Memaparkan catatan dengan label WASHER AND DRYER ELECTROLUX. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WASHER AND DRYER ELECTROLUX. Papar semua catatan

Khamis, 3 Oktober 2019

MESIN BASUH PART 3

Assalammualaikum semua...!

Sis nak share pengalaman guna dryer. [ baru sekali guna πŸ˜†]
Kalau mana mana rasa cerita sis ni ada unsur menunjuk atau takabur boleh terus scroll ke tempat lain πŸ˜”

Oklah. 
Actually dh lama dh mengidam nak pakai dryer. 
Tapi kira simpan dlm hati jelah. Ececeh! 

Tup tup mesin basuh pulak rosak. Haishh! Cam tau tau je hasrat hati πŸ™ˆ

Sis pun menyabarkan diri membasuh guna tangan beberapa hari.. ada satu malam suami tolong basuh pulak 🀣 saja nak bagi feel “ i jump you jump” 

Esok nya terus dia kata pilih lh nak beli mesin basuh yg mana. Beli dryer sekali ... 😱
Humagggghai! 

Tulah , tak sangka di balik musibah ada cahaya menerangi hujung jalan . 😝

Apalagi mulalah sis mengodek washer2 yg ada di pasaran. 

Paling menjadi sebutan tiga brand. 
LG
Panasonic
Electrolux 
Samsung

Sebelum ni guna panasonic top load 13 kg mmg lah puas hati . Comforter sekali masuk dua biji.. iyad siap boleh masuk dlm mesin basuh nak amik spender tertinggal sebab dlm jugak πŸ˜…

Puas hati gak guna hampir 10 tahun. 

Jadi yg baru ni sis nak sgtt guna front load. Tapi banyak betul komen tak berapa baik pasal front load ni. Cepat rosak ! So sis kata cuba jelah ...

Ok . Mula mula tengok panasonic . Rupa memang menarik.. bila ada steel kat panel tu nampak cam mewah ok. Tapi rege boleh tahan.

Pindah pulak ke electrolux. Org kata brand ni taiko dlm bab mesin basuh. 

Samsung moden. Tapi tak berapa pasti keupayaannya. Btw mak mertua guna samsung..topload okay je... 

Hasil kajian sis, barulah tahu mesin basuh Electrolux ni bagi saiz 

7.5kg
8kg 
Sama je saiz 
weight 600, depth 568 dan height 850 

Exactly sama besar. Dah tu apa yg nak beza sgt 0.5 kg? 
Jawapannya ialah pada hargaaaaanya( baca macam nujum pak belalang)

7.5kg RM1299
Dan 8kg RM1565

Nampak tak permainan nya disitu... function lain semua sama. 

Dan kalau 9kg harga nya ialah RM 2219 utk perbezaan 84mm pada kedalamannya(depth) 

Harga dah beza berapa? 
RM920
Ermmm🧐

Atau mungkin kedalam tong drum 🀷🏼‍♀️🀷🏼‍♀️

Oklah berbekal input yg sis ada maka tekad jelah nak beli electrolux saiz 7.5kg. ( dia kata 7kg sama 12 helai tuala) 

So paling murah RM 1199 kat Lazada. Masalahnya barang letrik ni risiko. Buat nye seller menipu macam mana. Kalau rosak lagilah pening. 

Makanya nasihat en suami pergilah ke SengHeng. Hilang #bmf ko. Terpaksa...

So kat sengheng dapat lah harga yg agak reasonable gak RM1399 ( dlm web boleh dpt RM1299) 

Oklah jadik beli
Washer front load ni brand electrolux.

Kedua nya dryer; ada pulak last unit RM899 ... jiran beli pun RM1.5k atau RM1.2k... ko rasa sis nak pandang je ke dengan rege sebegitu.. haha

Maka utk dua benda 
Washer dan dryer sis beli dengan harga cukup murah.. RM2298. ( washer and dryer) 

Mesti ada tanya kenapa tak beli satu mesin yg ada washer and dryer? 

Jawapan ialah kalau rosak .langsung dua dua tak dpat pakai. 







