Rabu, 21 Disember 2022

ASBF Terminate ?

 

 Setelah tengok jadual ni secara mudahnya aku dpt 9500 tahun ni dr ASBF. Walaupun aku bayar macam lebih. 

Sebab berubah ubah dividen sekarnag ni. Bulan ni aku bayar utk dua dua asb aku RM1039.

Sebelum ni aku bayar dlm RM800 lebih. OPR kan dh naik.. faham faham jelah..

So aku berfikir fikir sama ada nak terminate atau biarkan. 
Hajat aku nak settlekan honda city aku. Tapi nampaknya honda city tu masih mahal lagi dlm 45K 

So mmg tak dpatlah . 

Aku tahu rugi. Tapi ni je cara secara terpaksa utk aku menyimpan. Itu je caranya. Bila ko terpaksa bayar makan ko bayar. Kalau tak mmg susah nak menyimpan.. paling sedih dh kumpul keluarkan . So bila masa ko menyimpan. 
So nak taknak ko simpan jelah secara paksa dengan ASBF ni. Itu je cara ko menyimpan 

Cuma nnt kalaubko terminate dia ada kira lain. Bukan jumlah dividen je. 

Kalau korg ada pengalaman nak kongsi sila tulis di bawah komen. Ok Terima kaish

Isnin, 19 Disember 2022

"Nampak Kaya "

Semalam aku hiking hari ke 5.

Aku dah tahu jalan nak ke OMG trail. mmg best ! jalan dr CP0 ke CP1 keluar ke tar dan masuk jln nak ke Wonderful Garden . tapi sebelum turun buat OMG sekali.  kalau buat OMG dua kali mmg kurus aku !

aku dh check berat tak turun sgt tapi rasa badan ringan sikit . Aku rasa mesti ada beza ..dr ko takpenah exercise tapi ko exercise ofkos ada beza. paling tidak saiz dia berbeza kalau berat susah sikit nak ukur sebab badan bertambah muscel.so mungkin berat lemak tukar ke berat otot. jadi kalau nampaksaiz ada beza tu kira kuruslah sikit .hihiii..aku rasa jelah ..Hakikatnya tak! hahah..

so aku kena diet .jaga portion makan ..stop gula .stop gula ..stop gula. boleh buat?

ok aku teruskan cerita ..masa aku nak jalan naik ke bukit beruang tu ..ada satu family ni nak follow..macam dulu aku nak follow cina perempuan dia kata dia nak cepat so dia tinggalkan kitorg ... tap ni aku jalan slow slow ..tahu dia nak ikutkan ...aku tak expect nak berbual sgt ..so yang perempuan ni kenalkan diri dia ..keje kat "KPM bahagian kewangan Putrajaya" ..oh yeke ..aku "cikgu" ...aku bgtau. aku rasa cikgu ni kalau dalam goverment servis rate dia paling rendah kut ..atas sikit dr pembantu makmal atau kerani sekolah ...walaupun rata rata cikgu ni gred 52, 48,44 dan lebih tinggi dr kerani ..tapi kalau nak compare kerani dengan cikgu ..kerani lagi bergaya ..hahah...kesian kan..hahahitulah guru d mata masyarakat. 

oklah sembang punya sembang ..aku pun kata " PTD ke?" dia kata ya ..aku tanya Intake bila ..batch bila ..dia kata dia batch 2007.. batch satu suami dia batch dua . sama dengan Suami aku .aku pun tanya kenal ke Shahrul hafidz bila dia dh bgtau ..oh kenal johan tenis pptd hari tu kan ..aku pun iyakan jelah ..

cantik org ni ..namanya Hermamalini ..nama dia agak famous..aku biasa dengar. suami dia nama Norman kut aku salah dia nudman ke apa ya ...oklah akhirnya kami sampai ke CP1 dan aku offer dia minum air yang aku baru bawak . yg dalam bekas Montigo sedap sikit sebab sejuk ..dan akhirnya kami bergambar buat kenang kenangan ..

aku sembang dengan Imran ..dia kata orang tu nampak kaya . aku tanya balik kita nampak kaya tak?

imran ketawa dia cakap..tak langsung! hahah..takpelah ..bersyukur dengan apa yang ada . 

kenangan 

** aku harap walaupun pertemuan hanya sekejap ..meninggalkan kesan baik dalam diri dia mengenai kita .teruskan buat kebaikan walaupun sekecil zarah.



