Jumaat, 28 April 2023

Open House Aidil fitri 2023

Penat mmg penat , tp puas hati. Tambah org puji rendah ko the best ever rendang. Ah! Sudah… 
Aku masak banyak jgk menu. 
Daging dendeng
Nasi impit
Lodeh
Ketupat frozen
Soto
Begedil( suami masak)
Ada buah mteh tarik
Ais oren
Kek buah ( kak fuziah bg) 
Mushroom soup 
Last minute punya menu

Rasa gembira tengok org makan masakan kita. Tp azab nya nak masak tu Allah je yg tahu. Dah lah aku selsema pakej sekali nak demam. Anak dara mana ada menolong.. buat lah jugak. 

Kebanyakkan suka daging dendeng aku. 
Soto pun katanya sedap! 
Alhamdulillah lega dengarnya.
Next time boleh buat makan makan lagi … hehe…

Kawan suami.. 





Jiran dari Yaman tu puji … sedap rendang aku masak.

Ihsan ihsan siap jemput Iskandar datang rumah

Cincoi, Hafidz dan Wong

Anak anak jiran

Set up open house

Orked dan Aufa

Bos suami dan staff upen..

Penat dh nk tido okey…😅😅😅

 

Sabtu, 8 April 2023

Atome

 Pernah dengar atome. Dia macam kita buat installment beli barang dengan atome. 

Selalunya ada tiga kali pembayaran. Masa kita nak beli tu dia dh bgtau pelan pembayaran utk tiga bulan tu. 

Cuma masa kita nak link akaun kita dengan bank tu kita kena buat satu step. Izinkan transactions online. Benda tu actually off so kena call bank utk onkan . Bahasa mudah nyalah. 

Setakat ni aku dh buat 3 pembelian pakai atome. 

Satu purse, kedua basikal Ihsan dan yg terbaru basikal Iyad.

Harga basikal Ihsan RM799, aku sayang nak gunakan cash so aku rasa setakat RM266 sebulan tak lah membebankan. 

Contoh yg aku dh bayarkan… actually yg april tu kena bayar 7April. Tapi aku setelkan awal.
Pada aku kalau kita disiplin bayar takde masalah. Jadi hal kalau kita lewat dr yg sepatutnya kena bayar. 

Sebenarnya banyak je benda benda yg pays later ni.. macam under shopee, touch and go dan lain- lain. Tapi paling aku percaya setakat ni Atome kut. 

Next nak beli ipad pulak 😆. Mungkin pada org kalau tak mampu tak layah beli. Tapi aku rasa, aku tak lah tak mampu. Cuma rasa kalau bayar 3 kali cam untung sikit. Lagipun takde penambahan harga pun.harga sama. 

Aku just share pengalaman pakai atome.ok slm 18 ramadan

Jumaat, 7 April 2023

Surau At Taqwa

 Alhamdulillah tahun ini kami berbuka puasa dan dapat solat terawih di surau At Taqwa

Alhamdulillah byk aktiviti dpt dilaksanakan di sini termasuk, solat 5 waktu, iftar jamaie, solat terawih dan tazkirah.

Anak anak pun ada aktiviti di tingkat atas supaya tak ganggu ibu ayh beribadat. Dengar nya ada guru khas utk mengajar kanak kanak ini.

Konsep iftar ni macam ni. Sponsor by lorong lorong tanan. Kat CVR ni , CVR 5 paling happening. Diorg siap pasang lampu liplap led kat rumah masing masing. Jeles betul kami tengok 

Rumah kami takde pasang lampu. Kalau ada pasang baru meriah. Macam rumah mak masa di kampung. Abg pasal lampu warna warni. 

Kami cvr 12. Biasa biasa saja. 

Kalau cvr 5 host iftar mesti paling gempak dan paling banyak makanan. 

Seronok makan ramaj ramai bersama jiran tetangga. 

Makanan siap siap di pack , kuih muih dihidangkan


Antara kuih yg ada. Masa ni menu daging harimau menangis

Menu cvr 5

Ruang solat muslimah


Aktiviti anak anak


Ada pulak yg melayan main mercun


Surau kami, At Taqwa


Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...