dalam 1k ..hah ..ko hado?

oklah memandangkan harga nak ke jepun cam nak ke turki baik aku berangan ke turki dulu ok..so bye..hahahh

xoxo

nah lagi gambo korea ..😜😜😜😜😜

SEOUL DAY 1


Busan Tower..time ni maghrib ...risau weh mak panggil balik!

Myeongdong Street ..tu LC kesayngan aku naik lunyai okey

kami

pokok kat  belakang tu feel korea sangat kan 




Isnin, 24 Julai 2017

...dan "Malaikat" Allah pun tiba...



Sebelum Iyad di lahirkan ..aku masih ingat di saat aku pecah air ketuban pada waktu malam..aku berasa seperti air bah yg turun aku pasti itu bukan air kencing...dalam perjalanan ke hospital aku menghubungi seorang kawan baik merupakan doktor iaitu Dr Ayn Masnon untuk meminta nasihat. Kebetulan esoknya Doctor Ayn akan berkursus di HB Melaka. 

[Dr Ayn]

Merupakan ibu Ahmad. Ahmad dan Imran dijaga oleh pengasuh yg sama iaitu Kak Najmah. Jadi ada kalanya kami sering bermesej. berkongsi hadiah utk Kak Najma dan saling bertegur sapa ketika menghantar anak. Pada beberapa bukan sebelum Iyad lahir, anak ketiga Dr Ayn telah meninggal dunia. Dr Ayn telah menyimpan stok susu yg terlalu banyak utk anaknya. Kuasa Allah mengatasi segala. Segala susu anaknya, arwah Aysar di berikan kepada Iyad. Maka Iyad merupakan anak susu Dr Ayn. Terima kasih Doc! ]

Setibanya sampai di Hospital Melaka aku terus dibawa ke bahagian kecemasan dan dirujuk ke bahagian O&G, esoknya sempat berjumpa dengan Doctor Ayn. Dan sewaktu doktor nasihat utk induce Doc Ayn ada menemani dan menelefon rakan sekerjanya utk mohon epidural utk aku dan disamping itu sering memberikan kata kata semangat.

Peramcangan asal aku akan di induce, namun setelah doktor pakar memeriksa CTG bayi, aku akan di bedah tidak dapat melahirkan anak secara normal. Aku akur. Pada aku tiada yang lebih penting selain nyawa anak yang kukandung ini selamat aku lahirkannya ke dunia. 

Sekitar jam 8 atau 9 malam ,Iyad selamat di lahirkan. Tanpa sebarang bunyi tangisan dia dibawa ke NICU untuk mendapat pemeriksaan lanjut. Aku tidak tahu apa yang berlaku pad anakku. 

Dan pada malam itu, Doktor Ayn sempat melihat iyad dan berjumpa aku menenangkan aku katanya Iyad baik baik aja. 

Tidak terhenti di situ. Semasa iyad di masukkan ke HKL dia memberi aku kunci rumahnya agar aku selesa menunggu iyad sambil menginap di rumah nya .Maidnya juga memasakkan makanan utk berpantng. Ya Allah sehingga kini aku masih malu bertemu doctor Ayn atas segala kebaikan yg dia telah lakukan pada ku dan aku tak tahu bila lah aku mampu membalas segala jasa baiknya. Sungguh aku malu dengan insan yg berhati mulia ini.

Sehingga kini kami masih berhubung dan janji ku bila Iyad besar iyad mesti membalas jasa ibu susuannya...hubungan ini tkkn putus Insya Allah. 

Mummy panggilan Iyad untuk Dr Ayn. Gambar kenangan ini semsa aidilfitri 2016 di kediamannya. 


Ahad, 23 Julai 2017

Sebenarnya.my; Hub berita sebenar.

Tahu kah anda terdapat sebuah portal khas diwujidkan untuk menangani pelbagai berita tular dewasa ini. sebenarnya.my akan menjadi sumber rujukan atas setiap berita yg di viralkan samam ada ia benar atau tidak . Menurut Reuters, hampir 70% berita yg kita terima adalah melalui whatsapp dan facebook. Jadi bagaimanakah kita dpt memastikan samada berita tersebut benar atau tidak .

Dengan adanya portal ini di harapkan kita tidak lagi membodohkan diri kita dengan mempercayai segala berita yg dikongsi kan oleh rakan rakan samada soal hidup atau mati.



