Selasa, 27 September 2022

Raudah

 Dalam hadits riwayat Abdullah bin Zaid Al-Mazini Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:


مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ

Yang artinya: Tempat yang terletak di antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu di antara taman-taman surga.

Baca artikel detiknews, "Keutamaan Raudhah, Taman Surga Tempat Mustajabnya Doa" selengkapnya https://news.detik.com/berita/d-4828661/keutamaan-raudhah-taman-surga-tempat-mustajabnya-doa.

Kerana itu aku perlu masuk Raudah.

turn aku masuk raudah adalah pada 17hb September 2022 ..pukul 10 malam .

Asar, masih ada spotting. 
Maghrib masih ada spotting
Isyak ..tiada clear.

Kak Nana balik masjid .dia tanya "macam mana ? nak masuk raudah ?"
aku kata .." jom.aku nak masuk kejap je doa ..lepas tu aku keluar cepat cepat .."

aku mandi wajib selepas masuk azan isyak ..aku tak solat Isyak lagi .

Kami bergerak berempat . Aku, Kak Nana, Atiqah dan Kak Kin .aku kata" sy dh mandi harap tak keluar"

Kak Kin kata .."Takpe jangan pikir...insya Allah ok ."

Kami berjalan lancar sampai ke polis wanita ..mereka tengok apps Eatmarna dan kami boleh masuk .Cuma atiqah nyaris tak dapat masuk sebab atidah punya apps lampu hijau bukan kuning sekeling ikons active tu ..

kami masuk ke dalam Masjid Nabawi dengan mudah . Kami berhenti dulu seketika. aku tunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid. 
Aku mula berjalan . aku dan nampak ruang raudah ..
ya mmg mudah masuk ke raudah dengan apps..jika sekadar nak memijak karpet hijau tanda kawasan raudah itu bukan perkara yang sukar lagi .aku masuk ke raudah . aku mula melihat perempuan bbersesak sesak cuba berada di antara tiang aisyah dan makam Rasulullah SAW..tempat yang paling mustajab doa . aku lihat org berpusu pusu..bertolak tolak langsung lupa jasad Nabi yang ada di sebelah kiri kami . Sedih aku org tak menjaga adab ketika menziarahi makam Rasulullah SAW sepatutnya kita lebih menjaga tatatertib berbanding bertolak dan menjerit jerit..keadaan jadi langsung tidak aman . entahlah ..sampai bila kita nak bertolak tolak sebegini ...aku cuba masuk sdikit demi sedikit . aku elakkan perbuatan menolak mana mana org ..aku masuk perlahan lahan ...

dengan perlahan lahan aku sampai di kawasan raudah seperti yang dinyatakan dalam hadis. aku rasa suasana di situ sejuk .lebih sejuk dr kawasan raudah yang lain .takde ruang utk aku solat sunat disitu .aku lebih selesa berdiri dan berdoa ..sebanyak banyak nya ..aku sebut nama suami , nama anak anak aku satu persatu ..aku mohon segala yang terlintas difikiran ku ..aku mohon nak mengerjakan ibadah haji tahun hadapan . aku harap Allah SWT makbulkan hajat aku ..
aku mengambil masa sekitar 10 minit atau kurang lagi ..setelah selesai ..aku solat dua rakaat masih di dalam kawasan raudah .

sejurus selesai aku terus keluar .aku takut ada stain yang keluar . 

aku tunggu kakak aku di luar . 
setelah aku jumpa kak nana kami berjalan ...aku berhenti di karper hjau di luar perkaarangan masjid ...aku solat isyak di situ sementara menunggu Atiqah dan Kak Kin .Alhamdulillah lancar ..

aku sempat beli shawarma dan air susu coklat kocak kesukaan aku 

Alhamdulillah hajat aku nak masuk ke Raudah di makbulkan Allah ..aku lihat pad aku bersih tanpa ada apa apa ...

