Sabtu, 26 Mei 2018

induction cooker elok ke?

Pengalaman aku pakai induction cooker ni since 2009 masa pindah rumah ke Taman Tasik. Aku masak semua benda . sambal tumis lah nasik goreng segala makanan lah..aku pelik bila org kata masak guna induction ni tak sama sedapnya kalau guna api ...eh! aku masak masa open house elok je korang taram ..semua masakan aku tak guna api..hihi..



ni brand Arrezzo yg aku guna..banyak org kata product ni tipu..scam..tapi alhamdulillah aku pakai ok..9 tahun dah sejak 2009

kadang kadang ko boleh jadikan meja ..hahah

aku satu yg paling best TAK PAYAH BELI GAS..kat kampung kalau tengah masak je gas abis..bosan betul...kena tunggu org hantar gas bagai..gas pun bukan murah satu tong 35 ringgit..sejak aku pakai dpur induction mmg tak beli gas lah..elektic? tak delah mahal sangat macam guna econ..

kedua NAK BERSIHKAN MUDAH. kan dia rata je so korang lap jelah tal payah nak angkat tungku semua..

dari segi safety mmg tip top...takde kes terlupa tutup gas..sebab dua auto of ..kalau panas sgt tapi takde aktiviti menggoreng dia terus off

contoh lah ko dah panaskan kuali tetiba terlupa..dia takkan meletop sebab terlalu panas dia terus off...
ada timer ..nak masak telur set je 5 minit..dah cukup masa dia pun akan off.

yg aku beli ni jenis induction so dia cuma detect stainless steel sahaja ..kaca semua tak detect ..so dia tak boleh panaskan lah

jenuh pulak nak beli stainless steel ekk..kan ikea berlambak

so ..apa yg tak best nya pulak?

hah..ni aku paling tak suka time dlm pantang.nk panaskn tungku ..mmg problem..last last aku pakai tungku elektrik ja..

kedua ..corning ware tak dpt guna...

ketiga ....itu je kot...org dtg umah tak pandai guna....haaha..mak aku paling bising dia kata "tak paham aku nak masak takde api"hahah

masa ku gun aritu brand tak femes pon ..Arrezzo .korang penah dengar ?dia jual area mydin cam gores dan menanglah..suami aku bayar 3k dpt 3 benda...induction cooker, set cookware dan microwave oven...sampai skrg elok lagi tiga tiga...dan nak masuk 10 tahun..sapur tu satu tungku ada masak lambat pans tu jelah ..lain lain ok..periuk kuala dia tebal dan berat..mmg brand bagus..pemegang dia tak panas kalau kita masak takpayah guna kain nak pegang telinga dia ..part ni aku paling suka ...

oklah ..memandankan dapor arrezzo aku ni aku nak letak kat homestay ..maka kami laki bini perhilah cari dapur baru..

mahal jugak rupanya ...elba dua ribu lebih..midea dah brand cina lah katanya ..last last kitorg decide amik je Faber ..germany katanya rege dalam RM 980..satu ceramic satu induction...boleh lah aku masak pakai corning ware...

so belum guna tak dapat nak bagitau elok atau tak benda ni ..ok ..itu je bye


Jap jap ..aku nak tambah sikit..korang jangan buat big mistake...mesti ukur dapur tu besar mana baru buat kabinet kitchen ..naya tau dah buat lobang tapi dapur tak muat nak masuk...hahah..ini paling penting..elok tau ukur dapur  built in sebelum buat table top ok? 

tu je ..janganlah cemas sngat ! hihi






8 ulasan:

  1. Checkout our Website to know more about Induction Cooktop
    Induction Cooktop Hub

    BalasPadam
  2. mcm mana, ok ka brand faber?

    BalasPadam
    Balasan
    1. so far ok..saya pakai sejak 2018 ..sampai hari ni ok ...

      Padam
  3. macam mana dengan ada 2 fungsi tu ceramic dan induction? ok ke? saya tengah mencari input tengah induction cooker juga terjumpa blog nih..thanks sis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat ok ..sebab boleh guna selain stainless steel utk memasak...sy masih guna inuduction sampai sekarang.

      Padam
  4. Hello puan, trm kasih atas info yg diberi. Induction faber ok tak? risau kl coil rosak, sb coil mahal.Sy jumpa dlm fair mitc hanya sugawa dan sincerio.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah saya pakai lama dah ...sejak 2009 mmg pakai induction . so far okey ..tak payah fikir nak beli gas. kalau tak confident boleh beli yang satu stove dulu ..saya beli jenama phillips kat tesco hari tu . elok gak .

      Padam
    2. mmg sekarang sy guna faber..sy pakai ok ..takpernah buat masalah .-amazabidi

      Padam

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...