Memaparkan catatan dengan label RESEPI AMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI AMA. Papar semua catatan

Khamis, 15 Ogos 2019

RESEPI KEK COKLAT TANPA TELOR

Bila dah pandai buat kek ni aku rasa tak lah susah sgt buat kek coklat 

tadi anak anak aku asyik merungut je lapar..lapar..yelah time cuti sekolah ni kannn memang lah asyik lapar je..pastu cuaca pulak cam sejuk sejuk maka memang perut asyik nak minta makan 

aku ada baki serbuk koko yg aku beli kat kedai kek Amniplus Bukit Beruang, mmg popular kedai bahan buat kek ni..kalau time bulan puasa lagi ramai sebab org nak buat biskut raya ..

ok balik pada cerita buat kek ni 

BAHAN A
1 cawan + 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil soda bicarbonat  
1 sudu kecil baking powder

BAHAN B INI DISATUKAN DAN DI MASAK API PERLAHAN ATAS DAPUR
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1/2 cawan whipping cream 1/2 cawan air panas [ boleh guna susu segar/ susu full cream]
 1/2 cawan susu pekat 
4 sudu besar gula perang [ gula biasa pun boleh]

KEMUDIAN 
Satukan bahan A dan bahan B 

DAN 
Kukus selama 1 jam . kukus lebih moist berbanding bakar

TOPPING /GANACHE:
1 CAWAN COKLAT BAR/ SERBUK KOKO
1/2 CAWAN SUSU PEKAT MANIS 
1 SUDU BESAR BUTTER
1 SUDU BESAR TEPUNG
BOLEH TAMBAH SUSU SEGAR SEDIKIT DALAM 1/4 CAWAN 



moist dan sedap 

Kejadian kek tanpa telor, langsung tak berubah rupa dan rasa😘😘😘😘😘

RESEPI ASAL JIKA ADA TELOR 

"SELAMAT MENCUBAAAA..."

Rabu, 7 Ogos 2019

coffee cheese cake

kek ni dalam lama buat ....ada bawa pergi sekolah bagi kawan kawan rasa...sampailah ada kawan yang minta resepi kak marizan...kita pun kasilah..tapi org yang buat nye pun bukan pandai sesangat...lepaslah nak bagi family makan...yg saya buat ni ..bukan seperti resepi asal ianya telah di edit..sebab emulco yang asal takde..apa pun rasanya memang besttt....mesti kena cuba...hah yang corak kat atas tu budak baru belajar ek..jadi faham faham jelah...ghupenyer...

 CHOCOLATE & CAPPUCCINO CHEESECAKE

resipi : K.Nor@SecubitGaram
(saiz loyang springform 23cm/9in)
Bahan:
A:
200gm biskut marie ~ perisa kopi/coklat
120gm butter ~ cairkan
B:
30gm gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel
200ml air panas
C:
500gm cream cheese ~ boleh guna philadelphia atau tatura
250gm gula castor
200ml whipping cream
200ml plain yogurt
1 sudu kecil cappuccino emulco
1 sudu kecil chocolate emulco
Cara:
A:
Hancurkan biskut dan gaul dgn butter cair hingga sebati (lebih mudah jika guna food processor).
Masukkan ke dalam loyang yg dah dialas dgn kertas alas/baking - bahagian bawah sahaja (kalau tak mau alas pun tak per) dan ratakan. Tekan2 sedikit supaya padat.
Masukkan ke dalam peti ais supaya ia mengeras (lebih kurang 1/2 jam)
Sementara itu boleh sediakan bahan2 cheese.
B:
Masukkan gelatin kedalam air panas dan kacau hingga sebati.
Biarkan ia mengembang. Ketepikan.
C: 
Pukul whipping cream hingga pekat dan kembang (jgn terlebih pukul nanti ia akan mencair balik)
Ketepikan.
Kemudian pukul cream cheese bersama gula castor hingga kembang/smooth.
Masukkan yogurt dan adunan gelatin.
Kacau hingga sebati dan masukkan whipping cream tadi.
Kacau dengan spatula hingga sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan chocolate emulco dan kacau. 
Satu bahagian lagi dimasukkan cappuccino emulco. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan coklat kedalam layang springform tadi dan rata bahagian atasnya.
Masukkan kedalam freezer selama 2 3 minit supaya bahagian atasnya cepat mengeras.
Keluarkan dan tuangkan adunan cappuccino keatasnya dan ratakan.
Titikan sedikit cappuccino emulco keatasnya dan buatlah corak marble.
Masukkan kembali kedalam peti ais (bukan bahagian freezer ya) dan biarkan ia selama 3 - 4 jam.
Kemudian bolehlah dihidangkan.
* cappucinno dan chocolate emulco boleh dibeli di kedai bahan2 baking ..