Rabu, 2 Oktober 2019

MESIN BASUH PART 2


ok dlm dilema nak beli mesin basuh yang mana ?


antara brand yang popular ialah Electrolux, LG, Samsung dan beberapa brand yang lain. 

bolek refer sini

selepas aku dh kaji di LAZADA suami aku berkeras nak beli kat SengHeng sebab dia kata barang eletrik kalau rosak boleh ganti bila ada warranty ..macam yg aku beli kat sengheng ada warranty 5 tahun 

so aku buat kajian satu satu brand 


mula mula aku kaji pasal mesin basuh Electrolux front load..dh lama sgt aku mengidam mesin basuh front load ni ....

oklah aku share spek tiga tiga saiz antara 7.5kg, 8kg dan 9kg. 

hakikatnya tiga tiga ni saiz dia sama je cuma yg 9kg besar 74 mm ..besar mana 74 mm ni sila refer gambar bawah 


perbezaan depth washer 7.5kg dan 9kg hanyalah 74mm
bawah ni pulak specs bagi ketiga ketiga siaz mesin basuh ELectrolux 


saiz washer 7.5kg dan 8kg exactly sama





specs 7.5kg 

Korang tau last last aku beli yang mana ?
aku beli yang bawah ni ....

sebenarnya aku nakk sgt yang electrolux brand baru harga RM2399
mmg smart gila ...tapi tambah ngan dryer jadi 3 ribu lebih 

terpaksa aku akur dengan suami ku


oklah insya Allah hari ni sampai ..semoga semua nya baik baik sahaja Aaminn
benda paling untung aku dapat dryer RM899



ni mesin basuh ...
semua barang yang aku beli ni esok sampai ...so esok baru aku test basuh.




Selasa, 1 Oktober 2019

MESIN BASUH PART 1

aku balik sekolah dengan hati yang sungguh gundah gulana ..
tetiba Ustaz yang menyewa rumah aku tunjuk gambar bil air mencanak naik ke 220 ..Ya Allah ujian apakah ini ya Allah ..
sebagai seorang yang bertanggungjawab pasti aku akan memikul kesalahan ini ..tambahan pula ustaz tu cuma duduk 5 hari, jumaat balik kr Penang dan Isnin baru sampai semula ke Melaka.

dia dh siap tutup salurn paip yang masuk ke rumah ..
pendekkan cerita aku panggil kontraktor umah  En Fadhli utk betulkan. Sah! ikut firasat aku bocor paip bawah tanah .. Allah ..sebelum tu aku dh ricki ricki group taman umah aku kalau sesiapa bil umah dia naik tiba tiba...

duit tu ada ..ingat tu nak hala ke lain ..nampak nya kena ke lain pulak..

mula lah hati aku bercakap yang bukan bukan ..Allahu sikit je ujian Allah beri ..

petang tu jugak Fadhli sampai dan begitau plan dia nak buat . Rupanya ramai org satu taman aku dh offkan paip bawah tanah sebab bocor dan buat saluran paip baru luar rumha lalu ikut atap. dlm gelegor rumah ..ok lah ....

ikut jiran yang pernah buat bajet dalam 900 ringgit ..so aku pesan suami aku harga nya mestilah sekitar tu aje ..jangan cecah ribu ribu pulak 

dah aku dh janji pada ust tu yg kitorg yang akan tanggung kos bil yang lebih had penggunaan dia..
alang alang tu terus malam tu kitorang hantarkan tilam dan microwave oven yang suami aku dapat hadiah dr MPHTJ. 

rezeki ustaz tu ...tak dpt guna air dua hari dpt tilam baru dan microwave oven..Insya Allah nnt kami nak tukar cuckoo .coway yang lama kami akan bagi umah taman tasik pakai... kos terpaksa lah naik sehingga RM1060 . RM60 kos servis coway tu . 

dan entah apa punca suami aku bagitau macam ni,
" abg nak keluarkan duit ASB ..senaraikan lah apa nak beli .." termasuk bayar kos rumah taman tasik yang fadhli tu baiki .

wow! 8k apa boleh dapat ?

1. Mesin basuh
2. naikkan dapur belakang umah 
3. tv
4. aircond
5. dryer. 

so sekarang ni aku gigih mencari mesin basuh yang promo dalam Lazada ..ofkos lah yang auto . tapi kali ni aku nak beli frond load pulak . dan kalau boleh at least 10kg ..takkan nak beli kecil punya jenuh nak basuh . 

so mari kita tengok pilihan yang aku paling berkenan:





ok aku tangguh kan dulu...sebab aku perasan saiz 7.5kg dengan 8kg dan 9kg macam tak de beza sgt utk brand electrolux ni ..so kajian akna diteruskan ..stay tune!


HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...