Memaparkan catatan dengan label LONDON. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LONDON. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Julai 2016

day 2 in London.

530 pagi: kami dh bangun pagi dah makan stok makanan yg ada. Baki pizza dr paris ..dan kebab semalam. Aku makan lagi serunding daging dengan nasi brahim. Buat pulak teh tarik dan nescafe ..fuh mmg mantop!
Kira nya breakfast dh selesai. Kemudian kami mulakan perjalanan kami sekitar bayswater. Semua kedai masih tutup lagi..
Berjalan sekitar Queensway dan Bayswater.

Berhampiran parliamemt fan Webminister Abbey.

marble Arc. 

Mable Arc...kalau naik bas dr hotel kami terus ke sini..dr sini boleh sampai ke Primark di Oxford Street.

Yeay big ben...


belakang tu Bayswater tube...kami cuma.naik.bas..tiub tak bukak lg...

ni area webminister abbey ..dekat ngn Big Ben ...masa kami sampai berkali kali loceng gereja di sini berbunyi...parliament pun di sini...

Deretan kedai sepanjang kami berjalan..

antara kedai di sana ..macam tesco tapi saiz kecil..actually kat kedai nibada jual set breakfast ..tp sebab diragui kehalalan nya kami tak beli walaupun roti dan tuna je...

Rabu, 29 Jun 2016

London; Day 1.

Melancong ke London impian semua orang. Tipulah kalo ko kata ko tak heran / jakun ngn london. Sama macam aku .pergi ke negara yg maju seperti London bagaikan mimpi jadi kenyataan. 
Namun, segalanya tersurat aku pergi ke London selepas abah menghembuskan nafasnya yg terakhir. 😭😭

Setelah berada di Paris satu malam dua hari , kami berangkat ke London dengan menaiki eurostar yg tiketnya kami booking awal 3 bulan.harga nya jauh lebih murah ...berbanding kalau kita beli walk in di sana. Harganya boleh mencecah ratusan pound. Total tiket ke london kami hanya lebih kurang rm856 untuk dua orang return. Selain naik train laju ada bas ..tapi perjalanan agak lama dan kalian boleh ke London dr Paris atau dari Amsterdam terpulang. 
Kami berada di Gare du Nord awal 2 jam sebelum berlepas. Ada pemeriksaan kastam sebelum berlepas.sediakan tiket eurostar yg di cetak dr internet.nnt nak masuk cuma perlu scan bar code  
Perjalanan hanya memakan masa dua jam..dan borak punya borak dah sampai London .Kami sempat melihat ladang gandum yg menghijau ..bukit bukau dan kampung dr Paris ke London. Masa melalui bawah tanah merentasi laut tu kami tak sedar...tau tau dh sampai.
Kami sampai di St Pancras station terus nampam sign patung berpeluk..cari way out / sortie atau keluar. 
Kami ke mesin utk beli ticket oyster kad prabayar utk transport di London merangkumi tube dan bus. 
Harga card £5 satu. Dan kami topup hanya £5. Jadi dengan £5 pound lah kami jalan dan tak cukup. Masa kami naik bus nak balik hotel dr oxford street kami dapat resit yg menyatakan topup kami tak cukup. Hahah....
Nak bagitau ..di London naik bas 3 x kena tolak amount card naik kali ke 4 dan seterusnya adalah percuma. Kalau tube atau train bawah tanah tu £6.50 maximum per day. Lebih dr tu percuma. So kita boleh estimate lah cost pengangkutan kita. Dan tak sangka kami lebih banyak naik bas dr tube. Sebab naik bus dpt tengok permandangan kota London dr tube yg gelap je...
Ok ..sambung ..kami tuju ke hotel di Queensway dekat dengan Bayswater...dan paling best dekat gila dengan Malaysian Hall yg ada cant


Keluar dari eurostar ...baru sampai King Cross Sation ..bau london seh!