Sabtu, 17 Disember 2022

Telok Kemang 2022

 








Resepi Waffle

 Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan air ATAU 1 cawan susu full cream + 1 1/2 air

3/4 cawan minyak masak/butter cair

2 biji telur

Sedikit esen vanila

2 sudu makan susu tepung

3 sudu gula kastor

1/2 sudu teh garam

1 sudu makan baking powder

1/4 sudu teh baking soda

Jumaat, 16 Disember 2022

Memasang impian

 Lepas tengok Anis Syuhada g Switzerland berkobar kobar aku nak nyimpan duit nak ke sana .

aduh! banyak nya impian ..aku ni insya Allah next year naik DG 48. beza gaji lama baru ada alam 1k. kalau simpan sebulan dapatlah RM12K setahun . kalau simpan 2k boleh dapat 24K setahun , 

mesti ada atleast 100k nak g jalan . total sorang dalam 6k lebih . 

kalau pergi sendiri lebih jimat berbanding dengan travel agency. 

6k x 6orang dah 36k. tu bajet sorang 

tak masuk makan lagi ..kalau nak beli apa apa lagi ..so mmg kena ada sekitar 50k kut kalau nak selesa. 

aku kira kira akhir tahun 2023 atau tengah tahun 2023.. insya Allah kami sekeluarga akan sampai ke Switzerland

ni aku jumpa di facebook:

tapi aku nak g musim salji. musim salji bulan 12 lah kan ..

KOS DAN ITINERARY SWITZERLAND
(14-21 Oktober 2022 Autumn Season)
(Kos untuk seorang)
🇨🇭Flight : RM2.2k (Return KL-Istanbul-Zurich = Turkish Airlines)
🇨🇭Airbnb : RM1.1k
🇨🇭Takaful : RM150 (tripcare 360)
🇨🇭Simkad : RM100 (Sunrise. Unlimited data 7 hari. Coverage mantap sampai atas gunung)
🇨🇭Tourist Tax : RM100 (1 malam RM20. Bernese Oberland area shj)
🇨🇭Swiss Travel Pass (STP) : RM1.8k (ni adalah pass utk naik public transport kat sana. Dengan adanya STP ni, semua jenis public transport boleh naik kecuali tmpt tertentu. Kena study tmpt mana yg kecuali tu)
🇨🇭Train Zermatt - Gornegrat : RM250 (Ni cth tempat yg terkecuali tu. Tapi dpt 50% diskaun sebab ada STP)
🇨🇭Persediaan suhu sejuk dll : RM400 (rasanya kurang lagi. Tak ingat haha)
🇨🇭Makanan dari Malaysia : RM150 (nasi segera, lauk pauk, 3 in 1 dll)
🇨🇭Lain-lain belanja (di Swiss) : RM500
TOTAL KOS = RM6,750
oklah pasang niat sahaja dulu ya.

Khamis, 15 Disember 2022

Bukit Beruang dan Mamee Jonker House

 Assalammualaikum semua ..diam tak diam dah masuk cuti sekolah selama 3 minggu. 

dalam tempoh ni aku dh mulakan rutin baru aku hiking di Bukit beruang. Alhamdulillah ..mula hari Isnin12/12/2022 dan masih buat utk kali ketiga...hari ini khamis 15/12

masa hari isnin aku pergi dengan Imran kami naik CP1. first time Imran hiking sama. 

Selasa aku buat full track aku janji dengan Kak Azza dan kawannya Kak Maznah. alhamdulillah. mula jam 9 pg selesai jam 12.00 tiga jam ..full trek ni maksudnya aku pergi semua checkpoint. 

so hari ini setelah berehat sehari Rabu, kali ni kami hiking dalam keadaan yang sgt penat. Imran berpendapat kami penat sebab menu bf yang kami ambik . burger dan telor dan sekeping roti.

esok aku nak test bf yang ringan tengok macam mana. 

Aku pula berpandangan sebab kami stop sehari jadi badan kami lesu . 

mmg tak mudah nak dpt kekuatan drive ke Bukit Beruang kemudian panjat ..sejauh 880M dan turun semula. total masa yang kami buat naik 30 minit dan turun 30 minit ..total calori lost dalam 230 kcal. 2km lebih sahaja ..langkah dalam 3k kalau tak silap 3.4k langkah.

so aku target sehari aku kena bakar 500 kcal. baru berat badan aku turun. exercise macam dh ok .sekarang masalahnya diet . pemakanan. kan kita tahun 80% makan , 20% exercise. so aku kena mula beli bahan menu diet mulai esk .

so kalau korang tak pernah ke Bukit Beruang aku share check point yang korang akan lalu.

kasut hiking decathlon ..sgt berbaloi!


ni masih belum touch CP1

ni CP1 ..lupa nak amik gambar ukit kayu tu ..

ni CP2 kena lalu tangki air kalau tak silap. 