p/s: sory gambar tak secantik sifu sifu saya...lagi satu di atas adalah resepi asal...tapi yg sy buat saya alter sket...buat coffee emulco je sebab cappucino dan chocolate emulco kt mydin takde...



Isnin, 5 Ogos 2019

BISKUT SONATA KAK JILA


3 CAWAN TEPUNG GANDUM ( DI AYAK)
1 CAWAN GULA PERANG 
1/2 KETUL BUTTER
2 CAWAN MINYAK SAPI
3 SUDU BESAR SERBUK KOKO
400G OAT 

CARA -CARANYA:

PUKUL MINYAK SAPI, GULA DAN BUTTER HINGGA SEBATI 
MASUKKAN OAT GAUL SEBATI
MASUKKAN TEPUNG GANDUM DAN KOKO YANG TELAH DIAYAK 
TERAP DAN BAKAR 

SALUTKAN DENGAN SUSU BILA KUIH DAN SEJUK 

BAKAR SUHU 170C SELAMA 20 MINIT ( BERGANTUNG PADA OVEN MASING MASING)

GAMBAR BISKUT AKAN MENYUSUL KEMUDIAN .



RESEPI FAMOUS AMOS KAK JILA

BAHAN A:

170g butter 
190g gula perang ( aku letak 4 sudu besar)
1 biji telor 
1 sudu kecil esen vanila.

** bahan bahan ni pukul pakai whisk jangan pakai mixer kang kembang sgt ...

BAHAN B :

160g tepung gandum ( aku buat dalam 8 sudu besar)
1/2 sudu kecil soda bicarbonat 

*** ayakkan 

BAHAN C:

100g kacang walnut (bakar dan cincang) boleh pakai kacang lain ..macam badam dll
180g oat (wajib letak rasa cam kelapa kering)
1 cawan kismis ( aku skip suami tak suka)
60g nestum ( letak dua sudu besar)
2 genggam coklat chips( aku tambah ..petua simpan dlm freeze kejap sebelum buat biskut supaya masa bakar nampak coklat chip dia 

CARA-CARANYA:

pukul bahan A ...masukkan bahan B dan last sekali masukkan bahan c.

aku tengok Anna Oslo ke nama dia ..dia buat cookies lepas dh bentukkan tu dia masukkan dalam peti ais pastubaru bakar cookies tu ...


tu diaaaa...!

nnt aku share resepi cookies yg lain ok 

Jumaat, 19 Julai 2019

RESEPI OREO CHEESE SIMPLE

korang pernah tak tengok video masakan hafiz alasmar 
ala yg caci maki tu ..
sedap muloot je panggil org celaka ..tapi kelakar lah !

oklah nak share resepi oreo cheese cake 

bahan utama:

biskut marie ( hancurkan )+ butter di cairkan buat base kek ...
letak dlm loyang dan tekan tekankan ..[ simpan dalam peti sejuk bukan bahagian beku ] 

seterusnya bahagian atas:
500g cream cheese
2kotak whipping cream jenama emborg
biskut oreo 
aku tambah beberapa sudu choclate delfi (atau nutella) utk bagi manis
takde gula digunakan 

step:
1. Pukul dengan mixer ( kalo takde pakai je blender pun boleh ) whipping krim agak dh menanduk cream tu ko masukkan cheese ..putaq lagi sampal cheese cream takde part yang berketul
masukkan delfi 2 sudu ..pukul lagi dengan mixer. 