Perjalanan Paris ke London 

simbolik..statue lelaki perempuan bercium ...

Dari king cross station kami amik tube ke Queensway untuk ke hotel kami
Inilah station tube Queensway ...depan tu ada signboard yg tunjuk hotel kami Eden Berjaya Hotel.dekat je jalan kaki.dan sebelah kiri station ada Hyde Park ...hyde Park ni mmg luas.tak silap 14 hektar kot. 
So kami aim Hyde Park ni kendian kendian jelah jalan😊😊

Kat sekitar sini pun ada macam2 tempat menarik. Nasib kami merasa jalan semua ..yg kami nak pergi.


Hyde Park belakang tu
Yang belah pokok pokok tu lah Hyde Park. 
Lepas checknin hotel ..kami solat jamak takdim dan kami keluar utk pergi ke malaysia hall.dipendekkan cerita kami ke Primark selepas tu di Oxford Street. 



Curam betul escalator di Tottenham Road ni. Seram kita. Tak lama jalan jumpa Primark.Memang best shopping sini..nak borong kat LV tak mampu ni jelah...kamj beli baju anak yg banyak kat sini sebab mmg murah jeans dalam £7.T shirt £1.40, dress girl £4,£5 mmg murahlah. Dan jugak juga aku capai shawl, rayban dan t shirt. 


Oxford Street

Setelah penat shopping di Primark kami ke Queensway dan beli kebab langsung balik.solat dan tidur. 

Esok baru nak jalan sekitar London.
Target nak ke Big Ben, London Eye, Tower Bridge dan sekitarnya. 

Isnin, 6 Jun 2016

Berjaya Eden Hotel, queensway , London; sebuah review jujur.

Kami check in hotel Berjaya Eden Queensway di London .Here the review ...😘😘😘


english classic.

Cantik kan..

Restoran yg attach ngn hotel ...rasa Malaysia.
Alhamdulillah 4hb kami sampai di London. Kami sampai di station St Pancras amik tube terus ke Queensway. Tukar dua tube.

Jalan sikit kami terus sampai hotel.Naseb mudah nak carik...tak sesusah nak carik the Palace hotel kat Paris..sesat larat. Dan frust rasanya.

Actually hotel ni cam ada kena mengena je ngn berjaya times square..πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘aku agaklah...( mmg pun under berjaya hotel)

Sebelah hotel ni..kira nya boleh tembus dr dlm Restoran Rasa Malaysia. Nampak mewah..tp kami tak makan kat sini pun..kami makan kat Canteen Malaysia Hall ..mmg sedap...sama macam nasi campur kt Malaysia...ada sirap percuma lagi.πŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™

Jom lihat gambar sekitar hotel ini. Opps..lupa! Kami dpt harga nya dalam £134 menyamai rm 790 waktu tu untuk dua malam. Hmmmm.kita not bad lah!
Kat malaysia pun hotel mahalkan ..apatah lagi london.hihi..

Ok sambung sikit..pengangkutan dr hotel ni sgt mudah ..bas boleh turun depan hotel je..tp kena kenal bas nombor berapa..hihi ni ada susah sikit..πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Nak senang naik tube Queensway...atau tube Bayswater...sebelah sebelah je..tp sumpah! dua dua dekat

Bayswater road banyak sgt kedai makanan halal..termasuk Tuk Tuk...dan Noddle Odle..sedih tak sempat makan kat sini...sob!sob!....cuba buka web Noddles Odle tu ada cop halal pastu ada menu dia nak makan atau take away.

Depan dia ada kedai souvenirs murah £10,  22 pieces fm. Hurmm.oklah...

Area sini banyak kedai arab ..dan ada Pappa Roti.πŸ˜—πŸ˜—πŸ˜—

Ok dh terlajak citer...nah gambar hotel.

rupa hotelnya ....best !superb!

Selfie sikit depan hotel...

Pandangan arah kanan hotel

Pandangan hadapan hotel 

bilik dia...dua katil single...