CP3.. aku tak ingat kat mana ..


ni baru aku jumpa tadi CP4.. 


kat sini pulak permulaan trek OMG...dia mmg bukit yang ko kena panjat ..gigih tau!


Wonderful garden ni port yang ko jumpa sebelum ko keluar hutan . tapi kalau turun pakai jalan tar ..korang takkan lalu garden ni 


Mamee Jonker House

Lepas kami dah balik hiking. Aku bawa anak anak ke Jonker Walk. Tujuannya ialah nak ke tempat pembuatan mamee.. 

so berlima lah kami ke Jonker Walk. nasib baik dapat parking . kami parking bersebelahan kedai turki di jonker walk..ada Makan Hang kasturi sebelah kiri dia ..

to be continued..

So aku pun drive dengan slow slow ..anak anak semua tido .kami keluar sekitar jam 11 pagi. 
mmg area sini parking susah sikit nak dapat . tapi entah macam mana kami dapat parking d sebelah makam hang Kasturi . Aku perasan dia sebelah kedai Turki. Ada karpet gantung gantung depan kedai dia..

ni area tempat kami parking

Jalan jalan sekitar Jonker Walk ni mmg menarik . tapi terus terang cakap semua adalah cina ok ..org cina ....makanan pun makanan cina ..mmg macam berada di China Town lah ..susah sgt nak dapat tengok restoran Melayu ..adalah dalam beberpaa buah kedai.

antara Cafe yang menarik di sini ialah The Daily Fix, Sharing Plates, The Stone Cup ( tak halal) , The Geographer Cafe, macam macam lagilah ...aku ada baca dia kata dia tak serve pork atau lard ..tapi dia tak dpt sijil halal sebab ada serve alcohol.

banyak cafe mcm tu termasuklah kat kl tu Kenny Hills Bakers aku ada tanya call staff dia..dia kata hala semua supplier halal. kalau ko yakin makan jelah .

so amik gambar jelah buat kenang kenangan

jalan jalan sampai jumpa Mamee Jonker House ni..

dalam ni ada teaive dan ada cafe mame.. pada aku harga makanan dia reasonable dan aku jumpa kedai ni ada sijil halal jakim .so ini choice terbaik kalau korang nak makan area jonker walk . sekitar RM12 dapat makan nasi goreng kampung ..oklah kan ..ice lemon tea dia dalam RM5. still ikut bajet alah ...

mamee malaysia
Merchandise mamee..banyak mamee yang flovour sepecial kat sini .





Tealive dalam Mamee Jonker House



so apa yang kami buat disini ialah ...aktiviti buat doodle noodle .semua akan dapat cup kaler cup dia dan hasilkan mamee sendiri . bukan hasilkan sgt tapi lihat macam mana mamee di masukkan dalam cup dan pilih perencah apa yang nak di masak. 

ini imran punya ...mmamee kaler merah

bangga siot bhahahah...


Iyad punya kaler pink...
masa mula mula dapat cup..








surau warisan ..masuk percuma..tapi free pun org tak masuk apatah lagi kena bayar..ermm..













info utk semua ..

takpernah masuk pun ..amik gambar jelah ...







stylo

cafe mamee





jumpa patung ni seramm weh!

imran di usia 15 tahun ketinggian 173cm

susah payah mencari rezeki yang halal di sini ... abg baju emas ni 








posing dia area surau

hasil tangkapan di Mamee Jonker House


jalan sampai ke Jalan Hang Tuah 

yeya ....melaka 2022

tak pasti ni apa ..rasanya gereja

St Paul ..turun tangga ni jumpa A Famosa



selepas kami  makan tengah hari kami teruskan berjalan ke bangunan merah, masuk ke Galeri Seni kemudian solat zohor di Surau yang berhadapan bangunan merah . dalam surau ni ada toilet. kalau tak kena bayar RM2 utk masuk toilet di tingkat bawah surau. 

selesai percutian sepetang di Bandar Hilir Melaka . esok tak tahu nak jalan ke mana lagi.










Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...