patah - patahkan oreo kepada kepingan kecil dan gaulkan dlm aduan cheese tapi ..lepas tu tuangkan ats biskut yg kita padat padatkan dalam loyang . 

sejukkan dalam peti ais selama 4 jam ..bahagian chilled bukan bahagian beku tu ...

sedap dinikmati ketika sejuk cam makan aiskrim 

 oreo cheese  cake is doneee...!

..

Ahad, 14 Julai 2019

Resepi Ayam "Air Fryer"

ini rupa ayam yg aku bakar dengan air fryer elok juicy nye weh ..

sumber resepi facebook.
AYAM BAKAR MADU MAYONIS
Bahan-bahan:
8-10 ketul kepak ayam
4cm halia - parut
4 ulas bawang putih - parut
1 sudu besar madu - leh add
1 sudu besar gula perang - hana x ltk tp lebihkan madu
1 sudu kecil blackpepper
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 ½ sudu besar mayonis
Butter@minyak zaitun@minyak masak
garam
Cara:
●Basuh bersih kepak ayam. Ketepikan.
●Gaul kepak ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun@butter. Perap 4jam atau lebih. Seeloknyer semalaman.
●Panaskan oven suhu 180. Panaskan dulu airfryer baru masukkan ayam . sy buat 15minit one side dan 15 minit another side.
●Susun kepak ayam dan renjis2kan dengan minyak zaitun atau letak sedikit butter di atas ayam.


Insya Allah sihat 

Sabtu, 13 Julai 2019

Kek Nutella Cheese Mudah






alhamdulillah 

14Hb Julai Genaplah umur suami ku 36 tahun 

tiada istimewa melainkan sebiji kek Nutella Cheese yg aku buatkan ...


Base: macam biasa apa apa biskut + butter (dicairkan) mampatkan dlm loyang.

Resepi kek: 

1 +1/2 kotak whipping cream 
( 1/2 kotak lagi nak buat topping dia) 
500g cream cheese 
Nutella( ikut nak manis mana) 

** semua di atas di pukul dengan mixer. Mula mula whipping cream + nutella dah sebati baru masukkan cream cheese.. pukul sehingga sebati. 

Sejukkan selama empat jam. 

1/2 kotak whipping cream panaskan atas dapor campur coklat masakan( bar atau serbuk) utk buat topping. 


Tuang atas kek bila dh sejuk.

resepi asal :zmila_thai



Ahad, 26 Mei 2019

Resepi KuewTiaw Sup Siam

Aku tak pernah masuk dapor lepas terawih. Ni first time...semua gara gara sup siam style 
Mmg masyuk weh rasa dia... 

Meh aku share resepi:

Menu Kuew Tiaw Siam Style

Bahan sup:

Ayam ( aku pakai kaki ayam , mmg sedap sbb zat dia keluar pastu aku tambah isi isi ayam )
Bawang putih 4 ulas 
Halia 2 inci 
Bawang holand sebiji
Rempah punjut adabi 1
Batang ketumbar sekali ngan akar dia
Serai sebatang ketuk
Kuib ayam knor 1
Garam 
Gula 
Lada putih 

Cara caranya :

Tumbuk bawang putih dan halia.
Tumiskan 
Masukkan bawang holand yg di potong empat 
Nak potong kecil lagi pun ok...
Tumis sampai masak, nampak coklat coklat 
Masukkan sup punjut
Masukkan ayam ( masa ni biarkan air ayam tu keliar jgn tambah air lagi )
Bila ayam nampak dh kecut masukk air sedikit sekadar tutup ayam 
Masukkan batang ketumbar, serai yang diketuk
Tambah air lagi 
Biarkan mendidih tambah air lagi ikut nak kuah banyak mana 
Perasakan dengan garam , gula sikit dan lada putih 