Ada kettle..coffee..tv ..selesa lah

Bathroom ..

Posing sebelum jalan2

Bunga bunga sekitar hotel...mmg cantik...walaupun summer tp sejuk macam di Cameron tp sejuk lagi..πŸ˜₯πŸ˜₯

 Malaysia Hall tutup...

Jumpa ikan keli sambal kat london.

nasi yg sedap..sambal belacan 50 pence..darab nam 3 hingit malaysia..hai! Ko hadoπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Rakyat Malaysia yg baik hati macammana nak jalan2 di London.


sepanjang jalan hati pun berbunga bunga 

licin...πŸ˜…πŸ˜…

ada sedikit tips..kita selalu booking hotel awal kan ..tp ada kalanya kita booking esok nak check in boleh dapat murah. sebenarnya kami dah book hotel Holiday Inn Excel di area yg agak jauh dari bandar London dengan tujuan nak murah kan .Tapi saat akhir hotel tersebut telah dibatalkan. Maka masa kami berada di Paris lagi dua hari nak ke London baru kami book. lega dapat tengah bandar dah harga lebih murah RM100 dari hotel sebelumnya. Apapun rezeki juga. 

mmg difikirkan duduk hostel murah tapi bila pergi suami isteri mesti kita nak privacy kan ..so ! mmg plan nak duduk dorm dilupakan. 



Rabu, 11 Mei 2016

London; tips and tricks

mmg agak mengejutkan bila rakan sekerja tahu aku hendak ke London ..aku tahu ia satu percutian yg mewah ..tapi sebenarnya kalau kalian tahu ketuahan aku pada harga ticket yg sgt murah ..1.8k utk pergi balik ...

aku kasarkan perbelanaan kami begini :

1) tiket penerbangan Oman Air : rm1800 (return)
2) penginapan di paris untuk dua malam : rm320
3) penginapan di London dua malam : rm 450
4) tiket paris -London Eurostar : rm 430 (return)

KOS ASAS: RM3000 seorang.

# sepatutnya boleh jimat banyak jika menginap di Malaysian Hall..namun sebab perancangan awal nak bawa Orked kami tidak dibenarkan menginap di MH. 

# tapi kami sgt beruntung (insya Allah) dalam hal harga tiket dan eurostar sebab kos yg saya dapat pergi 40 pound dan balik 29pound seorang...jika walk in harga tiket boleh menjaugkau ratusan pound. 

bila kawan cuba search ticket pada hari yg sama di laman web Oman Air harganya menjangkau 5.6k untuk dua org.kalau harga macam ni mmg kami tak pergi ..T____T

# harga hotel di Paris rm640 merupakan hotel bajet.

so..harga yg belum masuk 

train di paris dan london ~ ikut pembacaan harga oyster card dalam 7pound sehari ....jalan lah jauh mana 
train di paris boleh beli carnett

makan~ bawa stok makanan brahim, periuk nasi, sambal kering, ikan beli 3in1, wonda coffe tin...cadangnya satu beg luggage utk letak makan ...

shopping~ baju anak...kasut,handbag, dan souvenirs...

belum rancang lagi bagaimana kos kos tersebut ..namun insya Allah tidak lebih 5k.

tak lupa juga utk anak anak yg ditinggalkan orked, ihsan, iyad dan imran...selama 5 hari


begitulah sedikit sebanyak kos kami ke london .

mmg rezeki kami dapat berjalan jauh Insya Allah kalian pun boleh ..kami akan berkongsi pengalaman sebenar bila sampai di sana 

***alhamdulillah semua urusan fail selesai. termasuk insurans perjalanan di sana nnt.

hey big ben

Paris, i'm in love

Harga pound terendah!!!


Fancy Cafe

 Aku rasa aku dah masuk fasa tua.  Aku dh mula pelan pelan rasa makan makan di cafe fancy fancy ni membazir. Membazir sebab you bayar 3 x ga...