Alhamdulillah 18hb September aku solat subuh kali pertama di dalam masjid Nabawi . 
sayangnya aku tak mampu berlama lama .perut aku sakit .akibat makan pisang sementara nak tunggu waktu subuh tadi 

jadik aku tak dapat solat sunat syuruk dan dhuha. selepas makan pagi kami ziarah kawasan luar madinah .

kami siap siap amik wudhu dan tunaikan solat dua rakaat di Masjid Quba . 

kelebihnanya menyamai pahala menunaikan umrah jika kita siap siap amik wudhu dr tempat tinggal kita terus ke Masjid quba dan menunaikan solat dua rakaat.

setelah itu kami ke Jabal Uhud melihat kubur syuhada perang Uhud .dan melihat masjid qiblataini dan menziarah sebuah lagi masjid  

balik ziarah aku berlari lari nak tunaikan solat zohor berjemaah di masjid nabawi ..Alhamdulillah dapat ..lepas tu masa aku nak solat asar pulak ..ada stain balik keluar .

aku tak dpt solat Asar ,
rupanya bila aku balik Malaysia aku kira kira sebenarnya darah yang keluar selepas 15hb adalah istihadah Astaghfirullah alazim ..sebab aku mula period satu haribulan ..aku keliru tarikh hijriah dan masihi , 

kalau tak dapat aku solat di masjid nabawi lebih banyak waktu lagi .
tiang Saidatina Aisyah .

kami berjalan menuju ke raudah

malam aku masuk ke Raudah



Subuh pertama kali di Raudah

selepas zohor di Masjid Nabawi

Subuh di Raudah kali pertama


Solat Subuh di raudah





Menziarahi Jabal Uhud 


Pasar Kurma 

Masjid Quba




Masjid Quba

Masjid Nabawi zohor

Kebun Kurma

di dalam masjid Quba


**** Alhamdulillah dapat masuk Raudah umrah kali ini .syukur Ya Allah 

Sabtu, 17 September 2022

Masjid Nabawi; Ya Rasululullah aku ingin menziarahi mu

Kami meninggalkan Mekah pada 14 September 2022.

dan kami berada di Madinah pada malamnya . aku tidak kemasjid sebab dan mula uzur . dan dh start makan ubat utk stopkan period sehari sebiji

keutamaan solat di Masjid Nabawi 

Dalam suatu riwayat disebutkan, orang yang mendirikan sholat di dalam Masjid Nabawi akan mendapatkan pahala 1.000 kali lipat dibandingkan di luar masjid tersebut. Rasulullah SAW bersabda:

"Sholat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih utama 1.000 kali dibandingkan sholat di masjid yang lainnya, kecuali di Masjidil Haram. Sholat di Masjidil Haram lebih utama 100.000 kali lipat daripada masjid lainnya." (HR. Ahmad, Ibnu Khuzaimah, dan Hakim).

Tempat yang paling mustajab untuk berdoa di dalam Masjid Nabawi tersebut adalah Raudhah.

sebab itu aku perlu masuk ke Raudah.

Khamis, 15hb September 2022

kakak kakak aku mula rutin solat 5 waktu ke masjid Nabawi aku pula tak ke mana mana ..pagi nya ada lawatan sekitar masjid Nabawi 

Aku sampai kali pertama di Masjid Nabawi ...

Keadaan masih sama seperti dahulu masjid masih cantik seperti dahulu ..kami menziarahi Baqi dan mula acar aktiviti bebas di Medinah . 

Aku pilih nak ke Bin Laden utk melihat lihat akhirnya aku terbeli sebuah pans ..
pada aku pans tersebut cantik dan nampak eksklusif ..kerana bertangkaikan emas..warna rose gold 

ni pans yang aku beli harga nya hanya 145SR harga sebelum 162SR

balik dr Bin Laden aku sesat . 

Malam nya aku pergi ke masjid nak duduk duduk di dataran masjid..aku kemudiannya berjalan jalan sekitar masjid ...dan aku beli shawarma utk kakak kakak aku makan berbuka puasa..

kemudian kami masuk ke muzium yang menceritakana tentang pembinaan masjid Nabawi ..dr awal sehingga keadaan masjid sekarang . pada aku muzium tersebut sangat menyeronokkan ..




kedai makan yang aku temui 

air buah tu 8SR dan shawarma pun 8SR

Hardes ni macama Mc Donald 

KFC di Madinah 

muzium yang aku kunjungi 



aku hanya mampu melihat kubah Rasulullah SAW dr jauh ..aku rasa sedih ..tapi semua berlaku dengan izin Allah SWT ..aku reda...

masjid Nabawi di waktu malam





kami melihat bandar madinah dr tepi masjid ..waktu ni org ramai sedang solat Maghrib 

Jumaat 16 September aku dan adilah berjalan sehingga Old Town .

aku jumpa di IG yang suruh kami ke sini. Malngnya kami dtg pada hari Jumaat dan old town ni banyak kedai yang tutup ..selepas Asar baru dia bukak ...