Pengalaman menjaga gastrostomy tube

Apakah Gastrostomy Feeding

"A feeding tube is a device that's inserted into your stomach through your abdomen. It's used to supply nutrition when you have trouble eating. It's also called percutaneous endoscopic gastrostomy (PEG), esophagogastroduodenoscopy (EGD), and G-tube insertion.Dec 7, 2015"

Iyad memakai gastrostomy tube sejak 2012 selepas menjalani operation Nissen Fundoplication 
 masalah GERD atau yg saya namakan sebagai severe reflux. 

Selepas itu, doktor menasihati kami utk memberi makan Iyad sepenuhnya melalui perut. Dan tidak melalui mulut. Alasan doktor, utk memastikan Iyad mendapat nutrient yg secukupnya tambahan pula anak kecil mesti cukup makan utk tumbesaran otak dan organ organ yg lain. Di samping itu dapat mengurangkan risiko terjadinya reflux yg akan menyebabkan jangkitan kuman pada paru paru. Jika tidak di kawal , aspirations yg kerap berlaku  akn menyebabkan paru paru Iyad rosak.Ini yg kita cuba elakkan. 

Anak saya dah pernah makan ikut mulut mesti dia nak makan? 

Penjelasan doktor: 

Bila kita sentiasa pastikan anak anak kenyang dia takkan minta makan. Susu kan anak dengan melalui perut setiap dua jam . Permulaa 60ml kemudian naik mengikut pertambahan usia Iyad. Dalam tempoh ini Iyad kerap jumpa doktor selama dua bulan sekali. 

Awal awal dahulu di keliling tiub Iyad kerap merah..dan ada kalanya kami terpaksa ke emergency apabila tiub Iyad tercabut disebabkan belon di dalannya telah pecah.lama kelamaan kami belajar sendiri bagaimana nak masukkan semula tiub iyad ke dalam perut jika tercabut. 

Sebenarnya tiub di perut iyad di modified dr tiub catheter yg digunakan utk msuk ke dalam pundi kencing. Tiub tersebut di masukkan ke dalam tiub. Dimasukkan air ke dalam stu sluran utk mengisi belon supya tiub tidak tertanggal. Dan satu saluran lagi utk masukkan susu. 

Kami pastikan tiub iyad sentiasa bersih dan setelah lama memakainya lebih kurang 6 bulan Iyad makin selesa dan tiada masalah utk menjaganya

Iyad juga boleh bermain berenang di dalam swimming pool tanpa ada apa apa gangguan 

Cuma di awalnya iyad kerap masuk angin dalam perutnya. 

Buat masa ini ,iyad sudah boleh makan seperti biasa. Namundoktor tidak bercadang mencabut tiub tersebut. Sebaliknya akan di ganti dengan permanent tube yg dipanggil button tube. Tiub ini lebih mudah sebab dia attach terus pada perut Iyad. 
  
Saya sudi berkongsi cara pemakaian dan penjagaan tiub gastrostomy ini boleh hubungi sya di email..amazabidi@gmail.com



The Shore 3D Interactive Park , Melaka


April lalu, kami meluangkan masa satu keluarga berjalan jalan di The Shore. Utk pengetahuan korang, shopping mall ni agak baru dibuka. Masih belum banyak kedai dibuka seluruhnya namun sudh setahun jugak beroperasi. Apa yang ada di sini. Antara yang paling popular ialah Sky Bridge, yang kita boleh jalan atas kaca dan nampak bawah tu.. tak scary sgt. tapi bolehlah .. setakat ini bangunna the shore ni paling tinggi . Kalau nak berjalan sekitar mall ni sebaiknya menginap semalam di Swiss Garden Hotel sememangnya dalam banguna mall ni. 

Apa lagi yang ada? selain 3D ada Oceanarium yg ala Aqua Ria di KLCC, selain itu ada monumen robot besar, Transformers dan pada malamnya anda boleh menaiki river cruise yang tempat nak naiknya betul-betul depan The Shore. Disamping itu boleh berjalan jalan ke Jonker Walk, Hard Rock Cafe dan sekitar bangunan merah di Banda Hilir. Secara ringkasnya, duduk di swiss Garden anda tak perlu berkenderaan jauh utk pergi ke tempat tempat menarik di sekitar banda Hilir. 

Mari kita tengok gambar gambar dalam 3D interactive park ni. Masa ni Iyad dan Imran je masuk kami tunggu di luar sambil main permain family yg lain . 




































Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...