Celurkan kuewtiaw

Bahan istimewa: 
-Bawang putih satu kumpulan dan minyak tujuan nya nak
 Buat minyak bawang putih dihidang semasa  nk mkn
- chilies flake amik je dominos punya 
- cili padinpoyong letak kicap

Minyak bawang putih ... sedap letak ni masa makan sup







Sabtu, 25 Mei 2019

resepi puding telor @ puding karamel

kukus ....

ya Allah sejujurnya buat puding karamel ni tak lah susah mana ..
part yang susah part gula tu nak kasi karamel...
korang kena ikut step dia kadangkala bab ni yang fail sikit...

tp kan aku ni jenis suka edit resepi jangn jadi manis tu yang problem tu...contoh semalam dia kata 1 1/2 cawan gula aku buat beberapa sudu je ..dh cair sgt ...

telor suruh letak 5 aku letak 4
air pun aku letak tak cukup satu tin  letak 200 ml je ..aku edit sebab nakkan y kurang manis
itulah diet tapi nak berdesert bagai...

RESEPI KURANG MANIS PUDING KARAMEL

** untuk yg diet atkins pakai stevia elok 

bahan telor (kaler putih)

telor 4 bj 
susu ideal 1 tin 
air 200ml 
esen vanila satu penutup 
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula 

(kacau sehingga sebati, masa masukkan telor buangkan mata dia supaya tak bau hanyir telur nnt )

resepi karamel

gula 1/2 cawa [ bersamaan  dalam 6 sudu aku buat ]
air panas 200 ml

benda ni boleh agak kalau pekat letak air lagi ..adjust sendiri ....



STEP 1 
kena buat gula dia 
masukkan gula dalam kuali/pan pastu kacau sampai gula jadi coklat ..api kecil saborlah sikit..

kalau ada ketul nnt dia akan mencairr semula 

dh semulagula cair dan kaler coklat masukkan air panas, nnt dia kan terus melekat ...jangan risau kalau je sampai gula tu mencair balik 

STEP 2 
ko susun bekas nak buat puding 
masukkan dalam kukus dan start kukus

sudukan gula karamel tadi ke dalam semua bekas 
1 bekas 1 sudu cukup lah ..nnt manis sangat..

STEP 3

tapis dulu adunan telor tadi , supaya licin je tekstur puding kita ..lepas tu tuang sikit sikit dalam bekas pastu rotate balik ..supaya semua bekas dpt ukuran lebih kurang sama banyak 

STEP 4 kukus lah dalam 15 minit 
tengok tengok lah kalau atas dia dh tak melekat bila kita pegang maksudnya dh masaklah tu 
buka tutup pengikus biarkan macam tu dalam 3 minit supaya permukaan dia licin baru ccantik takde lobang lobang 

petua : kena tutup penutup kukus dengan kain supaya nnt air dia tak menitis atas peding kita.

nak sedap kena masukkan dalam freezer ..nnt sejuk je dia lalu kat tekak ...sedap !!!


btw aku rasa gula tu cam terlebeh korang adjust lah ...hahah

ok itu je nnt aku share kuih kuih lain ,,bye!


Ahad, 22 Julai 2012

MY FIRST EVER CHEESE CAKE 2012

THIS IS MY FIRST OREO CHEESE CAKE ...mase ni tak paham lagi bake..unbake...ntah apa ntah..yang penting kita berjaya buat yeay!...
ni resepinya

pertama kali jumpa kat nicemamaforever.blogspot



Oreo Cheesecake
copy dr : kak Ummi
Bahan:-


  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus - saya campur ngn biskut marie
  • 1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-


  • 16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan - saya pakai 450gm
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream
  • 2 biji telor
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus


Cara Menyediakan:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam

tq semua!

HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...