Cara nak ke sini ialah pergi ke pintu 311 kemudian keluar nampak sign khat Arab tu jalan sehingga ke hujng jalan ...

kami beli di sini Bakhoor dan oud utk bakhor ..itu sahaja . 




keai di Old Town Madinah



khat 

pintu 311 masjid Nabawi

bandar lama Madinah


petangnya pula kami berjalan ke Souk Andalusia ..yang kami dimaklumkan ada jual banyak baju baju murah 

aku terjumpa hotel yang diwakafkan atas nama Saidina Uthman bin Affan ..subhanallah ..harta Uthman kekal sehingga hari ini ..masya Allah 

di kedai ni aku habis 200SR, beli pelbagai barang ..kurma ajwa first gred 2 kilo 35SR/sekilo, coklat dan beberapa brg lain ..termasuk kacang madu yang viral tu ...

beg duit kain ni dapat 10 helai 20SR so satu jatuh 2SR kalau di kedai sekitar hotel dia jual 5SR ..dan takde jual banyak banyak macam ni


hasil kutipan di Souk Andalusia berdekatan hotem kami Darr Al EImann..

aiskrim ni 5SR ..kalau kat mekah 10SR lebih besar saiznya 


malam nya aku pergi ke muzium dengan Hidayah dan adiknya Istiqamah , konon tak larat nak naik kereta ni ..last last kami berjalan jugak dr pintu 307 hingg 326..pintu terhampir dengan hotel kami ..



 malam ni 17 September ...aku lost 

sebenarnya malam ni turn aku masuk raudhah ..lepas ni takde ruang lagi aku masuk raudhah ..korang banyakkan slot penuh sehingga 20 Hb ..maka nya ..aku terlepas masuk raudhah pada ziarah kali ini..
ya Allah .sedihnya ..tak tahu nak cakap ..mungkin 19hb aku boleh start solat di dalam masjid Nabawi ..tapi aku tak dpt masuk raudah

esok 18 September ada lawatan ke amsjid Quba, masjid Qiblatain 

19hb September hari terakhir kami di Madinah ..dan aku tak pasti adakah aku akan masuk raudhah atau tidak

20hb kami akan tiba di Malaysia ...jumpa suami dan Rabu 21 hb aku mula bekerja insya Allah 


Khamis, 15 September 2022

Tips ibadah di Mekah

 Apa ibadah yang utama di Masjidil Haram?

Jawapannya adalah tawaf .Sebab apa tawaf? sebab hanya tawaf yang boleh di buat di Masjidil Haram tidak ditempat tempat lain . 

kalau boleh setiap kali masuk masjidil Haram buat tawaf sunat bagi menggantikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid . jadi kalau masuk je masjidil haram terus turun ke kaabah dan tawaf sunat . Jangan kata ramai orang susah nak tawaf . Tawaf je ..nnt lama lama selesai ..jalan perlahan dengan tenang dan tidak fikir apa apa ..kalau ada org nak lalu di hadapan kita berhenti dan beri laluan . kalau org nak lalu beri jangan halang.

selepas tawaf sunat .dirikan solat sunat selepas tawaf di belakang makam ibrahim, minum air zam zam... 

lepastu boleh cari tempat yang sesuai utk bersedia solat fardhu . 

TIPS SOLAT DEPAN MULTAZAM

1. Pastikan dtg awal ..sebaiknya sejam awal atau sejam setengah . memang kami selalu duduk sejam sampai masuk waktu solat ..nak solat direct depan kaabah dan setentang dengan multazam . masa di Mekah hari tu hampir setiap waktu kami dapat solat di depan kaabah ..hanya masa kami keluar ziarah tak dapat dan bila balik hotel lewat dr ziarah pun tak dapat ..waktu lain sebolehnya kami dudk di situ 

2. selalunya selepas solat maghrib aku buat tawaf sunat ..just nice nak solat isyak siap ..dan terus cari ruang nak solat fardhu. 

let say waktu solat di Mekah macam ni:


subuh 4.51pagi (azan pertama sejam lebih awal)

zohor 12.16 tengah hari 

Asar 3.42 petang 

Maghrib 6.28 petang 

Isyak 7.58 malam

selalu nya subuh kalau pergi jam 2.30 pagi paling cantik, dpt buat tawaf sunat dan dapat beratur masuk Hijr Ismail. lepas tu terus cr tempat utk solat subuh depan kaabh. tapi masjidil haram ni sentiasa berubah ubah . pintu nak masuk pun bertukar ..macam dulu aku akan masuk ke masjid guna pintu King Abdul Aziz.. kebanyakan yang duduk depan safwah dengan area ajyad akan masuk dr pintu ini..kalau pintu King Fahd ni pintu org yang duduk hotel mahal ...hari tu kami terkeluar dr pintu ni ..terus nampak mc donald dengan kfc sedangkan laluan kaami hari hari tak nampak pun view ni 

Kalau zohor pergi jam 11.30 sebab askar arab ni akan tutup jalan nak ke kaabh bila lagi sejam solat ..tengok lah kdg kdg berubah ..dia halau kita solat kat tempat lain ...kalau dtg lewat terus kena solat atas bumbung atau kena solat diluar masjid. 

kemudian kalau dah masuk janagn keluar..kalau keluar macam nak ke tandas ke ..mmg tak dpt masuk dah ..org sentiasa ramai ..semua berebut nak solat depan kaabh. 








Madinah: doakan dpt masuk raudah..:

Umrah terakhir kami ..keempat buat Kak Azua dan Kak Nana dan kali ke 3 buat aku 


selesai umrah ketiga esoknya kami buat Tawaf Wida. Nak meninggalkan baitullah Al Haram .. kali ni pencapaian aku di Masjidil Haram lebih baik dr kali pertama sampai . Insya Allah akan datang akan buat lebih baik lagi .Tapi sayang uzur semalam ..selepas tamat tawaf wida. nasib baik sah dan tidak dikenakan dam. 

Alhamdulillah aku baru sampai madinah malam tadi 

Pengalaman pertama naik speed train . Kami naik di Airport Jeddah dan turun di airport Madinah . 











dari dalam bas kami dah nampak lampu Masjid Nabawi 

Boleh je kalau nak naik di Mekah . Tiket kami SR150 itu yang dimaklumkan agent . kami tak tau berapa ringgit sebenarnya .

dalam tempoh 1 jam 48 minit kami selamat sampai ke Medinah airport dan terus ke hotel kami . Darr Eiman di Madinah


nnt aku cerita khusus berkenaan train ni ..korang boleh beli secara online tiket dia ..tapi ! satu masalah besar ialag hanya boleh bawak hand luggage ..beg besar besar tak boleh bawak ..so macam mana kan ...kalau kami ..bas ke madinah bawakan beg kami ..so aku cuma bawak beg sandang sahaja dengan handbag ..serius lajuu betul train ni ..kalau perjalanan naik bas dalam 8 jam ...so mmg jimat masa naik train ni 





kami menginap di Hotel Eiman ..hotel ni berdekatan dengan pintu 376 masjid nabawi ... oklah agak dekat dengan masjid ..

makan pulak berasingan dengan jemaah dari Indonesia ..kitorg mmg alergic makan dengan jemaah Indon ni ..menu dia tu tak kena langsung dengan selera kami ...hari ni makan menu hati lembu ..rupanya slah floor ...kami sepatutnya makan di flor B1 bukan Mezzani.. patutlah ! hahah...


bilik di sini kami bertiga duduk sebilik...di Mekah kami duduk berlima dengan Has dan Kaklong 

hari ini Khamis 15 september kali pertama aku sampai ke Masjid Nabawi ..



tempat musolla Saidina Abu Bakar .r.a













setelah ziarah dalam di Masjid Nabawi ..aku tak masuk masjid sebab masih uzur..kak nana dan azua solat di masjidNabawi dan mereka berpuasa pada hari ini. 
aku berjalan jalan di Bin Dawod ..mahal jugak Bin Dawod ni ..aku nak beli benda lain ter beli benda lain ..aku beli pan ni ..adoi! apalah ..


























itu sahaja cerita hari ini di madinah nnt aku cerita lagi okay ..bye nak g makan 

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...